You are on page 1of 1

Remaja samseng, kes buli makin membarah

Ahmad Rafa'i Md Ali

Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak pihak


terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai kebejatan sosial
remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan
kejadian buli yang membahayakan keselamatan pelajar sekolah khususnya
sekolah berasrama.

Tidak cukup dengan wacana sahaja, masyarakat menantikan penyelesaian


berkesan untuk gejala buli yang tiada petanda reda dalam kalangan remaja
bermasalah di sekolah. Hari ini sekolah seolah-olah menjadi pusat
menghasilkan virus schoolafobia kerana pelajar baru takut tinggal di
asrama.

Institusi sekolah terutama sekolah berasrama sering menjadi medan


sebilangan pelajar menunjukkan dominasi dan senioriti sehingga sanggup
mencederakan pelajar lebih bawah daripada mereka. Aksi tendang
terajang serta ala ahli gusti dipertontonkan untuk menunjukkan kekuatan
dan pelajar baru menjadi mangsa.

Perbuatan salah laku itu menyebabkan kecederaan, koma, patah tulang


sehingga ada yang meninggal dunia disebabkan perlakuan buli di asrama
dan sekolah. Ironinya, kejadian buli juga turut dilaporkan membabitkan
sekolah yang telah diberi gred berprestasi tinggi.

Lebih menyedihkan lagi, laporan kejadian buli turut berlaku dalam kalangan
pelajar Melayu-Islam di sekolah aliran agama yang sepatutnya menjadi
teladan kepada pelajar lain.

You might also like