You are on page 1of 1

JAWAPAN

(i)      Dua kepentingan bahasa Melayu seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut ialah bahasa
Melayu menjadi hati nurani bangsa. Bahasa Melayu juga mempunyai kepentingan sebagai maruah
bangsa dan sebagai bahasa perpaduan.

jawapan-jawapan lain.

-   sebagai bahasa ilmu


-   sebagai bahasa komunikasi

(ii)    Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk  menjadikan bahasa Melayu dikenali pada
peringkat antarabangsa ialah dengan memasarkan buku-buku bahasa Melayu ke luar negara.    Selain
itu, pihak kementerian kebudayaan juga boleh menghantar delegasi budaya Melayu ke luar
negara supaya diketahui oleh masyarakat dunia.  Akhirnya, pertandingan yang menggunakan bahasa Melayu
juga boleh dianjurkan pada peringkat antarabangsa.

jawapan-jawapan lain
-   memasarkan atau mempromosikan filem Melayu ke luar negara
-   menggunakan bahasa Melayu pada setiap label produk barang eksport Malaysia.

(iii)  Dua persoalan lain yang terdapat dalam puisi tersebut ialah persoalan kedudukan bahasa Melayu di
negara ini , iaitu bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini agar tetap kukuh dan dapat dibanggakan.
Selain itu, terdapat juga persoalan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di negara ini.  perjuangan
memartabatkan bahasa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.

jawapan lain
- persoalan sejarah kegemilangan bahasa Melayu
iaitu bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangan yang tersendiri.

You might also like