You are on page 1of 23

Folio Tingkatan 2

Tajuk Nama Kelas

: : :

PerjuanganTempatan MengambalikanKedaulatanBangsa AmirShahzanBinAhmadShafri 2Saga

NamaGuru :

Bil 1. 2. 3. 4. Penghargaan Objektif Kajian Kaeadah Kajian

ISI KANDUNGAN

m/s

7.5 : Dato Maharaja Lela Penjuagan Kebanggaan Perak - Latar Belakang - Faktor Penentangan - Peristiwa Penentangan - Kesan Penentangan

5.

7.7 : Dato Bahaman Pahlawan Pahang - Latar Belakang - Faktor Penentangan - Peristiwa Penentangan - Kesan Penentangan

6.

7.8 : Mat Salleh Menyanggah SBUB - Latar Belakang - Faktor Penentangan - Peristiwa Penentangan - Kesan Penentangan

7.

7.10 : Tok Janggut Pejuang Jihad - Latar Belakang - Faktor Penentangan - Peristiwa Penentangan - Kesan Penentangan

8. 9.

Rujukan Rumusan

PENGHARGAAN
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:(a) Pihak sekolah yang memberi pelbagi bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kajian Sejarah ini. Encik Zaharuddi guru sejarah kelas saya yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan. Ibubapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan semanga kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini. Rakan-rakan kelas saya telah memberi kerjasama semasa kajian dijalankan.

(b)

(c)

(d)

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah:

(a) (b) (c) (d)

Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan. Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan. Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan kesan-kesannya. Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai pandu masa kini dan masa hadapan. Mempelajari semangat patriostisma serta bangga akan negara sendiri mereka mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara, pahlawan tanah air telah bejuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

(e)

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya guna untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat, iaitu:-

(a)

Rujukan Buku Teks - Saya merujuk kepada buku teks dan meneliti serta mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan. Kaedah perbincangan - Saya berbincang dengan guru sejarah dan kawan-kawan baik saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kaedah Kerja Kumpulan - Saya dan kawan-kawan menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Kami bertukar maklumat fikiran dan maklumat fikiran dan idea yang berguna.

(b)

(c)

7:5 DATO MAHARAJA LELA PEJUANG KEBANGGAN PERAK

Latar Belakang
~ ~ ~ Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich, Sultan dan Pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Faktor Penentangan

(a)

Mengambil Hak Mengutip Cukai Pada 24 Julai 1875, Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengistiharkan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

(b)

Mencabar Keturunan Melayu Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan. Kuasa menadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

(c)

Mempkenalkan Cukai Baru Birch bertindak sesuka hati. Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap , sejanta dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

(d)

Mencabuli Adat Resam Birch dibencioleh Sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan pemhabaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan pemusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.

Peristiwa Penentangan

Raja Abdullah,Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato` maharaja lela dan pengikutnya Dato Sagor , Pandak Indut Sepuntun menawakan diri untuk membunuhnya. Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak. Pada 2 november 1875 , birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh british. Dato` Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato` Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan british dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Petempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 ,pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dan Hong Kong.

Kesan Penentangan

Pada tahun 1877 , dato maharaja lela , dato sagor , pandak indut dan sepuntun dihukum gantung sampai mati di matang , perak. Sultan abdullah dan ngah ibrahim dibuang negeri ke pulau ke pulau seychelles di lautan hindi. Raja ismail dibuang negeri ke johor. Britsish tegas menghapuskan kebangkitan di perak menunjukkan keangkuhan sebagai kuasa penjajah. Dato maharaja lela menjadi simbol kepahlawanan orang melayu.

7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang

Latar belakang
Nama sebenarmya Abdul Rahman Bin Imam Noh. Dianugerahi gelaran Orang Kya Dato Setia pekasa pahlawan semantan. Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di pahang dan perang Klang di Selangor. Dilantik sebagai pembesar temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera segera. Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemenrintahan British di pahang

Faktor Penentangan
(a) Hilang Hak Mengutip Cukai DatoBahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai pegawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh. DatoBahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh.

(b)

Pembinaan Balai Polis PegawaiBritish iaitu E.A. Wise mendirikan balai polis di lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan DatoBahaman. Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius. DatoBahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

(c)

Perlucutan Gelaran Hugh Cliffod meganggap DatoBahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British. British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British memalukan DatoBahaman dan Beliau bersumpah menghalau British dari Pahang.

Peristiwa Penentangan
Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikutDatoBahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan DatoBahaman dan pengikutnyamenyerang Balai Polis Lubuk Terua Peristiwa ini mencetuskan perang Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orangtentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkankebangkitan rakyat Pahang . Pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai olehJ.P.Rodger ditumbuhkan . British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru . Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan11 kubu DatoBahaman di Bentong . Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua . Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu . Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuangPahang berjihad menentang British . Pada 14 Jun 1894 , DatoBahaman dan 100 orang pengikutnya menawanKuala Tembeling dan Jeram Ampai . British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai . DatoBahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan . Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British diPahang.

Kesan Penentangan
Datobahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentangBritish . Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang . Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 . British terpaksa menanggung hutang yang banyak . Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

7.8 MAT SALLEH MENYANGAHSUB

Latar belakang
Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu . Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut . Berketurunan Bajau dan Suluk . Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang . Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalamsejarah penentangan di Sabah

Faktor Penentangan
(a) Perjuang Jihad Kebangkitan berpucar daripada semangat Sulumenentangan Sepanyol di selatan Filipina . perjuang jihad orang

(b)

Peraturan Yang Membebankan SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankanrakyat .

(c)

Percubaan Berunding Gagal Pada Ogas 1895 , Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakanuntuk menemui Gabenor Beaufort , C.V.Creagh . Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakankekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelahmenunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan .(d)Perkampungan Dibakar Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancamkepentingan SBUB . SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung MatSalleh . SBUB menawarkan hadiah berjayamenangkap Mat Salleh. 500 dolar kepada sesiapa yang

Peristiwa Penentangan
Pada Julai 1897 , Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan memakar Pulau Gaya Pada November 1897 , Mat Salleh menyerang Ambong . William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkanMat Salleh lalu menawankan perdamaian dan pengampunan kepadanya . Pada April 1898 , rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie dimenggatal . Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan . Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkankembali semula . Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan . Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya kepada SBUB . SBUB tidak menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB mengambilalih pentadbiran di Tambunan . Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan menbinakubu di Kampung Teboh , Tambunan . SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran . Pada Januari 1900 , SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Mat Salleh terkorban .

Kesan Penentangan
Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor danKamunta . Pada Julai 1902 , British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh diSabah sepenuhnya.

7.10 TOK TANGGUT PEJUANG JIHAD Latar belakang


Nama sebenar haji mat hassan bin munas . Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada . Dilahirkan pada tahun 1853 di kampung jeram , pasir puteh , kelantan . Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah . Mahir dalam ilmu persilatan . Menetap di kampung nering , kelantan . Bekerja sebagai petani dan peniaga . Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yangmenentang kuasa penjajah Barat . Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tanganBritish .

Faktor Penentangan
a. Peraturan Tanah Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yangmewajidkan petani membayar cukai tanah . b. Pengenalan Cukai Yang Membebankan Petani dikehendaki membayar cukai seperti : (1) (2) (3) (4) Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok Pokok pinang 1 sen sepokok Sirih 5 sen sejunjung . Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor .

Peraturan ini membebankan rakyat c. Perasaan anti-British Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerangKerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama padatahun 1914 . Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah barat . Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh .

d.

Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar . Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukaitetapi gagal .

Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British .

Peristiwa Penentangan
Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wanuntuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai . Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut . Pada 29 April 1915 , Tok Janggut , Engku Besar Jeram , Penghulu Adamdan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atasPasir Puteh . Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British . Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh . Tok Janggut sebagai Perdana Menteri . Pada 9 Mei 1915 , British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepadasesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya . Pada 23 Mei 1915 , British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri . Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh . Pada 24 Mei 1915 , British menyerang Tok Janggut yang berkubu diKampung Dalam Pupuh , Saring . Tok Janggut terkorban . Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudiandigantung songsang di Padang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam . Kemudian dikebumikan di Pasir Puteh

Kesan Penentangan
Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yangmenentang kuasa penjajah Barat . Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tanganBritish .

Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 . Buku Rujukan Sejarah . Nota yang diberi oleh guru . Melayari Internet .

Rumusan
Dalam bab ini, saya telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan . Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas. Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara, pajlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah, tetapi British telah menggunakan tipuhelah, kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuang mereka. Perjuangperjuang negara dijatuhi hukumanmati, dibuang negara, dipenjarah, harta banda dirampas dan perkampunganmereka dibakar. British juga mengisytiharkan perjuang tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka. Walaupun mereka gagal, namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangseterusnya. Perjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepadaseluruh rakyat. Belajarlah daripada sejarah, jika kita lupa dan leka kita akan dijajahsemula. Oleh itu, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri sertamemperkasa bangsa dan negara .

You might also like