You are on page 1of 5

NAMA KUMPULAN : 1

AHLI KUMPULAN
1) NOOR AIDA BINTI SAPIAN
2) SYAFINAZ BINTI SAID

TAJUK EKSPERIMEN :
2.1 Menyediakan dan mengkaji slaid sel tumbuhan

1
Tugasan (Kategori B)
Anda dikehendaki untuk menyediakan dan memerhati slaid sel tumbuhan dibawah
mikroskop cahaya. Anda perlu menulis laporan amali tersebut.
Laporan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut :

 Tajuk
 Tujuan / Objektif
 Bahan dan Radas
 Prosedur
 Persembahan data
 Perbincangan

Salin semula dan jawab soalan berikut dalam laporan amali anda.

1. Adakah sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap?

2. Apakah struktur sel yang boleh diperhatikan menerusi mikroskop cahaya ?

3. Apakah struktur sel yang hadir dalam sel tumbuhan tersebut tetapi tidak terdapat
dalam sel pipi?

4. Apakah jenis sel lain yang dapat dilihat di bawah mikroskop dan nyatakan fungsinya?

 Kesimpulan

2
Contoh Laporan Tugasan B (Penskoran )

Tajuk : Menyedia dan memerhati slaid sel tumbuhan.

Tujuan: Menyedia dan memerhati slaid sel tumbuhan di bawah mikroskop cahaya.

Bahan : Batang pokok Lily,kertas turas dan larutan iodin,

Radas : Slaid kaca, kaca penutup, mikroskop cahaya,penitis dan jarum tenggek.

Prosedur :
1. Daun pokok Lily dikupas senipis mungkin.Pastikan berhati-hati menggunakan pisau agar
tidak berlaku kecederaan dalam Rajah 1 (a).
2. Hasil kupasan diletakkan di atas slaid kaca seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1(b)
3. Setitis larutan iodin dititiskan di atas kupasan daun Lily.
4. Dengan bantuan jarum tenggek,specimen sel tumbuhan ditutup dengan penutup kaca
yang diletakkan pada sudut 45o kepada slaid dan diturunkan secara perlahan-lahan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (c).
5. Kertas turas digunakan untuk membuang larutan iodin yang berlebihan.
6. Slaid diperhatikan di bawah mikroskop cahaya dengan menggunakan kanta objektif
kuasa rendah dan kemudian diikuti kanta objektif kuasa tinggi.
7. Struktur sel tumbuhan Lily dilukis dan dilabelkan. Kuasa pembesaran mikroskop yang
digunakan dicatatkan.

3
Rajah 1 (a)

Rajah 1 (b)

Rajah (c)

Keputusan :

Pembesaran mikroskop : 10 x 4

4
Perbincangan :

1. Adakah sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap?


Ya.

2. Apakah struktur sel yang boleh diperhatikan menerusi mikroskop cahaya ?


Dinding sel ,membrane sel ,sitoplasma dan nukleus.

3 Apakah struktur sel yang hadir dalam sel tumbuhan tersebut tetapi tidak terdapat
dalam sel pipi ?
Dinding sel dan vakoul

4 Apakah jenis sel lain yang dapat dilihat di bawah mikroskop dan nyatakan fungsinya ?
Sel pengawal, mengawal bukaan stoma.

Kesimpulan : Sel tumbuhan Lily mempunyai dinding sel, membrane sel,sitoplasma dan
nukleus.

You might also like