You are on page 1of 2

Fokus 1 (Sebab-sebab remaja perlu mengamalkan diet sihat)

Petikan membincangkan faktor-faktor remaja wajar mengamalkan


diet sihat apabila mengambil makanan.
Pemakanan yang betul dapat mempengaruhi remaja berubah ke
arah gaya hidup yang sihat. Pemakanan sihat mampu meningkatkan
keupayaan fizikal dan membekalkan tenaga. Amalan tersebut dapat
meningkatkan kesihatan mereka hingga alam dewasa. Pemakanan sihat
dapat mengelakkan remaja daripada mengambil makanan yang tidak
berkualiti. Golongan remaja dapat menghindarkan diri daripada
menghidapi penyakit kronik. Mereka terhindar daripada keracunan
makanan. Kesedaran remaja membantu mereka mengambil makanan
seimbang berdasarkan pyramid makanan. Mereka dapat menghindari
masalah kegemukan.
Kesimpulannya, setiap orang hendaklah mengamalkan diet sihat
agar tidak berhadapan dengan pelbagai penyakit berbahaya.
Fokus 2 (Strategi-strategi mengamalkan gaya hidup sihat)

Rumusan membincangkan punca-punca remaja harus mengambil


pemakanan sihat dan strategi-strategi mengamalkan gaya hidup sihat.
Setiap orang hendaklah mengurangkan pengambilan makanan
berlemak. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet
harian. Seseorang itu tidak mengabaikan makanan yang berserat tinggi.
Elakkan daripada mengambil makanan rapu. Kegiatan sukan diamalkan
secara berterusan atau berkala. Tidak merokok pada bila-bila masa.
Kesimpulannya, setiap orang hendaklah mengamalkan diet sihat
agar tidak berhadapan dengan pelbagai penyakit berbahaya.

You might also like