You are on page 1of 2

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu: a) Kata bilangan tentu b) Kata bilangan tak tentu c) Kata bilangan himpunan d) Kata bilangan pecahan e) Kata bilangan pisahan f) Kata bilangan tingkat Perhatikan penerangan di bawah ini. Jenis Kata Keterangan Kata bilangan tentu Kata bilangan tak tentu Penerangan Kata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh: para, semua, sesetengah, banyak, pelbagai Kata bilangan himpunan asalnya ialah kata bilangan tentu tetapi telah digandakan dan ditambah dengan imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketigatiga, kelapan-lapan Kata bilangan yang berbentuk pecahan. Contoh: setengah, satu per empat, dua per lima, tiga per lapan Ayat Contoh 1 Kerani itu sedang mengepit satu keping fail. 2 Dua buah kelapa muda itu telah ditebuk tupai. 1 Semua penghuni kampung itu akan dipindahkan ke tempat lain. 2 Banyak rumah dan harta benda musnah dalam kejadian banjir lumpur itu. 1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak teruk. 2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku. 1 Setengah bahagian kek itu telah dihurungi semut. 2 Dia mengambil masa hampir tiga per empat jam untuk menyiapkan surat permohonan itu. 1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa cucunya itu bersiar-siar di taman bunga. 2 Mereka gagal menyiapkan kerja masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan. 1 Setelah masuk hari yang ketujuh barulah dia berasa badannya agak ringan sedikit. 2 Zainah memilih nombor giliran kedua untuk temuduga jawatan kerani itu.

Kata bilangan himpunan

Kata bilangan pecahan

Kata bilangan pisahan

Kata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap dan masing-asing Kata bilangan yang asalnya kata bilangan tentu tetapi telah ditambah dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta

Kata bilangan tingkat

Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:1. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu. Contoh: a) Lima guli itu telah retak. (X) b) Lima biji guli itu telah retak. ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

2.

Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak. Contoh: a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X) b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. ()

3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu. Contoh: a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X) b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. () 4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu. Contoh: a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X) b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. () 5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat. Contoh: a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X) b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. () 6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan. Contoh: a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X) b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. () 7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para. Contoh: a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X) b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. () 8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja. Contoh: a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X) b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. () 9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja. Contoh: a) Tiap petang dia bermain badminton. (X) b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

You might also like