You are on page 1of 4

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang


berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor
perindustrian telah di kecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan
kebersihan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas
semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai
masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar
yang bersih penting dalam kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh
itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah
ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah


pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini
demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam
sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang
kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga
dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.
Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya
penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang
amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah
dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan
sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana
terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos
perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh
kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam
sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan


aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai
langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang
yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah
ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa
kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilangkilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan

ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung,
masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.
Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali
sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan
perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap
penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh
diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.
Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air. Melalui cara ini, sumbersumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah
untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara
juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia
sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar
semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen


kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui kempen
kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai
tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat
mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam
sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti
kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat
tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri,
pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga
penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah


pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat
Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna
agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat
dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman.
Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong
dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai
Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga

kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara


Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Isu-isu yang bekaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan surat khabar.
Hal ini kerana pencemaran alam sekitar didapati telah bertambah dari semasa ke semasa. Pada
pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat
kerana banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal ini
kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh
menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai.
Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga
alam sekitar.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar supaya menjaga
alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan program gotongroyong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan
tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya,
peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang
tidak dapat disangkai. Oleh itu, stesen telivisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang
telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar
juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah alam sekitar.
Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran
alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingati ahli masyarakat agar sentiasa menjaga
alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat
persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam
sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk
membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi
pencemaran alam sekitar.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi
melaksanakan program-program mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga

boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar menjadi
pengajaran kepada orang lain. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan
Kempen Menjaga Alam Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan
peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi dengan
segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara.
Pada pandangan saya, semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi
dengan baik.

You might also like