You are on page 1of 3

Salam Sejahtera dan salam perpaduan.

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi intelektual kehakiman yang


penuh berintegriti, seterusnya, hadirin dan hadirat yang dikasihi.
“ Bahasa Melayu Teras Perpaduan “ demikianlah tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Secara konseptual “Bahasa Melayu Teras Perpaduan’, dapat kita fahami sebagai
peranan Bahasa Melayu iaitu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia yang cukup
signifikan menjadi tonggak permuafakatan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,


Hujah pertama, ‘Bahasa Melayu agen penyatuan bangsa’

Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua


franca atau bahasa perantaraan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15. Bahasa ini digunakan dengan cukup meluas dalam urusan
perdagangan dan hubungan diplomatik. Justeru, setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957, Bahasa Melayu telah disepakati oleh para pemimpin di
negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan yang termaktub di dalam
Perlembagaan Negara, Perkara 152.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, keunggulan Bahasa Melayu terus
dipacu teguh selaras Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 yang
menegaskan secara terperinci bahasa Melayu tonggak tamadun negara.
Hadirin yang dihormati,

Hujah kedua, Bahasa Menunjukkan Bangsa.

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah


faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Suka saya untuk meminjam
kata-kata pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Saya
sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan
semangat kemelayuan, kecinaan ataupun keindiaan.
Selain itu, langkah Dewan Bahasa dan Pustaka memasukkan entri
perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut
dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina seperti tapau dan India
seperti bumi yang mengalami proses ‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat
mewujudkan perpaduan. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu
itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan.

Hadirin yang budiman,


Hujah ketiga, Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu telah maju sejak abad ke -14 lagi. Hal ini dapat dibuktikan
apabila bahasa Melayu telah pun mempunyai sistem tulisan iaitu tulisan Jawi,
ragam bahasa yang standard, dan bersifat modenisasi dalam menyalurkan ilmu
kepada umum.
Contohnya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk Abang
Sallehuddin Abang Shokeran, dalam Portal Astro Awani, 1 Julai 2020, terdapat
satu jawatankuasa di agensi tersebut yang bertanggungjawab mencari setiap
istilah atau perkataan baharu di dalam bahasa Melayu.

Hadirin yang dirahmati,


Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa Melayu
merupakan teras utama perpaduan yang kita kecapi selama ini. ‘Bahasa Jiwa
Bangsa’, jangan lupa dan alpa untuk menguasai bahasa Melayu kerana bahasa
Melayu merupakan wahana utama penyatuan umat di negara ini. Oleh
itu,sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana
Bahasa Melayu Teras Perpaduan bangsa Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

You might also like