You are on page 1of 8

E-PEMBELAJARAN 2

Peranan Pertubuhan
Pengembangan Sastera
Kumpulan 4

Vinusha, Ainaa, Hidayah,


Wardina, Balqis & Nuraini
ISI KANDUNGAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)
Pengenalan
Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang, dan tahap
perkembangannya juga berlainan seperti bahasa Melayu purba, bahasa
Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu peralihan dan bahasa
Melayu moden. Kedudukan dan perkembangan Bahasa Melayu itu
sebahagian besarnya disebabkan oleh kewujudan pertubuhan
kebahasaan, sama ada sektor awam, swasta atau persatuan yang
memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan dan
memperkasakan bahasa Melayu di Alam Melayu, khasnya di Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang tercatat dalam Akta DBP (semakan
tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi.
Memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan
Mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan
buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara
meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat
kuasa.
Gabungan Persatuan
Penulis Nasional
(GAPENA)
Mempertahankan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi Bahasa Kebangsaan yang
tunggal iaitu Bahasa Melayu.
berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan
Kebangsaan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
Menyatupadukan persatuan-persatuan penulis Malaysia yang bergiat dalam
Bahasa Kebangsaan.
Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis;
Memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan cita-cita
gabungan.
Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat
mereka.
Persatuan Penulis Nasional
(PENA)
menyatukan penulis-penulis tanah air dari semua peringkat dan
segala aliran pendapat
memperjuangkan hak-hak kaum penulis telah dilakukan seperti
soal hak milik penerbitan, hak cipta pengarang dan bayaran
royalti serta honorarium.
mewujudkan draf perjanjian antara penulis dan penerbit untuk
menjadi panduan kepada penulis yang selama ini terdedah
kepada layanan sesuka hati penerbit sahaja
melahirkan puisi-puisi protes yang keras melalui antologi
Keranda 152 dan Telok Gong pada tahun 1967.
menggubal "Manifesto Penulis" sebagai menyatakan kebebasan
berucap untuk kaum penulis bagi kepentingan masyarakat dan
keadilan manusia.
JABATAN KEBUDAYAAN DAN
KESENIAN NEGARA ( JKKN )
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan
kebudayaan di Malaysia
Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan
menyemarak seni budaya warisan Negara
Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan jati diri,
kesejahteraan dan perpaduan Negara
Menggalakkan aktiviti seni budaya yang inovatif bagi
meningkatkan pendapatan pemain industri
Menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan
budaya.
Terima Kasih

You might also like