You are on page 1of 2

1.1.

1 Campur tangan di Perak


Perak merupakan negeri Melayu terawal yang menerima kemasukan pengaruh politik
British. British mengambil kesempatan ini akibat daripada perebutan takhta kerajaan Perak
dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.

Dalam soal perebutan tahkta, masalah bermula pada tahun 1851 apabila Sultan Abdullah
mangkat. Raja Yusof yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara telah digantikan oleh Raja
Ismail. Apabila Sultan Jaffar mangkat pada tahun 1865, Raja Yusof yang pernah memegang
jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak. Manakala
anak kepada Sultan Jaafar iaitu Sultan Abdullah telah dilantik.

Sementara itu, wujud perbalahan di antara kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San untuk
merebut kawasan lombong-lombong baru. Perbalahan mereka mencetuskan Perang Larut
Pertama hingga Ketiga pada tahun 1861, 1865 dan 1872.

Kedua-dua masalah ini menimbulkan suasana yang kurang sesuai untuk perkembangan
perdagangan British. Ini telah mendorong British untuk campur tangan dengan menjemput
pembesar Melayu dan pemimpin Cina untuk mengadakan rundingan. Hasilnya, Perjanjian
Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874. Antara syarat utama perjanjian ialah:
a) Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah
b) Raja Ismail diberi geleran Sultan Muda dan diberi pencen
c) Daerah Larut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen British yang akan
bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut, Ngah Ibrahim.
d) Sultan Abdullah bersetuju menerima seorang Residen British yang akan menasihati sultan
dalam hal-ehwal pentadbiran kegeri, kecuali aspek agama dan adat istiadat. Residen juga
berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri.
e) Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk berdamai, melucutkan senjata dan
menubuhkan asebuah jawatankuasa untuk menangani masalah tuntutan kawasan
perlombongan.

1.1.2 Campur Tangan di Selangor


Campur tangan British bermula ekoran daripada perbalahan di antara Raja Abdullah dan Raja
Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan bijih timah. Sultan
Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menangani masalah tersebut. Tengku Kudin
dan puteranya Raja Ismail menyokong Raja Abdullah. Sokongan ini diperkuat lagi dengan
adanya sokongan daripada Yap Ah Loy. Manakala Raja Mahadi disokong oleh kumpulan Kah
Yeng Chew.

1.1.3 Campur Tangan di Sungai Ujong


Di Sungai Ujong, British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran perbalahan antara
Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih
timah di Sungai Linggi. Pada 21 April 1874, Datuk Kelana bersetuju untuk menerima
perlindungan British. Ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai
Ujong. Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana. Ini
meyebabkan Datuk Kelana meminta bantuan perlindungan daripada British dan sebagai
balasannya beliau bersetuju menerima seorang Residen British. Akhirnya, melalui perjanjian
pada 16 September 1874, Datuk Kelana menerima W.I. Tatham sebagai Penolong Residen.
1.1.4 Campur Tangan di Negeri Sembilan
Melalui usaha-usaha yang dimainkan oleh Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri
Sembilan jatuh satu persatu di bawah selian British. Menjelang tahun 1888, hanya daerah
Tapin yang belum diambil oleh British. Namun dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau,
daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Sri Menanti. Gabungan ini juga bersetuju
untuk menerima seorang Residen British pada tahun 1889, iaitu Martin Lister. Gabungan ini
bertambah besar apabila Sunga Ujong dan Jelebu bersetuju untuk serta dan menerima Residen
British.

1.1.5 Campur Tangan di Pahang


Hasrat British untuk campur tangan di Pahang telah lahir pada awal tahun 1800-an. Pada
peringkat awal, British tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana Pahang
tidak mengalami masalah perebutan takhta ataupun perbalahan kumpulan kongsi
gelap. Peluang terbuka apabila timbul pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad
dengan adiknya Wan Mansur pada 1884.

Wan Ahmad telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dan melantik puteranya
sebagai pewaris takhta. Ini menyebabkan adik baginda tidak bersetuju dengan keputusannya
dan mula untuk melancarkan serangan. Namun tidak berjaya apabila dihalang oleh
British. Pada bulan April 1885, Frank Swettenham telah di hantar ke Pahang untuk
menyelesaikan secara aman perbalahan ini dan mencadangkan supaya sultan Pahang menerima
seorang residen. Namun permintaan ini ditolak. Desakan demi desakan telah menyebabkan
Sultan Ahmad meneria seorang residen pada 8 Oktober 1887 dan John Pickersgill sebagai
residen pertama Pahang.

You might also like