You are on page 1of 3

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang

kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih, serumpun bak
serai. Meminjamkan kata-kata pakar motivasi tersohor, jiran merupakan orang yang tinggal di
sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Mereka pula
merupakan orang pertama yang membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Peribahasa
Melayu ada megatakan bahawa jiran sepakat, membawa berkat. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa semangat kejiranan banyak memberikan maslahat dalam kehidupan setiap
insan.Persoalannya, apakah kepentingan di sebalik cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat ?
Pada hemat saya, semangat kejiranan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam
kehidupan kita. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa setiap ketua kawasan perumahan perlulah
menganjurkan lebih banyak aktiviti demi mengungkaikan/menghakis masyarakat yang bersikap
individualistik. Amsalnya, penganjuran program khidmat masyarakat seperti aktiviti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti untuk mempertemukan jiran-jiran,
saling berkenalan dan mengakrabkan perhubungan antara sesama jiran . Misalnya, sikap evasif dan
egosentrik yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dapat dihapuskan dan
semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Pada waktu yang sama, Nafsi-nafsi, siapa lu siapa
gua dapat dielakkan dan mengembalikan kita kepada landasan sebenar. Tuntasnya, semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana kawasan perumahan yang harmoni dan
aman.
Selain itu, semangat kejiranan dapat menjamin keselamatan kepada penduduk
setempat. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan
kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah.
Masyarakat boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka
sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Sementara itu, mereka juga perlu melaporkan kejadian
tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang
yang mencurigakan. Dengan pelaksanaan program sebegini yang melibatkan semua pihak, nescaya
masyarakat akan mendapat jaminan keselamatan yang sepenuhnya bahkan purata kes jenayah
dalam negara akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa semangat kejiranan dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.
Di samping itu, semangat kejiranan dapat memupuk semangat kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat. Apabila sakit pening, susah senang, jiran merupakan orang prima
untuk kita mengadu. Jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan. Apatah
lagi dalam hal kecemasan, jiran merupakan orang pertama yang diharapkan untuk menghulur
bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan
sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak
kira dalam keadaan susah atau senang. Dengan itu, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk
yang secara implisit akan menimbulkan semangat kerjasama ibarat senang sama dinikmati, sakit
sama dirasai. Sesungguhnya, semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Setelah lebih separuh abad negara mencapai kemerdekaan, pelbagai kemajuan telah
dapat dirasai. Kemajuan dalam aspek material dan fizikal adalah begitu hebat sekali. Walau
bagaimanapun, kejayaan tersebut belum mampu menutup ketempangan yang berlaku dalam aspek
kejiranan. Para sarjana sosiologi berpendapat bahawa satu daripada keperluan penting manusia ialah
keharmonian hidup bersama-sama jiran. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah sedar
bahawa kita tidak akan dapat hidup bebas dan harmoni selagi amalan kejiranan tidak disuburkan
dalam kalangan masyarakat kita. Lantaran itu, masyarakat harus mempratikkan amalan ini sehingga
ke generasi akan datang supaya amalan ini tidak ditelan zaman. Dalam mengutamakan hidup
berjiran, berpeganglah kepada falsafah peribahasa, hidup bagai aur dengan tebing atau hidup ini
sandar-menyandar ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Inilah situasi kehidupan yang
menzahirkan keharmonian dan damai.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka
akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi
sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan
semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat ?.
Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk
hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan
aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-
menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing.
Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya
khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai
contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat
menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak
dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara
jiran.
Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat
di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri
setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam
kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai
kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah
terbuka terutama pada musim perayaan , sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat
islam,masyarakat india, masyarakat cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka
tersebut.Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti
semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama
merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di
negara ini.
Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini
dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita
mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur
bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan
sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak
kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran
dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu
dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak
diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah
belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah
satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.
Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin
keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama
menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian
pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan
kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan
melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman
mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan
cogan kata jiran sepakat membawa berkat dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka
sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya
masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat
setempat.
Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal
ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya
yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan
baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian
tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis
rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan
tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan
kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya
antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum
akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana
masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata jiran sepakat
membawa berkat . Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat
kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap
masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara
supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

You might also like