You are on page 1of 1

Penyediaan Tugasan MPU 2212 (Bahasa Kebangsaan A)

Sebelum pelajar menyediakan tugasan ini, pelajar dikehendaki memahami kehendak soalan dengan
betul. Antara tujuan tugasan ini adalah untuk mengenal pasti keupayaan pelajar menjelaskan latar
belakang Bahasa Melayu di Nusantara.

Pelajar juga dikehendaki memahami peranan bahasa Melayu sebagai “lingua franca” di Nusantara.
Selain itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di keempat-empat buah negara, iaitu
Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura. Berdasarkan maklumat ini, pelajar dikehendaki
menghuraikan dengan jelas dan lengkap mengenai :

a. Sejarah yang dilalui oleh bahasa Melayu. Untuk jawapan bahagian ini, pelajar dikehendaki
menjelaskan tentang asal-usul bahasa Melayu yang dinyatakan oleh pelayar dan rahib Buddah
yang bernama I-Tsing yang menggunakan perkataan Mo-lo-yu bagi dua buah kerajaan yang
dilawati pada sekitar 675 Masihi. Perkataan “Melayu” juga dikatakan terbit daripada bahasa
Jawa Kuno yang membawa maksud berlari atau mengembara, maka hal ini boleh menjelaskan
orang Indo-Melayu (Austronesia) yang mengembara dari Yunan, dan sebagainya. Selain itu,
pelajar perlu menjelaskan perkembanagn bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga tahap, iaitu
Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu Moden.

b. Pelajar dikehendaki menerangkan konsep “lingua franca” yang dikemukakan oleh tokoh bahasa
dan pengkaji sejarah bahasa Melayu.

c. Pada bahagian ini, pelajar dikehendaki menjelaskan faktor yang mendorong bahasa Melayu
dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan di keempat buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia,
Brunei Darussalam, dan Singapura.

d. Kesimpulan hendaklah merumus perbincangan yang telah dilakukan pada ketiga-tiga bahagian
di atas. Kesimpulan yang dibincangkan perlulah disokong oleh pandangan yang dikemukan oleh
tokoh pendidik dan pengkaji bahasa Melayu sebagai bahan sokongan untuk memperkukuh
perbincangan.

e. Pelajar dikehendaki merujuk buku rujukan yang tersenarai dalam bahagian bibliogarfi atau
sumber-sumber lain yang relevan.

f. Untuk makluman pelajar, jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah
sebanyak 60% sahaja.

You might also like