You are on page 1of 11

PANDUAN MENJAWAB

SOALAN BAHAGIAN C –
PEMINDAHAN MAKLUMAT
(RUMUSAN)
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (PT3)
TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN
RUMUSAN
• Pelajar dikehendaki menghasilkan rumusan berdasarkan teks dan kehendak soalan yang
dikemukakan.
• Pelajar akan diberikan sebuah petikan tanpa kata kunci atau kemungkinan ada kata kunci.
• Jika ada kata kunci, kehendak soalan biasanya diperoleh dalam perenggan pertama.
• Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.  
• Jangan salin bulat-bulat daripada petikan. 
• Buangkan huraian, contoh, peribahasa dan sebagainya untuk menjadikan jawapan lebih pendek. 
• Rumusan hendaklah ditulis dalam perenggan dan mempunyai tiga perenggan iaitu :-
a. Pendahuluan (Idea Utama)
b. Isi (Idea Sampingan)
c. Penutup (Kesimpulan)
RANGKA RUMUSAN
a. Perenggan 1 – Rumusan membincangkan (kehendak soalan) dan (satu idea utama).
b. Perenggan 2 – (kehendak soalan) lain ialah (idea sokongan 1). Selain itu, (idea sokongan 2),
(idea sokongan 3), (idea sokongan 4), (idea sokongan 5), dan (idea sokongan 6).
c. Perenggan 3 – Kesimpulannya, (cadangan) agar (harapan)

• Pelajar dinasihatkan menulis rumusan tidak melebihi 100 patah perkataan.


• Meletakkan jumlah patah perkataan di bawah sebelah kanan rumusan.
PANDUAN PEMARKAHAN

ISI BILANGAN ISI MARKAH


• Isi - 10 markah
Idea Utama 1 2 (1 idea x 2 markah)
• Bahasa - 5 markah Idea Sokongan 6 6 (6 isi x 1 markah)
Kesimpulan 1 2 (1 kesimpulan x 2
• Jumlah = 15 markah markah)
PERBEZAAN ANTARA RUMUSAN &
RINGKASAN

Rumusan Ringkasan
IDEA UTAMA Cari Terdapat dalam
sendiri berdasarkan soalan
petikan

 KESIMPULAN Diperlukan Tidak diperlukan


PERSAMAAN ANTARA RUMUSAN &
RINGKASAN

• Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan.


• Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan.
• Ditulis dalam bentuk perenggan.
LATIHAN MENULIS
RUMUSAN

(SILA RUJUK BUKU LATIHAN KERJA GET READY PRAKTIS TOPICAL PT3 MUKA

SURAT 35)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Program Pertanian Bandar merupakan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI untuk membantu isi
rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan asasi. Pada masa ini,
pertanian bandar belum dilaksanakan secara meluas di negara kita. Aktiviti ini dilakukan sebagai hobi oleh orang perseorangan
yang berminat bercucuk tanam atau projek perintis yang dilakukan agensi pertanian di sekolah sebagai aktiviti pendidikan.
Pertanian bandar dan Program Bumi Hijau dapat memanfaatkan kawasan kosong di sekeliling rumah dan taman perumahan.
Penduduk dapat memaksimumkan penggunaan tanah dengan mengamalkan kaedah penanaman secara menegak, bertingkat- tingkat
atau secara menggantung bagi tanaman yang sesuai seperti salad, timun, kacang panjang, dan sebagainya. Mereka juga boleh
menggunakan sistem bersepadu yang menggabungkan kaedah akuakultur dengan penanaman sayur-sayuran serentak. Kaedah
pertanian ini dapat digunakan untuk mengatasi masalah tanah kurang subur. Mereka boleh menggunakan baja atau sisa organik
daripada bahan yang kebanyakannya dibuang ke dalam tong sampah untuk dijadikan kompos sebagai baja tanaman.
Selain itu, usaha bersama-sama dengan jiran secara tidak langsung dapat memupuk semangat kejiranan dan bekerjasama antara
penghuni di kawasan perumahan. Dengan itu, keharmonian dan semangat muhibah dapat dipupuk dalam kalangan penduduk.
Tambahan pula, tanaman hijau mengindahkan kawasan mereka. Udara juga segar kerana tanaman hijau membebaskan karbon
dioksida yang dapat mengurangkan kesan pencemaran udara. Masyarakat yang bercucuk tanam di sekeliling rumah dan taman
perumahan bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti fizikal yang dapat mengeluarkan peluh, tetapi juga
boleh mendapat bekalan sayur yang segar dan bebas daripada racun serangga .
Rumusan ini membincangkan faedah pertanian bandar.
Antaranya ialah kita dapat memanfaatkan kawasan kosong di sekeliling rumah dan taman
perumahan. Kita juga dapat mengatasi masalah tanah kurang subur dengan mengusahakan
pertanian bandar. Selain itu, semangat kejiranan dan bekerjasama antara penghuni di kawasan
perumahan dapat dipupuk. Tanaman hijau juga mengindahkah kawasan mereka. Udara menjadi
segar kerana tanaman hijau membebaskan karbon dioksida yang dapat mengurangkan kesan
pencemaran udara. Kita juga dapat mengisi masa lapang dan mendapat bekalan sayur yang segar
dan bebas daripada racun serangga.

Kesimpulannya, (pertanian bandar seharusnya dijadikan budaya masyarakat) agar (dapat


meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun).
(100 patah perkataan)
Rumusan ini membincangkan faedah pertanian bandar. Antaranya ialah kita dapat
memanfaatkan Kawasan kosong di sekeliling rumah dan taman perumahan. Kita juga dapat
mengatasi masalah tanah kurang subuh dengan mengusahakan pertanian bandar. Selain itu,
semangat kejiranan dan bekerjasama antara penghuni di kawasan perumahan dapat dipupuk.
Tanaman hijau juga mengindahkan kawasan mereka. Udara menjadi segar kerana tanaman hijau
membebaskan karbon dioksida yang dapat mengurangkan kesan pencemaran udara. Kita juga dapat
mengisi masa lapang dan mendapat bekalan sayur yang segar dan bebas daripada racun serangga.
Kesimpulannya, pertanian bandar seharusnya dijadikan budaya masyarakat agar dapat
meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

(100 patah perkataan)


TUGASAN KERJA RUMAH 13 JUN 2021
Lengkapkan Latihan Rumusan dalam
Buku Latihan Kerja Get Ready Praktis Topikal PT3 Muka Surat 61

You might also like