You are on page 1of 15

Tokoh

tempatan
penghargaan
Dato Abdul Said Bin Omar, atau Dol Said ( 1773-1849), ialah Penghulu Naning yang
kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau
seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku
Sumulenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada
tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.

Dol Said meninggal dunia pada 1894 dan disemadikan di tanah perkuburan Taboh
Naning bersebelahan masjid Dato dol Said, Taboh Naning
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia
merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih James
Brooke.Rentap mendapat pengalaman berperang daripada pernyertaannya dalam ekspedisi-
ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana "Bayang" terutamanya ke
kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah
dilantik sebagai seorang "ayam sabong" (ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah
satu expedisi ini, Dana "Bayang" letah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan
"Bujang Timpang Berang" yang dicatatkan tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara
Rentap telah terkenal dengan keberaniannya melawan dan mengalahkan musuh sebuah perahu
dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera diraja
Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab (biasanya dikenali sebagai Syarif
Masahor atau Sharif Masahor)[1](meninggal 1890 di Selangor) merupakan pahlawan Melayu
terkenal dari keturunan budaya Hadhrami[2] di Sarikei,Sarawak, Malaysia semasa era Raja
Putih Brooke di negeri tersebut.
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentangBritish di
Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar
Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat
pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen
British Perak. [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuaratDurian Sebatang yang dipengerusikan
oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun,
beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir
Salak olehmahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang,
Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin ( 1812 - 1888 ) merupakanYang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869- 1888 dan memperjuangkan Negeri
Sembilan daripada dijajah oleh Britishpada tahun 1876. Merupakan ayahanda Yamtuan
Radin dan mempunyai anakhanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad
Shah.
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato Bahaman dan pengikutnya telah mengambil
keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih,
Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan
mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan
itu, iaitu Dato Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu,
Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke
Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun
1920, Dato Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan
memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan
dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin,
Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat
Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato Bahaman tinggal di Kg. Peramu
sehingga kematiannya.
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang
askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke
kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan
pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang
yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan
Abdul Rahman Anak Kerbau.
Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta
lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok
Janggut sendiri telah gugur manakala Tengku Besar Tuan Ahmad, Haji Said dan Ishak telah
melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuangSabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di
Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah
kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku ajau dan
uluk. Ibunya daripada suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan
berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong.
Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan
berkampung di Pengalaban, Paitan.
Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (1885-1915) adalah
pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo
Utara (kini Sabah),Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki
kuasa sakti. Oleh itu dia telah menerima sokongan dari ketua dan penduduk dari
kampung sekitarKeningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum dan mendorong kepada
kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara British tetapi telah terbunuh
semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran
Pensiangan.[1]
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai
oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam
selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah
menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana
membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka
oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan
orang-orang tua mereka yang datang dari Johorbersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I,
Sultan Terengganu yang pertama.
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang
timbul diantara pengikut Tok Bandar Yasih, wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan
masyarakat Batu Bara di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Mohamed Akib. Mohamed Akib yang
tidak berpuashati dengan Raja Abdullah telah meminta Raja Mahadi memimpin kumpulan untuk
menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi telah berjaya menewaskan Raja
Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.[2]
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan Abdul
Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Ini telah menyebabkan Sultan
Abdul Samad memutuskan pertunanagan Raja Mahadi dengan puteri baginda, Raja Arfah[3].
pendahuluan

Saya memilih tajuk perjuangan tokoh tempatan kerana saya berasa seronok untuk
membuatnya

You might also like