You are on page 1of 9

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan menjadi media utama dalam menyalurkan ilmu dan menyediakan bakal model insan
yang berguna kepada negara. Kerajaan memberikan perhatian khusus dalam merangka sistem
pendidikan yang sesuai berdasarkan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita.
Pendidikan di negara kita telah mengalami beberapa tranformasi dengan tujuan menciptakan
warganegara yang seimbang seperti yang diperuntukkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Menurut Akta Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1996,
sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara, 1988 menyatakan bahawa :

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Tuntutan ini telah membawa kepada berlakunya transformasi dalam bidang pendidikan
dimana telah diperkenalkan rancangan pendidikan yang baharu iaitu Kurikululum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang telah dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan
kurikulum negara maju sebagai rujukan. Pengenalan kurikulum ini telah memantapkan sistem
pendidikan dengan memperkenalkan beberapa matapelajaran yang baharu dan telah
menambaiki matapelajaran yang sedia ada. Pendidikan Kesihatan antara matapelajaran yang
telah mengalami proses penambahbaikan daripada KBSR kepada KSSR.

Pendidikan kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman
pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,meningkatkan literasi kesihatan, dan
megamalkan gaya hidup sihat (Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan). Melalui Pendidikan
kesihatan, murid dapat mempelajari mengenai cara menyesuaikan diri dalam aspek fizikal,
mental, emosi, sosial dan rohani. Pendidikan Kesihatan merupakan suatu matapelajaran penting
kerana dapat membantu murid memahami mengenai diri sendiri, keluarga, komuniti, aspek
keselamatan, penyakit dan sebagainya. Pendidikan Kesihatan ini, memainkan peranan penting
dalam melahirkan seorang model insan yang seimbang dari aspek jasmai, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

1
2.0 Kepentingan Pendidikan Kesihatan Kepada Murid

Kesedaran mengenai kesihatan diri mula diterapkan di kalangan masyarakat sejak dari bangku
sekolah rendah melalui Pendidikan Kesihatan. Matlamat utama pendidikan ini adalah untuk
membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat, dan bersikap positif untuk
mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat yang berkualiti. Kandungan Pendidikan
Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan
murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, emosi
dan sosial serta model ketiga adalah kesihatan persekitaran (Dokumen Standard Kurikulum
Pendidikan Kesihatan). Pendidikan kesihatan ini diajarkan kepada tahun satu (tahap satu)
sehingga tahun enam (tahap dua) bagi sekolah rendah. Walaupun setiap tahap menggunakan
model yang sama, namun isi kandungannya berbeza mengikut peningkatan umur murid. Skop
dan isi pelajaran Pendidikan Kesihatan telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan.

Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan matapelajaran ini kepada murid


sekolah rendah kerana ia memiliki beberapa kepentingan dalam melahirkan model insan yang
seimbang. Antara kepentingan pendidikan kesihatan yang pertama adalah dapat melahirkan
sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri di kalangan murid. Sikap bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dapat memastikan murid tidak melakukan sebarang kegiatan yang dapat
memudaratkan kesihatan mereka. Masalah obesiti antara masalah yang wujud disebabkan sikap
tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri di kalangan masyarakat. Pada masa kini, kadar
masalah obesiti di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat.

Mengikut laporan dari Sinar Harian pada tahun 2016, hasil tinjauan kesihatan dan
Morbiditi kebangsaan menunjukan separuh rakyat negara Malaysia berlebihan berat badan atau
obesiti. Hasil laporan menunjukkan bahawa obesiti telah meningkat dengan mendadak iaitu
daripada 4.4 peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada tahun 2006. Kemudian telah
meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada
2015(Sinar Harian). Subramanian, Menteri Pendidikan Kesihatan menyatakan bahawa masalah
obesiti wujud disebabkan ketidakseimbangan antara tenaga atau kalori yang diambil melalui
makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

2
Bagi menangani masalah ini, dapat menerapkan sikap bertanggungjawab terhadap diri
sendiri di kalangan masyarakat dengan mempelajari tajuk pemakanan yang terdapat dalam
Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan. Dalam tajuk pemakanan ini, murid dapat menimba
pengetahuan mengenai pemakanan yang sihat dan selamat berasaskan piramid makanan.
Melalui mempelajari mengenai jenis makanan yang sihat, murid dapat memilih jenis makanan
yang sesuai untuk diri mereka. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan nilai
bertanggungjawab terhadap diri sendiri di kalangan murid dalam menangani dari masalah obesiti.

Kepentingan pendidikan kesihatan yang seterusnya adalah dapat memberi kesedaran


kepada murid tentang sesuatu perkara dengan menyalurkan beberapa maklumat yang penting.
Ilmu yang dipelajari dari pendidikan kesihatan dapat membantu murid menghindari sesuatu
perkara yang tidak baik dengan mempertikaikan kebaikan dan keburukannya. Antaranya,
pembelajaran mengenai tajuk penyalahgunaan bahan yang terdapat dalam Dokumen Standard
Pendidikan Kesihatan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk menghindarinya. Pada
zaman teknologi ini, perkara ini amat penting perlu diterapkan di kalangan murid kerana masalah
ini semakin menular di kalangan masyarakat Malaysia. Murid sekolah rendah, menengah, remaja
tidak terkecuali dari menjadi mangsa dalam penyalahgunaan bahan. Penyalahgunaan bahan
melibatkan merokok, menghisap gum, minum air ketum, ambil pil dan sebagainya. Kebanyakan
dari mereka menjadi hamba kepada bahan ini kerana sikap ingin tahu dan pengaruh rakan
sebaya di sekolah. Dalam penyalahgunaan bahan, isu dadah menjadi gejala utama yang telah
membabitkan murid sekolah juga.

Menurut laporan Bernama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia


(MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata isu tersebut bukan masalah baharu dan ia memerlukan
perhatian serius daripada pihak berkuasa dan masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa
pelajar menjadi kumpulan sasaran sindiket-sindiket dadah termasuk sebagai jual dadah (runner)
dan juga dijadikan sebagai keldai dadah. Kebiasaannya, pengaruh dadah menerap di kalangan
murid secara berperingkat iaitu bermula dengan ajakan kawan untuk merokok, seterusnya minum
arak dan kemuncaknya pengambilan dadah. Perkara ini menjadi ketagihan seseorang individu
kerana kekurangan kesedaran mengenai kesannya jika diambil kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat. Melalui pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan murid disedarkan mengenai jenis
dan kesan penyalahgunaan bahan serta cara untuk menangani risiko situasi yang membawa
kepada pengambilan bahan tersebut. Dengan ini, murid dapat mengelakkan diri dari bahan yang
dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

3
Seterusnya, Pendidikan Kesihatan juga dapat membantu murid untuk menjaga maruah
diri sendiri. Dalam pendidikan kesihatan, terdapat pembelajaran mengenai kesihatan diri dan
reproduktif dimana disalurkan dengan maklumat mengenai memahami aspek fizikal lelaki dan
perempuan, mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat,
mengenali sentuhan tidak selamat dan sebagainya. Melalui pembelajaran ini murid dapat
memahami perubahan yang berlaku terhadap diri mereka dan dapat mengelakkan diri dari
sebarang masalah yang tidak diingini serta dapat menghargai diri mereka.

Seseorang individu yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini dapat
terjebak dalam masalah seperti anak luar nikah, maksiat, rogol, pelacuran dan sebagainya.
Kebiasaannya, warga perempuan yang menjadi mangsa kepada ancaman masalah seperti ini.
Contoh kes yang diuar-uarkan di media sosial sehingga hari ini adalah masalah anak luar nikah.
Isu ini dapat dikaitkan dengan individu yang tidak dapat menjaga maruah diri sendiri sehingga
terlanjur dan melahirkan anak tanpa memiliki ikatan perkahwinan. Statistik Kementerian
Kesihatan pada tahun 2015, mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831
remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan


Masyarakat, Dr. Rose Lena Lazemi berkata, fakta tersebut jelas menunjukkan pengetahuan
mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah
(Utusan Malaysia). Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kurangnya kesedaran
mengenai pengetahuan seks turut menjadi penyebab utama statistik rogol semakin meningkat
apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu
sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun.

Berdasarkan, laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini
adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah merupakan
punca utama kes tersebut berlaku. Terdapat banyak kes yang dilaporkan dan meningkat setiap
tahun dimana bayi yang baru dilahirkan ditemui di tong sampah, di hadapan rumah, di masjid
secara hidup atau dimati bersama tali pusat. Oleh itu, penyaluran Pendidikan Kesihatan
sememangnya dapat membantu seseorang individu terutamanya kaum wanita mengenali cara
menjaga maruah diri mereka dari tercalar. Pengenalan Pendidikan Kesihatan sejak dari sekolah
rendah dapat menyediakan diri mereka memahami perubahan yang berlaku kepada mereka dan
menjaga batas yang ditetapkan dalam pergaulan seharian. Melalui ini, murid-murid dapat
mengetahui kesannya jika melebihi batasan dan dapat mempertahankan diri mereka dari

4
perasaan ingin cuba apabila memahami kesannya. Pendidikan kesihatan sememangnya dapat
membantu para murid dalam menjaga maruah diri mereka dari sebarang gejala sosial yang
membawa keburukan kepada diri mereka.

Selain itu, pendidikan kesihatan juga memainkan peranan penting dalam memberikan
tunjuk ajar mengawal emosi kepada para murid. kebiasaannya, murid mengalami tekanan emosi
apabila menghadapi masalah dengan keluarga, kegagalan dalam peperiksaan dan sebagainya.
Kebelakangan ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalangan murid
sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan terhadap
kesihatan mental individu terbabit. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006
menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3
peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996 (Utusan Malaysia).
Perkara ini dapat diatasi melalui memberi tunjuk ajar yang betul mengenai kawalan emosi secara
baik melalui pengajaran Pendidikan Kesihatan. Dalam Pendidikan Kesihatan pengurusan mental
dan emosi murid diberikan peluang untuk mengenali pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara
mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.

Pada zaman moden ini, bahaya boleh menimpa sesiapa dimana-mana sahaja, jika
seseorang individu tidak peka terhadap aspek keselamatan. Disebabkan sikap tidak peduli dan
cuai di kalangan masyarakat terhadap aspek keselamatan, malapetaka seperti kemalangan,
penculikan, kes samun, pecah rumah, lemas, semakin menular. Setiap individu perlu mempunyai
kesedaran yang mendalam mengenai aspek keselamatan agar dapat mengharungi cabaran
kehidupan pada masa kini. Penekanan terhadap keselamatan diberikan sejak dari bangku
sekolah agar kanak-kanak juga dapat menjaga diri mereka dari sebarang kecelakaan yang tidak
dijangka.

Ilmu keselamatan yang diberikan perlu merangkumi persekitaran sekolah, rumah,


persekitaran, taman permainan juga jalan raya. Dalam perkara ini, pendidikan kesihatan juga
memainkan peranan dengan menyalurkan informasi kepada murid mengenai keselamatan.
Terdapat beberapa tajuk dalam Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan seperti mengetahui
kepentingan menjaga keselamatan diri, mengetahui keselamatan diri di persekitaran dan
sebagainya. Oleh itu, Pendidikan Kesihatan memainkan peranan dalam menerapkan aspek
keselamatan di kalangan para murid. Secara umumnya, pengajaran Pendidikan Kesihatan mulai
dari sekolah rendah merupakan satu keperluan kepada murid dalam menjana pelbagai maklumat
penting yang dapat membawa keberkesanan kepada diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara.

5
3.0 Perbandingan Antara Isi Kandungan Pendidikan Kesihatan Dalam KBSR Dan KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak
1993. Transformasi ini dilaksanakan bertujuan untuk menyusun semula dan menambahbaiki
kurikulum pendidikan yang sedia ada kearah lebih progresif yang dapat membantu dalam
mencapai Wawasan 2020 dengan mendukung intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan dalam kurikulum juga diharapkan dapat melahirkan murid yang menguasai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengen keperluan semasa untuk menghadapi
cabaran abad ke-21 dan berupaya bersaing seiring dalam pendidikan global. KSSR sudah
diperkenalkan kepada murid yang menduduki alam persekolahan darjah satu pada tahun 2011
kerana kesesuaian untuk penerapan sejak dari peringkat awal akan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran secara efisien.

Dalam proses penambahbaikan kurikulum, pendidikan Kesihatan juga turut mengalami


beberapa perubahan yang dapat membantu dalam melahirkan model insan yang seimbang.
Antara perubahan yang dapat dilihat adalah dari segi bahan kurikulum dimana telah
diperkenalkan Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan untuk menggantikan Sukatan Pelajaran
dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Dokumen Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Kesihatan mengandungi informasi mengenai objektif dan perincian kurikukulum
Pendidikan Kesihatan untuk sekolah rendah. Objektif yang tertera dalam huraian sukatan
pelajaran ini, akan membolehkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang tepat
dan berkesan agar selaras dengan hasil pembelajaran yang dipilih. Perincian kurikulum bagi
setiap tahun akan dipaparkan oleh guru mengikut tiga lajur berasaskan KBSR iaitu Bidang
Pembelajaran, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.

Penambahbaikan yang berlaku dari aspek bahan kurikulum dalam KSSR bagi
matapelajaran Pendidikan Kesihatan adalah melalui pengenalan Dokumen Standard Pendidikan
Kesihatan yang memberikan fokus terhadap standard kandungan dan standard pembelajaran.
Standard kandungan dan standard pembelajaran merupakan penetapan standard yang
menyediakan peluang pendidikan yang sama dan berkualiti kepada semua murid. Standard
kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan dalam subjek Pendidikan Kesihatan dengan
mengutamakan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Standard pembelajaran pula, satu
penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang dapat mengukur

6
setiap standard kandungan. Setiap standard perlu dilaksanakan dan ditaksir secara berterusan
oleh guru bagi memastikan murid mencapainya.

Seterusnya, perubahan dapat dilihat dari segi isi kandungan Pendidikan Kesihatan
melalui pengenalan KSSR. Kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan semasa KBSR
terbahagi kepada tiga tunjang utama iaitu kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat dan juga
kebersihan dan keselamatan persekitaran. Dalam tunjang pertama tumpuan diberikan terhadap
penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat iaitu terbahagi kepada tajuk seksualiti,
kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. Dalam tunjang kedua penekanan diberikan
kepada pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku yang berisiko
seperti penyalahgunaan bahan, pemakanan dan sebagainya. Tunjung ketiga dalam pendidikan
kesihatan lebih kepada pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran iaitu mengenai
penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan sebagainya.

Dalam KSSR pula, isi kandungan diperincikan dengan lebih sistematik iaitu dengan
membahagikan tema pendidikan kesihatan kepada tiga iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan sosial iaitu PEERS sebanyak 75 %, pemakanan 15 % dan pertolongan cemas 10 %.
Kandungan Pendidikan Kesihatan dalam KSSR memberi fokus utama terhadap gaya hidup sihat
yang sesuai dengan keperluan murid dan telah dirangka dalam bentuk model agar dapat
disampaikan secara berkesan. Terdapat tiga model yang telah diagihkan berasaskan kriteria
dokumen standard Pendidikan Kesihatan KSSR iaitu model pertama adalah kesihatan fizikal,
kedua kesihatan mental dan emosi serta model ketiga adalah kesihatan persekitaran.

Kandungan model pertama dalam Pendidikan Kesihatan KSSR memberi keutamaan


terhadap aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat
dan disalurkan secara tidak langsung melalui tajuk kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan. Model kedua memberi penekanan terhadap aspek mental, emosi dan
sosial, mengurus risiko dab konflik serta perubahan dalam kehidupan. Model ini disampaikan
kepada murid dengan menyelitkan dalam tajuk pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan dan
perhubungan. Modul ketiga iaitu kesihatan persekitaran lebih kepada aspek keselamatan dan
persekitaran iaitu disampaikan melalui pembahagian tajuk kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas. Melalui ini, dapat disimpulkan bahawa kandungan
Pendidikan Kesihatan dalam kedua-dua kurikulum ini lebih kurang sama tetapi pemerincian yang
mendalam diberikan mengikut pemberatan tajuk yang telah ditetapkan dalam rancangan KSSR
berbanding KBSR.

7
Seterusnya, pengenalan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan sosial (PEERS) dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan telah
membezakannya dengan kurikulum sedia ada sebelum ini iaitu KBSR. Aspek PEERS dapat
diklasifikasikan sebagai satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan,
membentuk sikap, nilai, kepercayaan dan juga keintiman sesama insan di kalangan murid.
PEERS merangkumi pengetahuan mengenai bidang biologikal, sosiobudaya, psikologikal, dan
kerohanian tidak terkecuali juga isu seksual atau hubungan seks. PEERS ini diperkenalkan di
kalangan murid bertujuan untuk mendorong murid ke tingkah laku yang sihat melalui pendidikan
kesihatan. Ini antara salah satu aspek yang telah ditambah baiki dalam Pendidikan Kesihatan
KSSR bertujuan untuk melahirkan murid yang peka terhadap cabaran globalisasi yang tidak
dijangkau.

Terdapat satu lagi penambahbaikan telah dilakukan dalam matapelajaran Pendidikan


Kesihatan melalui rancangan KSSR iaitu cara pentaksiran telah diubahsuai. Semasa KBSR
dipraktikkan, guru menggunakan kaedah aras dimana dalam setiap lajur atau unit pembelajaran
merangkumi tajuk dan subtajuk yang hendak dicapai oleh guru. Lajur hasil pembelajaran terdiri
kepada tiga aras iaitu aras pertama mudah dan boleh dilakukan oleh semua murid, aras kedua
pemeringkatan dari aras pertama dan aras ketiga aras yang tingi dan sukar. Melalui aplikasikan
kaedah aras ini, guru perlu memastikan setiap murid menguasai hasil pembelajaran pada aras
pertama dalam Pendidikan Kesihatan.

Cara pentaksiran Pendidikan Kesihatan ini telah dipertikaikan semula dan telah diubah
melalui memperkenalkan pentaksiran berasaskan standard prestasi dalam KSSR. Standard
Prestasi dapat ditakrifkan sebagai skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam
menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan (Dokumen
Standard Pendidikan Kesihatan). Standard prestasi ini dibahagikan kepada enam tahap
penguasaan dari pencapaian terendah kepada pencapaian tertinggi. Taksiran ini diperkenalkan
dalam KSSR agar dapat mentafsirkan pencapaian murid secara holistik dalam Pendidikan
Kesihatan. Tambahan juga, pendidikan kesihatan semasa pelaksanaan KSSR dapat dinyatakan
telah mengalami perubahan melalui memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran ini mula difokuskan agar melahirkan model insan yang dapat bersaing dengan
cabaran globalisasi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai melalui
mempraktikkan proses penakulan dan refleksi dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara
berinovasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan kesihatan juga telah diperbaiki
dalam KSSR dengan mempelbagaikan pendekatan, strategi, BBM dan sebagainya.

8
4.0 Rumusan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman


bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan
kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Kurikulum Pendidikan Kesihatan diperkenalkan bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan model insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah
ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan
masyarakat menerusi usaha-usaha diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Pendidikan Kesihatan
telah mengalami satu penambahbaikan melulai transformasi yang berlaku dalam bidang
pendidikan iaitu pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan
rancangan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Penambahbaikan yang berlaku dalam kurikulum ini , diharapkan dapat melahirkan model insan
yang berpengetahuan, berkemahiran, bersikap afektif agar dapat menandingi cabaran dunia
pada zman berteknologi ini.

You might also like