You are on page 1of 6

59

3.3 DINAMIKA ZON PINGGIR PANTAI

Zon pinggir pantai merupakan suatu ekosistem yang kompleks dan dinamik. Secara
tabiinya, ia bersifat sensitif kerana sebarang perubahan minimal akan membawa
implikasi kepada keseluruhan sistem zon tersebut (Jamaluddin Md. Jahi 1990). Pada
umumnya, zon pinggir pantai adalah lebih kepada konsep perairan yang terdapat di
antara garisan pemisah daratan dan lautan manifestasi daripada interaksi antara
litosfera, hidrosfera, atmosfera dan biosfera. Tenaga yang terhasil daripada proses
atmosfera memberikan altenatif impak utama bagi kewujudan fenomena ombak.
Seterusnya membawa kepada proses dan persekitarar zon pinggir pantai (Zenkovich
re67).

Menurut Zelina (1993), zon pinggir pantai merupakan kawasan daratan


menerusi laut. Keluasan zon pinggr pantai dianggap sebagai kawasan dalam mana
daratan mempengaruhi laut dan memanjang ke arah daratan sejauh mafla laut itu
mempengaruhi daratan. Beliau menganggarkan had zon pinggir pantai di kawasan
daratan adalah meliputi regim yang dimanipulasi oleh aktiviti manusia sehingga
menyebabkan ekosistem lautan mengalami gangguan dan kemusnahan. Zon pinggqr
pantai secara kuantifikasinya merujuk kepada suatu jaluran tanah sehingga lima
kilometer ke daratan dari garisan pantai yang merupakan garis pertemuan antaru ai
laut dan darutan. Sekiranya zon pinggir pantu itu mempunyai paya bakau atau paya
nipah maka zon itu melibatkan lima kilometer dari sempadan dxatan paya tersebut.
Dalam kes paya gambut pula, zon pinggir pantai bermula dari garis pesisir sehingga
had paling ke daratan paya itu yang mungkin lebih lima kilometer lebarnya. Manakala
zon ke arah laut, hadnya sehingga 200 batu nautika (320 km) dari garis pesisir yang
meliputi zon ekonomi eksklusif negara.

Menurut Fox (1983), pinggrr pantai merupakan suatu jaluran tanah dataran
yang berdekatan dengan laut. Ia menganjur ke darat daripada parfiai ke zon perubahan
tanah yang pertama. Pinggir pantai terletak di pinggiran tanah daratan berdekatan
pantai dan membentuk sempadan arfiara zon pantai dan pinggir pantai. Di pinggir
di kaki tebing tingg dan sempadan pinggir pantai
pantai berbatu, pantai terletak
ditandai oleh tebing tingg tersebut. Di pulau, sempadan pinggir pantai ditandai
60

dengan kawasan gumuk. Di kawasan landai, pinggrr pantai berpaya pula sempadan
dirujuk kepada kawasan yang me,mpunyai tumbuhan.

Pada umumny4 sumber di zon pinggr pantai dapat dibahagikan kepada dua
kategori utama iaitu sumber berasaskan daratan dan sumber berasaskan lautan
(Jamaluddin Md. Jahi 1995). Daripada segi sejarah, zor pinggir pantai berperanan
sebagai tempat pertemuan bagi menghubungkan orang asing atau pedagang dengan
penduduk tempatan. Aktiviti perdagangan dan perniagaan berkembang pesat
mewujudkan pelabuhan di sepanjang pesisir zon ini. Malah kawasan tanah pamah dan
muara sungai di kawasan zon pinggir pantai telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai
tapak untuk tempat tinggal kerana lokasinya yang strategik daripada aspek
keselamatan, kemudahan pengangkutan, mencari makanan dan aktiviti bercucuk
tanam. Penduduk di kawasan pinggrr sungai dan pedalaman membawa hasil pertanian,
ubatan dan kayu-kayan ke kawasan pantai untuk dipasarkan. Pertumbuhan petempatan
lebih maju di zon pantai berbanding dengan pedalaman kerana kepesatan
pertumbuhan ekonominya.

Di samping nilai ekonomi dan fizikal, satu lagi perkara yarlg lebih penting
adalah zon pinggir pantai merupakan tapak tempat tinggal lebih separuh penduduk
dunia. Sebahagian besar bandar-bandar utama dunia terletak di pinggfu pantai.
Malahan, pakar Bank Duniapada tahun 1994 menganggarkan bahawa 2/3 penduduk
negara membangun akan tinggal di kawasan pinggir pantai menjelang tahun 2000
(World Coastal Conference 1994). Zon pinggtrr pantai merupakan suatu kawasan
berlakunya proses fizrkal semulajadi paling dinamik iaitu jisim daratan menerima
tindakan daripada proses-proses fiztkal lautan (Ketchum 1972). Bagaimanapun,
aktiviti manusia boleh mengubah proses tersebut dan seterusnya mengganggu
keseimb an gan zon pinggrr pantai.

Pelbagai jenis kegunaan terdapat di zon pinggr pantai. Lri disebabkan zon
pinggir pantai merangkumi kawasan daratan, muara sungai dan perairan pinggir pantai
yang luas. Kegunaan zon pinggir pantai untuk tujuan manusia dapat ditinjau daripada
banyak segi yang berfujuan untuk menampung kehidupan dan menambahkan potensi
pendapatan, kewangan, keselamatanharta benda serta nyawa ataupun sebagai tapak
untuk tujuan tertentu (Jamaluddin Md. Jahi 2000). Dengan itu, biasanya zon pinggir
6t

digunakan unfuk memenuhi keperluan manusia melalui aktiviti perlombongan,


perhutanan, pertanian, perikanan termasuk akuakultur, perlombongan, perhutanan,
industri, pengangkutan, perdagangan dan pelancongan & rekreasi (Rajah 3.2).

Daripada segi ekologi, zon pinggrr pantai merupakan kawasan aktiviti


biogeokimia yang dinamik. Kawasan hutan pantai Malaysia merupakan atfiaru
ekosistem yang paling kompleks di dunia. Ia menjadi habitat pelbagai jenis flora dan
fauna yang mempunyai pelbagai fungsi serta kegunaan. Hutan zon pinggir pantai
terutamanya hutan paya bakau memainkan peranan penting di dalam perlindungan dan
pemuliharaan ekosistem pinggr pantai. Hutan bakau merupakan tempat penetasan,
pembiakan dan habitat penting bagi pelbagai spesis ikan, udang, ketam dan kerangan.
Paya bakau juga berperanan dalam mengawal kualiti air dengan memerangkap
sedimen dan bahan partikulat lain, sekaligus membantu mengawal pemendapan yang
merosakkan terumbu karang di perairan pinggir pantai (Jamaluddin Md. Jahi 2000).
Malah hutan bakau bukan sekadar berfungsi sebagai penghalang semuljadi hakisan
dan angin kencang tetapi berupaya menstabil dan meluaskan zon pinggir pantai
dengan memerangkap sedimen.

Di Malaysia, jaringan zon pinggir pantai meliputi kawasan seluas lebih kurang 4
416 292 hektar ataupun bersamaan dengan 13.3 % keluasan negara. Daripada aspek
kegunaan, zon pinggir pantai di Malaysia dibangunkan berdasarkan sumber alam
yang tersedia. Ia meliputi jaluran tanah pamah pinggir pantai, kawasan daratan, tanih,
mineral, perairan dan muara sungai di kawasan pesisir pantu, hutan, paya bakau,
hidupan liar, paya gambut, pantai dan pulau serta terumbu karang. Sumber ini
seterusnya dibangunkan untuk tujuan ekonomi seperti perikanan, perlombongan,
pertanian, pembalakan, perusahaan dan pelancongan (Jamaluddin Md. Jahi &
Kadaruddin Aiyub 1997). Terdapat beberapa kegunaan khusus zon pinggir pantai
seperti untuk tujuan saintifik, estetika dan arkeologi (Jadual 3.1 dan Jadual3.2).
Petempatan/
bandar

Tempat kediaman,
Pentadbiran
Bahan Barangan
Makanan perdagangan

Mineral, Kawasan tambahan


bahan binaan KEPERLUAN unflrk pembangunan
MANUSIA

Hasil
Hutan

Kepentingan Perdagangan,
masa senggang perhubungan jalan air

RAJAH 3.2 Kegunaan Sumber ZonPinggSr Pantai

Sumber : Dipetik daripada Jamaludin Md. Jahi 2000


63

Sejajar dengan kesedaran alam sekitar sejagat, zon pinggir pantai turut
berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan. Di sepanjang
garis pinggir pantai negara, terdapat banyak kawasan hutan paya bakau dan terumbu
karang yang dipulihara sebagai taman negara, kawasan lindungan hidupan liar dan
hutan simpan. Sebanyak 43 buah pulau telah diwartakan sebagai taman marin.
Perairan pinggir pantai di Malaysia mempunyai sebanyak 87 buah terumbu karang
yang telah dikenalpasti (Jabatan Alam Sekitar 1998).

JADUAL 3.1 Sumber dan KegrrnaanZon Pinggir Pantai

Sumber Kegunaan utama Kegunaan khusus


- Dataran pamah - Perikanan - Penyelidikan
- Tanih - Perlombongan - Pendidikan
- Pasir - Pembalakan - Pemeliharaan
- Mineral - Pertanian - Pemuliharaan
- Air - Perusahaan - Pertahanan
- Hutan bakau - Pelancongan - Rekreasi
- Pulau - Perdagangan - Estetika
- Pantai - Perniagaan - Arkeologi
- Terumbu karang - Petempatan - Sejarah
- Selut - Pengangkutan - Saintifik
- Fauna - Perhubungan - Ekosistem
- Flora - Prasarana - Habitat

Sumber : Diubahsuai daripada French 1997 danJamaluddin Md Jahi &


Kadaruddin Aiyub 1997.
64

Jadual 3.2 : Aktiviti Ekonomi Zon Pinggir Pantai di Malaysia

Aktiviti ekonomi Sumber zon pinggir pantai


Perikanan Sumber 1aut, muara sungai, paya bakau
Perlombongan Sumber petroleum, gas asli, mineral
Pertanian Tanah alluvium untuk tanaman padi,
Tanah gambut - nenas, pasir - kelapa dll
Pembalakan Hutan bakau, hutan hujan tropika, nipah
Perusahaan Industri berasaskan ikan, balak, lombong
dan hasil tani
Pelancongan Pantai, terumbu karang, pulau, pemandangan
Perdagangan Jual beli hasil ekonomi, eksport dan import

Sumber : Diubahsuai daripada French 1997 dan Jamaluddin Md Jahi &


Kadaruddin Aiyub 1997.

You might also like