You are on page 1of 14

m/s Isi kandungan

1 Biodata dol said


2 Pendidikan dol said
3 Sejarah naning
4 Perjanjian naning
5 Peristiwa perang naning
6 Faktor-faktor penentangan dol said
DOL SAID PENGHULU NANING
Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia
pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said
juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada
tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke
atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British
di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke
atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British
di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24
Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said
telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang
wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua
pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun
1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober
1832.

Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap
dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang
yang taat kepada kedua orang tuanya.

Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang
kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat

PENGHULU NANING
Sejak kecil lagi, beliau telah diasuh dengan didikan agama yang baik. Dol Said seorang yang
tekun yang mengaji. Dapat dirumuskan bahawa perjuangan beliau dalam menentang penjajah
bukan kerana semangat patriotisme semata-mata, malahan demi mempertahankan agama Islam.

* Dalam melengkapi lagi ilmu didalam dirinya Dol Said turut mempelajari ilmu
mempertahankan diri iaitu seni silat sejak berusia enam tahun lagi.

*Ilmu agama yang dituntutnya sedari kecil, menjadikan dirinya dihormati oleh orang ramai.
Selain itu Dol Said merupakan anak yang taat hasil asuhan dan didikan dia juga taat
kepada kedua-dua orang tuanya
daerah yang terletak di dalam negeri Melaka. Ia bersempadan dengan Rembau, Negeri Sembilan
dan berhampiran dengan Taboh. Di bahagian utaranya, Sungai Buloh dan Melekek di bahagian
selatan. Naning masih lagi wujud hingga ke hari ini. Menurut sejarah, Naning pernah dijajah
oleh Inggeris di sekitar tahun 1832 dan diperintah oleh Belanda semenjak tahun 1757 sehingga
tahun 1824 iaitu setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda.

Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke
15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka
kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah
“nagari” yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi
anggota gabungan “Nagari Sembilan” yang bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar
Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.

Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka.
Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama nagari-nagari lain
telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas
Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik
dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju
menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di
Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan
kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas
dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

Sejarah telah membuktikan Dol Said atau nama penuhnya Abdul Said adalah seorang wira
yang mempelopori perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada masa itu
khususnya di daerah Naning. Dol Said dilahirkan dalam tahun 1775 dan merupakan anak jati
Naning. Dalam tahun 1802, beliau telah dilantik menjadi penghulu Naning
Perjuangan Dol Said untuk mempertahankan Naning dari dijajah bermula semasa
pemerintahan Belanda lagi. Ini terbukti apabila cukai yang dikenakan oleh Belanda sebanyak 10
peratus daripada hasil tanaman penduduk Naning tidak dibayar sehinggakan Belanda memaksa
semua penduduk Naning membayar 400 gantang beras.

Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh Dol Said. Anak jati Naning ini tidak mahu
tunduk kepada penjajah kerana sayangkan kedaulatan negeri sendiri. Gabenor Fullerton (wakil
Inggeris ) di Melaka pernah mengarahkan Dol Said mengadapnya tetapi tidak diendahkan oleh
beliau.

Menurut kajian sejarah, Dol Said meningal dunia dalam tahun 1849 atas sebab kekesalan
beliau terhadap pembelotan anak Melayu yang pernah menyokong Ingeris menentang Naning.
Hakikatnya, penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu khasnya di Naning telah banyak
mengubah corak kehidupan, politik dan sosial masyarakat Melayu hingga ke hari ini.

ISI KANDUNGAN
PERJANJIAN NANING

isi kandungan perjanjian


BAB I

“Captain tersebut atau Penghulu atau Menteri-Menteri dan Dato’-Dato’ Lembaga berjanji
dan bersumpah dalam Naning dan bagi pihak kesemua kaum Nning supaya taat dan jujur
kepada Yang Berhormat Gabenor dalam majlis Mesyuarat, Fort St George dan begitu juga
kepada Gabenor dan Pemerintah,Pekan dan Kota ini dan segala pemerintah –pemerintah
yang ada sekarang atau dilantik oleh mereka dan lagi akan menumpukan taat setia nya
dalam segala perkara kepada Pihak Yang Berkuasa British sebagimana yang termesti di
hantar dengan sedikit pun tidak boleh cuba membantah atu melawan Gabenor tersebut
sama ada secara lngsung atau tidak langsung dan Bab-bab yang berikut hendaklah
dipatuhi dan lain-lain Perjanjian yang telah diluluskan dengan negara lain yang
menyentuh Brittish hendaklah di batalkan”
BAB II

“Jika ada sesiapa di Naning, anak-anak Minangkabau dan anak Melayu melanggar
kehendak-kehendak Perjanjian ini atau pun tidak taat setia kepada Gabenor atau
pegawainya , Penghulu dan Data’ Lembaga dengan perintah Gabenor hendaklah orang
itu" menyerahkan untuk dihukum sebagaimana sepatutnya”
BAB III

" Penghulu, Dato-Dato Lembaga dan semua rakyat Naning hendaklah menyerahkan satu
persepuluh daripada keluaran hasil padi dan hasil buah-buahan mereka kepada East
India Company.
PERJANJIAN KEMERDEKAAN REMBAU 28. 1. 1832

Pada hari ini dalam tahun 1832, satu perjanjian persahabatan ditandatangani di antara Penghulu
Rembau iaitu Raja Ali dan lapan orang Suku bagi pihak Rembau dan Robert Ibbetson, Residen
bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka bagi pihak kerajaan Inggeris. Dengan perjanjian ini
Kerajaan Inggeris membatalkan dan memansuhkan semua perjanjian dan persetujuan yang
terdahulu yang dibuat di antara Rembau, Kerajaan Belanda dan Kerajaan Inggeris yang ada
sekarang. Antara perjanjian itu ialah:-

1. Kerajaan Inggeris mengakui Raja Ali dan lapan orang Suku sebagai pemerintah Rembau dan
jajahan takluknya.

2. Kerajaan Inggeris dan Rembau akan mengekalkan persahabatan yang berpanjangan dan
menahan dari melakukan sebarang tindakan permusuhan. Kerajaan Rembau bebas menjalankan
pemerintahan dalam lengkongan wilayahnya mengikut undang-undang dan adat negeri itu.

3. Jika berlaku sebarang angkara ke atas rakyat Rembau oleh rakyat Inggeris di kawasan pihak
Inggeris, pihak Rembau tidak boleh melakukan sebarang tindakan tetapi hendaklah merujukkan
angkara itu kepada kerajaan Inggeris untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan di atas rakyat Inggeris,
ia akan dihukum mengikut Undang-undang Inggeris, demikian juga sebaliknya jika berlaku
angkara ke atas rakyat Inggeris oleh rakyat Rembau di kawasan pihak Rembau, pihak Inggeris
tidak boleh mengambil sebarang tindakan tetapi hendaklah merujuk perkara itu kepada pihak
berkuasa Rembau untuk disiasat, dan jika sabit kesalahan ia dihukum mengikut kesalahannya.
Sekiranya pihak Rembau mengumpul orang dan kelengkapan untuk tujuan berperang, hendaklah
ia memberitahu Inggeris akan tujuannya itu, demikian juga bagi pihak Inggeris hendaklah ia
berbuat yang sama.
4. Dengan termaktubnya perjanjian kemerdekaan Rembau, pada hari ini dalam tahun 1832,
Rembau diiktiraf oleh Inggeris sebagai sebuah negeri yang merdeka. Ini dapat dimengertikan dari
pemansuhan perjanjian-perjanjian yang terdahulu yang mengikut dan memaksa Rembau menurut
segala kemahuan Inggeris.
PERISTIWA PERANG NANING 1831
British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang
Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa
besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh
ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu
yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang
lain.

Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai
tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka
terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.British
mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh
Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan
perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan
dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.

Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai
oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik
pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun
tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan
orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Faktor kemenangan Dol Said :

 Penggunaan taktik gerila


 Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar
 Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari
Rembau iaitu Syed Sha'aban.
British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja
Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk
menyerang Naning .

PERISTIWA PERANG 1832

Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah
berjaya mengalahkan Naning .
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

Kesan perang :

 Taboh telah ditawan


 Rumah penduduk Naning telah dibakar
 Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
 Daerah Naning dan Melaka disatukan
 British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan
Naning.
AKTOR-FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID
1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Naning

selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning sebahagian dari Melaka dan
menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg ditetapkan di Melaka. perkara ini tidak disenangi oleh
rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan berdaulat.

2. Menentang bayaran cukai

melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil
keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.

3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British

undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukan Dol Said kerana
melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.

You might also like