You are on page 1of 13

SULIT 1 3756/2

LOGO SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019 3756/2
PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Ogos/September
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan di Bahagian B.
3. Tulis jawapan anda pada Kertas Helaian Tambahan yang dibekalkan.
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah
dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.
6. Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah.
7. Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada helaian yang baru.
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 2 3756/2

Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan.

1. (a) Lengkapkan perbezaan antara bentuk milikan perkongsian dengan syarikat berhad.

PERKONGSIAN ASPEK MILIKAN TUNGGAL

SUMBANGAN
MODAL

[2 markah]

(b) Apakah kesan urus niaga berikut ke atas persamaan perakaunan?

Membayar sebahagian hutang dengan cek

[2 markah]

(c) Maklumat berikut diperolehi daripada buku Kedai Wawa pada 31 Disember 2018.

RM
Mesin (kos) 30 000
Susut nilai terkumpul mesin 6 000

Mesin tersebut dijual pada harga RM25 500 pada 31 Disember 2018.
Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut? [2 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 3 3756/2

(d) Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Haji Danial.

RM
Aset bukan semasa 80 000
Aset semasa 60 000
Liabiliti bukan semasa 40 000
Liabiliti semasa 20 000

i) Hitungkan nisbah semasa bagi Perniagaan Haji Danial. [1 markah]


ii) Berikan tafsiran bagi (d) (i). [1 markah]

(e) Daily One Berhad mempunyai modal yang terdiri daripada 100 000 unit syer keutamaan
RM2.50 sesyer dan 200 000 unit syer biasa RM2.00 sesyer.

Hitung modal dibenarkan. [2 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 4 3756/2

2 Pada 1 Januari 2018, Kelab Wista Taman Impiana mempunyai butir-butir yang berikut:
1 Januari 2018 31 Disember 2018
RM RM
Rumah kelab 80 000 80 000
Yuran ahli belum terima 400 -
Yuran ahli belum terperoleh - 330
Alatan sukan 7 400 ?
Simpanan tetap 10 000 10 000
Inventori alat tulis 80 40
Akhbar dan majalah belum bayar 135 210
Bank 3 800 ?

Penerimaan:
RM
Yuran ahli 12 450
Kutipan hari terbuka 12 400
Derma 18 000
Sewa gelanggang 3 200
Bayaran masuk 720
Pembayaran:
Bantuan kepada ahli 620
Belanja am 175
Alatan sukan 2 100
Upah 400
Akhbar dan majalah 370
Belanja hari terbuka 4 870
Alat tulis 270
Kadar bayaran 1 160
Honorarium 950
Insurans 1 200

Maklumat tambahan:
i. Faedah atas simpanan tetap 8% setahun masih belum diterima.
ii. Alatan sukan pada 1 Januari 2018 telah dibeli pada 1 Januari 2017 dan semua alatan sukan
disusutnilaikan 10% setahun.
iii. Derma hendaklah dianggap sebagai penerimaan modal.
iv. Insurans adalah untuk setahun berakhir 31 Mac 2019.
v. Bayaran masuk dianggap sebagai pendapatan hasil.

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 5 3756/2

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2018. [3 markah]
(b) Akaun Yuran [3 markah]
(c) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018. [12 markah]
(d) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018. [7 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 6 3756/2

3 Balqis merupakan pemilik perniagaan Qis Trading. Imbangan Duga Perniagaan Qis Trading
pada 31 Disember 2018 adalah seperti berikut:

Imbangan Duga pada 31 Disember 2018

Debit Kredit
RM RM
Modal 1 Januari 2018 44 680
Inventori 1 Januari 2018 2 470
Kelengkapan 40 000
Belian dan Jualan 92 700 145 720
Pulangan 150 270
Komisen 1 200
Promosi 560
Gaji 14 400
Angkutan Masuk 450
Insurans 2 400
Kadar bayaran 1 720
Sewa 11 000
Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 6 400 4 470
Peruntukan Hutang Ragu 210
Pinjaman 5% (matang 30 Jun 2024) 27 500
Bank 54 270
Tunai 975
Ambilan 1205
Susutnilai Terkumpul Kelengkapan 5 250
Faedah atas pinjaman 600
229 300 229 300

Maklumat Tambahan:
i Inventori pada 31 Disember 2018 dinilaikan pada harga kos RM3 720 dan RM4 110 pada
harga pasaran.

ii Ambilan barang niaga bernilai RM550 untuk kegunaan peribadi masih belum direkodkan.

iii Insurans yang dibayar adalah untuk tempoh setahun sehingga 30 Jun 2019.
iv Kelengkapan yang bernilai RM5 000 telah dibeli pada 1 April 2018.
Kelengkapan disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

v Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% setahun atas nilai akaun belum terima.

vi Sewa tahunan kedai RM12 000.

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 7 3756/2

vii Komisen belum diterima sebanyak RM110

viii Terima sekeping cek RM350 daripada seorang pelanggan kerana melunaskan hutang
lapuk.

ix Pinjaman bernilai RM30 000 telah dibuat pada 1 Julai 2018 dan tarikh matang pada 30
Jun 2024.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
[14 markah]
(b) Akaun Modal.
[4 markah]

(d) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018 (dengan menunjukkan modal
kerja)
[7 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 8 3756/2

BAHAGIAN B
[40 markah]
Jawab dua soalan sahaja

4 (a) Pusat Kecantikan Sherry telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir
30 Jun 2018. Anggaran tersebut adalah seperti berikut.
i) Baki tunai pada 1 April 2018 ialah RM 8000
ii) Jualan tunai bagi bulan April berjumlah RM 3000 dan dijangka akan berkurang
setiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya.
iii) Anggaran penerimaan daripada perkhidmatan ialah RM 6000 sebulan mulai April
dan dijangka akan bertambah sebanyak 20% setiap bulan daripada bulan
sebelumnya.
iv) Belian tunai bagi bulan April dianggarkan RM 3600 dan akan berkurang 10%
bagi bulan Mei. Belian bagi bulan Jun akan berkurang 20% lagi daripada belian
bulai Mei.
v) Belanja tetap bulanan adalah seperti berikut:
Gaji RM 800
Sewa RM 650
Belanja am RM 130
vi) Pada bulan Mei, pusat kecantikan ini telah membeli sebuah komputer berharga
RM 2850. Semasa pembelian, RM850 akan dibayar dan bakinya akan dijelaskan
secara ansuran bulanan dalam lima ansuran yang tetap.

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi Pusat Kecantikan Sherry bagi
tiga bulan berakhir 30 Jun 2018. [10 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 9 3756/2

4 (b) Encik Ramlan, seorang peniaga yang tidak menyimpan buku akaunnya dengan lengkap.

Butiran berikut telah diambil daripada buku akaun perniagaan Encik Ramlan.

1 Januari 2018 31 Disember 2018


RM RM
Inventori 10 142 11 242
Akaun Belum Terima 14 971 13 090
Akaun Belum Bayar 7 238 6 941
Alatan Pejabat 7 920 8 360
Kenderaan 39 600 35 640
Pinjaman bank 13 200 6 600
Faedah belum bayar 550 -
Insurans prabayar - 176
Tunai 2 409 539
Diskaun belum diterima 350 -
Komisen diterima belum terperoleh - 530

Maklumat tambahan:

Pada tahun itu, Encik Ramlan telah mengambil barang RM200 untuk kegunaan anaknya.

Anda dikehendaki menyediakan:

i) Penyata Mengira Modal Awal dan Modal Akhir [6 markah]

ii) Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2018. [4 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 10 3756/2

5a. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Marcus, pembekal kek di sekitar bandar
Segamat, Johor.
Anggaran kos dan hasil untuk pengeluaran pada bulan Julai adalah seperti berikut:
RM
Sewa kilang 2 000 sebulan
Overhed tetap 800 sebulan
Promosi 200 sebulan
Bahan langsung 9 sekotak
Upah buruh langsung 4 sekotak
Belanja langsung 2 sekotak
Jualan 30 sekotak

Anda dikehendaki:
i) melakar Graf Titik Pulang Modal pada kertas graf yang disediakan dengan menggunakan
skala yang sesuai dengan menunjukkan :
a. Garisan Kos Tetap [ 1 markah ]
b. Garisan Jumlah Hasil [ 1 markah ]
c. Garisan Jumlah Kos [ 1 markah ]
d. Titik Pulang Modal [ 3 markah ]
e. Lorekkan kawasan untung dan rugi [ 2 markah ]

ii) Berdasarkan graf di atas, hitungkan untung yang diperoleh sekiranya Perniagaan Marcus
dapat menjual sebanyak 300 kotak kek pada bulan Julai. [ 2 markah ]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 11 3756/2

5. (b) Petikan Penyata Kedudukan Kewangan berikut diperoleh daripada buku perakaunan Ecovest
Berhad.

Ecovest Berhad
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016, 2017 dan 2018
RM
Modal diterbitkan dan berbayar penuh
1 250 000 unit 8% Syer Keutamaan 1 250 000
7 500 000 unit Syer Biasa 7 500 000
8 750 000

Jadual di bawah menunjukkan keuntungan syarikat yang diperuntukkan untuk pembayaran


dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan 31 Disember 2017.

Tahun Keuntungan
(RM)
2016 228 000
2017 362 500

Maklumat tambahan :
i. Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 sebanyak RM460 800.
ii. Pada 30 Jun 2018, lembaga pengarah telah :
- Mengisytiharkan pembayaran dividen interim kepada pemegang syer keutamaan
dan 2% kepada pemegang syer biasa.
- Mencadangkan dividen akhir 6% kepada pemegang syer biasa.

Anda dikehendaki :
(a) Menyediakan satu jadual untuk menunjukkan agihan dividen antara pemegang syer
keutamaan dengan pemegang syer biasa bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan
31 Disember 2017.
[4 markah]
(b) Menghitung kadar dividen syer biasa bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

[2 markah]
(c) Menghitung dividen interim dan dividen akhir tahun berakhir 31 Disember 2018.

[4 markah]

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 12 3756/2

6 Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Lokman yang menjual Alatan Sukan.
Berikut merupakan aset dan liabiliti perniagaan pada 1 Mei 2019.
Jurnal Am
Tarikh Butiran Fol Debit kredit
2019
Mei 1 Tunai 600
Bank 24 000
Perabot 10 000
Akaun Belum Terima : Syarikat Zaimah 2 700
Akaun Belum Bayar : Pembekal Fatimah 3 200
Modal 34 100
( Aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada
tarikh ini) 37 300 37 300

4 Angkutan masuk 200


Pembekal Fatimah 200
(Caj angkutan masuk dikenakan atas belian)

Jurnal Jualan
Tarikh Butiran Folio No. Dokumen Jumlah
2019
Mei 8 Syarikat Zaimah 3 550
15 Syarikat Zaimah 2 000
31 Akaun jualan 5 550

Jurnal belian
Tarikh Butiran Folio No. Dokumen Jumlah
2019
Mei 3 Pembekal Fatimah 9 250
31 Akaun belian 9 250

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT
SULIT 13 3756/2

BUKU TUNAI
Tarikh Butiran Dis Tunai Bank Tarikh Butiran Dis Tunai Bank
2019 2019 Pembekal
Mei 1 Baki b/b 600 24 000 Mei 9 Fatimah 7 250
Syarikat
17 Zaimah 3500 28 Sewa 300
31 Komisen 400 31 Baki h/b 700 20 250
1 000 27 500 1 000 27 500
Jun 1 Baki b/b 700 20 250

Anda dikehendaki:
(a) memindahkan catatan dari buku catatan pertama ke lejar [ 14 markah ]
(b) menyediakan Akaun Kawalan Belum Terima [ 3 markah ]
(c) menyediakan Akaun Kawalan Belum Bayar [ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

[ Lihat halaman sebelah

3756/2 SULIT

You might also like