You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan
Di seluruh dunia, negara Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang
unik dan istimewa disebabkan mempunyai rakyat yang berbilang kaum yang terdiri
daripada kaum Melayu, Kaum India dan kaum Cina yang hidup secara aman dan
damai. Penjajahan British di Tanah Melayu menjadi faktor utama kepada kewujudan
masyarakat majmuk di negara kita pada hari ini. J.S. Furnival dalam bukunya
Colonial Policy and Practice mendefinisasikan masyarakat majmuk sebagai sebuah
masyarakat yang wujud sebagai satu unit politik tetapi anggotanya mempunyai
budaya

yang

berbeza.

Kebudayaan

mempunyai

hubungan

rapat

dengan

masyarakat, kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada masyarakat.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkann
kepoelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat di negara Malaysia.
Budaya atau kebudayaan dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan kompleks
yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusuila,
undang-undang, moral, adat resam dan apa-apa juga kebolehan serta kebiasaan
(tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Terdapat
beberapa unsur seperti agama, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem
pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi dan sistem teknologi dan peralatan
memainkan peranan penting dalam membentuk budaya secara keseluruhannya.
Oleh yang demikian, pengamalan budaya yang berbeza mengikut kaum masingmasing telah mengakibatkan kewujudan kepelbagaian sosio budaya di negara
Malaysia.
Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
turut

memberi kesan secara tidak langsung kepada perkembangan sistem

pendidikan khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu


membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing dan
budaya memainkan peranan penting ke atas perkembangan individu. Latar budaya
yang diwarisi oleh seseorang murid dalam keluarga, etnik, masyarakat akan
mempengaruhi

perkembangan,

kepercayaan,

pegangan

dan

keperibadian

seseorang murid semasa berada di sekolah. Bilik darjah merupakan suatu medan
perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Oleh itu, guru perlu memahami implikasi
1

kepelbagaian sosiobudaya di kalangan pelajar dan bersedia untuk menghadapi


cabaran tersebut di dalam bilik darjah.

2.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap


Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya bukan sahaja
tertumpu kepada ras, etnik, kaum dan adat budaya sahaja malah merangkumi skop
yang sangat luas. Di sekolah setiap pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang
kaum dan etnik, bahasa dan loghat, struktur dan kelas sosial, agama dan
kepercayaan, adat resam dan adab, gender dan persekitaran dan sebagainya. Ini
adalah antara faktor-faktor yang menjadi tonggak kepada kewujudan kepelbagaian
sosiobudaya di kalangan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, keperibadian dan
perkembangan seseorang murid bergantung kepada implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Kepelbagaian sosio budaya di kalangan murid telah memberi implikasi yang
mendalam kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Implikasi
yang pertamanya adalah akan wujud jurang di kalangan murid disebabkan
menggunakan gaya komunikasi yang berbeza. Gaya komunikasi dapat ditafsirkan
sebagai penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal dimana murid yang
berlainan latar budaya akan menggunakan bahasa yang berbeza. Malah, muridmurid daripada budaya yang sama juga ada yang menggunakan gaya komunikasi
yang berbeza.Contohnya, murid yang berbangsa India dan Cina mempunyai dialek
bahasa yang berbeza mengikut pepecahan kaum tersebut. Pelajar India daripada
kasta Malayalee akan mengunakan bahasa Malayalam, pelajar berkasta Telugu pula
akan menggunakan bahasa Telugu.
Begitu juga, pelajar Cina mempunyai dialek yang berbeza seperti Hokkien,
Mandarin, Cantonese dan sebagainya. Pelajar Melayu juga tidak terkecuali dimana
dialeknya berbeza mengikut negeri-negeri asal mereka. Maka, secara tidak
langsung para murid akan lebih cenderung untuk berkomunikasi dan bekerjasama
antara kaum yang menggunakan bahasa yang sama dengan mereka. Ini disebabkan
2

murid akan rasa lebih selesa dan mudah untuk menyampaikan maklumat kepada
rakan yang memahami dan peka dengan bahasa yang digunakan oleh mereka.
Maka, di sini jelas bahawa guru akan menghadapi masalah untuk mengadakan
aktiviti kumpulan dimana memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik di
kalangan ahli kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi yang kedua disebabkan kepelbagaian sosiobudaya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah guru akan menghadapi kerumitan untuk
menyampaikan pengajaran kepada murid. Jika para murid hanya menguasai satu
bahasa sahaja yang terdiri daripada bahasa daerah, bahasa ibunda, dan dialek
maka ini akan merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, jika
murid berketurunan Cina,menguasai bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin sahaja
tetapi belajar di sekolah kebangsaan Melayu.
Maka, pelajar tersebut akan menghadapi masalah untuk memahami isi
kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam Bahasa Melayu. Murid
tersebut sudah tentunya akan menghadapi masalah dalam pembelajaran dimana
kurang faham bahan yang dibaca dan penerangan oleh guru. Jadi kesannya adalah
murid tersebut akan ketinggalan dalam pembelajaran dan tidak dapat berfokus
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi yang seterusnya adalah murid akan kurang bersemangat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dan berisiko menghadapi keciciran dalam
persekolahan. Ini disebabkan di sekolah terdapat murid daripada kelas sosial yang
berbeza yang wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga
yang berbeza. Kebiasaannya, di sekolah pelajar terdiri daripada pelbagai kelas
sosial seperti rendah, sederhana dan tinggi. Maka, pelajar dari kelas sosial rendah
akan berasa rendah diri terhadap diri sendiri dan kehilangan keyakinan diri semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah akan menghadapi masalah
dari segi kemudahan belajar, pembiayaan yuran, dan sebagainya. Jadi, perkara ini
secara tidak langsung akan mewujudkan perasaan rendah diri di dalam diri mereka.
Contohnya, murid yang mendapatkan pencapaian rendah dalam bidang akademik

akan berasa rendah diri dan hilang keyakinan diri untuk mengutarakan pendapat
kepada guru semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya,

guru

akan

menghadapi

masalah

untuk

mewujudkan

persefahaman di kalangan murid dari kaum etnik yang berbeza semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan murid yang hanya peka terhadap
budaya kaum sendiri sahaja tidak dapat menyesuaikan diri apabila bekerjasama
dengan murid daripada etnik lain. Pelajar seperti ini kurang mendapat pendedahan
akan budaya kaum lain dan mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia
budaya sendiri sahaja. Tambahan pula, di kalangan murid akan wujud semangat
assabiyah dimana mementingkan kaum sendiri sahaja. Apabila diadakan aktiviti
yang memerlukan kerjasama antara murid-murid dari etnik lain maka akan wujud
perselisihan faham dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini
jelas bahawa guru akan menghadapi masalah untuk mewujudkan persefahaman di
kalangan para murid daripada kepelbagaian sosiobudaya.
Implikasi yang seterusnya adalah para murid akan berasa tidak puas hati dan
berdendam pada guru apabila diberi layanan yang berbeza mengikut gender
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya, para guru akan
memberi layanan yang baik mengikut tingkah laku yang berbeza ditunjukkan oleh
murid semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, pelajar lelaki
lebih mudah mendapatkan perhatian dalam pembelajaran dan interaksi dengan
guru. Maka, disini dapat melihat bahawa berlakunya proses diskriminasi gender di
kalangan para murid dan dapat menimbulkan rasa tidak kepuasaan pada diri murid.
Jadi, murid tidak akan berfokus, memberontak, dan tidak menghormati guru sebagai
tanda ketidak puashati terhadap guru.
Selain itu, implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah mendorong guru untuk
menyediakan pengajaran mengikut gaya berfikir dan gaya belajar para murid. Gaya
belajar merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi murid menguasai
pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Gaya pembelajaran murid berbeza dan
4

akan berasa bosan jika guru tidak dapat menyediakan pengajaran mengikut gaya
pembelajaran murid. Gaya pembelajaran asas murid terbahagi kepada tiga iaitu
visual, audio dan kinestatik. Maka, guru perlu mengambil kira gaya pembelajaran
muris semasa merancang pengajaran agar dapat menarik minat dan melibatkan
murid secara langsung dalam pengajaran.
3.0 Langkah-Langkah Untuk Menangani Kepelbagaian Budaya Dan Bahasa
Dalam Kalangan Pelajar Di Bilik Darjah
Guru merupakan tunjang dalam sistem pendidikan sesuatu negara. Guru
merupakan elemen yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang
berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara
optimum. Mok Soon Sang (2008:465) mengatakan bahawa guru merupakan
seorang ahli ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan pelbagai tugas
mendidik di sekolah. Guru mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar
untuk menyediakan model insan yang holistik kepada negara. Bagaimanakah guru
dapat menyediakan model insan holistik jika menghadapi masalah dari segi
kepelbagaian sosio budaya di sekolah?
Setiap masalah ada penyelesaian; begitu juga masalah ini dapat ditangani
secara berkesan jika guru dapat mencari punca masalah tersebut. Terdapat
beberapa langkah yang dapat membantu guru untuk menangani kepelbagaian
budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Kebiasaannya, guru akan
menghadapi masalah sebegini, di sekolah yang mempunyai murid dari pelbagai latar
budaya

yang

berbeza.

Langkah

pertama

untuk

menangani

kepelbagaian

sosiobudaya di sekolah di kalangan murid adalah guru perlu menerima setiap murid
seadanya dan memberi layanan yang adil.
Peranan utama guru adalah mengenali setiap murid mereka secara terperinci,
dimana mengetahui maklumat berkaitan diri murid seperti latar belakang murid, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,kepercayaan dan agama yang
dapat mendorong guru memberikan layanan yang adil kepada setiap pelajar. Ini
disebabkan tanpa pengetahuan yang mendalam tentang diri seseorang pelajar akan
wujud suasana pilih kasih dan diskriminasi oleh guru di dalam bilik darjah yang
mengakibatkan ketidakpuashatian para murid. Oleh itu, guru perlu sedar setiap
5

murid unik dan memiliki bakat yang tersendiri dan perlu membantu mengasah
mereka agar menjadi insan yang berguna kepada negara. Bukannya, memberi
layanan yang berbeza mengikut satu kelompok individu, kelompok kelas sosial dan
kelompok mengikut kaum etnik yang dapat menimbulkan rasa tidak puashati di
kalangan murid.
Langkah yang seterusnya, guru boleh mengaplikasikan strategi pembelajaran
koperatif dimana dapat membantu menangani masalah kepelbagaian sosiobudaya
di bilik darjah. Strategi pembelajaran ini membolehkan para murid berkerjasama
antara satu sama lain secara berkumpulan untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang
diberikan oleh guru. Kebiasaannya, dalam pembelajaran koperatif ahlinya terdiri
daripada lima hingga lapan orang dan guru perlu pastikan dalam setiap kumpulan
muridnya terdiri daripada aspek budaya, gaya pembelajaran, taraf sosioekonomi,
kaum yang berbeza. Dengan cara ini, secara tidak langsung dapat membantu untuk
mewujudkan interaksi di kalangan murid dari pelbagai sosiobudaya dan mendorong
untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain dan hidup secara bersatu padu
dalam kelas. Melalui cara ini, guru tidak akan menghadapi sebarang masalah dari
segi kepelbagaian sosiobudaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah yang ketiga adalah guru perlu mahir dalam pengurusan bilik darjah
dan pengurusan hubungan yang baik di kalangan para murid. Tugas guru bukan
berhernti sebagai pendidik yang formal sahaja malah dalam reality perlu menjadi
pengurus yang baik agar dapat menguruskan karenah murid dengan bijak. Maka,
guru perlu memahirkan diri mereka sebagai pengurus yang baik agar dapat
menghadapi masalah kepelbagaian sosial di sekolah semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran. Para guru dapat menguruskan tingkah laku murid dengan
mewujudkan peraturan dan rutin bilik darjah agar dapat mewujudkan suasana
terkawal di dalam kelas. Guru perlu menggunakan langkah yang berbeza untuk
menguruskan hubungan antara pelajar yang berbagai-bagai ragam.
Guru boleh melaksanakan kajian sosiometri untuk mengetahui tentang
hubungan antara pelajar di bilik darjah. Dengan menggunakan dapatan kajian
sosiometri guru dapat identifikasi perhubungan antara setiap pelajar dan dapat
mengambil langkah-langkah tertentu untuk merapatkan jurang antara pelajar di
dalam sebuah kelas. Contohnya, di dalam kelas ada pelajar yang disingkirkan dan
6

tidak diterima oleh murid yang lain, maka guru boleh meletakkan murid tersebut
dalam kumpulan bintang agar dapat mewujudkan interaksi di kalangan murid.
Dengan cara ini, guru dapat mewujudkan hubungan yang baik di kalangan murid
yang terdiri daripada kepelbagaian sosiobudaya agar proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan secara efisien.
Langkah

yang

seterusnya

untuk

menangani

masalah

kepelbagaian

sosiobudaya adalah dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang


selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar. Di sekolah,
kebiasaannya guru mempunyai tanggapan tertentu terhadap setiap pelajar dimana
menentukan untuk memberi layanan yang berbeza mengikut jangkaan guru.
Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar dengan
mengambil kira perkara seperti jantina, bangsa,kelompok kecil, minoriti atau kelas
sosial rendah dan sebagainya.
Segelintir guru membuat jangkaan atau tanggapan sendiri tanpa mengenali
murid tersebut secara mendalam. Jangkaan yang dibuat oleh guru akan memberi
kesan terhadap sikap murid. Contohnya, jika seorang murid dilabelkan sebagai
pelajar yang bermasalah oleh guru maka murid tersebut akan bertingkah laku
sebagaimana dijangkakan guru. Oleh itu, bagi menangani masalah kepelbagaian
sosiobudaya guru perlu berubah sikap dan pandangan terhadap pelajar dan
mengelakkan amalan diskriminasi.
Langkah yang kelima untuk menangani masalah kepelbagaian sosiobudaya
di kalangan murid adalah dengan memberi fokus semasa membuat pemilihan bahan
sumber untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu peka terhadap pemilihan
bahan sumber agar sesuai dengan pengetahuan dan budaya pelajar. Guru perlu
memastikan sumber yang dipilih merangkumi budaya semua pelajar agar
sesetengah murid tidak terasa terabai dan dihargai.
Sumber yang dipilih perlu sesuai dengan pengalaman pelajar agar
pembelajaran yang bermakna dapat dilaksanakan di kelas. Dalam pemilihan bahan
sumber guru perlu peka terhadap budaya sesuatu etnik agar dapat mengelakkan
unsur-unsur negatif dan sensitif mengenai mana-mana etnik. Guru juga perlu
memastikan bahasa yang digunakan dalam sumber tidak menyentuh sensitiviti
7

kaum, etnik dan gender agak tidak wujud salah faham di kalangan murid. Oleh itu,
cara ini dapat membantu guru untuk menghadapi masalah kepelbagaian
sosiobudaya secara berkesan.

Langkah yang terakhir adalah guru perlu menggunakan bahasa yang


standard yang difahami oleh semua murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Langkah ini dapat memastikan murid tidak menghadapi masalah
untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan budaya akan menghadapi masalah untuk memahami
bahasa atau dialek sesuatu kaum. Jadi guru perlu mengelakkan pengunaan bahasa
dialek mengikut kaum, dan juga murid harus dingatkan supaya menggunakan
bahasa yang betul semasa berinteraksi. Bahasa pengantar perlu diberi penekanan
serius oleh guru. Maka, guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan
bahasa standard yang mampu difahami oleh semua pelajar agar penglibatan murid
di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan. Sikap prejudis terhadap bangsa
lain perlu dielakkan agar aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan
dengan jaya.

3.0 Kesimpulan
Kebudayaan dapat ditakrifkan sebagai sebagai satu keseluruhan cara hidup
sekelompok manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Di
negara Malaysia, terdapat masyarakat berbilang kaum yang hidup secara aman dan
damai walaupun mengamalkan budaya yang berbeza. Pengamalan budaya yang
berbeza antara satu etnik dengan etnik lain di negara kita telah mengakibatkan
wujudnya kepelbagaian sosiobudaya. Secara umumnya,kepelbagaian sosiobudaya
dapat didefisasikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan
budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Kepelbagaian sosiobudaya
dapat memberi kesan yang positif dan juga negatif kepada masyarakat. Oleh itu,
kepelbagaian sosiobudaya perlu ditangani dengan baik agar dapat menjamin
keharmonian hidup di negara Malaysia.

You might also like