You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Menurut Akta Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1996, sebelum ini
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara, 1988 menyatakan bahawa :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Secara ringkasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamatkan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti
kepercayaan kepada tuhan, bertanggungjawab, berahklak mulia, ketaatan kepada negara
serta boleh menjadi model insan yang dapat memberi sumbangan untuk kemajuan negara.
Peranan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperjelaskan secara
rasional tentang pelbagai amalan pendidikan terkini, membimbing perlakuan dan sifat guru
untuk menghadapi inovasi dalam bidang pendidikan serta melahirkan individu atau murid
yang holistik.
Bilik darjah merupakan satu tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ia juga boleh dikatakan sebagai medan perjuangan utama kerjaya
seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan
murid mengikuti pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk
konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar dan guru
untuk berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya.
Guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala
cabaran pendidikan akan datang. Perkara ini dapat dibuktikan dengan cadangan dan dasar
yang diutarakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dimana guru perlu
melengkapkan diri mereka dalam semua aspek agar dapat melahirkan model insan yang
berguna. setiap guru perluberfikiran kreatif dan imaginatif agar pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna dan berkesan dengan menyediakan bahan dan objek yang
menarik. Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai kebolehan menggabungkan idea-idea bagi
memenuhi sesuatu keperluan (Halpern, 1984). Sebagai agen penggerak tamadun bangsa,
guru perlu sentiasa mencari ruang untuk menjamin kualiti pendidikan. Oleh itu, fikiran kreatif
1

harus ada dalam diri setiap guru. Hal ini kerana pemikiran kreatif adalah membolehkan guru
mengeluarkan idea-idea baru untuk mencapai sesuatu. Ia juga melibatkan keberanian
mencabar strategi yang lazimnya digunakan iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi
daripada sudut yang berlainan.
Kreativiti wujud hasil daripada pelaburan masa, penyediaan atau ketekunan kerana
memerlukan konsentrasi dan keazaman yang kuat, dedikasi dan disiplin kendiri seseorang
guru.

Guru

yang

kreatif

mempunyai

kebolehan

mencipta,

menghasilkan,

dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Guru yang kreatif akan menggunakan
pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar yang kreatif dan dapat
memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran para pelajar.
Guru yang kreatif juga akan sentiasa menjalankan proses pengajaran dengan
pelbagai kaedah yang berlainan. Mereka juga akan melengkapkan diri mereka dengan ideaidea baru. Dalam hal ini, penyerapan dan pengabunjalingan elemen seni dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting untuk menarik perhatian para
murid. Disebabkan inilah di sekolah Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP
diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.0 Sejauh manakah Penyerapan dan Penggabungjalinan Elemen Seni (SDP) dalam
aktviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat Memanfaatkan Murid dalam Bilik Darjah
Dalam pendidikan tradisional, elemen pendidikan seni tidak diberikan tumpuan yang
penting kerana dianggap sebagai kemahiran yang tidak bernilai. Namun, pada masa kini,
pendidikan seni diberikan perhatian yang penting kerana telah menyedari sumbangannya
yang tidak ternilai terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan seni bukan
sahaja membantu memahirkan diri murid dalam bidang seni, malah dapat membantu para
guru menyediakan proses pengajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.
Seseorang guru yang menghayati bidang seni, dapat berfikir secara kreatif dan imaginatif
agar dapat memandu proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif.
Penyerapan dan pengabunjalingan elemen seni dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu untuk menarik perhatian para murid terhadap pengajaran
guru. Penarikan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan unsur seni dapat memastikan pengetahuan yang disampaikan oleh guru
difahami dan kekal dalam minda murid untuk tempoh masa yang lama. Jadi guru yang
kreatif akan menggunakan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan aktif. Suasana
pembelajaran yang seronok dan aktif akan membantu murid memahami sesuatu isi
pembelajaran dengan mudah.
Hal ini kerana, apabila guru menggunakan elemen seni, akan memberi peluang
kepada murid untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan melibatkan diri secara aktif, murid tidak akan berasa bosan malah
akan memberi fokus yang mendalam terhadap pengajaran guru. Melalui pembelajaran yang
menyeronakkan ini, guru dapat mengawal keadaan kelas dengan baik dan dapat
memastikaan murid menimba ilmu pengetahuan dengan wajar. Oleh itu, tidak ada
kemusyikilan bahawa peranan bidang seni penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat memanfaatkan murid.
Elemen seni bukan tertumpu kepada matapelajaran seni sahaja malah ianya dapat
dipraktikkan dalam matapelajaran yang berlainan. Seorang guru yang mengajar
matapelajaran Sejarah dapat mengaplikasikan elemen seni visual dalam pengajarannya.
Sebagai contohnya, semasa mengajar mengenai topik pertarungan dua sahabat iaitu Hang
Tuah dan Hang Jebat, guru boleh mengadakan aktiviti main peranan atau lakonan. Guru
boleh menyediakan alat bantu mengajar seperti topeng dan alat muzik agar dapat
memudahkan murid dapat melakonkan semula peristiwa tersebut.

Apabila melakonkan semula peristiwa tersebut menggunakan bahan yang


disediakan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan berasa berseronok dengan
pengajaran tersebut. Di samping itu, aktiviti ini juga memudahkan proses pemahaman
kerana murid sendiri dapat melihat dan merasai situasi pertarungan tersebut. Jadi, perkara
ini akan memudahkan murid untuk memahami perwatakan dan juga jalan cerita situasi
tersebut. Jadi guru, harus menyerapkan dan menggabungjalinkan elemen seni dalam
pendidikan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi manfaat para murid.
Selain itu, penyerapan dan penggabungjalinan elemen seni manfaat kepada murid
kerana dapat membantu dalam memperkembangan intelek dan sosial para murid. Hal ini
kerana, melalui penyerapan elemen seni, murid berpeluang untuk menerokai dan membina
pengetahuan sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, semasa
guru mengajar mengenai identiti sekolah murid, murid berpeluang untuk menghayati elemen
seni visual seperti gambar bendera sekolah, lencana sekolah dan membina pengetahuan
mengenainya. Maka, secara tidak langsung murid dapat menghubungkaitkan kepentingan
identiti sekolah tersebut dengan sekolah, warga sekolah, masyarakat dan negara.
Tambahan pula, jika murid diberi peluang untuk mereka dan melukis lencana
tersendiri mengikut imaginatif tersendiri maka disini berlaku proses penerokaan. Dari segi
sosial, elemen seni membantu para murid meluangkan perasaan mereka yang sewajarnya.
Contohnya, seorang murid yang menyayangi gurunya dapat menonjolkan dengan
menyediakan satu kad pada Hari Guru. Di sini jelas bahawa akan berlaku proses
percambahan idea yan baharu oleh murid dan dapat meningkatkan pengetahuan murid.
Di samping itu, penyerapan dan penggabungjalinan elemen seni merupakan satu
medium untuk mengenalpasti bakat atau fitrah semula jadi murid. Setiap manusia yang lahir
di bumi ini semestinya akan dikurniakan sekurang-kurangnya satu bakat yang tersendiri
dalam diri mereka. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab penting untuk mengenalpasti
bakat yang tersembunyi dalam diri murid dan mengasahkannya agar menjadi seorang yang
berguna di masa hadapan. Penyerapan dan pengabungan elemen seni visual dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu untuk mengenalpasti murid yang
mempunyai bakat dalam bidang seni. Contohnya, guru dapat identifikasi seorang pelukis
yang baik di kalangan murid dengan meminta murid melukis. Maka, penyerapan dan
penggabungjalinan elemen seni iaiti seni visual, muzik dan pergerakan guru dapat
mengenalpasti bakat murid seperti murid yang pandai melukis, mereka seni kata muzik,
mereka muzik, pandai menari dan sebagainya.

Seterusnya, penyerapan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran


memanfaat murid kerana dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri murid. Hal ini
kerana, kebiasaannya sebarang aktiviti yang berunsurkan seni akan dilaksanakan secara
berkumpulan berbanding kaedah individu. Contohnya, aktiviti melakonkan drama,
menyanyikan lagu kemerdekaan, melukis akan dijalankan secara kumpulan agar berlaku
proses percambahan idea yang berbeza dan kreatif.
Maka, secara tidak langsung akan berlaku proses bekerjasama di kalangan murid
agar dapat menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh guru. Dengan adanya
semangat kerjasama, murid pasti dapat berjaya menyelesaikan sesuatu soalan atau
masalah dengan mudah. Perkara ini menunjukkan perkembangan sahsiah dan sosial murid,
apabila guru dapat menggunakan elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Akhrinya sekali, penyerapan dan penggabungjalinan seni dalam pendidikan juga
dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat patriotisme. Contohnya, dalam
matapelajaran Sejarah murid dikehendaki untuk mengenali etika dan cara menyanyikan lagu
negaraku yang sepatutnya. Maka, dengan menyepadukan elemen seni dalam bidang
sejarah dapat mewujudkan generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Oleh itu, elemen seni memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan untuk
melahirkan model insan yang seimbang seperti yang diinginkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Setiap guru perlu mementingkan unsur seni agar dapat melibatkan diri murid
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang efektif tidak akan mengabaikan
elemen

seni

dalam

proses

pengajarannya

kerana

menyedari

kepentingan

dan

keberkesanannya dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, guru-guru haruslah


menggunakan unsur seni agar dapat melahirkan murid yang berdaya kreatif, inovatif dan
mempunyai jati diri yang kukuh.

You might also like