You are on page 1of 3

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MALAYSIA (UEC)

1. Kertas 1 : Ujian Bertulis (100%) – 1 jam 45 minit


2. Kertas 2 : Ujian Subjektif (100%) – 1 jam 15 minit
3. Kertas 1 mengandungi tiga bahagian :
a) Bahagian A : Rumusan
b) Bahagian B : Karangan
c) Bahagian C : Kefahaman
Teknik Menjawab Rumusan
1. Markah pendahuluan, isi dan kesimpulan adalah sebanyak dua markah termasuk
markah tatabahasa.
2. Pengagihan isi tersurat dan tersirat ialah :

Isi tersurat Isi tersirat


2 6 (maksimum)
3 5
4 4
5 3
6 (maksimum) 2
#jumlah keseluruhan isi adalah sebanyak lapan isi.
3. Sebanyak empat perenggan bagi satu rumusan lengkap. Ia terdiri daripada :
a) Perenggan pertama : Pendahuluan
b) Perenggan kedua : Isi tersurat
c) Perenggan ketiga : Isi tersirat
d) Perenggan keempat : Kesimpulan
4. Perenggan pendahuluan mestilah dimulakan dengan ‘ Graf/Carta/Jadual/Peta/Iklan
menunjukkan…..’
5. Hanya satu ayat dalam perenggan pendahuluan.
6. Isi tersirat boleh diterima dengan semua perkara berkaitan isu.
7. Perenggan kesimpulan hendaklah dimulakan dengan “Kesimpulannya,kita
haruslah/mestilah/hendaklah……..supaya…………. .
8. Perenggan kesimpulan tidak dibenarkan dipetik dari petikan.
9. Perenggan kesimpulan perlu mengandungi cadangan dan harapan.
10. Hanya satu ayat dalam perenggan kesimpulan.
11. Rumusan hanya disemak setakat mana jumlah patah perkataan yang ditetapkan.
Teknik Menjawab Karangan

1. Lima soalan , tulis satu karangan sahaja.


2. Pembahagian markah :

Pembahagian Markah Penuh


Takrif 10
Isi 20
Bahasa 15
Pengolahan 10
Pemerengganan 5
Jumlah 60

Teknik Menjawab Kefahaman


1. Terdapat dua petikan yang akan dikemukakan dalam kertas soalan.
2. Setiap petikan akan diberikan markah sebanyak 10 markah. (10+10=20 markah)
3. Contoh menjawab soalan kefahaman lengkap :
Soalan : Di manakah Abu tinggal ?
Jawapan : Abu tinggal di Taman Desa Rhu.

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MALAYSIA (PT3)


1. Terdiri daripada empat bahagian yang mengadungi sembilan soalan.
a) Bahagian A : Sistem Bahasa
 Kesalahan Tatahasa
 Kesalahan Ejaan
 Ayat (Sintaksis)
 Peribahasa
b) Bahagian B : Pemahaman Teks
 Komsas 1
 Komsas 2
 Novel
c) Bahagian C : Pemindahan Maklumat
 Ulasan
d) Bahagian D : Penulisan Karangan
 Tiga soalan karangan , pilih satu karangan.
2. Markah keseluruhan 100%
3. Masa diperuntukkan 2 jam.

You might also like