You are on page 1of 2

Dimensi Negara

Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan sesebuah
negara. Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan
ketenteraman negara terus terjamin.

Meminjamkan kata-kata daripada pepatah Arab yang bermaksud, �Kasih


akan watan sebahagian daripada iman� membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap
negara adalah menjadi suatu kewajipan yang mutlak kepada setiap orang. Kasih akan
negara membawa maksud kesanggupan untuk menjaga dan melindungi negara daripada
sebarang ancaman yang boleh memporak-perandakan keamanan dan ketenteraman dalam
negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, setiap warganegara dituntut agar
memberikan komitmen yang tinggi untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang
ancaman. Kejayaan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial
adalah bergantung kepada sejauh mana kesanggupan rakyat untuk melindungi negara
daripada sebarang anasir perosak. Dengan hal yang demikian, semua lapisan
masyarakat hendaklah menyumbangkan peranan dengan berdasarkan kapasiti masing-
masing demi melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman, selamat, dan makmur.

Dalam konteks keamanan yang hakiki, tanggungjawab yang utama hendaklah


dipegang oleh pihak pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin
negara. Pemimpin ialah saf depan yang perlu melindungi negara daripada sebarang
ancaman sama ada luar mahupun dalam negara. Kegagalan pemimpin mempertahankan
solidariti negara boleh menyebabkan sistem pemerintahan menjadi kucar-kacir,
kesejahteraan rakyat akan terancam, malahan sistem ekonomi dan siasah negara akan
terbantut. Hal yang demikian dengan jelas dapat dilihat di beberapa wilayah di
dunia, seperti di Timur Tengah, negara-negara Afrika, Asia Tengah dan wilayah
Balkan yang tidak pernah kebah daripada peperangan. Sebenarnya, pemimpin menanggung
amanah yang besar untuik merancangkan strategi pertahanan negara dengan mengenal
pasti siapakah kawan dan siapakah lawan? Oleh itu, jalinan kerjasama politik dan
diplomatik sama ada dengan tetangga mahupun di luar wilayah hendaklah
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, para pemimpin hendaklah peka dan
sentiasa berwaspada terhadap segala perubahan senario politik, sama ada wilayah,
serantau, mahupun antarabangsa dengan mengamalkan sikap berjaga-jaga dan
berwaspada, bak kata pepatah Melayu ingat sementara belum kena, jimat sementara
belum habis.

Pasukan keselamatan merupakan sayap kanan dan jentera kepada agenda


keselamatan sesebuah negara. Dalam siasah merekalah segala strategi pertahanan
negara diprogramkan. Semua selok belok dan strategi musuh sama ada dalam mahupun
luar perlu diketahui dengan lengkap oleh pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan
yang terdiri daripada angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerak Am dan RELA adalah bertanggungjawab
menjadi benteng hadapan negara daripada sebarang ancaman musuh dari luar dan dalam.
Tindakan pantas dan cekap mereka diharap dapat membendung gejala ancaman
keselamatan terhadap negara yang ditunjangi oleh angkara pemerdagangan manusia dan
kemasukan pentadang asing tanpa izin (PATI) yang mencurah-curah. Pada hari ini
perbatasan negara sama ada laut mahu pun darat telah ketara bocor. Di mana-mana
pintu masuk sempadan negara dipenuhi �lubang-lubang tikus� yang sebenarnya menjadi
ancaman kepada negara. Oleh itu, sama ada angkatan bersenjata mahupun polis
bentuklah sinergi yang benar-benar berkesan agar keselamatan negara terus
terjamin.

Selain itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah lebih peka
terhadap kepentingan dan keselamatan negara. Pada masa ini terdapat sekurang-
kurangnya enam puluh NGO di Malaysia yang berdaftar dan bergiat secara aktif.
Matlamat perjuangan semua NGO adalah untuk memperoleh pembelaan yang saksama
terhadap kelompok atau pun berjuang untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan.
Pertubuhan seperti Mercy�s Malaysia, ABIM, Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya
adalah cukup ikhlas bergerak untuk melaksanakan kebajikan. Namun demikian, tidak
kurang pula NGO yang diwujudkan untuk menjadi mata dan telinga terhadap isu-isu
politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Sebarang ketidakadilan yang dirasai akan
mendapat tentangan daripada pertubuhan seperti ini. Walau bagaimanapun, wujud pula
NGO yang cuba berselindung di sebalik nama pertubuhan untuk kepentingan kelompok
sahaja. Mereka bergerak secara sulit dan terdapat kegiataan yang boleh merosakkan
imej negara terutama di luar negara. Kini beberapa NGO sedang disiasat oleh pihak
berkuasa atas beberapa aktiviti yang bertentangan dengan dasar negara. Sepatutnya,
dalam situasi keselamatan negara yang tidak stabil bukan agenda peribadi yang
menjadi keutamaan tetapi keselamatan negara perlu didahulukan.

Dalam menggalas amanah menjaga kestabilan negara, golongan pedagang dan


korporat juga hendaklah memainkan peranan yang aktif. Golongan ini hendaklah lebih
iltizam untuk memakmurkan negara dengan cara memanfaatkan segala hasil mahsul.
Khazanah alam Malaysia yang sangat kaya perlu dimanfaatkan untuk maslahat semua.
Pada hari ini korporat dan GLC seperti Petronas, FELDA, Tabung Haji (LUTH) dan
banyak lagi telah menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara. Sebaliknya,
Sikap pedagang yang menjadi lintah darat demi tembolok sendiri sepatutnya tidak
mendapat tempat di bumi Malaysia. Namun begitu, terdapat segelintir golongan
pedagang yang terlalu rakus untuk mengaut keuntungan. Mereka sanggup mengorbankan
harta alam seperti bukit bukau, hutan belantara dan mencemarkan samudera demi
keuntungan. Sementara itu, tidak kurang pula yang telah menjadi kaya-raya mula
beranggapan negara sendiri tidak strategik untuk mereka dan rela melaburkan modal
di negara luar. Inilah golongan yang tiada iltizam untuk membela tanah air sendiri
dengan sikap menggunting dalam lipatan dan pepat di luar rencong di dalam.

Manakala benteng yang terakhir untuk keselamatan negara ialah rakyat


jelata. Inilah golongan terbesar yang pastinya apabila bersatu mampu menjanakan
kekuatan sama ada politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai rakyat yang bernaung di
bawah panji-panji kedaulatan negara, semua pihak hendaklah berusaha dengan lebih
gigih untuk memperkukuh ketahanan negara. sebarang aktiviti yang boleh mengganggu
gugat keselamatan negara seperti perhimpunan haram dan adu domba hendaklah dijauhi.
Setiap rakyat hendaklah memberikan sumbangan dalam kapasiti masing-masing sama ada
sebagai penjawat awam, pekerja swasta, usahawan, dan golongan belia hendaklah
memiliki suatu sikap iaitu sayang dan patriotik akan negara. Mutakhir ini, pelbagai
ancaman dalam bentuk penyebaran berita palsu, penyeludupan dadah, pelacuran, dan
penggubahan wang haram telah menjadi api dalam sekam dan duri dalam dagingterhadap
keamanan negara. Anak-anak remaja negara sedang berhadapan dengan bahaya besar
apabila dianggarkan satu juta yang menjadi penagih dadah. Ke manakah akhirnya pria
dan pertiwi bangsa ini kesudahannya? Sesudahnya golongan ini sudah pasti membawa
malapetaka kepada negara yang tercinta.

Kesimpulannya, kestabilan dan solidariti sesebuah negara adalah


terletak di atas empat paksi yang utama iaitu, para ilmuwan yang bijaksana, para
pemimpin yang adil, hartawan yang pemurah, dan sokongan serta doa daripada rakyat
jelata. Oleh itu, tiada pihak yang terkecuali malah iltizam semua pihak dituntut
untuk memberikan kerjasama agar maruah negara tidak tercemar dan sekali gus
keamanan yang telah kita kecapi selama ini dapat dikekalkan.

You might also like