You are on page 1of 2

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN

(35 markah)

Soalan : Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yon9
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendirl.

BAHAN 1
Lugman memiliki bakat yang cukup besar dan berpotensi untuk menjadi seorang pemain bola
sepak yang berjaya pada peringkat antarabangsa. Hal iní terbukti apabila Lugman muncul
sebagai warga Malaysia pertama tersenarai dalam kelompok 60 orang remaja terbaik dunia
pada tahun lalu oleh media antarabangsa, The Guardians, sebelum giliran Goal.com pula
memilihnya sebagai antara 50 bakat baharu bagi tahun 2020, sebaris dengan bintang
Borussia Dortmund .Kedua-dua
pengiktiratan secara berturut-turut itu menyaksikan kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk
yang dimiliki oleh usahawan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, menawarkan kontrak
lima tahun kepada Lugman.
Selain Lugman, Rudie Ramli dan Mohd Fadzli Shaari juga pernah memilih untuk bermain di
Jerman dengan menyertai SV Wehen Wiesbaden pada tahun 2001. Nazmi Faiz Mansor juga
pernah menggemparkan arena bola sepak tanah air apabila menamatkan kontrak tiga
tahunnya bersama S.C.Beira-Mar selepas enam bulan sahaja menyertai kelab Portugal
tersebut pada tahun 2013. Walau apa-apapun keputusan Lugman, beliau perlu mengambil
iktibar daripada pengalaman lampau “ abang sineor” supaya mampu terus kekal berada pada
landasan yang betul sekali qus membuka peluang yang sama kepada pemain-pemain lain
selepasnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Usah disia-siakan Peluang Keemasan
oleh Ely Mohamad
Dewan Masyarakat Bil.8 2020
BAHAN 2
E-sukan ialah satu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan dimainkan dengan
penuh semangat kesukanan.E-sukan telah berkembang di serata dunia dan menjadi sumber
pendapatan yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan semakin popular dan negara kita telah pun
melahirkan atlet e-sukan yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Atlet e-sukan perlu
menjadikan disiplin umpama akar tunjang dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk berjaya dalam
sukan ini.

Atlet e-sukan mampu bergelar jutawan kerana ada pertandingan antarabangsa yang
menawarkan wang terkumpul yang mencecah puluhan juta ringgit. Namun, yang penting atlet e-
sukan perlu berdaya tahan dan berdaya maju untuk mencipta nama hingga peringkat antarabangsa
seterusnya mengharumkan nama negara. Nur Amirul bin Afandi (AmTuah) merupakan atlet
e-sukan bagi permainan Federation Intemationale de Football Association 19 (FIFA 19). FIFA
berasaskan permainan bola sepak, namun FlFA 19 mempunyai pelbagai mod permainan yang setiap
satunya mempunyai ciri dan peraturan pertandingan yang berbeza. Nur Amirul pernah menjuarai Asia
Tenggara bagi AGES 2016 dan Cyberfest 2017. Pada tahun 2018, dia menjuarai Virtuelle Bundesliga
Asia Tenggara seterusnya mara ke pertandingan dunia di Jerman.

Dipetik dan diubah suai daripada


Jutawan Sukan
Halaman 6-7, Buku Teks Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengambil iktibar.


(2 markah)

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persaman dan perbezaan kejayaan yang
dicapai oleh atlet sukan tersebut (3 markah)

(iii)
Penyertaan murid-murid dalam açara sukan sememangnya memberikan pelbagai faedah
kepada mereka.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut?
ii)
(3 markah
Kumpulan anda diminta untuk memilih ketua bagi kumpulan sorak yang akan
menyokong.rumah sukan
kumpulan anda. Pemilihan ini perlu dilakukan segera kerana ketua kumpulan Sorak yang
dipilih sebelum ini
tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit
Cadangkan kriteria-kriteria yang perlu ada pada ketua kumpulan sorak tersebut agar
sorakan tersebut dapat
membangkitkan semangat juang atlet rumah sukan masing-masing
(V)
4 markah]

You might also like