You are on page 1of 3

BIODATA DATO MAHARAJA LELA

Dato' Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang


bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik
sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya.
Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain
seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin,
beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird
Birch (J.W.W. Birch) [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21
Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2
November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22
Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20
Januari 1877 di Taiping Perak

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.

Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.

Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di
Pasir Salak

FAKTOR PENENTANGAN
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British
mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah
di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu


Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak
menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada
Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baru


Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata
dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam


Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan
yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya.

PERISTIWA PENENTANGAN
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil
keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu
untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela
dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten
Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7
November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu
oleh tentera dari India dan Hong Kong

KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati
di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja
Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya
sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam menentang British merupakan satu perjuangan
yang suci dan murni. Beliau tidak mahu mengotorkan dirinya menjadi pencacai British,
sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya mempertahankan sistem tradisional di
Perak yang diganggu gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang dianggap berwibawa dan
begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan
menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur
rancangan menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut, bukan sahaja
dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum yang
ditugaskan membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir dalam dirinya.
Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan. Ketika penentangan
dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di bawah pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan ketinggian keperibadiannya, menyebabkan
beliau dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela
dengan kuasa yang boleh memancung tanpa bertanya.

Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan bangsawan
dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang Kaya-Kaya Seri
Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan tercatat dalam buku sejarah
sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim. Perancangan
beliau ternyata licik sehingga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan orang-orang


bangsawan anti-British dan pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6
bulan setelah sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau
mendapat restu daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat sokongan daripada
penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.

Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W.Birch


mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu
sendiri yang melaporkan kepada British tentang penglibatannya sebagai pelaku utama
dalam rancangan membunuh Birch hingga beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan
secara tidak adil oleh Mahkamah. Akhirnya pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman
gantung, bersama-sama Dato' Sagor dan Seputum manakala pembesar yang lain dibuang
negeri ke Pulau Sychelles.

Nama Dato' Maharajalela sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati dan
dikenang sehingga terkorban bagi mempertahankan prinsip perjuangan. Sikap dengki, iri
hati dan pengkhianatan golongan bangsawan dalam kes Dato Maharajalela menyedarkan
kita bahaya perpecahan yang melanda orang Melayu. Perjuangan beliau menjadi iktibar dan
semangat buat orang Melayu untuk terus bersatu mempertahankan segala yang telah
diperjuangkan. Kisah Dato Maharajalela telah membuktikan kewujudan bukan satu mitos
dimana kewujudan beliau telah tercatat pada tugu peringatannya

You might also like