You are on page 1of 3

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Dol_Said
Penentangan terhadap British (1831−1832)
Beliau telah menentang pentadbiran British pada tahun 1831−1832. Penentangan
beliau adalah kerana:
Mempertahankan kemerdekaan Naning
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda
1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British mendakwa Naning
ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab
itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
di Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima
dakwaan British tersebut.
Menentang bayaran cukai.
 Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar satu
persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan dikeluarkan
setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar
sebulan.
 Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau
menganggap Naning sebagai sebuah daerah yang berdaulat.
Menentang pelaksanaan undang-undang British.
 British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh
dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes
jenayah.
 Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana
menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga diugut akan
dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.
Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau
bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan,
iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac 1832.
Perang 15 Julai 1831
 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
 Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.
 Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana:
o menggunakan taktik perang gerila.
o mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
o juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau.
Bantuan tentera diketuai oleh menantunya, Syed Sha'aban.
Perang Mac 1832
 British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju
menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British.
 Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh dan
rumah-rumah penduduk Naning dibakar.
 Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran kebangkitan
Dol Said.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Naning

selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning sebahagian dari
Melaka dan menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg ditetapkan di Melaka. perkara ini
tidak disenangi oleh rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan
berdaulat.

2. Menentang bayaran cukai

melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada
hasil keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning.

3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British

undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukan Dol Said
kerana melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.

You might also like