You are on page 1of 1

Soalan 1

Rumusan

Rumusan in membincangkan sebab-sebab peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan


langkah mengatasinya.

Antara punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja ialah bertindak memendam
masalah mereka secara bersendirian dan persekitaran remaja itu sendiri.Terdapat juga kes kemurungan
yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Kegagalan menepati sasaran yang
ditetapkan oleh ibubapa dan guru dalam pelajaran.Kemurungan berpunca daripada kemalangan yang
membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang.Kemurungan dikatakan berlaku apabila
mereka gagal melanjutkan pelajaran.

Antara langkah mengatasi ialah remaja tersebut membuat sesi kaunseling bersama kaunselor.Selepas
itu, mengadakan kempen ‘ Kesihatan Mental ‘ untuk memberikan kesedaran kepada pelbagai pihak
mengenai masalah kemurungan.

Kesimpulannya,kita haruslah berusaha mengatasi peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan


remaja supaya dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Soalan 2

Pemahaman

1) Maksud rangkai kata memendam masalah ialah menyimpan masalah


2) Alasan-alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan yang
dikemukan oleh pengarang ialah sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang
menyeronokkan. Selain itu, remaja berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang
hebat pada masa akan dating.
3) Pada pendapat saya, anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak
dengan masalah kemurungan ialah memperbanyakkan aktiviti keagamaan dalam keluarga.
Ibadat dapat menguatkan iman mereka. Selain itu, ahli keluarga meluangkan lebih banyak masa
bersama anak mereka. Antara aktiviti yang dapat diluangkan bersama ialah beriadah atau
menolong melakukan kerja rumah bersama. Sehubungan itu, tidak memberi terlalu banyak
tekanan kepada remaja mereka berkenaan isu pelajaran. Remaja akan lebih tertekan apabila
diberi tekanan berkaitan dengan isu tersebut dan seharusnya ibu bapa memberi sokongan
kepada mereka. Akhir sekali, memberi ganjaran kepada mereka. Perkara ini akan membuat
mereka berasa gembira dan dihargai oleh ahli keluarga mereka.

You might also like