You are on page 1of 13

KONSEP BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Konsep Bahasa
Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara
yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi . Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87) menjelaskan bahawa bahasa ialah
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan
satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).
Menurut Abdullah Hassan (1984: 14) yang berpendapat Dalam memberi definisi
bahasa ini, pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut
akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai
alat perhubungan. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985: 40) mempunyai
pandangan yang berbeza dengan pendapat Abdullah Hassan iaitu Banyak dasar yang
boleh

dijadikan

asas

untuk

mendefinisikan

bahasa.

Setengah-setengah

oarng

mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa
merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Berdasarkan pandangan beberapa tokoh bahasa di atas, pada pendapat saya,


sehingga kini, bahasa belum mempunyai konsep yang jelas dan masih dalam pengkajian
ahli-ahli bahasa untuk menemui konsep dan makna sebenar bahasa. Hal ini kerana terdapat
percanggahan antara ahli bahasa mengenai konsep bahasa yang sebenarnya. Dapat
disimpulkan bahawa konsep makna yang sebenar masih belum jelas keterangannya dan
masih dalam pengkajian.

Bahasa Melayu Selepas Merdeka


Selepas merdeka bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa
Melayu, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan
syarat bahawa:
1

Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apaapa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar,
apa-apa bahasa lain; dan

Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau
hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan
dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

Berdasarkan

peruntukan

yang

diberikan,

jelaslah

bahawa

pertimbangan

sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Sejak tahun 1957,
apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi
bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor,


iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu
itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1
peratus, dan kaum India 11.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260).
bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini.

Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Selain itu
penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini
tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, bahasa Melayu telah
lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.

Namun begitu, pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan


bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan
dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa
kebangsaan dan dari segi undang-undang,

dasar ini telah dimaktubkan melalui

perlembagaan dan akta.

BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN


FUNGSI SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN

Kerajaan telah merancangkan pembinaan bahasa Melayu dengan tujuan supaya bahasa
Melayu berkembang dan maju peranannya yang utama sebagai asas kebudayaan
masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran negara.

Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa


Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Sistem persekolahan aliran kebangsaan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis
Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu.

Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan


syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Maka
kepentingan bahasa Melayu secara umumnya adalah sebagai bahasa kebangsaan, sebagai
bahasa rasmi, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa pengantar, sebagai bahasa ilmu
dan sebagai bahasa komunikasi. Contoh, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar digunakan tidak terhad kepada orang
Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia yang
berkeupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat
menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang
dengan pesat sebagai bahasa pengantar.

Laporan kabinat 1985 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa


Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta
menjadikannya sebagai

bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu.

Kewajaran

mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para
pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat diperkukuhkan lagi melalui
aktiviti kokurikulum di sekolah.

Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidkan


kebangsaan yang terlihat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga,
kesenian , kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Sifat kepelbagaian bahasa
Melayu yang sempurna dan mempunyai pelbagai cara dan gaya boleh diaplikasikan
penyampaian, fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai cara demi
mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya sebagai bahasa pengantar yang murni.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan.


Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan,


pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana
ianya menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan.
Keunikan bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi
perpaduan kaum yang telah lama wujud.

Jelaslah bahawa, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan


negara agar lebih mantap dan ampuh. Perihal ini adalah seiring dengan Laporan Abdul
Razak 1956 yang menekankan kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan
dan menekankan kepada perpaduan.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu kerana kesediaan pengamal
bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Jati diri orang
Melayu dengan sikapnya yang optimistik mencerahkan lagi pengusaan bahasa Melayu
secara warisan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu mampu menjadi
medium menyampaikan ilmu pengetahuan moden iaitu berfungsi sebagai bahasa akademik
yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam
aneka bidang ilmu terkini.

Bahasa Melayu juga mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang
sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa
Melayu juga mempunyai ciri keilmiah iaitu berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan
hujah dengan tepat serta berkesan secara mudah bagi penggunaan laras saintifik.

Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata.


Kesempurnaan bahasa Melayu juga terserlah dengan ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan bahasanya sebagai medium penyebaran ilmu.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DAN PENCAPAIAN MATLAMAT


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perkembangan bahasa Melayu berkait rapat dengan matlamat pendidikan di Malaysia.


Matlamat pendidikan sekolah rendah berkaitan bahasa Melayu adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Berikut ialah antara
objektif pendidikan sekolah rendah;

Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa


Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Bertutur,

membaca,

menulis

dan

memahami

Bahasa

Inggeris

selaras

dengan kedudukuannya sebagai bahasa kedua.

Berdasarkan butiran di atas, memberi penjelasan bahawa bahasa Melayu perlu


dikuasai oleh semua murid dalam sistem pendidikan negara. Namun , masih kedengaran
suara sumbang yang mengatakan bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu,
seterusnya memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
sepadu,meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Bahasa juga satu ilmu dan sejarah membuktikan banyak ahli yang melahirkan
pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu dan bahasa sebagai satu entiti yang terpadu.

Kita sebenarnya memiliki bahasa yang berkembang dan dinamis dalam menghadapi apa
juga cabaran yang bakal datang.

Bahasa memainkan peranan penting dalam pembangunan negara kerana melalui


bahasa, sesebuah negara akan lebih dikenali dan jati diri sesuatu bangsa dapat dipupuk.
Contohnya, walaupun bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia merupakan bahasa yang
serumpun, namun identiti bahasa-bahasa ini berlainan kerana jati diri yang
mendukungnya. Huraian seterusnya berkaitan kepentingan dan peranan bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menentukan hala tuju pembangunan
negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh
hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat
dilihat dari tiga aspek:

Pertama, bahasa Melayu sebagai mata kursus;

Kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar;

Akhirnya ,bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis
linguistik, dan aspek budaya.

Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan


yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila
mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus
aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1980.

Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun
pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan
bahasa Melayu dalam pendidikan,baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab
dan universiti terlaksana dengan lancar.

Berdasarkan huraian di atas, mempengaruhi zaman selepas ini, yang merupakan


zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa
pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu
pengetahuan, bahasa sains dan teknologi

Sebagai Pemersatuan Bangsa


Salah satu peranan penting bahasa Melayu ialah sebagai pemersatuan bangsa (Asmah Hj.
Omar, 1985). Ini adalah kerana sebelum merdeka terdapat banyak bahasa serumpun
seperti bahasa Minangkabau, Acheh, Mandaling, Jawa dan bahasa bumiputera Sabah dan
Sarawak. Selain bahasa serumpun, rakyat di negara ini juga bertutur dalam bahasa-bahasa
asli di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, bagi mempersatukan bangsa, maka bahasa Melayu yang mendasari sistem
pendidikan negara dimartabatkan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Malaysia
pada tahun 1967, kecuali Sabah dan Sarawak (yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pada tahun 1973).

Pembina Jati Diri


Kepentingan bahasa Melayu dalam dasar pendidikan kebangsaan dapat dilihat apabila
bangsa dan ketamadunan tidak dapat dipisahkan kerana tiada bangsa membina
tamadunnya tanpa kepustakaan bahasanya sendiri (Abdullah Hassan, 2002). Dalam sejarah
ketamadunan dunia, bangsa yang maju mempunyai bahasa yang kukuh. Kemajuan negaranegara seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis dan sebagainya adalah disebabkan oleh
peranan yang dimainkan oleh bahasanya sendiri.

Pendek kata, semakin maju negara tersebut, semakin kukuh jati diri mereka. Hal
ini sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun (Muqaddimah, Bab 2)
yang mengatakan bahawa bangsa yang dikalahkan (dijajah) akan meniru tingkah laku
bangsa yang mengalahkan mereka kerana mereka beranggapan, bangsa yang mengalahkan
mereka itu lebih sempurna daripada mereka.

Bahasa Nilai Ekonomi


Tidak dapat dinafikan bahawa, bahasa Melayu telah memainkan peranan penting dalam
membangunkan ekonomi negara. Jika ditinjau dari tafsiran Fagerlind dan Saha (1983),
tentang maksud pembangunan, iaitu perubahan sosial, peningkatan taraf hidup dan
pemodenan sesuatu negara atau rakyatnya, maka bahasa Melayu telah memainkan peranan
yang baik.

Bukti yang paling nyata dalam membicarakan hal ini adalah dengan melihat
bilangan pemegang ijazah sains, kejuruteraan dan teknologi. Menurut Shaharir Mohamad
Zain (2002), sejak tahun 1973, iaitu sejak lahirnya siswazah pemegang ijazah sains,
kejuruteraan dan teknologi, sudah ada puluhan ribu siswazah pemegang ijazah sains,
kejuruteraan dan teknologi berada dalam pasaran kerja. Hal ini menjelaskan bahawa
siswazah pemegang ijazah sains, kejuruteraan dan teknologi , yang mendapat ilmu tersebut
dalam bahasa Melayu berupaya membantu menjana ekonomi negara.

BAHASA MELAYU DAN DASAR PENDIDIKAN

Perancangan taraf Bahasa Melayu telah memberikan tiga aspek penting kepada bahasa
Melayu, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa
pendidikan. Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan menyediakan
ruang yang cukup luas untuk bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu.

Sebagai bahasa ilmu, dua ciri penting yang perlu ada ialah keintelektualan dan
kesempurnaan. Bahasa Melayu mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan hakikatnya bahasa
Melayu berada pada landasan yang tepat menuju kesempurnaan sebagai bahasa ilmu
moden.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara


Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan laporan
semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta
Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Dasar Pelajaran (1979) dan Akta Pendidikan (1996).

Jawatankuasa Pelajaran Razak merupakan jawatankuasa pendidikan pertama yang


dibentuk sesudah negara mencapai taraf kerajaan sendiri pada tahun 1956. Gagasan
pendidikan kebangsaan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut berteraskan
matlamat perpaduan, dengan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.
Penyata Razak (1956: Perenggan 2 mengatakan bahawa usaha menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar (utama) walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta
merta melainkan dengan beransur-ansur.

Perincian dan penegasan gagasan pendidikan kebangsaan itu dimantapkan oleh


Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib (1960). Oleh itu jelaslah bahawa selepas
kemerdekaan, bahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang dengan pesat seiring dengan
pencapaian dalam pembangunan negara khususnya sektor pendidikan.

Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis
panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi sebagai
pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai pelaburan
pendidikan.

Hashim Musa (1996) mengatakan bahawa cabaran yang paling serius terhadap
Bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian
tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Dasar pendidikan negara seharusnya menekankan secara menyeluruh dan
bersepadu terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) mengatakan bahawa semua


IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
tetapi ini bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan bahasa Melayu. Akta yang sama juga
memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk membenarkan IPTS
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.

Penyata Razak (1956) menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa


Melayu dan sebagai bahasa rasmi yang tunggal .Sistem pendidikan kebangsaan berhasrat
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang multibahasa ke dalam satu kelompok
melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
haruslah diteruskan.

Lebih mencabar lagi apabila perbadanan gergasi seperti PETRONAS, Syarikat


Telekom Bhd., dan Tenaga Nasional masing-masing menubuhkan Universiti PETRONAS,
Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Kesemua universiti ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
Sikap membelakangkan bahasa Melayu ini seolah-olah dimaafkan demi kepentingan
negara agar berada sama taraf dengan negara-negara barat dalam era globalisasi.

Namun demikian, hasrat untuk mengukuhkan bahasa Melayu menghadapi cabaran


yang paling getir apabila munculnya idea pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris yang telah dibentangkan dalam perjumpaan kabinet pada 17 April 2002.

Ini diikuti pula dengan cadangan oleh Kementerian Pendidikan menyemak semula
Kurikulum Baharu Bersepadu untuk memberikan ruang bagi pengajaran bahasa Inggeris
dalam bidang Sains dan Matematik yang dilaksanakan bagi murid tahun satu, pelajar
tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah pada tahun 2003. Sekiranya bahasa
Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, maka ini dikira
bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada 8 November 2006 telah membuat
ketetapan meminta kerajaan supaya tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah

demi

mengembalikan kedudukan bahasa Melayu pada tempat yang sewajarnya, sebagaimana


termaktub dalam Laporan Razak (1956).
Apa yang kurang diberikan perhatian ialah penguasaan Bahasa Inggeris itu
sendiri memang lemah dari segi penyediaan kurikulum, kemahiran pengajaran,
dan pelaksanaan strategi menyebabkan kemerosotan yang begitu ketara dalam
pelajar.

10

Anjakan dasar pendidikan terhadap bahasa Melayu kelak akan merugikan bangsa
Melayu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menjalankan kajian semula terhadap
kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Pembatalan PPSMI adalah satu
contoh bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu
menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.

Kita sedia maklum bahawa falsafah pendidikan negara dihasilkan dalam usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian serta
kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Negara mempunyai matlamat
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui satu sistem
pendidikan yang menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu.

Bahasa dan pendidikan merupakan dua unsur yang penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Peminggiran Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan seharusnya tidak
berlaku kerana hal ini jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan negara. Oleh itu,
semua pihak yang berwajib dan rakyat Malaysia seharusnya berkerjasama bagi
mengekalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di
Malaysia.

Tamsilnya, untuk memastikan kemerdekaan dan bahasa Melayu tetap terpelihara,


kita harus berganding bahu walaupun berlainan kaum dan agama supaya sejarah yang
pahit tidak akan berulang kembali. Hal ini demikian kerana bahasa adalah faktor yang
sangat penting. Ianya mampu menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia.

Satu bahasa merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan
pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan
etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam
satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara
lebih kuat dan kukuh.

11

RUMUSAN

Berdasarkan keterangan di atas, jelas menggambarkan peri penting peranan bahasa dalam
membina tradisi keilmuan, maka bahasa Melayu harus diletakkan sebagai bahasa saintifik
serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda
negara. Bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah
sebagai satu wahana buat masyarakat Malaysia menyatupadukan pelbagai kaum dalam
usaha mencapai perpaduan nasional.

Perhebatkan lagi keutuhan bahasa Melayu dengan menjalankan penyelidikan dan


pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi.
Proses ini sangat penting untuk menyediakan bahasa Melayu supaya mampu menjadi
bahasa utama semasa negara menjengah tahun 2020.

Dalam hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi
fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan
peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan
melemahkan kekuatan bahasa itu, kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada
ilmu dan pemikiran yang didukungnya.

Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata, iaitu untuk
komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai
bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang, dan
sebagainya. Demi kelangsungan bahasa Melayu, semua pihak perlu bekerjasama
menghormati dan menjulang bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi.

12

BIBLOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Hassan Othman.
(1997).
Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.
Abdul Hamid Mahmood 1996. Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik di
Universiti dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 40:8 Ogos hlm. 715-726.
Abdul Ghani Awang 1997. Kewibawaan Bahasa Kebangsaan Berterusan dalam Akta
Pendidikan 1996 dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41: 2 Feb. hlm. 175-179.
Asraf, 1996. Manifesto Budaya. Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:
Lohprint Sdn.Bhd.
Asmah Haji Omar, 1993. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.
Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.
Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 14-19.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010.
Jurnal Pengajian Melayu, _laid 19, 2008 Cabaran Dan Proses Pemantapan
Bahasa Melayu (Challenges And Establishment Process Of
Malay Language) Jaafar bin Jambi.
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 (Pindaan dan Peluasan).
Akta Pelajaran 1961.
Akta Pendidikan 1996.
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=904

13

You might also like