You are on page 1of 11

PERANAN ORGANISASI DAN INSTITUSI BAHASA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan penting yang ditubuhkan ketika itu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (atau nama asalnya Balai Pustaka) Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan 22 Jun 1956 pada Kongres Bahasa Melayu Ke-3. Antara tugas-tugas Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu ialah :

mencipta ejaan, istilah, kamus dan tatabahasa dalam bahasa Melayu. menyatukan bahasa Melayu serantau serta mengembangkan sastera Melayu.

Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, Dewan Bahasa dan Pustaka diberi kuasa: Menggubal dasarnya yang khusus Menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera

Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Menjelang tahun 60-an, buat pertama kalinya Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan kempen Minggu Bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960 bertujuan menyedarkan orang ramai kepentingan bahasa kebangsaan.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan sumber rujukan Pihak Berkuasa Tempatan.

INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

Pada 14 September 1993 pula, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) ditubuhkan untuk mengambil alih tugas Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menterjemahkan buku ilmu.
Antara tugas lain Institut Terjemahan Negara Malaysia :

Khidmat Terjemahan Khidmat Kejurulatihan Khidmat Sari Kata

Khidmat Terjemahan

Di ITNM, menyediakan khidmat terjemahan dalam semua bidang. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca (untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai)

Khidmat Kejurubahasaan

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. ITNM menerima pelbagai tugasan, sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang - yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik.

Khidmat Sari Kata

ITNM menterjemah setiap dialog tayangan dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. ITNM menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat.

SEKIAN,

TERIMA KASIH

You might also like