You are on page 1of 12

DATO MAHARAJA LELA

PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK

Latar Belakang
Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.
Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.
Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan
di Pasir Salak.
FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH

J.W.W Birch

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai


Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan
menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak
menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada
Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap,
senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai
kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan
yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-
hamba perempuan dirumahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN

Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch


Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka
mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak
Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari
bumi Perak.

Tempat Birch Di bunuh


Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan
itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja
Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan
Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir setengah tahun.
Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah
British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.
Kubu Dato Maharajalela.
KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai
mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.
Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/DATO MAHARAJALELA
PEJUANG MELAYU PERAK
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah
seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh
raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang
berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan
gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung
tanpa bertanya.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di


Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang
Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah
Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu
diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan
Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun,
beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November
1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga
22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai
mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab


mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga
ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi
susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak. Bersama dengan Sultan Syed Ismail
Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman
penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung
menghapuskan agen British JWW Birch.

Faktor Penentangan J.W.W Birch

J.W.W Birch

Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak

Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati
Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-
tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen
Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja
mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh
Sultan Abdullah.

Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah
menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada
takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa
tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan
menandatangani surat perjanjian tersebut.

Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan
oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi
membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan
Mac hingga September 1875.

Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato'
Sagor (sumber gambar: Amir Hamidi)

Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana


Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato Maharaja Lela pula
mencadangkan Birch ditikam, Dato Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru
dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.
Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato Maharaja Lela, pada 30hb
Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir
Salak. Dato Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan
baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh
Birch.
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas
riba Birch), Dato Laksamana, Swettenham dan Dato Syahbandar. Dato
Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil
di Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir Hamidi.

Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak

J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya.
Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-
kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai,
dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru
pada keesokkan hari.

Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato Maharaja Lela merejam lembing ke
arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam
sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan
dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan
parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya,
sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.

Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang


besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk
menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut
Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak.
Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan
orangpahlawanperakdml.blogspot.my/2015/09/sejarahringkas-datomaharaja-
lela-pandak.html-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan
akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak
dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan
taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan
serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah
berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam
peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.

TEMPAT BIRCH DIBUNUH

KUBU DATO MAHARAJA LELA MEMPERTAHANKAN SERANGAN PIHAK


INGGERIS

KESAN PENENTANGAN

Pada tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum
dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke
Johor. British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya
sebagai kuasa penjajah. Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang
Melayu.

RUMUSAN

Kita perlu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Maharaja Lela dalam
mempertahankan perak dari ancaman musuh. Selain itu, sikap yang ditunjukkannya juga
dapat memberikan semangat kepada kita bagi mempertahankan tanah air bukan sahaja
kepada negeri perak. Seterusnya, sikap yang ditunjukkan sebagai pemimpin juga boleh
dijadikan panduan dalam mentakbir negara.
pahlawanperakdml.blogspot.my/2015/09/sejarahringkas-datomaharaja-lela-pandak.html

peristiwa penentangan
- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang
- mereka mengambil keputusan untukmembunuh Birch
- Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya
- mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
- pada 2 November 1875 Birch danrombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British
- Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak
- pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- pertempuran ini dikenali sebagai PerangPerak dan berlaku hampir setengah tahun
- 7 November 1875 > pertempuran berlaku di Bandar Tua
- pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong

(iv) Kesan Penentangan


- 1877 > Dato Maharaja Lela, DatoSagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang,
Perak
- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahimdibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi
- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
- British tegas menghapuskan kebangkitandi Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
- Dato Maharaja Lela menjadi simbolkepahlawanan orang Melayu
https://sites.google.com/site/sejarahtingkatan2/nota-bab-7

PENGENALAN DATO MAHARAJA LELA PANDAK LAM Nama : Pandak Lam Keturunan : Daeng
Salili (Anak raja Bugis) Asal : Daerah Luwuk, Sulawesi Jawatan : Ketua Orang Besar Delapan
Perak Anugerah : Dilantik sebagai Mufti Perak Diberi gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela
(Dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya) Ciri-ciri : Seorang yang gagah, bengis,
mempunyai imej yang menggerunkan kepada musuh dan tidak takut kepada sesiapa serta
mempertahankan sultannya daripada segala ancaman dan menghukum sesiapa yang
melanggar peraturan negeri dan biadap kepada sultan. PENDAHULUAN Dato Maharaja Lela
Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Beliau terlibat dalam perjuangan
menentang British di Perak dan salah seorang daripada pemimpin yang mngendalikan
perjuangan tersebut. Bersama-sama pemimpin lain, seperti Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja
(lebih dikenali dengan Dato Sagor) Ngah Kamdin, Dato Maharaja Lela merancang dan
membuat pakatan menetang penglibatan British di Perak dan membunuh Residen British
James Wheller Woodford Birch. Dalam perjuangan ini Dato Maharaja Lela mendapat restu
daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail. Selain itu, mendapat sokongan daripada
penduduk di sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Namun begitu perjuangannya ini
didapati bersalah oleh mahkamah yamg bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman tersebut dilaksanakan pada 20 Januari
1877. FAKTOR PENENTANGAN DATO MAHARAJA LELA Campur tangan British di Perak pada
tahun 1874 telah mencetuskan gerakan tentangan.Sultan Ismail dan Dato Maharaja Lela
tidak hadir di Pangkor pada Januari 1874. Perjanjian Pangkor ini meletakkan Perak sebagai
negeri lindungan British. Pada 4 November 1874, J.W.W Birch dihantar ke Perak memegang
jawatanResiden British. J.W.W. Birch mencadangkan pelbagai perubahan dalam pentadbiran
Perak, seperti kutipan cukai, sistem kewangan dan perlembagaan.Pembesar Perak
dianugerahkan kawasan oleh Sultan Perak yang membolehkan mereka menjalankan
pentadbiran dan memungut cukai dalam kawasan masing-masing.Kutipan cukai ini menjadi
sumber pendapatan mereka. Pengutipan cukai ini pula terletak di bawah penjagaan pegawai
Eropah. Pada 9 Disember 1874, J.W.W. Birch mengarahkan membakar rumah Raja Ngah,
Tengku Panglima Raja saudara Sultan Ismail kerana memungut cukai di Bidor. Padahal,
kawasan tersebutadalah kurniaan Sultan Ismail kepadanya. Pada Januari 1875, J.W.W. Birch
bertemu dengan Dato Maharaja Lela di Belanja. J.W.W. Birch menuntut janji Dato Maharaja
Lela menurunkan cop ke atas perjanjian Pangkor. Keputusan dan alasan Dato Maharaja Lela
disifatkan oleh J.W.W. Birch sebagai memalukan kerana Dato Maharaja Lela pernah berjanji
akan menurunkan copnya ke atas perjanjian Pangkor di Belanja. Penglibatan British dalam
pentadbiran Perak dan pengenalan peraturan baru menimbulkan kesedaran Sultan Abdullah
dan pembesar Perak bahawa kedatangan British bikanlah untuk menasihati tetapi merampas
kuasa dan keistimewaan mereka. Meraka bimbang dengan kegiatan British memasukkan
orang asing akan mnyebabkan tanah akan dimiliki oleh orang asing dan khuatir akan
memundurkan agama Islam dan Bahasa Melayu. PAKATAN MENENTANG BRITISH DAN
MEMBUNUH J.W.W. BIRCH Pada 16 Oktober 1874, Dato Maharaja Lela bersama Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, dan Temenggung bermesyuarat dan mengambil beberapa
keputusan. Misalnya, alat-alat kebesaran Perak tidak akan diserahkan kepada Sultan
Abdullah, R.C. Woods dan Raja Yusof akan berangkat ke England untuk membatalkan
Perjanjian Pangkor dan $25,000 akan disediakan oleh Menteri Ngah Ibrahim untuk dibayar
kepada R.C. Woods. R.C. Woods adalah peguam dari Pulau Pinang yang dilantik oleh
pembesar Perak untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Usaha membatalkan Perjanjian
Pangkor tidak berhasil. Pakatan menentang British tetap diteruskan. Pada 21 Julai 1875, satu
mesyuarat penting diadakan di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang. Mereka yang hadir
dalam mesyuarat tersebut berjabat tangan dan mengangkat sumpah tidak akan mungkir
dengan keputusan yang akan dicapai. Dalam mensyuarat ini, mereka mencapai keputusan
membunuh J.W.W. Birch. Laksamana menyesyorkan supaya J.W.W. Birch diracunkan. Maharaja
Lela pula dengan cara menikam. Dato Sagor dengan cara menyerang Bandar Baru, kediaman
J.W.W. Birch dan menurunkan bendera British. Sultan Abdullah menyatakan bahawa sebagai
langkah pertama akan meracunkan J.W.W. Birch. Sekiranya gagal, akan menjalankan upacara
bermain hantu dan seterusnya jika gagal juga akan menggunakan cara tikam. Pada 5
September 1875, Dato Maharaja Lela hadir dalam mesyuarat yang berlangsung di rumah
Dato Sagor di Kampung Gajah. Dalam pertemuan ini, Dato Maharaja Lela, Sultan Abdullah
dan Dato Sagor bersumpah minum air keris akan merahsiaka pakatan membunuh J.W.W.
Birch. Pada Ogos dan September 1875 Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor hadir dalam
mesyuarat di Belanja untuk merancang pembunuhan J.W.W. Birch yang dikendalikan oleh
Sultan Ismail. Pada 12 September 1875, Dato Maharaja Lela hadir dalam mesyuarat yang
diadakan di Belanja pada waktu malam, yang berlangsung di istana Sultan Ismail. Tujuan
diadakan untuk menimbangkan permintaan Gabenor William Jervois yang datang menghadap
Sultan Ismail untuk meminta baginda menyerahkan pentadbiran Perak kepada Ratu Inggeris.
Sikap dan langkah tentangan Dato Maharaja Lela terhadap penglibatan British dapat juga
dilihat daripada tindakan dia menghalang buruh membina jalan yang menghubungkan Kota
Setia dengan Bandar Baru. Dato Maharaja Lela mengancam akan memotong kepala buruh
sekiranya mereka meneruskan pekerjaan itu. Ancaman ini menyebabkan buruh meninggalkan
tempat kerja. J.W.W. Birch yang mendapat berita ini, menulis surat dan menghantarnya
kepada Sultan Abdullah, Laksamana dan Dato Maharaja Lela supaya memanggil buruh
datang bekerja semula. Pada 8 Oktober 1875, Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor datang
menghadap baginda di Pasir Panjang untuk bermesyuarat. Perbincangan ini diadakan pada
waktu malam di perahu Sultan Abdullah. Dato Maharaja Lela menegaskan tidak akan
mematuhi arahan J.W.W. Birch dan juga tidak akan membenarkan dia menjejakkan kaki di
Pasir Salak. Sultan Abdullah memberi arahan bertulis kepada Dato Maharaja Lela supaya
membunuh J.W.W. Birch. Pada 18 Oktober 1875, Sultan Abdullah dan pembesar Perak
mengadakan sekali lagi mesyuarat di Durian Sebatang dan keputusan dicapai untuk
membunuh J.W.W. Birch apabila dia tiba di Pasir Salak. Dato Maharaja Lelamenyatankan
kepada ahli mesyuarat dia tidak akan mengiktirafkan J.W.W. Birch atau kekuasaan Orang
Putih, serta memaklumkan telah menerima surat daripada Sultan Ismail, Menteri Ngah
Ibrahim dan Dato Panglima Kinta supaya jangan mematuhi arahan daripada kerajaan British
dan tidak akan membenarkan J.W.W. Birch menjejakan kaki di Pasir Salak. Sebagai persiapan,
Dato Maharaja Lela membina kubu pertahanan di Pasir Salak dan Dato Sagor di Kampung
Gajah. Pada 31 Oktober 1875, secara rahsia dengan diiringi oleh beberapa orang, Sultan
Abdullah berangkat ke Pasir Panjang dan mengarahkan Maharaja Dinda mengumpulkan orang
sebanyak mungkin di Selat Pulau untuk membantu Dato Maharaja Lela. Baginda juga
menyatakan bahawa J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak, sehari selepas Hari Raya dan
memberikan keris kepada Maharaja Dinda supaya disampaikan kepada Dato Maharaja Lela.
DATO MAHARAJA LELA MENJALANKAN TUGAS Pada 1 November 1875, J.W.W Birch berangkat
ke hilir Perak dengan Perahu Naga dan diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad,
jurubahasanya dan sepasukan angkatan. Ketika hampir berangkat, J.W.W Birch dengan
angkuhnya menyatakan bahawa sekiranya Dato Maharaja Lela ingin menentangnya beliau
akan menembak Dato Maharaja Lela. Tiga hari sabelum J.W.W. Birch berlepas ke Pasir Salak,
Dato Maharaja Lela mengarahkan Si Gondah menjemput beberapa orang datang berkumpul
di rumahnya. Dalam pertemuan di balai rumahnya, beliau memaklumkan kepada para hadirin
bahawa Sultan, Laksamana dan Syahbandar menyatakan bahawa dalam beberapa hari lagi
J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan dia hendaklah dibunuh. Pada 2 November 1875,
Mat Arshad diperintah untuk memaklumkan kepada Dato Maharaja Lela mengenai
kedatangan J.W.W. Birch untuk menampal surat pengisytiharan. Sub-Leftenan Abbott pula
bersama pasukan sepoi berlepas ke Kampung Gajah untuk berburu. Mat Arshad yang
diarahkan oleh J.W.W. Birch menemui Dato Maharaja Lela hanya menunggu di pintu pagar
sahaja kerana tidak dibenarkan masuk. Dalam pada itu, Dato Maharaja Lela dimaklumkan
bahawa J.W.W. Birch ingin datang ke rumahnya atau Dato Maharaja Lela boleh datang
menemui J.W.W. Birch di perahu. Dato Maharaja Lela menyatakan bahawa beliau tidak
mempunyai sebarang urusan dengan J.W.W. Birch. Dato Maharaja Lela tidak membenarkan
Mat Arshad menemuinya dan melekatkan surat pengisytiharan tersebut serta menyatakan
bahawa Pasir Salak bukan kawasan J.W.W. Birch. Apabila mendapat berita bahawa J.W.W. Birch
akan melekatkan juga surat pengisytiharan, beliau mengarahkan supaya mengoyakkannya
dan sekiranya berkeras juga beliau akan membunuh J.W.W. Birch. Dato Maharaja Lela
menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang sekiranya penampalan surat
pengisytiharan ini diarahkan dan mendapat persetujuan oleh Sultan. BERUNDUR DAN
BERLINDUNG DENGAN MAHARAJA ABU BAKAR Dato Maharaja Lela berundur ke Belanja.Ketika
di sana,Dato Maharaja Lela dilindungi oleh Sultan Ismail.Pasukan British membahagi kan
pasukan untuk mencari dan memburu pasukan yang mempertahankan maruah dan
kedaulatan Perak.Dato Maharaja Lela melarikan diri ke Kampung Kerni setelah Pemangku
Penolong Residen Perak membuat siasatan atas beliau. DIHADAPKAN KE MAHKAMAH Dato
Maharaja Lela dihadapkan ke mahkamah pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876.Beliau
bersama Dato Sagor,Pandak Indut,Panjang Bur,Kulup Ali,Si Tuah dan Ngah Jabor dituduh
terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch,Mat Arshad dan Esur Singh.Dato Maharaja Lela di
jatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama Dato Sagor dan Pandak Indut di kawasan
berhampiran dengan banggunan kerajaan di Larut pada 20 Januari 187 7

diakpmb.blogspot.my/2013/10/tokoh-dato-maharaja-lela.htmlPenentangan Dato Maharaja Lela di Perak

Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam menentang British merupakan satu perjuangan
yang suci dan murni. Beliau tidak mahu mengotorkan dirinya menjadi pencacai British,
sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya mempertahankan sistem tradisional di
Perak yang diganggu gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen.

Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang dianggap berwibawa dan
begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan menghalang
gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur rancangan
menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut, bukan sahaja dalam
kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum yang ditugaskan
membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir dalam dirinya.
Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan. Ketika penentangan
dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di bawah pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan ketinggian keperibadiannya, menyebabkan beliau
dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan
kuasa yang boleh memancung tanpa bertanya.

Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan bangsawan
dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang Kaya-Kaya Seri Agar
Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan tercatat dalam buku sejarah
sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim. Perancangan
beliau ternyata licik sehingga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang diadakan bersama-sama dengan orang-orang


bangsawan anti-British dan pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6 bulan
setelah sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu
daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar
Pasir Salak dan Kampung Gajah.

Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W.Birch


mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu
sendiri yang melaporkan kepada British tentang penglibatannya sebagai pelaku utama dalam
rancangan membunuh Birch hingga beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak
adil oleh Mahkamah. Akhirnya pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman gantung,
bersama-sama Dato' Sagor dan Seputum manakala pembesar yang lain dibuang negeri ke
Pulau Sychelles.
Nama Dato' Maharajalela sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati dan
dikenang sehingga terkorban bagi mempertahankan prinsip perjuangan. Sikap dengki, iri hati
dan pengkhianatan golongan bangsawan dalam kes Dato Maharajalela menyedarkan kita
bahaya perpecahan yang melanda orang Melayu. Perjuangan beliau menjadi iktibar dan
semangat buat orang Melayu untuk terus bersatu mempertahankan segala yang telah
diperjuangkan. Kisah Dato Maharajalela telah membuktikan kewujudan bukan satu mitos
dimana kewujudan beliau telah tercatat pada tugu peringatannya.

penatokoh.blogspot.my/2014/02/dato-maharajalela.html Dato' Maharaja Lela ialah seorang


pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada
sumpah dan janjinya.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik
sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa
boleh memancung tanpa bertanya.
ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela tajuk :PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN
MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
peristiwa perjuangan
Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato'
Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21
Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di
pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.

Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan
pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak
dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat
Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan
tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal
pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan
Kampung Gajah. Pandak Indut (bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat
Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan
askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato'
Maharaja Lela yang di percayai orang asli).

Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya
Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan
hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan
tersebut.

You might also like