You are on page 1of 3

Antara langkah mengekalkan kemakmuran negara

adalah bermula daripada diri pemimpin sendiri.


Pemimpin yang cemerlang ialah seorang yang amanah
dalam memikul tanggungjawab sebagai salah seorang
individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan
negara. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa
yang ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun ahli
keluarga. Sebaliknya seorang pemimpin harus memberi
keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah
memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada
pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan
saksama. Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan
kemakmuran sekaligus akan mengelakkan ancaman
luar.

Selain itu, rakyat turut mempunyai peranan dan


tanggungjawab bagi mengekalkan kemakmuran negara
terutamanya golongan remaja. Remaja merupakan
aset penting bagi menentukan masa depan negara
kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin
negara. Oleh itu, mereka hendaklah diberikan
pendidikan yang mencukupi agar mereka mempunyai
ilmu yang cukup untuk mengambil alih pentadbiran
negara. Para remaja juga harus sedar bahawa
merekalah yang akan mencorak masa depan negara.
Mereka haruslah berbangga kerana dapat menetap di
negara bertuah ini. Mereka perlulah bersatu padu dan
hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah
membuktikan bahawa bersatu padu amat penting
dalam mengekalkan keamanan Negara dan
mengelakan ancaman luar.

Akhir sekali, Perpaduan antara kaum amat penting


bagi mengekalkan kemakmuran negara. Hal ini kerana
jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, negara
akan menjadi huru-hara dan kacau-bilau. Sebagai
contoh, seuatu kaum tidak boleh bercampur dengan
kaum yang lain. Malah jika bertemu muka, masing-
masing akan berselisihan antara satu sama lain dan
seterusnya akan berlanjutan kepada pergaduhan yang
besar dan memberi peluang pihak luar mengambil
kesempatan ke atas Negara kita. Justeru itu,
perpaduan antara kaum perlu dipupuk bagi
memastikan kedaulatan negara akan lebih terjamin.

Kesimpulannya, kerjasama antara masyarakat amat


diperlukan dalam mengekalkan kemakmuran negara.
Rakyat hendaklah bersatu padu dan bekerjasama
dalam apa jua keadaan bagi melindungi dan
mempertahankan kedaulatan negara yang diperoleh.
Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.

You might also like