You are on page 1of 3

Pemanasan Global

Difinisi

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapaan gas yang dikenali


sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan
memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas
ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang
pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah
karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen
oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai
dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan
perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

Punca-punca berlakunya pemanasan global

1. Perindustrian
 Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan
global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi
menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau
terutamanya gas karbon dioksida.
 Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang
dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara
global.
2. Pengangkutan
 Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia
memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.
 Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar
utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa
plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida
3. Pembakaran hutan
 Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian,
petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global
 Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan
karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan
berlakulah pemanasan global
 Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.
4. Pertanian dan perternakan
 Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia
secara berlebihan.
 Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini
telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
 Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil
buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah
menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
5. Letusan gunung berapi
 Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia
terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.
 Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang
mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon
monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada
berlakunya pemanasan global.
 Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di
Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.
Kesan-kesan akibat pemanasan global

1. Pencairan litupan salji dan glasier


 Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan
glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub.
 Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang
dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan
contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah
contohnya Belanda dan Bangladesh.
 Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan
mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda
akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur
akan turut termusnah.
2. Tanah hilang kesuburan
 Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus
dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
 Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya
mengurangkan hasil pertanian.
 Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan
sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk,
sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
3. Kemarau
 Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses
sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi
menurunkan hujan.
 Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi
panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/
partikulat-partikulat terampai.
 Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini
mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan
yang hebat.
 Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas
dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut,
banjir dan taufan.

You might also like