You are on page 1of 35

KULIAH 7:

BELANDA
DI MELAKA
Kuliah ini membicarakan tentang kuasa
Belanda di Melaka bermula dari tahun 1641
sehinggalah tahun 1824. Aspek yang akan
disentuh ialah kemunculan kuasa Belanda di
Alam Melayu, Dasar dan ketenteraan,
monopoli ekonomi, dan hubungan luar.
KEMUNCULAN KUASA BELANDA
• Kehadiran Belanda di Asia bermula pada
beberapa tahun terakhir kurun ke-16.
• Kedudukkan geografi negera Belanda telah
mencorakan masa depan bangsa Belanda itu
dengan memberikan banyak peluang
perdagangan.
• Tahun 1581, Belanda secara rasmi tidak lagi
setia kepada Raja Philip II sepanyol dan
belakulah perang kemerdekaan.
• Kebangkitan Amsterdam sebagai sebuah
entreport yang termasyhur di Eropah.
• Belanda telah memperluaskan kegiatan
mereka ke Asia dan Amerika, dua kawasan
yang sebelumnya hampir keseluruhannya
dikuasai oleh Sepanyol dan Portugal.
• Perlayaran pertama ke Asia tahun 1598
hanya menghasilkan keuntungan yang kecil
sahaja.
• Menjelang tahun 1600 terdapat 5 buah
syarikat berlainan di Amsterdam, 2 buah di
Rotterdam dan 2 buah di zeeland dan sebuah
lagi di Delft kesemuanya bersaing dalam
perdagangan rempah di Asia.
• Membentuk sebuah syarikat bersama yang
ditubuhkan sebagai Syarikat Hindia Timur
Bersatu (VOC) pada 20 mac 1602.
• Perdagangan utama tetap di Eropah, para
pengarah Syarikat VOC, Heeren XVII merasa
agak bebas untuk menjalankan apa saja
dasar yang difikirkan perlu untuk
mendapatkan keuntungan yang tinggi.
• Heeren XVII mempunyai keinginan untuk
mengekalkan keamanan di mana-mana
kawasan yang Belanda ada menjalankan
perdagangan.
• Dasar VOC di Asia-perdagangan syarikat di
Asia tidak dapat dikekalkan tanpa
penaklukan wilayah.-Jen Pietersz,Coen
disokong oleh Gabenor Jeneral Antonio
Van Diemen.
1. Menakluk Melaka tahun 1641
2. Mengusir sepanyol dari bahagian utara
Taiwan tahun 1642
• Keadaan ini dibiarkan sahaja oleh Heeren
XVII disebabkan kejayaan mereka.
• Peperangan Inggeris-Belanda yang
pertama tahun 1652-1654 menyedarkan
negarawan Belanda bahawa mereka tidak
mampu menangkis serangan musuh kerana
mereka bergantung kepada perikanan dan
perdagangan.
• Gabenor Jeneral dan majlis Hindia di Betawi
mengekalkan pengawasan ketat ke atas
setiap kotaraya terutama sekali yang terletak
di kepulauan Melayu-Indonesia.
• Keutamaan bagi VOC ialah untuk menjadikan
Betawi sebagai sebuah entrepot utama dalam
perdagangan rantau Asia-Melaka hanya
membantu perkembangan Betwai.
• Berlaku persaingan antara Betawi-Johor.
• Berlaku juga tawar menawar dalam perjanjian
yang bertujuan untuk kedudukan,
perdagangan dan pertahanan.
• Johor tidak memperduli perjanjian yang
dibuat kerana tahu dasar Betawi yang tidak
mahu terlibat dalam peperangan yang sia-sia.
DASAR DAN KETENTERAAN BELANDA
• Belanda terpaksa membangunkan semula
bandar Melaka yang telah musnah akibat
peperangan.
• Mengukuhkan kubu pertahanan.
• Dasar pembangunan infrastruktur dan
perdagangan belanda.
• Mengamalkan sikap berhati-hati terhadap
semua dasar yang dilaksanakan di Melaka.
• Menjelang tahun 1641, Belanda telah
mengukuhkan kedudukkannya di Melaka dan
terus mengamalkan sistem Portugis dalam
memunggut cukai dan mengeluarkan pas
kebenaran.
• Pemerintah dan Orang Kaya Johor diberi
keistimewaan perdagangan dan pas
kebenaran.
• Hubungan baik dengan Johor
• Belanda mula menyedari kegiatan Orang laut
yang semakin bertambah dan mengambil
langkah menentang mereka.
• Menjadi orang tengah untuk mencari
penyelesaian damai antara Acheh-Johor.
• Melindungi kerajaan Johor daripada
musuhnya-Jeremias Van Vliet (Gabenor
Melaka tahun 1642) memberitahu Johor
supaya tidak rasa bimbang kepada Mataram
dan Palembang.
• Menetapkan hak ketuanan ke atas Naning dan
Rembau menjadi sebahagian daripada wilayah
Melaka-tahun 1641-menetapkan cukai 10%
kepada barang yang masuk ke melaka.
• Berlaku penentangan dari kedua2 daerah
tersebut.
• Belanda telah membelanjakan hampir 8,000
florin untuk mengatasi penentangan dan cukai
digantikan dengan beras setiap tahun.
• Perbelahan antara Belanda-Bugis semasa era
pemerintahan Raja haji.
• Kekuatan laut Belanda merosot akibat daripada
peperangan British-Belanda di Eropah tahun
1780-1784 sehingga Betawi gagal melepaskan
Melaka dari kepungan.
• Ketibaan angkatan tentera dari Eropah dipimpin
oleh Laksamana Jacob Pieter Van Braam telah
berjaya menyelamatkan Melaka.
PERDAGANGAN DAN MONOPOLI
EKONOMI
• Perniagaan merupakan usaha utama orang
Belanda dan mereka mencari jalan untuk
monopoli hasil2 tempatan terutamanya bijih
timah.
• Tuntutan terhadap harta peninggalan orang
portugis.
• Belanda banyak mengalami kegagalan dalam
usaha mereka untuk mendapatkan kuasa
monopoli perdagangan bijih timah dan kain.
• Biasanya Belanda membuat perjanjian2
monopoli dan sekiranya gagal, mereka
menggunakan cara mengepung kawasan
perairan atau menganggu perkapalan.
• Perjanjian antaranya ialah Johor, kedah, perak
dan Selangor.
• Tidak ada satu pun perjanjian yang dipatuhi.
• Belanda marah kerana bijih timah telah
dibawa keluar oleh orang Acheh, Jawa dll.
• Belanda telah mengepung Perak dan Acheh
selama 3 tahun.
• Berlaku pergolakan antara Acheh-Perak.
• Tahun 1754, Sultan Sulaiman dari Johor telah
meminta bantuan Belanda untuk menentang
Bugis.
• Perjanjian itu memberi hak istimewa kepada
Belanda-perdagangan bebas dari cukai di
semua wilayah Johor, monopoli bijih timah di
Kelang, Linggi dan selangor.
• Semua bijih timah dapat dikumpulkan oleh
Belanda untuk dieksport dan Bugis terpaksa
mengiktiraf kedatangan Belanda.
• Perbelahan antara Belanda-Bugis semasa era
pemerintahan Raja haji.
• Permusuhan dengan persaingan dengan
kerajaan Melayu telah menyebabkan
kemerosotan perdagangan Melaka.
• Belanda juga terpaksa menghadapi musuh
lamanya iaitu British yang telah membuka
pulau pinang tahun 1786 dan singapura tahun
1819.
• Perlabuhan British menjadi tumpuan para
pedagang kerana adanya dasar perdagangan
bebas dengan itu kemajuan melaka semakin
mundur.
HUBUNGAN LUAR BELANDA

• Hubungan belanda-Johor
• Hubungan dan dasar Belanda (Melaka)-
Betawi
• Hubungan dengan kerajaan-kerajaan Melayu
lain
KERUNTUHAN KUASA BELANDA DI
TANAH MELAYU

• Apakah faktor2 keruntuhan kuasa Belanda di


Tanah Melayu? Adakah disebabkan oleh
persaingan kuasa politik di Alam Melayu
sahaja atau ada kuasa baru Eropah yang
muncul...
• Kemaraan kuasa British-pada awalnya di
Pulau Pinang dan Singapura
• Persaingan kuasa politik di antara kerajaan2
Melayu seperti Johor-Acheh
• Menumpukan perhatian di Betawi
• Perbelahan dan peperangan dengan Bugis
• Kebangkitan kuasa Johor
• Akhirnya pada tahun 1824, Belanda tidak lagi
mengindahkan kepentingannya di Tanah
Melayu dan menyerahkan Melaka kepada
British.
• Lihat perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun
1824.
• Dengan itu,berakhirlah penguasaan Belanda di
Tanah Melayu dan mereka memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap pemerintahan
di Betawi dan Indonesia.
RUMUSAN
• Kuasa Belanda pada awalnya cukup dominan di
Alam Melayu selepas keruntuhan kuasa
portugis.
• Mereka banyak bertolak ansur dalam
menyelesaikan masalah iaitu melalui perjanjian.
• Keputusan dasar dan hubungan tidak di tangan
Belanda (Melaka) tetapi dibuat oleh Betawi.
• Monopoli ekonomi jelas terutamanya bijih timah
dan kain.
• Kemaraan kuasa British telah menghakis
kuasa Belanda dalam menguasai ekonomi
Tanah Melayu.
• Ini secara langsung telah menyebabkan
kemerosotan Belanda dan akhirnya tahun
1824, Belanda terpaksa menyerahkan Melaka
kepada British.
• Belanda di Melaka selama 180 tahun terus
kekal menjadi sebahagian daripada sejarah
Malaysia.
ZAMAN BELANDA (1641-1824)

Middelburg Bastion
Pemandangan Kota Melaka Pada Zaman Belanda sekitar tahun 1744
/Middelburg Bastion Gereja St. Paul / St. Paul’s church

Kampung Blanda / Bastion Frederick


‘Dutch Village’ of Heerenstraat) Santiago Bastion / Bastion Wilhams
And Jonkerstraat

View of Malacca Fort from the Straits of Malacca during Dutch period circa 1744
SOALAN TUTORIAL 6:

Perjanjian dan hubungan Belanda-Johor pada


kurun ke-17 telah banyak memberikan
keuntungan kepada kegemilangan kesultanan
Johor. Sejauhmanakah anda bersetuju.
Bincangkan?
SEKIAN,TERIMA KASIH

You might also like