You are on page 1of 8

Matapelajaran Sejarah Tahun 5

Tajuk/ Tema Bahasa Melayu Warisan Kita


Tarikh 16 / 02/ 2016
Masa 8.00 am 9.00 am
Kelas 5 Bestari
Bilangan murid 20
Standard kandungan 6.3 Bahasa Melayu

a) aktiviti membuat peta minda


Aktiviti b) aktiviti kuiz
c) aktiviti I - think

Analisis Pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Gaya


Sedia Ada Pembelajaran

Murid-murid berada dalam Murid pernah Pelajar


lingkungan usia 11 tahun bercakap cenderung
dan majoriti murid menggunakan kepada
(16 orang) tinggal di bahasa Melayu pembelajaran
kawasan bandar dan ada dalam yang
juga daripada luar bandar Matapelajaran berorientasikan
(4 orang). Di dalam kelas ini Sejarah kumpulan dan
terdapat 11 pelajar amali.
perempuan dan 9 pelajar
lelaki. Di dalam kelas ini
muridnya terdiri daripada
kaum India dan 18 murid
beragama Hindu dan dua
lagi Kristian.
Murid di dalam kelas ini
terdiri daripada tahap
kognitif yang berbeza iaitu
ada yang akademiknya
cemerlang dan sebaliknya.
Stail pembelajaran murid di
dalam kelas ini berbeza dari

8
satu individu dengan
individu lain. Namun
kebanyakan murid lebih
cenderung kepada
pembelajaran berhala
visual. Murid di dalam kelas
lebih lebih berminat kepada
pengajaran yang
menggunakan bahan media
iaitu seperti video, bahan
multimedia dan sebagainya.
Setiap murid di dalam kelas
ini mahir dalam
menggunakan komputer.
12 murid di dalam kelas ini
lebih kepada pembelajaran
yang tidak bergantung
kepada guru.
Menyatakan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

objektif a) menjelaskan peranan Bahasa Melayu sebagai lingua


franca
b) Menyenaraikan cara mengekalkan Bahasa Melayu sebagai
warisan negara.

Memilih kaedah, Kaedah : Aktiviti Media:


media dan kumpulan, -Menggunakan Sumber : flash card,
sumber demonstrasi, persembahan video, gambar,
membuat i-Think. powerpoint multimedia, kad
-memaparkan video gantung, komputer,
- menunjukkan speaker.
gambar

9
Menggunakan - Guru menggunakan video untuk memperkenalkan tajuk pengajaran
media dan bahan bertujuan untuk menyatakan bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa komunikasi antara masyarakat berbilang kaum (set induksi).
- langkah 1 : menggunakan flash card
-langkah 2 : persembahan multimedia yang merangkumi mengenai
pengaruh Bahasa Melayu semasa Kesultanan Melayu Melaka, dan
juga pengaruh bahasa asing terhadap kesultanan Melayu Melaka.
- langkah 3 : kad gantung digunakan
-langkah 4 : pengunaan manila kad

* Sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran guru


hendaklah memastikan komputer dan speaker berfungsi dengan baik
agar tidak berlaku sebarang masalah teknikal.
Penglibatan Set induksi (5 minit)
murid 1. Guru menayangkan video yang memaparkan perbualan antara tiga
kaum masyarakat (Melayu, India dan Cina) dengan bertemakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

-Tujuan utama penggunaan video adalah agar dapat memberi


gambaran visual yang jelas mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
-penggunaan video lebih menjimatkan masa berbanding mengadakan
aktiviti lakonan yang tidak relevan untuk set induksi.
-penggunaan video akan dapat menarik minat murid untuk tumpukan
perhatian terhadap pengajaran.
2) Guru mengemukakan soalan berpandukan video yang telah
ditayangkan.
a) Dalam video tersebut terdapat berapa watak ?
jawapan :

10
5) watak tersebut terdiri daripada kaum apa?
Jawapan :
Dalam video tersebut orang Cina menggunakan bahasa apa?
Jawapan :
Dalam video tersebut orang India menggunakan bahasa apa ?
Jawapan :
Orang Melayu pula menggunakan bahasa apa?
Jawapan :
Jadi dalam video tersebut ketiga-tiga kaum itu menggunakan bahasa
apa untuk bercakap?
Jawapan :

Langkah 1 (10 minit)


1) Guru menerangkan mengenai asal-usul bahasa Melayu dengan
menggunakan flash card.
2) Flash card tersebut terdiri daripada kata kunci mengenai asal usul
bahasa Melayu.
Contohnya, rumpun Austronesia, 200 bahasa yang dipertuturkan,
Kepulauan Melayu, sifat Bahasa Melayu, sederhana,mudah
menerima unsur luar, bahasa yang terkenal

Rumpun Austronesia

200 Bahasa

Kepulauan Melayu

Sifat bahasa Melayu

sederhana

Mudah menerima unsur


luar

11
Bahasa yang terkenal

3)Seterusnya, guru menerangkan asal usul perkembangan Bahasa


Melayu berpandukan peta yang terdapat dalam buku teks.
4) Kemudian, guru meminta setiap murid membuat peta minda
mengenai asal usul Bahasa Melayu.
5) Guru memilih murid secara rawak untuk mempersembahkan peta
minda mereka di hadapan.
6) Guru memuji murid yang dapat menerangkan asal usul Bahasa
Melayu dengan baik.

Langkah 2 (15 minit)


1) Guru akan menggunakan persembahan Multimedia untuk
menerangkan mengenai bahasa Melayu sebagai Lingua Franca,
maksudnya dan juga peranannya.

* Dalam persembahan multimedia disertakan gambar yang


memaparkan suasana semasa Zaman kesultanan Melayu Melaka.
-Tujuan utama penggunaan Multimedia dalam langkah dua adalah
agar dapat membawa suasana secara realistik semasa Kesultanan
Melayu Melaka kepada para murid.
-perlu dipastikan ton warna,animasi yang digunakan dalam slaid tidak
berlebihan sesuai dengan tajuk.
- Dengan ini, murid akan dapat merasakan suasana yang sebenar
melalui penggunaan multimedia dalam pengajaran.
2) Setelah itu, guru akan menilai pemahaman murid dengan
mengadakan permainan roda impian.
-permainan roda impian ini boleh disediakan dengan menggunakan

12
bantuan komputer.
-guru akan memutarkan roda impian, nama pelajar yang terpilih akan
perlu menjawab kepada soalan guru mengenai pengajaran yang
diajarkan. Dengan menggunakan cara ini, dapat menilai pengajaran
murid yang berdasarkan multimedia berkesan atau tidak.
3) kemudian, guru akan menyenaraikan dan beberapa contoh
perkataan yang mempunyai pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa
Melayu di papan putih.
4) setelah itu, guru akan meminta murid untuk menyenaraikan
beberapa kosa kata bahasa Melayu yang mempunyai pengaruh
bahasa asing.
5) Guru menanyakan soalan KBAT seperti:
Jika Bahasa Melayu tidak dipengaruhi oleh bahasa lain apa akan
berlaku pada masa kini?

langkah ketiga (20 minit)


1) Guru akan membuat kad gantung untuk menjelaskan kepada
murid mengenai peranan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca.
Dalam kad gantung tersebut disertakan gambar dan juga maklumat
penting berkaitannya.
2) Seterusnya, Guru akan menerangkan perkembangan bahasa
Melayu pada zaman kerajaan Melayu dan juga sebagai bahasa ilmu
pada masa kini,
2) Bagi menerangkan mengenai perkembangan bahasa Melayu guru
akan menggunakan buku teks.
3) Bagi menerangkan mengenai bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
guru akan menggunakan kaedah penelitian gambar.
2) Seterusnya, guru akan mengadakan satu aktiviti kumpulan dimana
pelajar diminta untuk menyenaraikan cara untuk mengekalkan
bahasa Melayu sebagai warisan kebanggaan negara dengan
menggunakan peta pemikiran.
3) kemudian, guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk
bentangkan dapatan kumpulan masing-masing.

13
Langkah keempat ( 10 minit )
1) Guru akan mengunakan menggunakan manila kad untuk
menjelaskan kepada murid mengenai taburan penutur bahasa
Melayu di seluruh dunia.
2) Setelah guru menyenaraikan taburan penutur utama bahasa
Melayu di seluruh dunia guru akan memilih murid secara rawak untuk
menyenaraikan nama negara yang menuturkan Bahasa Melayu.

Penutup Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan mengemukakan soalan


berikut.
a) asal usul Bahasa Melayu berasal dari mana ?
jawapan : rumpun Austronesia
b) mengapakah Bahasa Melayu terkenal di seluruh dunia ?
jawapan : sifatnya yang sederhana, mudah menerima unsur luar.
c) Nyatakan 4 kosa kata yang menunjukkan perngaruh bahasa lain
dalam Bahasa Melayu ?
d) Apakah peranan Bahasa Melayu?
Jawapan : bahasa perdagangan, bahasa perhubungan, bahasa
pentadbiran, bahasa perundangan, bahasa ilmu dan bahasa
persuratan.
Nyatakan lima negara yang menuturkan Bahasa Melayu selain
negara Malaysia ?
Jawapan : Indonesia, Filipina, Pulau Cocos, Kemboja, Brunei, Sri
Langka, Singapura, Vietnam, Selatan Thailand, Afrika Selatan.

Penilaian Di langkah dua, pengajaran menngunakan multimedia dapat dinilai


berkesan atau tidak melalui aktiviti permainan roda impian.
- Jika murid dapat menjawab soalan guru dengan betul maka
dianggap telah mencapai objektif pembelajaran.

14
15

You might also like