You are on page 1of 9

Dol Said

Penghulu Naning kesembilan

Dol Said atau Dato' Abdul Said bin Omar

(Jawi: ‎‎‫عمر‬ ‫( )‏عبد السيد بن‬lahir 1773 -


meninggal dunia 1849)[1] ialah pemimpin
orang Melayu di Naning, sebuah
kawasan di Tanah Melayu. Naning pada
asalnya ialah sebuah wilayah merdeka[2]
yang membentuk sebahagian Negeri
Sembilan, namun telah diilhakkan ke
dalam Melaka (dan kemudiannya dalam
pentadbiran Negeri-Negeri Selat) pada
era penjajahan
Dol Said
British. Dol Said
ialah Penghulu
Naning
kesembilan[3].
Perang Naning
yang berlaku pada
tahun 1831
menjadikan beliau Penghulu Naning

seorang pahlawan Datuk Seraja Merah


yang telah Dalam jawatan
mengukir tempat 1801–1849
di sejarah Melaka. Didahului Penghulu
Daripada suku oleh Anjak
Semelenggang,
Digantikan Penghulu
Dol Said mewarisi oleh Idas
Penghulu Anjak
sebagai Penghulu Butiran peribadi
Naning pada tahun Lahir Abdul
1799 ketika hanya Said
berumur 26 tahun. Omar
Pada tahun 1802, 1773

Kolonel Taylor Meninggal 1849


telah melantik Dol dunia (umur 75–
Said sebagai 76)

Penghulu Naning Taboh


Naning
dengan syarat
beliau
menggunakan cap mohor Inggeris.[4]
Sehingga campur tangan Kolonel
Farquhar pada 1807, penghulu Naning
dibenarkan mentadbir Naning
termasuklah dalam hukuman mati.
Campur tangan Kolonel Farquhar
menyebabkan kuasa menghukum mati
diserahkan kepada kerajaan negeri.[4]

Penentangan terhadap
British (1831−1832)
Beliau telah menentang pentadbiran
British pada tahun 1831−1832.
Penentangan beliau adalah bagi
mempertahankan kemerdekaan Naning.
Ini kerana mengikut Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824, Belanda menyerahkan
Melaka kepada British dan British
mendakwa Naning ialah sebahagian
daripada Melaka. Oleh sebab itu, British
mengarahkan Naning mematuhi semua
peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dol
Said dan rakyat Naning enggan
menerima dakwaan British tersebut.

Selain itu, melalui Undang-undang 1830,


British memaksa Naning membayar satu
persepuluh daripada hasil keluaran
pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah
British mendapati hasil wilayah Naning
berjumlah 4500 dolar sebulan. Dol Said
enggan membayar cukai kerana beliau
menganggap Naning sebagai sebuah
wilayah yang berdaulat.

British memperkenalkan Peraturan


Penghulu yang menggugat pengaruh dan
kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang
penghulu membicarakan kes jenayah.
Pada 1828, British memberi amaran
kepada Dol Said kerana menyelesaikan
kes jenayah di Naning sendirian. Beliau
juga diugut akan dilucutkan jawatan
sekiranya tidak mematuhi arahan British.

Terdapat dua peperangan yang berlaku


dalam tempoh setahun, iaitu Perang 15
Julai 1831 dan Perang Mac 1832.

Perang 15 Julai 1831

British mengisytiharkan Dol Said sebagai


penderhaka. Kapten Wyllie dihantar
mengetuai 150 orang sepoi untuk
menyerang Naning. Namun, Dol Said
berjaya menewaskan British kerana
menggunakan taktik perang gerila, serta
mendapat bantuan daripada Seri Meranti,
Sungai Ujong, Johol dan Muar. Naning
juga mendapat bantuan daripada
Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau.
Bantuan tentera diketuai oleh
menantunya, Syed Sha'aban.

Perang Mac 1832

British berunding dengan Yamtuan Muda


Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang
hulubalang untuk membantu British.
Pasukan tentera British dipimpin oleh
Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh
dan rumah-rumah penduduk Naning
dibakar. Dol Said akhirnya menyerah diri
kepada pihak British.

Kehidupan selepas
penentangan
Selepas Dol Said menyerahkan diri,
kerajaan British telah memberinya
pencen sebanyak 200 rupee sebulan.
Beliau telah membeli sebidang tanah
untuk mengusahakan tanaman padi di
samping melibatkan diri dalam
perubatan. Beliau telah berjaya
menghasilkan wang yang mencukupi
untuk memakai kasut, membeli sebuah
kereta kuda dan menggunakan khidmat
tukang emas.[1] Dol Said meninggal
dunia pada awal Ogos 1849[5] dan
disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh
Naning bersebelahan Masjid Dato' Dol
Said, Taboh Naning.

Lihat juga
Perang Naning
Naning
Tok Janggut

Nota
1. Braddell 1856, m/s. 217.
2. "Kerajaan Naning pernah merdeka" (h
ttps://www.bharian.com.my/rencan
a/sastera/2020/02/654533/kerajaan
-naning-pernah-merdeka) . BH. 11

You might also like