You are on page 1of 19

Bab 3

KEDATANGAN INGGERIS DAN


IMPAK KEPADA UNDANG-UNDANG
ISLAM
Dr. AZHAR ABDUL AZIZ
Course Learning Out come (CLO)..

1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah kedatangan Inggeris


di Tanah Melayu.

2. Pelajar dapat menghuraikan impak kedatangan


Inggeris ke Tanah Melayu terhadap undang-undang
Islam.

3. Pelajar dapat membincangkan bagaimamana


pemakaian undang-undang Inggeris di Tanah Melayu
menggantikan undang-undang Islam.
KEDATANGAN INGGERIS KE NEGERI-NEGERI
MELAYU
1. Dengan jatuhnya Empayar Johor Riau abad ke 18M, maka empayar Melayu yang berperanan
mempertahankan negeri-negeri Tanah Melayu dari dikuasai Barat turut lenyap sama sekali
2. Punca kejatuhan Empayar Johor Riau ke tangan penjajah Inggeris ialah: (a) kelemahan sultan-
sultan sama ada secara langsung atau tidak langsung. (b) persengketaan dalaman antara
orang Melayu,Bugis dan Minangkabau. (c) memang matlamat penjajah mahu kuasai
ekonomi,politik,pentadbiran dan undang-undang serta menyebarkan agama Kristian di Tanah
Melayu.(Abu Bakar Abdullah,h.106)
3. Permulaan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu ialah melalui tipu muslihat seperti
pengambilan Pulau Pinang dari Sultan Kedah(1784),Singapura dari Sultan Husein dan
Temenggong Abdul Rahman(1819) dan Melaka melalui perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
4. Tahun1826-Pulau Pinang,Melaka dan Singapura dicantum menjadi negeri-negeri Selat di
bawah pentadbiran Inggeris di India.
5. Tahun 1867-pentadbiran negeri-negeri Selat diletak di bawah pentadbiran Inggeris di
London.
CAMPURTANGAN INGGERIS DI NEGERI-NEGERI TANAH
MELAYU

1. Inggeris terus berusaha untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri di Tanah Melayu(Malaysia) daripada
sultan-sultan.
2. Di Perak, akibat perebutan takhta antara putera-putera sultan, pergaduhan pelombong Cina dengan pembesar
tempatan-maka Inggeris buat perjanjian Pangkor 20Jun 1874-akibatnya sultan Perak dipaksa terima residen
Inggeris yang menguasai pentadbiran Perak kecuali hal-ehwal agama dan adat-istiadat Melayu.
3. Di Selangor-tahun 1872-berlaku perang saudara Selangor antara Raja Mahadi(disokong oleh Sayid Mashor,Raja
Asal,Sultan Puasa,Raja Kahar,Raja Laut dan Raja Mahmud) dengan Tengku Kudin dan Yap Ah Loy pada Ogos
1874. Sir Andrew Clerk iaitu Gabenor Inggeris Singapura telah hantar Frank Swettenham ke Selangor dan paksa
Sultan Abdul Samad supaya terima residen –akibatnya J.G Davidson telah menjadi Residen Inggeris di Selangor.
4. Di Negeri Sembilan tahun 1831-berlaku perang Naning antara Inggeris dengan Dol Said (penghulu Naning), dan
Dol Said telah menang. Tapi kemudian, sayyid Syaban telah menyokong Inggeris menyebabkan Ingeris berjaya
rampas Naning (1874),seterusnya telah menguasai Jelebu,Rembau dan Seri Menanti tahun 1886.
5. Di Pahang pada Oktober 1888-Inggeris berjaya rampas Pahang dari tangan Sultan Ahmad akibat dari paksaan
Inggeris dan didesak oleh Sultan Johor- akibatnya Pahang terima residen Inggeris iaitu J.P Rodger.
Sambungan….

6. Inggeris telah menyatukan Perak,Selangor,Pahang dan Negeri sembilan


menjadi Negeri Melayu Bersekutu tahun 1896- di bawah kuasa Residen Jeneral
di Kuala Lumpur. –akibatnya kuasa Inggeris makin besar dan kuasa sultan
Melayu makin hilang.
7. Pada 1909- Inggeris merampas Kedah,Kelantan,Terengganu dan Perlis dari
Siam menerusi Perjanjian Pangkor secara muslihat dan tipu daya.
8. Pada 1914-Johor jatuh ke tangan Penjajah Inggeris semasa pemerintahan
Sultan Ibrahim- Ini menjadikan Kedah,Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor
sebagai Negeri Melayu Tak bersekutu.
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DI TANAH
MELAYU
1. Sebelum penjajah Inggeris, Melaka berada di bawah Portugis dan Belanda
namun Undang-undang Islam terus diamalkan di Melaka serta negeri-
negeri lain di bawah jajahan Empayar Melaka kerana tidak diganggu.
2. Apabila kejatuhan Pulau Pinang ke tangan Inggeris 1786-merupakan titik
permulaan pemakaian undang-undang Inggeris dan mengenepikan undang-
undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka yang telah diamalkan di Melaka serta negeri-negeri lain di Tanah
Melayu.
3. Penjajah Inggeris menganggap Pulau Pinang dan negeri Melayu yang lain
tidak mempunyai sistem undang-undang yang teratur. Undang-undang
Islam dituduh zalim, sedangkan undang-undang Islam adalah undang-
undang yang adil dan universal sebagai undang-undang bertulis pertama di
dunia sejak abad ke 7Masihi lagi.
LANGKAH PENJAJAH PERKENALKAN UNDANG-UNDANG INGGERIS
DI NEGERI-NEGERI MELAYU
1. Di Pulau Pinang – Inggeris isytiharkan Pulau Pinang adalah tanah yang dijumpai (Newly
Settled Territory)- akibatnya undang-undang yang berlaku dan yang dipakai adalah undang-
undang Inggeris.
2. Hakim-hakim Inggeris telah perkenalkan Piagam Keadilan Pertama (Charter Of Justice) di
Pulau Pinang tahun 1807-Berdasarkan piagam ini, sebuah mahkamah ditubuhkan dan
undang-undang yang berkuasa ialah undang-undang Inggeris.
3. Di Singapura- Inggeris isytiharkan Singapura adalah tanah yang dijumpai,tidak mempunyai
penduduk,tidak mempunyai kerajaan dan tidak ada undang-undang; maka undang-undang
yang dikenakan di Singapura adalah undang-undang Inggeris (Abu Bakar Abdullah, h.111).
Residen bertindak sebagai mejistret dan menyelesaikan kes-kes yang berlaku.
4. Di Melaka-Inggeris isytiharkan Melaka sebagai Tanah yang diserahkan oleh Belanda (Ceded
Territory). Pada awalnya Inggeris benarkan Melaka pakai undang-undang sedia ada tapi
kemudian batalkan. Alasannya Melaka tidak amalkan undang-undang Belanda sepenuhnya.-
Akibatnya mahkamah Inggeris di negeri-negeri Selat membuat keputusan bahawa Melaka
tidak boleh amalkan undang-undang Islam atau undang-undang Belanda tapi hendaklah
memakai undang-undang Inggeris.
Sambungan…..

5. Piagam Keadilan ke 2 (Charter Of Justice II, 1826) dibuat untuk selaraskan


penguatkuasaan undang-undang Inggeris ke atas 3 buah negeri selat. Dari Piagam ini
sebuah mahkamah tinggi ditubuhkan dan undang-undang yang terpakai ialah undang-
undang Inggeris 1826.
6. Tahun 1855- Piagam Keadilan ke 3 dibuat-bertujuan menyelaraskan undang-undang
Inggeris sedia ada yang diamalkan sejak 1826.Dari Piagam 1855 ini, mahkamah Inggeris
dibahagikan kepada 2- satu di Singapura dan Melaka. Satu lagi di Pulau Pinang.
7. Undang-undang Islam tidak pernah diakui oleh Inggeris sebagai undang-undang asal
negeri-negeri Melayu dan tidak mendapat restu dari pihak Inggeris.
8. Piagam Keadilan ke III ini menjadikan undang-undang Inggeris asas kepada
perundangan di Negeri Selat khasnya dan Negeri Tanah Melayu amnya kecuali dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga, soal perkahwinan dan
perceraian. (Abu Bakar Abdullah, h. 112)
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DI NEGERI-NEGERI MELAYU
BERSEKUTU

Perak
1. J.W.W Birch telah menubuhkan Mahkamah di Taiping, dan sistem kehakimannya mengikut
sistem kehakiman India dan negeri-negeri selat; dan disesuaikan dengan undang-undang
tempatan.
2. Birch telah paksa Sultan Abdullah supaya tanda tangan untuk menerima undang-undang
Inggeris atas nama baginda secara kekerasan.
3. Pada 1876- Sir Hugh Low iaitu Residen Perak telah beri kuasa kepada Sultan untuk
perkenalkan undang-undang Inggeris atas nama baginda dengan dinasihati oleh Inggeris.
Selangor
4. Selangor - Sultan Abdul Samad telah memberi kuasa kepada Inggeris untuk menjalankan
peraturan mengikut undang-undang Inggeris melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
5. Inggeris telah menubuhkan mahkamah untuk implemen undang-undang Inggeris –hakim
terdiri daripada 2 orang Inggeris dan 2 orang putera sultan iaitu Raja Musa dan Raja Kahar
serta Raja Laut (Abu Bakar Abdullah, h. 115).
Sambungan….

Negeri Sembilan
1. Melalui Perjanjian 1887 antara Inggeris dengan Negeri Sembilan, sultan setuju supaya
Residen Inggeris berkuasa penuh dalam semua perkara berkaitan hasil negeri,mahkamah
sivil dan jenayah (Abu Bakar Abdullah, h116).
2. Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan – pengerusinya ialah Yang Dipertuan Besar (Tunku
Muhammad Ibni al-Marhum Tunku Antah. Anggota MMN yang lain ialah Residen Inggeris,
Douglas Graham campbell, Tunku Muda Chik,Dato’ Kelana Petra dan lain-lain.
Pahang
3. Inggeris telah paksa Sultan Ahmad untuk menerima undang-undang Inggeris.Dengan
paksaan tersebut dan ditambah dengan campurtangan dari Johor maka baginda telah
tandatangan perjanjian dengan Inggeris yang membawa kepada tertubuhnya majlis
Mesyuarat Negeri.
4. Melalui MMN, Sultan Ahmad terpaksa menerima undang-undang Inggeris dalam
pemerintahan baginda serta ditubuhkan pasukan polis dan mahkamah yang melaksanakan
undang-undang Inggeris (Abu Bakar Abdullah, h. 118)
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS DI NEGERI MELAYU TIDAK
BERSEKUTU

1. Pada 1909- melalui perjanjian Bangkok Siam telah serahkan kuasa,hak pertuanan,perlindungan dan
pentadbiran 4 negeri iaitu Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
2. Johor pula jatuh ke tangan Inggeris pada 1914- maka dengan jatuhnya 5 negeri Melayu menyebabkan
sedikit demi sedikit undang-undang Islam yang diamalkan sebelum ini dihapuskan oleh Inggeris perlahan-
lahan dan digantikan dengan undang-undang Inggeris.
Kedah
3. Di Kedah -melalui perjanjian antara Inggeris-Kedah pada 1923, maka tertubuhnya Majlis Negeri yang
dipengerusikan oleh Tengku Aziz. Ia bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang Inggeris.
Perlis
4. Perlaksanaan undang-undang Inggeris di Perlis melalui Melalui penubuhan Majlis Negeri yang
dipengerusikan oleh Raja Syed Alwi. Majlis tersebut berperanan membuat undang-undang di Perlis yang
berlandaskan kepada undang-undang Inggeris (Abu bakar Abdullah, h. 123).
Kelantan
5. Dengan tertubuhnya Majlis Negeri (State Council) oleh Inggeris untuk menggantikan Majlis Mesyuarat
Negeri yang telah ada sebelumnya- maka undang-undang Inggeris telah dilaksanakan di Kelantan.
6. Dengan tubuhnya state council yang dipengerusikan oleh Sultan Kelantan- maka diluluskan undang-undang
mahkamah, pasukan polis dan undang-undang pungut cukai (Abu Bakar Abdullah, h. 123).
Sambungan….

3. Sultan kelantan telah menyusun semula sistem mahkamah- pertama: Mahkamah Tinggi
(Mahkamah Balai). Peranannya membicarakan kes jenayah seperti bunuh,rompak dan lain-
lain. Hakim- terdiri dari hakim Inggeris yang akan memutuskan kes, namun keputusan
Mahkamah boleh dirayu kepada sultan.
Kedua: Mahkamah Adat-untuk membicarakan kes jenayah seperti mencuri, pukul dan
sebagainya. Hakim –terdiri daripada orang Melayu.
Ketiga: Mahkamah Tanah- untuk bicarakan kes-kes yang melibatkan tanah.
Keempat: Mahkamah Syariah- untuk bicarakan kes nikah, cerai dan hal-hal berkaitan agama.
4. Mahkamah sivil di kelantan seperti Mahkamah tinggi, mahkamah Tengah dan Mahkamah
Rendah yang ditubuhkan untuk melaksanakan undang-undang Inggeris telah mengurangkan
bidangkuasa mahkamah syariah apabila Inggeris memisahkan kesalahan jenayah dari bidang
undang-undang Islam.
Sambungan…..
Terengganu
1. Undang-undang Inggeris dilaksanakan di Terengganu sejak zaman Sultan Zainal Abidin III dengan
menubuhkan Joint Court yang dipengerusikan oleh British agent. Ia membicarakan kes-kes berkaitan
orang-orang Inggeris bagi kesalahan jenayah dan sivil (Abu Bakar Abdullah, h. 127).
Johor
2. Dengan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 berkaitan fasal 46 dan 47-iaitu
ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Johor-Akibatnya ahli majlis
terbuka kepada umum maka Inggeris telah masukkan ramai orang-orangnya dan telah meluluskan
undang-undang Inggeris untuk dikuatkuasakan di Johor.
3. Inggeris juga telah mengenepikan undang-undang Islam dengan menipu tafsiran terhadap maksud
“undang-undang” dan “Adat Resam Negeri”- akibatnya undang-undang Islam terhapus perlahan-lahan
dan digantikan dengan undang-undang Inggeris yang mempunyai kuasa yang banyak.
Sabah
4. Pada 1881- Inggeris kurniakan Piagam kepada Syarikat Borneo Utara Inggeris menyebabkan tahun
1882- Sabah dikuasai sepenuhnya oleh Inggeris melalui mandat yang diberikan kepada Syarikat
Borneo Utara. Akibatnya Inggeris makin berkuasa. Gabenor Sabah yang hendak dilantik mesti
mendapat persetujuan Inggeris.
5. Inggeris mempunyai kuasa veto- semua hubungan Sabah dengan negara luar dan dengan Brunei di
bawah kuasa Kerajaan Inggeris (Abu Bakar Abdullah, h. 130).
Sambungan….

Sarawak
1. Di bawah pentadbiran Brooke,Sarawak telah diperkenalkan dengan undang-undang Inggeris dalam
pelbagai bidang mencakupi jenayah seperti membunuh,menyamun dan lain-lain,undang-undang yang
menentukan kebebasan berniaga dan menubuhkan jentera pentadbiran atas prinsip menghormati
adat resam penduduk tempatan (Abu Bakar Abdullah, h.131).
2. Pada 14Jun 1888- perjanjian antara Rajah Brooke ke 2 dengan kerajaan Inggeris –Sarawak diletak
secara langsung bawah jajahan Inggeris di London. Kemudiannya Sabah dan Sarawak diletak bawah
kerajaan Negeri Selat- akibatnya undang –undang yang dipakai adalah undang-undang Inggeris kecuali
hal ehwal adat resam penduduk tempatan,undang-undang kekeluargaan Islam bagi orang Islam dan
undang-undang diri bagi orang Cina (Abu Bakar Abdullah h.131).
3. Sistem mahkamah telah disusun di bawah Sarawak North Borneo dan Brunei (Courts) Order in Council
1951.Diluluskan Law Of Sarawak Ordinance 1928 dan Civil Law Ordinance 1928- Akibatnya telah
ditubuhkan mahkamah tertinggi bagi Sarawak,Borneo Utara dan Brunei yang mengandungi mahkamah
ulang bicara di mahkamah tinggi.
4. Undang-undang Islam dan adat Melayu dianggap sebagai adat anak negeri ditadbir oleh Mahkamah
Anak Negeri. Bagi orang Cina–ditadbir oleh Mahkamah Cina di Kuching, adat Cina tidak pernah ditadbir
sebagai adat anak negeri.
Kesan Kedatangan Inggeris Terhadap Undang-undang Islam

1. Walaupun Raja/ Sultan mempunyai kuasa membuat undang-undang ,tapi kuasanya hanya terhad
setakat memberi persetujuan pada undang-undang yang diluluskanoleh Majlis Negeri (Ahmad
Ibrahim, h.322).
2. Campurtangan Inggeris dapat dilihat dalam:
a) pentadbiran undang-undang Islam,perlantikan kadi dan pegawai-pegawai. Contohnya pada
1881perlantikan kadi dan penghulu yang telah disetujui oleh majlis negeri telah tidak dapat
diluatkuasakan kecuali setelah mendapat persetujuan gabenor negeri-negeri selat.
b) Bidangkuasa mahkamah syariah di negeri-negeri Melayu dihadkan daripada menjalankan pentadbiran
undang-undang Islam dan menyekat kuasa kadi walaupun sebelum Inggeris datang kadi berkuasa
membicarakan kes mahkamah. Di Perak dengan berkuatkuasa undang-undang 1980 kadi tidak boleh
mengenakan denda lebih daripada 5.00 dan kadi besar tidak boleh lebih daripada 10.00 dan
membicarakan kes-kes sivil tidak lebih 25.00 (Ahmad Ibrahim, h. 323)
c) Hukuman yang dibenarkan kepada kadi ditetapkan oleh undang-undang negeri tidak lebih 250.00 dan
penjara tidak lebih 6 bulan. Apabila pesalah dijatuhi hukuman penjara, maka hukuman itu hendaklah
disahkan oleh mahkamah majistret.
d) Enakmen pendaftaran undang-undang Islam, undang-undang acara dan undang-undang keterangan
telah dipengaruhi oleh undang-undang Inggeris.
Kesan undang-undang Inggeris Terhadap Undang-undang Islam

1. Undang-undang Inggeris telah diserap ke Negeri Melayu melalui 2 cara:


a) Melalui perundangan
b) Melalui keputusan hakim yang banyak mengikut undang-undang Inggeris dari India seperti
Penal Code, Evidence Ordinance dan Contract Ordinance, Enakmen tanah. Hakim Inggeris
dilantik di mahkamah awam di Negeri-negeri Melayu dengan merujuk undang-undang
Inggeris dengan menjadikannya sebagai alasan dalam keputusan penghakiman.
2. Pada 1937-diluluskan Enakmen undang-undang sivil untuk dipakai di Negeri Melayu
Bersekutu yang memperuntukan Common Law dan Kaedah Ekuiti yang ditadbir di England
pada tarikh kuatkuasa. Enakmen UU sivil 1937 telah diperluaskan ke
Johor,Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu oleh Ordinance Undang-Undang Sivil 1951. pada
1956 – diadakan Ordinan UU sivil 1956 untuk Persekutuan tanah Melayu Termasuk Pulau
Pinang dan Melaka. (Ahmad Ibrahim, h.324).
3. Apabila wujudnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, ia telah menentukan
bidangkuasa Mahkamah Syariah dan setakat mana undang-undang Islam dapat dilaksanakan
di bawah kuasa negeri, termasuklah:
1. Hukum syarak berkaitan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut
agama Islam,termasuk hukum syarak yang berhubung dengan perwarisan harta yang
berwasiat dan tidak berwasiat,pertunangan,perkahwinan,perceraian,mas
kahwin,nafkah,pengambilan anak angkat,taraf anak,penjagaan
anak,pemberian,pembahagian harta dan amanah bukan khairat.
2. Wakaf Islam dan takrif serta peraturan amanah khairat dan khairat agama,perlantikan
pemegang amanah dan perbadanan tentang pemberian agama Islam dan
khairat,yayasan,amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemua sekali
dalam negeri.
3. Adat istiadat Melayu.
4. Zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya.
5. Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam
6. Mengadakan dan menghukum orang yang menganut agama Islam yang melakukan
kesalahan rukun Islam, kecuali perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan.
7. keanggotaan,penyusunan dan acara bagi mahkamah syariah yang akan mempunyai bidangkuasa
hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya tentang mana-mana perkara yang
termasuk dalam perenggan ini tetapi tidak mempunyai bidangkuasa tentang kesalahan kecuali setakat
yang diberi oleh undang-undang persekutuan.
8. Mengawal perkembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama
Islam,menentukan perkara-perkara hukum syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
Undang- undang Syariah Negeri yang dirampas dan disekat penggunaannya oleh undang-undang
persekutuan antaranya ialah:
a) Perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat oleh Probate and Administration, Act dan Small Estates
(Distribution) Act.- kadi hanya diberikan tugas tentukan bahagian ahli waris sahaja.
b) Undang-undang jenayah- bidang kuasa Mahkamah Syariah ditentukan oleh FC. Muslim Courts
(Criminal Jurisdiction) Act 1965- memperuntukan hukuman tidak lebih 1000.00 denda,penjara tidak
lebih 6 bulan atau kedua-duanya. Kemudian (pindaan 1984) memperuntukan hukuman kepada
penjara maksimum 3 tahun, denda maksimum 5000.00 atau sebat 6 rotan atau gabungan antara
hukuman tersebut. Hukuman hudud dan qisas seperti yang ditetapkan dalam al-Quran belum dapat
dilaksanakam (Ahmad Ibrahim, h. 326).
c) Undang-undang Islam hanya dikenakan ke atas orang yang menganut agama Islam sahaja.
‫‪Sekian, Terima Kasih‬‬

‫وباهلل توفيق والهدايه‬


‫والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

You might also like