You are on page 1of 3

NOR SHAKILA BINTI ABDULLAH (17202934/1)

TUTORIAL:ISNIN - JAM: 10.00 PG-11.00 PG


PENSYARAH: PROF MADYA DR SIVACHANDRALINGAM SUNDARA RAJA
SOALAN 4: SEJAUH MANAKAH DASAR MONOPOLI BELANDA MEMBANTU KEPESATAN
PERANAN PEDAGANG NEGERI (COUNTRY TRADERS) DI NEGERI-NEGERI MELAYU
PADA ABAD KE-18?

PENDAHULUAN
-Dasar monopoli Belanda ialah sebuah dasar menguasai sepenuhnya barangan-barangan
dan perkhidmatan khususnya berkenaan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu.
-Pedagang Negeri atau Country Traders pula merupakan kelompok pedagang persendirian.
-Pada awalnya, pedagang-pedagang Syarikat Hindia Timur India (SHTI) dikenali sebagai
Country Traders namun selepas berlakunya peristiwa perang saudara di England, maka
Oliver Eromwell telah mengeluarkan sebuah piagam baharu kepada SHTI dan pedagang-
pedagang lain untuk keluar dari perairan Asia.
-Namun, arahan ini sudah tentu tidak diguna pakai kepada sesetengah pedagang dan hal ini
mendesak Raja Charles mengeluarkan arahan terhadap kumpulan ini untuk ditangkap dan
dibawa pulang ke England.
-Kumpulan inilah yang dikenali sebagai Country Traders.
-Pada awalnya, Country Traders berperanan membekalkan kewangan iaitu funds di Canton
-Antara Country Traders yang terkenal ialah seperti Francis Light, James Scott dan Thomas
Forrest.
-Antara is yang dapat dilihat ialah dasar monopoli Belanda, Inggeris menjalinkan hubungan
baik bersama raja-raja Melayu, penjualan senjata api kepada raja-raja Melayu, keinginan
pedagang tempatan untuk membentuk semula perdagangan bebas dan keinginan Francis
Light mengimbangi perdagangan England dengan China.
ISI PERTAMA: DASAR MONOPOLI BELANDA
-Memperkenalkan banyak dasar perdagangan baru seperti mengenakan cukai dan tol yang
tinggi, menguasai sepenuhnya ke atas perdagangan kain, memonopoli komoditi utama
seperti timah.
-Dasar monopoli ini telah membebankan pedagang dalam negeri dan luar negeri.
-Dasar monopoli ini telah diamalkan oleh Belanda lalu menyebabkan pedagang tempatan
khususnya Melayu menantikan kehadiran satu kuasa baru yang akan memulihkan semula
konsep perdagangan bebas di Kepulauan Melayu.
-Keadaan ini menyebabkan kuasa luar iaitu Country Traders meluaskan jaringan
perdagangan mereka ke kawasan-kawasan perdagangan Belanda termasuk Melaka.
-Pengenalan dasar monopoli Belanda telah meningkatkan peranan Country Traders di NNM
pada abad ke-18.
-Kedatangan Country Traders inilah yang dianggap sebagai penyelamat bagi pedagang-
pedagang tempatan.
ISI KEDUA: INGGERIS MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK BERSAMA RAJA-RAJA MELAYU
-Dasar rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mengadakan pakatan komersial bersama
pembesar-pembesar tempatan.
-Francis Light mendapatkan kepercayaan Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah
yang telah meminta bantuan SHTI dan mempercayai kepercayaan SHTI untuk menentang
Siam.
-Sultan Ibrahim, Sultan Selangor telah menjalinkan hubungan diplomatik bersama Francis
Light untuk mengurangkan ancaman Belanda akibat tewas dalam mempertahankan Bukit
Selangor.
-Francis Light dan Stamford Raffles bertanggungjawab mendirikan penempatan
perdagangan, menggalakkan pengusahaan wilayah dan tanggungjawab politik.
-Kiriman koleksi surat-surat Francis Light (47 warkah kiriman Sultan Ibrahim yang ditemui
dalam pelbagai jilid)
NOR SHAKILA BINTI ABDULLAH (17202934/1)
TUTORIAL:ISNIN - JAM: 10.00 PG-11.00 PG
PENSYARAH: PROF MADYA DR SIVACHANDRALINGAM SUNDARA RAJA
-Gabenor Jeneral Inggeris di Benggala (John Macpherson)- Sultan Ibrahim ingin menjalankan
hubungan secara langsung dengan kompeni Inggeris memandangkan Kompeni Inggeris dan
Country Traders berminat dengan hasil timah.
ISI KETIGA: PENJUALAN SENJATA API KEPADA RAJA-RAJA MELAYU
-Belanda telah melarang penjualan senjata api dilakukan di Kepulauan Melayu
-Namun, senjata api merupakan barang panas yang perlu dimiliki oleh penduduk-penduduk
Tanah Melayu walaupun pihak Belanda telah meletakkan larangannya.
-Country Traders juga sanggup mengajar cara pembuatan meriam, peluru dan bedil
-Francis menjual lima ribu senapang kepada Bugis
ISI KEEMPAT: KEINGINAN PEDAGANG TEMPATAN UNTUK MEMBENTUK SEMULA
PERDAGANGAN BEBAS
-Pedagang tempatan mempunyai cita-cita untuk menghidupkan kembali budaya
perdagangan bebas.
-Belanda menguasai penempatan-penempatan di Negeri-Negeri Melayu lalu
menguatkuasakan dasar monopoli.
-Maka, para pedagang tidak lagi berminat untuk berdagang di kepulauan Melayu. (aktiviti
perlanunan mula berkembang)
-Apabila Francis Light menguasai Pulau Pinang, peranan country trader telah mula
berkembang pesat
-Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai sebuah pulau perdagangan bebas sekali
gus menjalankan Dasar Light:

a)Kebebasan pelabuhan
b)Jaminan keselamatan
c)Kemudahan beristirahat
d)Kebebasan trafik
e)Layaran yang baik

-Melaka telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang dari serata negeri lalu akan
dihantar ke Pulau Pinang. Maka, sistem ini telah menggalakkan Country Traders untuk
bergiat aktif di pelabuhan bebas, Pulau Pinang.

ISI KELIMA: KEINGINAN FRANCIS LIGHT MENGIMBANGI PERDAGANGAN ENGLAND


DENGAN CHINA
-Cita-cita Francis Light dalam mengimbangi perdagangan England dengan China
menyebabkan Country Traders semakin pesat di NNM pada abad ke-18
-Francis Light sedar bahawa satu cara untuk mencapai keseimbangan perdagangan tersebut
ialah mengumpulkan hasil kepulauan Melayu seperti timah, sarang burung dan rempah-ratus
-Francis Light beranggapan dengan memberikan kebebasan kepada pedagang Bugis dan
Melayu kerana mereka akan berjaya mengumpulkan hasil Kepulauan Melayu yang bernilai 9
juta dolar Sepanyol.
-Melalui hal ini, pedagang negeri seperti mengumpulkan lebih banyak biji timah dan
kepulauan Melayu berbanding pedagang SHTI
-Pengumpulan hasil ini merupakan pencapaian terbesar bagi pedagang negeri
-Walaupun risiko terbesar pedagang tempatan ini yang akan mengingkar arahan Belanda,
namun kegiatan ini telah membuka ruang untuk Country traders merancakkan ekonomi di
kepulauan Melayu
-Berikut merupakan statistic perbezaan pengumpulan biji timah yang dibawa oleh Country
Traders dengan SHTI ke Canton.
NOR SHAKILA BINTI ABDULLAH (17202934/1)
TUTORIAL:ISNIN - JAM: 10.00 PG-11.00 PG
PENSYARAH: PROF MADYA DR SIVACHANDRALINGAM SUNDARA RAJA

KESIMPULAN
-Kesimpulannya, dasar monopoli Belanda sememangnya membawa peranan yang besar
kepada Country Traders untuk membangunkan kegiatan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
-Keberanian Country Traders ini dalam mengambil risiko untuk berurusan dengan orang-
orang di Negeri-Negeri Melayu telah membuka ruang dan peluang supaya penduduk
tempatan juga turut giat memperkasakan ekonomi mereka.
-Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Country Traders merupakan agen yang dapat
membantu kepesatan ekonomi semasa Belanda menjalankan dasar tutup pintu di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu.

You might also like