You are on page 1of 9

PENJAJAHAN BRITISH

PENGENALAN

British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786


apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari
1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian
antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan


dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor
1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan
memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah
Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.

FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS

1. FAKTOR EKONOMI
Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di
Eropah (industri mengetin makanan)
Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah.
Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-
1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan
Ghee Hin
Kegiatan pelanunan
3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia,
Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk
masing-masing.
Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan
Negeri-Negeri Melayu.

PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA

Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di


London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah
persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda
di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan
Belanda di Indonesia.
Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan
Belanda.
2. Perpecahan empayar Johor-Riau
3. Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah
sengit

CAMPUR TANGAN DI PERAK

Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British.


British mengambil kesempatan daripada :
1. Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja
Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
2. Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan
Hai San ( Perang Larut)
Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan
British dengan kerajaan Perak. Sistem residen pertama wujud di Perak
1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak.

CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan


Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja
Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja
Mahadi.British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai
residen pertama.

CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN

Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa


kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan
jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889
iaitu Martin Lister.

CAMPUR TANGAN DI PAHANG

Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur


(1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah
dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8
Oktober 1887.

SISTEM RESIDEN

Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.


British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta
sosial. Maklamat Sistem Residen :

1. Keamanan melalui undang-undang


2. Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
3. Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah

KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN


1. PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
perusahaan bijih timah, getah, kopi
kemasukan buruh Cina dan India
sumber ekonomi dimonopoli oleh British
2. PERUBAHAN POLITIK
Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
3. PERKEMBANGAN SOSIAL
Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan
sebagainya

NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)

Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai


oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April 1867 - Unit NNS di
bawah pejabat tanah jajahan di London.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)


Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu
empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada 1 Julai
1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh
Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)

Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Negeri terbabit


ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor juga termasuk dalam
NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH

1. PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)


Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton
menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British.
Cadangan british ditentang oleh Dol Said (penghulu Naning). Perang Naning
tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian
wilayah Melakaa. Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.

2. PENENTANGAN DI SELANGOR

Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi


dengan Raja Abdullah. Pada 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin dan
bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan
menetang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi
campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.

3. PENENTANGAN DI PERAK

A) Sebab penentangan British di Perak :


British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan
pembesar Melayu.
Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan
British 1875
Pembaharuan oleh J.W.W Birch :
i) hapus sistem perhambaan
ii) beri perlindungan kepada hamba
iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu
Sikap peribadi Birch
i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa
ii) tidak boleh berbahasa Melayu

B) Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum
menentang British dan membunuh Brich pada November 1875 di Pasir
Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah
Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

4. PENENTANGAN DI PAHANG

Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen


Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan
majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan),
cukai tanah dan sistem kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman
dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang
balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada
Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

5. PENENTANGAN DI KELANTAN

Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan


James Scott Mason - penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris
dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Punca penentangan :
1. Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
2. Sistem Tanah Baru 1915
3. Pengenalan cukai hasil pertanian
4. Sikap pegawai British
Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan
orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir
Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

6. PENENTANGAN DI TERENGGANU

Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji


Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan
Tani pada 1928. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis
dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan.
Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Faktor pemberontakan Tani :


1. Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
2. Perkenalkan sistem pendidikan Barat
3. Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk
tanam dan memungut hasil hutan.

7. PENENTANGAN DI SARAWAK

Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti


Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan :
a) Rentap
Pada 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang
menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka
menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu
Alan Lee. Pada 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di
Bukit Sadok.
b) Banting
Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat
tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan Hapus adat dan amalan tradisi
tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
c) Sharif Masahor
Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke
memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai
Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik
oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur
serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh
pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi
Abdul Gapur ke Betawi.
d) Asun
Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menetang
pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit diketuai oleh
Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke
Lundu.

8. PENENTANGAN DI SABAH

Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua


pemberontakan tercetus iaitu :

aPemberontakan Mat Saleh


Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan
cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar
tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang
pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada
tahun 1900.

b) Kebangkitan Rundum
Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan - cukai ke
atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan
kecil di hutan. Pada Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan.
Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

You might also like