You are on page 1of 40

RETORIK

Retorik berasal daripada perkataan Yunani,


rhetor yang bermaksud pidato. Kata dasar
perkataan ini daripada perkataan Latin, topoi
yang bermaksud mencari kebenaran.
Perkataan retorik digunakan untuk menjelaskan
maksud mencari kebenaran terutama ketika
berbahas dan berhujah untuk menegakkan
kebenaran hakiki.


Kajian retorik bermula seawal 1000 tahun
sebelum Masihi lagi. Kajian terhadap bidang ini
dipelopori oleh ahli-ahli falsafah dari Greek dan
Roman seperti Plato, Aristotle dan Cicero.

Kajian terpenting Aristotle dalam buku
agungnya, The Rhetoric mengenai unsur penting
dalam pengucapan, telah diterima pakai hingga
ke hari ini.
Ahli falsafah mencari saluran paling ideal
untuk menyampaikan idea, mengungkap
perasaan dan buah fikiran hanya melalui
ujaran secara lisan
Orang yang berkebolehan menyampaikan
idea secara lisan ini diaanggap penting
sebagai satu cabang seni memujuk dan
mempengaruhi keadaan manusia.
Aspek dlm bidang retorik yang ditekankan
ialah mutu aspek pengucapan umum yang
merangkumi kebaikan idea, hujah-hujah
dan gaya bahasa perucap.

Abad ke 20, retorik berkembang luas
Mementingkan kajian mengenai
perutusan dan penyampaian mesej
yang berkesan
Bidang ini mula mendapat tempat di
kalangan ahli akademik dengan
wujudnya kursus dan pengajian di IPT.

Bidang ini mula dianggap
sebagai suatu bidang kerjaya
yang mampu memberi pulangan
yang lumayan kepada sesiapa
yang mempunyai kepakaran
dalam seni pengucapan.
Contohnya, wujud kerjaya
seperti pengacara majlis,
juruhebah, jurubahasa,
wartawan penyiaran dan penulis
profesional dalam bidang
retorik.

Seni Berpidato Forensik
Seni Berpidato Deliberatif
Seni Berpidato Pengucapan
Istiadat

Dikenali juga sebagai judicial speaking
atau retorik perundangan.
Berdasarkan seni berpidato di mahkamah
Forensik penggunaan bahan-bahan bukti
yang kecil dan rumit dalam membuktikan
seseorang yang didakwa disabitkan
kesalahan atau dilepaskan dari tuduhan
Perbincangan melibatkan aspek keadilan
yg hakiki
Perucap bermain dengan bahasa dan gaya
untuk mempengaruhi pendengar meyakini
hujah-hujah yang disampaikan.
Herrick(2001) forensic speaker must be
skilled in convincing a jury that available
evidence supports a particular hypothesis
(Kemahiran perucap bermain kata-kata
dan gaya ucapan membantu
mempengaruhi keputusan juri)
Berasal dari perhimpunan politik
Mendesak atau merayu pendengar
mengenai sesuatu hukuman, tindakan atau
keputusan sstu dasar
Adakala mendesak pendengar menerima
maklumat yang disampaikan
Retorik ini disebut juga symboluleutikon
oleh Aristotle
Fokus soalan berkenaan apa yang terbaik
dalam setiap arahan tindakan yg patut
diambil oleh sesebuah negara.
Pertimbangan bukti bagi pertentangan
dasar atau arah kpd sesuatu tindakan
Perucap deliberatif yang terlatih
memahami perkara bukan sahaja berkaitan
undang-undang, politik, ekonomi,
perdagangan dan perjuangan tetapi mesti
dapat menggarap dan mengupas faktor-
faktor dalam kehidupan sivik yang
menyumbang kebaikan untuk keseluruhan
masyarakat.
Dikenali juga sebagai retorik demonstratif
Berpunca daripada upacara pengebumian
bagi penganut Kristian
Diucapkan bagi menghargai sumbangan
seseorang ketika hayatnya
Kemudian dikembangkan menjadi ucapan-
ucapan berkaitan ungkapan tahniah dan
pujian.
Rekacipta
Susunan
Gaya
Ingatan
penyampaian
Merujuk proses penggabungan semua
bahan dalam pengucapan idea,
perdebatan dan bukti menyokong atau
menentang sesuatu kes
Dilihat dari dua sudut teori penciptaan
ialah satu kajian apabila perdebatan dan
bukti boleh dicari dan diperolehi
- praktikal reka cipta sebagai satu
elemen atau kanun retorik yang mampu
mengeluarkan idea dan bahan yang baik
untuk bebahas.

Suatu proses yang melibatkan susunan
dalam teks pengucapan mengikut
prosedur-prosedur
Covino dan Joliffe (1995) seni mengatur
bahan dalam teks dengan sempurna dan
berkesan
Cara penyediaan, antaranya; - latar
belakang tajuk dengan maklumat
terperinci, kajian atau idea dengan fakta
dan bukti,mengambil kira dan mengetahui
keseluruhan kajian dan buat kesimpulan

Pemilihan dan cara penyusunan ayat yang
efektif
Pengucapan menjadi lebih jelas
Antaranya;- tatabahasa, pemilihan ayat,
kepelbagaian intonasi, dan cara mengolah
sesuatu ayat
Digunakan utk mengingati ilmu terdahulu
sejak turun temurun secara lisan
Kemampuan seseorang untuk mengingat

Elemen terakhir yang menjadi nadi kepada
setiap perucapan awam
Menentukan aplikasi retorik berkesan atau
tidak
Schubert(1948); penyampaian yang
berkesan - riak muka, pergerakan badan,
penglihatan
Latihan dan pengalaman
membantupenyampaian ucapan yang baik
Proses memerhatikan, mengendahkan,
menaruh minat, menerima sesuatu dalam hati
dengan pancaindera, dan menanggap (Noresah
Baharom, 1996)

Terdapat dua kewajaran: perolehan
maklumat dan maklumbalas

Menentukan bahawa perucap mempunyai
sokongan dan dokumen yang cukup mengenai
sebarang kenyataan yang hendak dinyatakan,

menjangka bahawa apa yang dicakapkan oleh
perucap mewakili bidang kepakarannya,




menjangkakan bahawa perucap dapat
memperlihatkan kredibilitinya mengenai
sesuatu tajuk yang dibincangkan, dan

meminta si perucap menunjukkan dan
memaparkan fakta secara khusus pada
setiap kali kenyataan dibuatnya.
Sekiranya kenyataan tersebut tidak
berasas, maka sebagai pencerap yang
kritis, kita berhak meraguinya.


Membentuk keinginan mencerap
Memberi perhatian sepanjang proses
komunikasi berlangsung
Jangan gopoh buat penilaian
Menyaring maklumat
Sambung hari Rabu
Khalayak kumpulan manusia yang
menonton sesebuah filem, pementasan,
persembahan, penulisan dan sebagainya.
Khalayak aktif menghargai dan memberi
perhatian terhadap ucapan atau
penyampaian
5 aspek penting dalam analisis khalayak:
i. Saiz khalayak
ii. Jenis khalayak
iii. Sikap khalayak
iv. Isu silang budaya
v. Ideologi dan kepercayaan

Terdapat empat kumpulan utama iaitu:
Diadik
Kumpulan kecil
Ramai pendengar
Jelata
i. Khalayak empiris
ii. Khalayak fokus
iii. Khalayak berkeupayaan
iv. Khalayak rekaan
Kecenderungan emosi khalayak sama ada
memberi perhatian atau tidak semasa
penyampaian
Tiga sikap utama :
i. Sikap khalayak terhadap perucap
ii. Sikap khalayak terhadap subjek
iii. Sikap khalayak terhadap keadaan
Berkait rapat dengan kepercayaan
seseorang individu
Kepercayaan khalayak mempengaruhi
penerimaan tajuk, pendapat dan hujah
seseorang perucap
Mengambil kira faktor umur, jantina, taraf
pendidikan, status pekerjaan, agama
Kaedah demografi dapat membantu
Perucap perlu mengambil kira ideologi
khalayak
Pemilihan topik
Pengumpulan bahan
Penyusunan bahan
Latihan melalui pengalaman
Penyelidikan
Pengalaman
Pengetahuan
Temu bual

Bahan-bahan yang diperoleh, tidak akan
membantu kelancaran penyampaian
sekiranya tidak disusun dengan kemas dan
menarik. Isi dan idea yang tersusun dapat
mewujudkan kesinambungan mesej.

Tidak semua orang dilahirkan dengan
kelebihan mampu berucap di khalayak ramai.
Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut
janganlah dijadikan sebagai alasan. Melalui
latihan, keupayaan seseorang perucap dapat
ditingkatkan bagi memahir dan membiasakan
perucap dengan sesuatu situasi, keadaan dan
idea yang hendak disampaikan.



I - Persediaan awal
- dari segi fizikal, mental dan emosi
- elak kegugupan
- keyakinan
- lakukan senaman kecil
- menarik nafas lega
- memandang audiens yang mesra

ii Panduan penyampaian
- keyakinan diri
- konsep menghormati pendengar
- menghayati prinsip komunikasi
Iii Kelebihan sedia ada
- kenali potensi diri
- mampu mengawal suara dengan baik
- alat bantu (APD)
Pengetahuan tentang bahasa sangat penting
dalam bidang retorik. Hunt (1987)
mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem
mengenali bunyi yang diluahkan atau
dijadikan simbol buah fikiran dan perasaan.
Apabila bunyi-bunyi atau perkataan-perkataan
ini disimpulkan bersama-sama dalam ayat
untuk memberi maksud atau idea, setiap
bunyi itu menjadi bahasa.
Kebolehan untuk memahami dan memproses
maklumat yang didengar serta kebolehan untuk
bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi
perkembangan pemikiran seseorang perucap.
Perkembangan pemikiran seseorang perucap
akan membolehkannya bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbagai keadaan perhubungan.

Seseorang yang memiliki kemahiran retorik
dianggap bertuah kerana mempunyai kelebihan
yang tersendiri, terutama dari segi peluang
kerjaya. Semua kerjaya memerlukan sekurang-
kurangnya sedikit kemahiran pengucapan.
Contohnya, bagi memudahkan diterima bekerja
dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat,
seseorang itu mestilah boleh berfikir secara
kritis, mencerap dengan baik dan berucap
dengan berkesan.
Sekian.

You might also like