You are on page 1of 9

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

1. Bandingkan ekonomi tradisional dengan ekonomi dagangan. [ms 244] EKONOMI TRADISIONAL F1 sara diri- sebelum kedatangan British, masyarakat Melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan,dan menternak binatang F2 skala- pengeluaran di lakukan dalam skala kecil F3 teknologi- menggunakan teknologi yang mudah dengan peralatan asas sahaja seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala F4 modal- modal yang kecil F5 buruh- buruh yang terhad F6 pasaran- pasaran yang kecil F7 lebihan- lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah F8 simpan- lebihan pengeluaran juga disimpan untuk satu tempoh tertentu F9 padi- ini berlaku dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi F10 kelangsungan- tujuannya ialah untuk kelangsungan makanan F11 tanaman lain- tanaman lain yang diusahakan seperti ubi, pisang dan kelapa F12 ternak- menternak binatang seperti ayam, itik,lembu dan kerbau F13 perairan- menggunakan sistem pengairan yang mudah berasaskan sumber air dari sungai atau hujan yang bermusim F14 ikan- kaedah penangkapan ikan berbeza-beza mengikut kawasan tangkapan seperti tali kail, bubu F15 tenaga- menggunakan tenaga binatang atau manusia dan bukannya mesin EKONOMI DAGANGAN F1 kegiatan- merujuk kepada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran F2 skala- pengeluaran dalam skala besar F3 buruh- sumber tenaga buruh yang banyak F4 modal- modal yang besar F5 teknologi- teknologi yang lebih tinggi F6 pemasaran- pemasaran yang lebih luas F7 bijih-masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India F8 alatan dibina untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong F9 pembesar Melayu- sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu F10 mendulang- dikerjakan oelh buruh tempatan melalui kaedah mendulang di kawasan sungai F11 British- kedatangan British dan penguasaan mereka terhadap pelabuhan utama F12 dagangan- mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat F13 terpinggir- menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terpinggir dan ketinggalan F14 dwiekonomi- mewujudkan bentuk ekonomi duaan (dwiekonomi) yang bermaksud dua bentuk ekonomi secara serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan (komersial) F15 ketidakseimbangan- penumpuan ekonomi di negeri-negeri pantai barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai timur F16 permintaan- wujud permintaan yang besar terhadap bijih timah maka keuntungannya dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan F17 buruh Cina- buruh dari China di bawa masuk untuk sektor perlombongan dan pertanian 2. Huraikan tentang sistem pertanian komersial? [ms247] Eksport- pihak British memberi penekanan terhadap sektor pertanian berasaskan eksport Komersial pertanian komersial dianggap penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan Tanaman tanaman komersial yang digalakkan oleh British ialah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau dan kopi Kangcu di Johor, semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, penanaman lada hitam dan gambir diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu Pemodal para pemodal Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial Sebab kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama Melayu masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri British British memberi tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau China pemoddal China mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu Getah pada abad ke-20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

3. Ceritakan tentang perusahaan getah di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [ms247] Revolusi - Revolusi Perindustrian membawa permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagi industri terutamanya industri kereta Perkenal bagi memenuhi permintaan ini, British memperkanalkan tanaman getah di Tanah Melayu Komersial getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komersial pada awal abad ke-20 Awal pada peringkat awal, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, perak sebagai tanaman hiasan Ridley- Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura Yakin beliau berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma Ibidem beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu ibidem atau seperti bentuk tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok Pengguna perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah Tinggi ini menyebabkan harga getah melambung tinggi Asing kemasukan modal asing iaitu modal milik pelabur Eropah merupakan faktor utama perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu Syarikat- antara syarikatnya ialah Harrisons and Crosfield, Guthrie dan Sime Darby Ladang baru kemasukan syarikat dan modal asing ini menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka Dasar dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan peranan dalam perluasan kawasan tanaman getah Sewa British menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah Infrastruktur infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran Komprador golongan pengusaha ini ibarat komprador kepada British Pekerja asing- British membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah Kurang tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah Merosot industri getah mengalami kemerosotan semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia Jaringan - ini menunjukkan ekonomi Tanah Melayu terikat dan dirangkumkan dalam satu jaringan ekonomi dunia yang lebih besar Stevenson Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah Had- untuk mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar 4. Ceritakan tentang industri perlombongan di Tanah Melayu. [ms 250] Melayu perlombongan telah lama dijalankan oleh orang Melayu dan telah menjadi kegiatan ekonomi dagangan yang penting Bumi Emas Tanah Melayu kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah,arang batu, bauksit, antimoni dan bijih besi sehingga digela Suvarnabhumi (Bumi Emas) Timah perusahaan bijih timah menjadi perhatian British keranan mendatangkankeuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarbangsa Eropah ini membawa kepada penglibatan pemodal Eropah dalam bidang perlombongan yang telah pun diusahakan oleh orang Melayu China penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 Pantau pada peringkat awal, pengusaha China ini dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu Menguasai pembesar Melayu menguasai perlombongan bijih timah Kebenaran pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan Jual pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih yang dilombong dijual semula kepada mereka Harga harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri Eropah pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah Modal pemodal Eropah mampu bersaing dengan pemodal dari China kerana mempunyai modal bagi penggunaan kapal korek yang membolehkan aktiviti perlombongan dilakukan secara besar-besaran Intensif- perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal Enakmen beberapa enakmen dan undang-undang telah digubal dn diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah Pajak terdapat pembesar Melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri-Negeri Selat kerana mereka tidak mempunyai modal NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

PENGGUNAAN BURUH LUAR


KEMASUKAN BURUH DARI C HINA [MS 253] 1. Sistem Tiket Kredit kheh tau- kheh tau (ketua) akan mengumpulkan bakal imigran ke Tanah Melayu dari kampungkampung di China bayar ketua ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa sin kheh- bakal-bakal imigran ini dipanggil sin kheh pengawasan- golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan perjanjian- sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam satu tempoh tertentu tiket- mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang orang tengah- sin kheh ini akan diambil oleh pemborong buruh (orang tengah) yang akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu pelindung buruh- jawatan pelindung buruh dari China telah diwujudkan di Tanah Melayu untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China undang-undang- beberapa undnag-undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh 2. Sistem Pengambilan Kakitangan hantar pegawai- majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh majikan biayai- segala tambang dan pembelanjaan buruh akan dibiayai oelh majikan mengiringi- pegawai yang dihantar akan bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya 3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi pegawai di China- pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi pegawai biayai- pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai ke rumah kongsi du Tanah Melayu serah- apabila buruh telah diserahkan, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui 4. Sarawak - kemasukan imigran China berketurunan Foochow secara berkumpulan dilakukan selepas persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke gambir- untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam KEMASUKAN BURUH DARI I NDIA [MS 254] 1. Sistem Buruh Bebas datang sendiri- datang sendiri dengan biaya masing-masing diaturkan- kedatangan mereka diaturkan oleh orang dan kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi bebas- setelah tiba di Tanah Melayu, mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki 2. Sistem Kontrak majikan biayai- majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu masa- sebagai balasannya buruh akan bekerja dengan majikan itu untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) bayaran- dengan bayaran paling minimum (9-13 sen sehari) pemerasan- ini menyebabkan sering berlaku pemerasan dan penindasan atau perhambaan secara tidak ketara 3. Sistem Kangani Undang-undang- Sistem Kontrak ditamatkan selepas UndangUndang Tabung Imigresen India dikuatkuasakan Kangani- bermaksud ketua, tandil atau mandur lesen- seseorang kangani yang diberikan kepercayaan oleh majikan akan diberi lesen pulang- kangani akan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh wang pendahuluan- kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut pengurus agensi- kangani menjadi seperti pengurus agensi diharamkan- sistem ini diharamkan kerana wujudnya penyelewengan oleh kangani itu sendiri

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

2. Galurkan institusi kewangan dan insurans di Tanah Melayu [ms 255)

INTITUSI KEWANGAN
F1 mata wang- mula digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka F2 Melaka- pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas, perak, dan timah dikeluarkan di Melaka untuk melicinkan urusan perdagangan F3 primitif- jenis mata wang primitif yang digunakan di Tanah Melayu seperti dinar emas (Kelantan), wang dan kupang emas (Terengganu), dan jongkong tampang (Pahang). F4 asing- pedagang Eropah telah memperkenalkan mata wang asing F5 Sepanyol- mata wang perak Selangor mampu bertahan selama 300 tahun dan digunakan di NegeriNegeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat F6 Lembaga- kerajaan British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri-Negeri Selat di bawah Ordinan XIII F7 wang kertas- wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan pada tahun 1906 F8 perubahan- pihak penjajah membuat beberapa perubahan untuk melicinkan urusan kewangan. F9 bank- ditubuhkan institusi kewangan atau bank F10 pinjaman- bank menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur F11 memajukan- system pinjaman telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah F12 kewangan moden- memperkenalkan system kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi F13 dana luar- dana dari luar dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat. F14 ejen pembayar- bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang menjadikan urusan perdagangan antarabangsa bertambah licin. F15 bank pertama- bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank (1859). F16 bank Eropah- bank Eropah di Tanah Melayu seperti ialah The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemene Bank Nederland. F17 mengutamakan- bank Eropah ini mengutamakan pedagang Eropah. F18 komprador- pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah atau golongan komprador. F19 bank tempatan- bank tempatan pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank (1913), diikuti Bank of Malaya di Ipoh dan Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang. F20 bank perdagangan- bank perdagangan juga ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank, Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank. Melayu- bank orang Melayu pertama ialah Malay National Banking Corporation di Kuala Lumpur

INSURANS F1 jenis- antara jenis insurans ialah insurans maritim atau kelautan, kebakaran, harta, perniagaan dan kemalangan, serta nyawa. F2 maritim- insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang. F3 kebakaran- insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering berlaku sehingga mendatangkan masalah. F4 insurans asing- pada peringkat awal, syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara seperti Syarikat Boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England. F5 insurans tempatan- pada akhir abad ke-19, ditubuhkan syarikat insurans tempatan seperti Straits Insurance Limited di Singapura dan Khean Guab Insurance Limited di Pulau Pinang. F6 undang-undang- undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan oleh kerajaan British. F7 diasingkan- pada tahun 1917, insurans nyawa telah diasingkan dengan insurans kebakaran. F8 ordinan- pada tahun 1948, enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN

UNDANG-UNDANG BERHUBUNG T ANAH [MS 258] F1 sebelum- sebelum kedatangan British, hal berkaitan dengan pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama. F2 luas ini kerana kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu. F3 pembesar Melayu- segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti kadar cukai dan aktiviti ekonomi yang mahu dilakukan di atas tanah atau mahu mengusahakan sebidang tanah mesti mendapat kebenaran daripada para pembesar Melayu. F4 ekonomi tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak utama politik serta mencerminkan kehidupan sosial pembesar Melayu. F5 undang-undang adat- menurut undang-undang adat, sesebuah kawasan tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut F6 warisi - tanah itu boleh diwarisi oleh generasi yang terkemudian F5 rekod bertulis- sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya F6 sah - rekod bertulis penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah F6 mudah urusan- rekod ini juga memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian. F7 cagaran mengikut konsep Barat, tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal. F7 undang-undang tanah- berkonsepkan Barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi F8 bahagi- British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti tanag lading, tanag peribumi dan tanah perlombongan. F9 cukai- kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan. F10 Pejabat Tanah- Undang-Undang Tanah menetapkan individu atau syarikat yang berminat untuk mengusakan sesuatu kawasan mesti membuat permohonan di Pejabat Tanah. F11 kebenaran - masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar dan rotan. F11 Residen- Undang-undang Tanah British memberikan kuasa yang besar kepada Residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal. F12 sistem ekonomi wang- dasar kerajaan penjajah British membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu F13 orang tengah- masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang F14 jual- ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang F15 Akta- Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan F16 jamin- ini untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu F17 elak- bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing F18 kuasa- Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai TSM F18 selamat- ini akan menyelamatkan tanah di kawasan tersebut daripada dijual, dipajakgadai atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu F19 lindungi- sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah F20 tidak dibenarkan- orang Melayu tidak dibenarkan sama sekali menanam sebarang tanaman komersial di kawasan TSM F21 tidak subur- kebanyakan kawasan TSM juga tidak subur dan tidak sesuai untuk perladangan

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

D ASAR B RITISH T ERHADAP PEKEBUN KECIL [MS 261] F1 Melayu- kebanyakan pekebun kecil terdiri daripada orang Melayu F2 kekal- British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani F3 Enakmen- Enakmen Tanah Padi 1917 melarang penanaman getah di kawasan penanaman paadi F4 mengurangkan- ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah terutamanya orang Melayu F5 premium tinggi- premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan F6 tanah baru- pada tahun 1930-an, pembukaan tanah baru untuk penanaman getah telah dilarang sama sekali F7 kecil-kecilan- pada peringkat awal, penglibatan orang melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan dan tidak menimbulkan sebarang kebimbangan di kalangan pengusaha Eropah dan kerajaan British F8 kemerosotan- sentimen ini berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah di pasaran dunia pada awal tahun 1930-an F9 Sekatan Stevenson- kerajaan British mengamalkan dasar yang memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi rancangan Sekatan Stevenson 1922 F10 Had prinsip asasnya ialah mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar F11 kuota- Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934) memberi kuota yang lebih rendah kepada pekebun kecil F12 ancaman- kumpulan pekebun kecil getah telah ditekan kerana mereka dilihat sebagai suatu ancaman kepada pengusaha ladang F13 tidak berminat- rakyat tempatan tidak berminat untuk terus mengerjakan sawah kerana keuntungannya kurang berbanding getah F14 import beras- ini menyebabkan Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Ind0-China dan Myanmar F15 Jabatan- British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air (1930) bagi membaiki sistem perparitan dan tali air untuk membantu kegiatan penanaman padi

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

KESAN-KESAN DASAR EKONOMI

Pembandaran [ms 263] Pembandaran perubahan daripada pekan kecil/ kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonomi Lombong pekan yang berhampiran kawasan perlombongan akan mengalami pertambahan penduduk serta berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong Fungsi fungsi bandar meningkat seperti pusat pentadbiran, perbankan dsb. Bijih bandar hasil perlombongan bijih timah seperti Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban Petroleum bandar hasil perlombongan petroleum seperti Miri Bandar Baru Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban menyebabkan pusat kehidupan bertumpu di bandar Pusat pusat perniagaan dan pentadbiran yang dilengkapi kemudahan infrastruktur dan institusi kewangan Cina menghuni kawasan bandar baru Melayu kawasan kampung seperti pesisir sungai India kawasan ladang getah Pengangkutan bandar baru berkembang kerana perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial Kuala Lumpur- kedudukan strategik dan perkembangan jalan raya dan jalan kereta api utama Bandar pelabuhan seperti pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang kerana industri bijih timah Kuching pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam Untung- aktiviti pembinaan infrastruktur tertumpu di kawasan yang memberikan keuntungan ekonomi kepada British seperti di pantai barat Tanah Melayu

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum [ms 264] Faktor kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu; i. i. Kekayaan sumber alam ii. Kemakmuran ekonomi iii. Kestabilan politik iv. iv. Dasar British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk keperluan tenaga manusia Kesan; i. Pembentukan masyarakat berbilang kaum ii. Petempatan dan jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum iii. Melayu bertani di luar bandar iv. India penoreh getah di estet v. Cina berniaga dan melombong di kawasan bandar vi. Bahasa pertuturan berbeza vii. Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum viii. Menyulitkan proses perpaduan nasional

Sektor Perkilangan [ms266] Sebelum abad ke-20 tumpuan ekonomi kepada pengeluaran bahan mentah seperti bijh timah dan getah Import- hamper semua barangan perkilangan diimport Saingan - memberi saingan kepada perkilangan tempatan Syarikat Shum Yip Leong - di Setapak, Selangor dan Tapah, Perak menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China Syarikat Kasut Bata- ditubuhkan di Klang, Selangor Kinta Rubber Works- di Ipoh, Perak menghasilkan barangan berasaskan getah Syarikat United Engineers mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah Nanas- perusahaan mengetin nanas berpusat di Johor menghasilkan nanas dalam tin untuk eksport Asing kebanyakan kilang dimiliki dan diusahakan oleh pemodal Eropah dan China 1970-an pihak pemerintah membanyakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor perindustrian dan perniagaan untuk mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum

i. ii.

iii. iv. v. vi. vii.

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

KESAN-KESAN DASAR EKONOMI

Sistem Pendidikan Vernakular [ms 265] Vernakular sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Perpaduan tidak mampu memupuk perpaduan kerana murid-murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan Sebelum British kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok Tumpuan kepada aspek membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hakan agama, kemahiran membaca, menulis dan mengira Selepas Kedatangan British: i. Vernakular Melayu Selat ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat Pertama sekolah Melayu pertama di Teluk Belanga, Singapura Perak ditubuhkan di Kuala Kangsar dan Batu Gajah Perempuan sekolah untuk murid perempuan dibina di Negeri-Negeri Selat Rendah hanya peringkat sekolah rendah Kurikulum terbatas dan bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya MPSI Maktan Perguruan sultan Idris bertujuan melatih guru sekolah Melayu Lanjutan institusi lanjutan sekolah rendah KMKK Kolej Melayu Kuala Kangsar khusus untuk golongan elit ii. Vernakular India Tamil pendidikan Tamil disediakan oleh British di kawasan Bandar Ladang pihak pengurusan ladang akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang Contoh - Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban India sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India Pengantar bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar iii. Vernakular Cina Saudagar dibiayai oleh saudagar ddari China Contoh Sekolah Chung Hwa dan Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah Pengantar menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar China guru, buku dan sukatan pelajaran dari China Enakmen Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan untuk menyekat pengaruh komunis iv. Pendidikan Inggeris Mubaligh pada peringkat awal merupakan usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela Elit dianggap sekolah elit kerana lokasi di bandar dan pelajarnya daripada kalangan orang atasan Kurikulum berasaskan sistem pendidikan di England Universiti penubuhan Universiti Malaya di Singapura

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

KESAN-KESAN DASAR EKONOMI

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan i. Jalan Kereta Api Bijih mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport 1885 jalan kereta api pertama dari Taiping ke Port Weld 1889 menghubungkan kawasan perlombongan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham 1891- menghubungkan Seremban dengan Port Dickson 1895- menghubungkan Ipoh dan Tapah Road dengan Telok Anson 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan di Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api. 1918- menghubungkan Seberang perai dengan sempadan siam 1931- menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam 1923- disambung ke Singapura Getah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah Keistimewaan mempercepatkan pengangkutan dan boleh membawa muatan yang banyak ii. Jalan Raya Ganti menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih Berkembang di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah 1895- Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400km 1902- semakin polular selepas pengenalan kenderaan bermotor 1911- dari Seberang Perai ke Melaka 1911-1928 menghubungkan Perlis dan Singapura Mudah jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan memudahkan perhubungan pantai barat dan pantai timur iii. Sistem Perhubungan Contoh telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara Cepat perhubungan antara negeri dan negara luar lebih cekap dan cepat

Perkhidmatan Kesihatan Keperluan asas yang mendesak kerana ; i. Kemasukan beramai-ramai buruh asing telah menambahkan jumlah penduduk ii. Tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi dan tidak dapat diurus dengan baik iii. Bekalan air bersih tidak mencukupi iv. Penyakit berjangkit mudah merebak Hospital British menubuhkan hospital dan pusat kesihatan untuk mengawal wabak penyakit 1898- hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur 1895- terdapat 29 buah pusat perubatan di Perak dan Kuala Lumpur Perak hospital dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar Pusat kesihatan kecil 14 buah di Selangor, 2 di Pahang dan 3 di Negeri Sembilan Sabah- beberapa buah hospital dibina di Jesselton (Kota Kinabalu), Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau Sarawak- perkhidmatan kesihatannya tertumpu di Kuching 1921- pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu Hospital Tung Shin memberi perkhidmatan khusus kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada imigran China Institut Penyelidikan Perubatan bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan Bandar menitikberatkan kebersihan ddan kesihatan awam di bandar Sanitary Board mengawas kebersihan dan kesihatan bandar di Kuala Lumpur Perak turut ditubuhkan di beberapa bandar di Perak Sanitary Board (1911)- menjaga kebersihan bandar Jabatan Kesihatan bertanggungjawab daripada aspek kesihatan

NOOR AZMA SEMAN SAM BB SALAK TINGGI

You might also like