You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS, MATEMATIK & KEMANUSIAAN

MADRASAH MODEN TERENGGANU KUALA NERUS KALI 1/2020

Tarikh/Hari : 20 Januari 2020 (Isnin)


Tempat : Kelas 4A3
Masa : 10.15 pagi

Hadir :

1. En. Muhammad Amin Bin Ja’afar - Penolong Kanan Pentadbiran


2. Pn. Nur Anis Shahierah Binti Ahmad Redza - Pengerusi
3. Cik Syafiqah Ainaa Binti Kamaruddin - Guru Panitia Sains / SU
4. Cik Nur Syafiqah Binti Anuar - Guru Panitia Matematik
5. Pn. Cik Maisarah Binti Ngah - Guru Panitia Sejarah
6. Pn. Noor Zhafarina Binti Mohd Adnan - Guru Panitia Geografi
7. Pn. Siti Nur Majdina Binti Saikh Kamaruden - Guru Panitia Perniagaan
8. Cik Nurul Syuhada Binti Harun - Guru Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
9. Pn. Amalina Binti Tengah
10. Pn. Syakirah Binti Razali

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengajak semua ahli mesyuarat untuk
bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Beliau turut berterima
kasih kepada semua kerana dapat hadir ke mesyuarat.

Tindakan : Makluman

2.0 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2, SMRM dan Tingkatan 4 Tahun 201

2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa subjek untuk bidang Sains, Matematik dan
Kemanusiaan adalah antara subjek yang tercorot berbanding subjek subjek lain.

2.2 Hal ini kerana kekurangan guru dalam bidang terbabit.

2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa penurunan markah pelajar adalah disebabkan
oleh tiada inisiatif dan semangat daripada pelajar.

2.4 Untuk Tingkatan 2, subjek yang paling tercorot ialah matematik, diikuti dengan Reka
Bentuk dan Teknologi, Sejarah dan Sains. Guru-guru disarankan oleh pengerusi untuk
merancang kem, bengkel dan kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi pelajar
Tingkatan 3.

2.5 Seterusnya, analisa SMRM pelajar Tingkatan 3, subjek untuk bidang Sains, Matematik
dan Kemanusiaan adalah paling tercorot berbanding bidang-bidang lain. Analisa juga
menunjukkan subjek yang paling tercorot ialah Sejarah, Sains diikuti oleh Matematik.

2.6 Akhir sekali, analisa untuk Tingkatan 4 menunjukkan bahawa subjek yang paling
tercorot ialah sejarah dan matematik.
2.7 Pengerusi berharap agar prestasi pelajar dapat ditingkatkan bagi bidang Sains,
Matematik dan kemanusiaan.

Tindakan : Semua Guru Panitia


Sains, Matematik dan Kemanusiaan

3.0 Ketetapan Pengurusan Kokurikulum

3.1 Untuk pelajar yang mengambil PT3 dan SPM, silibus perlu dihabiskan sebelum bulan
Jun 2020.

3.2 Mengadakan kelas tambahan mengikut keperluan semasa.

3.3 Tuan pengerusi memaklumkan tentang kerja kursus bagi subjek perniagaan untuk
Tingkatan 4 dan 5, PEKA dan amali sains manakala bagi pelajar tingkatan 3, subjek
yang perlu kerja kursus ialah RBT, Sejarah dan Geografi.

Tindakan : Semua Guru Panitia


Sains, Matematik dan Kemanusiaan

4.0 Penyelarasan Buku Tulis

4.1 Tuan Pengerusi meminta semua guru mata pelajaran untuk menyenaraikan buku yang
digunakan semasa pembelajaran didalam

5.0 Penyelarasan Latihan bagi Setiap Mata Pelajaran

5.1 Tuan pengerusi meminta setiap guru mata pelajaran mempunyai target untuk bilangan
latihan pengukuhan yang perlu diberikan kepada pelajar.

5.2 Tuan pengerusi meminta agar setiap guru memberi latihan pengukuhan samada selepas
habis setiap bab ataupun selepas habis setiap subtopik.

Tindakan : Semua Guru Panitia


Sains, Matematik dan Kemanusiaan

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Tuan pengerusi meminta setiap guru mata pelajaran mempunyai target untuk bilangan
latihan pengukuhan yang perlu diberikan kepada pelajar.

6.2 Guru-guru memaklumkan tentang ketiadaan makmal sains dan bengkel untuk subjek
RBT menyebabkan sedikit kesukaran untuk perlaksanaan pembelajaran.

6.3 PKP memaklumkan supaya membuat kertas kerja untuk membeli peralatan makmal
Sains dan Bengkel RBT.
6.4 Tuan Pengerusi memaklumkan tentang kelas tambahan yang bakal diadakan selepas
peperiksaan TOV.

6.5 Tuan Pengerusi meminta agar Ketua Projek PT3 merancangan program untuk
meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar Tingkatan .

Tindakan : Guru-guru, PKP dan Pihak JHEAT


(Pendidikan)

7.0 Penutup
7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan
ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi kepada semua guru yang hadir.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Cik. SYAFIQAH AINAA BINTI KAMARUDDIN) (PN. NUR ANIS SHAHIERAH BINTI AHMAD REDZA)
Setiausaha Mesyuarat Ketua Bidang Sains, Matematik & Kemanusiaan
Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus

Disahkan oleh,

(EN. MUHAMMAD AMIN B JA’AFAR)


Penolong Kanan Pentadbiran
Madrasah Moden Terengganu Kuala Nerus
Tarikh:

You might also like