You are on page 1of 16

2.

Transformasi masyarakat
2.1 Perluasan kuasa asing

Perincikan tahap-tahap perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri


Melayu Utara hingga tahun 1909.

Pengenalan
Penguasaan Inggeris terhadap negeri-negeri Melayu Utara pada dasarnya adalah
untuk kepentingan perdagangan. Namun disebabkan kebimbangan terhadap kuasa
asing yang lain seperti Jerman, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menyebabkan
Inggeris mula mengorak langkah untuk menguasai negeri-negeri Melayu yang terdiri
daripada Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Bagaimanapun pada ketika itu
Siam telahpun menguasai negeri-negeri tersebut. Usaha ke arah perluasan kuasa
Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara bermula daripada Perjanjian Burney 1826
hingga Perjanjian Bangkok 1909

Isi
Perjanjian Burney yang ditandatangani pada 20 Jun 1826 merupakan kebimbangan
Inggeris terhadap Siam dan juga Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU). Apabila raja
Siam cuba memulihkan hubungan dengan NNMU, Siam telah memaksa Kedah untuk
menawan Perak dan memaksa Perak menghantar bunga ufti. Siam juga telah menuduh
Kedah berkomplot dengan Burma menentang Siam. Raja Siam juga telah
mempersoalkan penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris tanpa izin daripada Siam.
Sultan Ahmad Tajudin yang memerintah ketika itu tidak menghiraukan arahan Raja
Siam. Keadaan ini menyebabkan Siam menyerang Kedah dan Sultan telah cuba
meminta bantuan Inggeris. Bagi Inggeris hubungan perdagangan adalah penting sama
ada Siam atau NNMU. Tekanan daripada Siam untuk memutuskan hubungan
perdagangan telah menyebabkan Inggeris menghantar John Crawford untuk
memulihkan hubungan tetapi gagal. Usaha ini berjaya apabila Henry Burney dihantar
ke Bangkok dan satu perjanjian telah yang dikenali Perjanjian Burney telah
ditandatangani

Apa yang nyata kesan daripada perjanjian ini telah membawa kepada kegagalan
Sultan Kedah untuk mendapatkan takhtanya. Namun demikian baginda telah
menghantar putera sulungnya Tengku Daik ke Bangkok untuk membuat rayuan dan
Siam menerima pula rayuan tersebut. Bagaimanapun negeri Kedah semakin kecil
kerana sebahagiannya telah diwujudkan negeri baru yang dikenali sebagai Perlis,
namun Kedah dan Perlis tetap menjadi jajahan Siam. Bagi Inggeris perjanjian ini
berjaya menyekat pengaruh Siam di Tanah Melayu

Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa-kuasa barat yang lain telah mendorong


Inggeris menandatagani beberapa perjanjian bagi memastikan kepentingan mereka
terjamin. Ini terbukti apabila Inggeris membuat perjanjian dengan Perancis pada 15
Jun 1896. Perjanjian ini sebenarnya bertujuan untuk melindungi kepentingan British
di Siam dan Tanah Melayu serta menjamin kemerdekaan di Lembah Menam Chao
Phrya yang paling kaya di Siam ketika itu dan penting untuk perdagangan British.
Dengan adanya perjanjian ini, Inggeris Berjaya menyekat perluasan kuasa Perancis ke
Siam dan menjadikan Siam sebagai Negara penampan untuk mengelakkan
pertembungan kuasa antara Inggeris di Burma dan India serta Perancis di Indo China

Inggeris juga telah membuat perjanjian sulit British Siam pada 6 April 1897.
Perjanjian ini dibuat bagi memastikan tiada kuasa Eropah lain menguasai NNMU. Ini
memandangkan kuasa-kuasa Eropah yang lain sudah mula bertapak di beberapa
tempat seperti Langkawi dan Lembah Menam. Melalui perjanjian ini Siam tidak boleh
menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kuasa Barat yang lain.
Siam juga berjanji tidak akan menyerahkan hak perdagangan dan wilayah kepada
kuasa asing yang lain tanpa persetujuan British. Ini membuktikan bahawa perjanjian
ini memperlihatkan satu dasar permulaan kearah penguasaan Inggeris ke atas NNMU.
Frank Swettenham iaitu Gabenor NS dan PJT NNMB berjanji akan mempengaruhi
Kerajaan Britain utk mengubah dasarnya ke atas NNMU. Menurutnya Siam tdk
berupaya menguruskan NNMU dan kemungkinan meminta bantuak kuasa Eropah yg
lain. Justru itu Inggeris perlu melindungi negeri tersebut agar tdk jatuh ke tangan
kuasa Eropah yg lain. Frank juga tlh memberi kata dua kpd Siam iaitu sekiranya Siam
enggan berunding dgnnyya, Inggeris akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu
sebagai negeri bebas. Ugutan tersebut telah membawa kpd pengisytiharaan Inggeris
Siam 1902. Berdasarkan perjanjian ini Kelantan terpaksa menerima seorang penasihat
British, iaitu W.A.Graham. begitu juga Kedah dan Perlis yang menerima penasihat
British pada tahun 1905. Bagaimanapun Terengganu bukan sahaja tidak menerima
Penasihat British malah tidak mengiktiraf peristiharaan 1902. Dengan peristiharaan
ini pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

Pada tahun 1904 British dan Perancis telah mengadakan pakatan utk bekerjasama.
Pakatan ini berjaya menamatkan perluasan kuasa dan pengaruh Perancis di NNMU.
Pakatan ini membawa kesan negatif kpd Siam kerana British enggan membantu Siam
ketika Perancis menyerang dan merampas wilayah Siam. Ini bermakna British tdk
mematuhi isi perjanjian Sulit British Siam yg ditandatangani pada 1897. Siam ingin
membatalkan perjanjian 1897 tetapi sedar British tdk akan sewenang-wenangnya
menghapuskan perjanjian tersebut. Siam mula menyedari bahawa NNMU tidak
senang dengan penguasaan Siam di negeri mereka. Bagi Siam menjalin hubungan
dengan NNMU tidak membawa sebarang keuntungan, malah Siam terpaksa member
pinjaman wang kepada Kedah sebanyak SP$2 juta bagi membiayai bagi upacara
perkahwinan diraja yang boros. Ini menyebabkan Siam menghadapi masalah
kewangan yang serius. Oleh itu Siam berhasrat untuk menyerahkan NNMU kepada
Inggeris dengan syarat Inggeris bersetuju memansuhkan hak wilayah asingan di Siam
yang diperolihi dari Siam dalam Perjanjian Bowring pada tahun 1855

Rundingan telah diadakan di Bangkok. Satu perjanjian telah ditandatangani yang


dikenali sebagai perjanjian Bangkok 1909. Menurut perjanjian ini, Siam bersetuju
menyerahkan NNMU kepada Inggeris. Sebagai timbal balik, Inggeris bersetuju
menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam. Siam juga bersetuju tidak akan
menyerahkan atau memajak sesebuah wilayah ke Selatan Ratburi kepada kerajaan
asing yang lain selain daripada Inggeris

Penutup
Perjanjian Bangkok telah memantapkan lagi penguasaan Inggeris ke atas NNMU.
Dengan ini kesemua NNMU telah menerima seorang penasihat British yang bertugas
menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat istiadat.
Perjanjian ini juga telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu
dan menjamin monopoli perdagangan dan kuasa politk British di Tanah Melayu.

Bincangkan usaha-usaha James Brooke untuk meluaskan pengaruhnya


ke atas negeri Sarawak

Pengenalan
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri
Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari
peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana
terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau
Pinang.

Peluang untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian
masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato’ Patinggi Ali. Sarawak pada ketika itu
berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah
Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota
tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang tinggi
dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato’ Patinggi Ali
menentang dasar yang diperkenalkan itu.

Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim
untuk menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim
meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor
jika berjaya menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan
pemberontakan membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran
Muda Hashim pada September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya
menjadi Gabenor Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan
Brunei mengiktiraf Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan
Brunei telah menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke
kawasan di antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.

James Brooke mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang
ditetapkan oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan
pengeluaran sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk
menjaga keamanan di kawasan itu. Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James
Brooke semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke
tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai
Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung
Kidurong

James Brooke telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan
alasan untuk menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur
tangan James Brooke di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat
telah dibunuh oleh sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas
akan berlaku, Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke.
James Brooke juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin
supaya menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya
menguasai Mukah.

Untuk menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu
pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai
beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini membangkitkan
kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah bersedia
menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke talah
melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat
bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861,
James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di
Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong.
Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.

Sebenarnya penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang


ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini British
akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu Sarawak
menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah Sarawak
dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.

Penutup

Kedatangan James Brooke telah membawa perubahan pentadbiran daripada


kesultanan Brunei kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang
akhirnya membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke

Perpindahan Pusat Pentadbiran Neger--Negeri Selat

Kelemahan sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat di India menyebabkan ianya


dipindahkan ke London. Bincangkan.

Sejak Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan British di India,


maka telah timbul pelbagai sungutan di kalangan masyarakat di Negeri-negeri Selat
dan golongan saudagar. ini kerana pada keseluruhannya, kerajaan India tidak dapat
mengawal keadaan di Negeri-negeri Selat. Malahan, mereka juga tidak suka berada di
bawah pengawalan India kerana sikap tidak ambil peduli terhadap hal-ehwal Negeri-
negeri Selat yang akhirnya banyak menimbulkan pelbagai masalah pentadbiran dan
kemerosotan ekonomi, terutama di Singapura. Akhirnya, timbul isu mendesak oleh
rakyat tempatan khususnya para pedagang Singapura supaya pentadbiran Negeri-
negeri Selat dipindahkan ke London
Isu perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat telah ditimbulkan oleh George Eari
dan diteruskan oleh Anderson pada tahun 1840-an. Isu ini terus memuncak apabila
kerajaan India memutuskan bahawa kerajaan akan melaksanakan penggunaan mata
wang Rupee dan cukai pelabuhan akan dikenakan di Negeri-negeri Selat pada tahun
1855 dan 1856. Isu perpindahan ini akhirnya dimuatkan di akhhar dan menjadi
perbincangan hangat di kalangan saudagar. Pada bulan April 1858, isu ini telah
dibentangkan di Parlimen British. Golongan saudagar diketuai oleh W.H Read dan
bekerjasama dengan John Crowford bekas Residen Singapura telah berusaha
mempengaruhi menteri dan ahli Parlimen British untuk menyokong perpindahan
pentadbiran Negeri-negeri Selat. Kerajaan British telah menghantar Sir Hewlee
Robinson ke Negeri-negeri Selat untuk laporan peruntukan yang diperlukan Akhirnya
pada 1 April 1867, pentadhiran Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah kawalan
Pejabat Tanah Jajahan di London.
Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat,
misalnya sikap tidak prihatin dan pengabaian kerajaan India terhadap masalah Negeri-
negeri Selat telah menyebabkan ianya terpaksa dipindahkan ke Landon.
Memandangkan kedudukan Negeri-negeri Selat yang terletak jauh dari India, maka
sukar untuk kerajaan India melaksanakan pendbirannya dengan berkesan. Tambahan
pula, masalah pentadbiran di Negeri-negeri Selat tidak serupa dengan masalah yang
dihadapi oleh kerajaan India di negara tersebut. Sikap pengabaian kerajaan India
terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat terserlah apabila Syarikat Hindia Timur
kehilangan monopoli perdagangan di negara China pada tahun 1833. ini kerana
Syarikat Hindia Timur tidak lagi memerlukan negeri negeri Selat sebagai pelabuhan
persinggahan bagi sebilangan kapalnya yang berlayar di antara India dengan Negara
China. Pengabaian oleh kerajaan India juga jelas dalam hal-hal seperti kegiatan lanun
yang berleluasa di perairan Selat Melaka yang boleh menyebabkan keselamatan
pedagang dan perdagangan di negeri-negeri Selat terancam. Kegiatan kongsi Gelap
Cina turut mengganggu perdagangan dan ketenteraman di Negeri-negeri Selat.
Golongan pedagang membantah kegiatan tersebut kerana mengancam keamanan yang
diperlukan bagi kemajuan perdagangan. Walau bagaimanapun, kerajaan India tidak
mahu mengatasi masalah tersebut kerana pendapatan yang diperoleh dari negeri-
negeri Selat tidak cukup dan kerajaan India tidak mahu menggunakan wang mereka
sendiri.
Dasar pengurangan pegawai juga telah dilakukan oleh kerajaan India untuk
menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-negeri Selat seterusnya menyebabkan
kecekapan pentadbiran negeri-negeri Selat telah merosot. Ini kerana negeri-negeri
Selat semakin maju, namun bilagan pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat
juga tidak terlatih dalam sistem pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka masih
muda dan tidak faham tentang bahasa serta adat resam penduduk tempatan. Oleh itu,
timbul pelbagai masalah dalam sistem pentadbiran dan sukar untuk mereka
melaksanakan tugas dengan cekap. Pegawai yang dihantar juga tidak bekerja dengan
bersungguh-sungguh kerana gaji mereka yang rendah dan kenaikan pangkat yang
tidak terjamin. Akibat daripada masalah tersebut, amalan rasuah berleluasa di
kalangan pegawai. Kerajaan India juga mengabaikan keamanan dan undang-undang
di Negeri-negeri Selat, di mana bilangan anggota polis tidak cukup untuk menjaga
ketenterarnan. Misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk
menjaga penduduk seramai 16 000 orang di Singapura. Begitu juga dengan sistem
keadilan di Negeri-negeri Selat yang tidak cekap kerana tidak ada hakim dan peguam
yang terlatih serta kekurangan mahkamah untuk membicara dan mengadili kes-kes
jenayah serta awam. Misalnya, hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat
pada tahun 1856. Ini juga menyebabkan banyak kes tertangguh, namun kerajaan India
tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.
Kelemahan dalam sistem perwakilan juga menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri
Selat dipindahkan Kerajaan Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan
untuk memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat berkenaan
pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di
Majlis Perundangan di Calcutta atau Parlimen. Undangundang yang diluluskan di
Calcutta ataupun di London tidak sama dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana
keadaan sosial ekonomi Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain.
Malahan, undang-undang digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-pegawai
tempatan. lni kerana pedagang Negeri-negeri Selat tidak puas hati dengan tindakan
kerajaan India. Oleh itu, menuntut penubuhan sebuah Majlis Perundangan dengan
perwakilan tempatan supaya mereka mempunyai hak dalam pentadbiran serta dasar-
dasar dan undang-undang dapat digubal berdasarkan pandangan pegawai tempatan.
Pembuangan banduan oleh kerajaan India ke Negeri-negeri Selat telah
menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan untuk mendesak kerajaan India
memindahkan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London. Menjelang tahun 1857,
lebih daripada 4000 orang banduan dihantar untuk menjalani latih hukuman di
Negeri-negeri Selat Saudgar Negeri-negeri Selat yang diketuai oleh WH Read
membantah keras tindakan India yang menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat
pembuangan banduan. Mereka mendakwa bahawa kehadiran banduan di sekeliling
mereka merendahkan imej serta mengancam nyawa mereka. Selain itu Negeri-negeri
Selat terpaksa membiayai semua perbelanjaan untuk menanggung banduan tersebut.
Mereka turut membantah tindakan kerajaan India yang sengaja menambah beban
kewangan dan sosial ke atas mereka. Kerajaan India juga mengamalkan dasar tidak
campur tangan di Negeri-negeri Selat yang akhirnya merugikan saudagar yang
berdagang. Mereka inginkan kerajaan India campur tangan dan menamatkan keadaan
huru-hara seperti perang perebutan takhta dan peperangan antara kongsi gelap Cina
yang semakin berleluasa demi meluaskan pengaruh Inggeris di negeri-negeri Melayu.
Mereka juga berharap keamanan di Negeri-negeri Selat dapat dipulihkan untuk
kemajuan perdagangan dan pelaburan. Narnun. kerajaan India degil dan enggan
melanggar dasar tidak campur tangan terhadap Negeri-negeri Selat. Sebaliknya,
kerajaan India mengikuti dasar proSiam. Dasar ini merugikan perdagangan Negeri-
negeri Selat. Perluasan kuasa Siam ke atas negeri-negeri Melayu seperti Kedah,
Kelantan dan Terengganu tidak disekat oleh kerajaan India. Akibatnya, perdagangan
Negeri-negeri Selat dengan negeri-negeri tersebut terjejas.
Pada tahun 1855 kerajaan India telah meluluskan Akta Mata Wang. Akta ini
menjadikan mata wang India, iaitu Rupee sebagai mata wang sah di Negeri-negeri
Selat untuk menggantikan mata wang Sepanyol. Saudagar Negeri-negeri Selat
menentang Akta Mata Wang ini kerana menjejaskan perdagangan mereka disebabkan
nilai mata wang Rupee tidak stabil berbanding nilal mata wang Sepanyol. Akibat
bantahan itu, kerajaan India menarik balik perlaksanaan Akta Mata Wang. Selain itu
pada tahun 1856, kerajaan India telah meluluskan satu lagi undang-undang, iaitu
mengenakan cukai pelabuhan ke atas Negeri-negeri Selat ini merupakan satu lagi cara
kerajaan India untuk memperoleh pendapatan dan Negeri-negeri Selat bagi
membiayai perbelanjaan Negeri-negeri Selat. Namun, langkah tersebut mengancan
taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat, terutama Singapura yang kemakmurannya
bergantung pada perdagangan bebasnya. Penentangan dibuat dan pengenaan cukai
pelabuhan ini akhirnya dimansuhkan.
Kesimpulannya, masalah dan kelemahan dalam sistem pentadbiran di Negeri-negeri
Selat yang berpunca daripada tindakan melulu tidak ambil peduli oleh kerajaan India
telah membawa kepada perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat, selepas
perpindahan kerajaan Negeri-negeri Selatt berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang rnenimbulkan rasa tidak puas hati. Antara langkah yang diambil ialah
menamhahkan bilangin hakim, kakitangan kerajaan, anggota polis dan sebagainya.
Pejabat Tanah Jajahan tetap meneruskan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri
Melayu sehingga Gabenor Sir Andrew Clarke memulakan dasar campur tangan pada
tahun 1874.
Analisakan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap
Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara pada akhir abad ke 19.

Pada awalnya, lnggeris menjalankan dasar tidak mahu campur tangan di negeri-negeri
Melayu Utara. Hasrat ini adalah bertujuan untuk melindungi hubungan baiknya
dengan pihak Siam. di samping cuba mengelakkan dan tercetusnya sengketa politik
yang boleh menyebabkan peperangan dan menelan perbelanjaan yang tinggi.
Bagaimanapun. hasrat ini tidak kekal lama. Minat lnggeris terhadap negeri-negeni
Melayu mulai berubah pada abad ke-19 daripada dasar tidak campur tangan kepada
dasar campur tangan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya perubahan sikap lnggeris


terhadap Negeri-negeri Melayu Utara. Pertamanya. adalah disebabkan tamatnya
permusuhan di antara Inggeris dan Perancis pada akhir abad ke-19. Sebelum itu.
kedua-dua kuasa saling bermusuhan. Masing-masing berusaha mengembangkan
pengaruh masing-masing untuk mengatasi satu sama lain di Asia Tenggara. Ketika
itu, Inggeris berada di Myanmar manakala Perancis di Indochina. Oleh itu, Inggeris
seboleh mungkin cuba mengelakkan daripada mempunyai sempadan yang sama
dengan Perancis. Walau bagaimanapun. pada 15 Januari 1896. Perjanjian Sulit
Inggeris-Perancis telah ditandatangani, kedua kedua kuasa telah menyatakan
persetujuan untuk tidak mara ke Lembah Menam Chao Phraya di Thailand.
Kemudiannya. persaingan Inggeris-Perancis telah ditamatkan dengan wujudnya
pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Dengan wujudnya hubungan baik di
antara Inggeris dan Perancis ini maka, Inggeris telah menggunakan peluang untuk
memberi perhatian kepada Negeri-negeri Melayu Utara. Secara tidak langsung,
Inggeris dapat menyekat kemungkinan berlakunya campur tangan Perancis di Siam
bagi menentang dasar imperialisme lnggenis.

Campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara juga adalah didorong oleh
wujudnya rasa bimbang terhadap penglibatan kuasa kuasa barat yang lain di Negeri-
negeri Melayu Utara. Menjelang tahun 1880-an, beberapa buah kuasa Eropah
bersaing untuk mendapatkan kawasan dari tanah jajahan di Asia Tenggara. Negara
Jerman telah wujud sebagai sebuah negara yang besar dan kuat selepas penyatuan
yang dibuat oleh Otto Von Bismark. Jerman yang ketika itu memerlukan sebuah
petempatan di Asia Tenggara telah cuba untuk mendapatkan Pulau Langkawi antara
tahun 1899 hingga tahun 1900. Manakala Rusia pula sedang memujuk pihak Siam di
Bangkok agar menyerahkan Teluk Siam dan Ujang Salang. Amerika Syarikat pula
sedang berusaha untuk mendapatkan Konsesi kawasan perlombongan arang batu di
Terengganu pada tahun 1901. Perluasan pengaruh kuasa-kuasa Eropah ini cukup
membimbangkan pihak Inggeris. Inggeris tidak mahu sebarang Negeri-negeri Melayu
Utara jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain. Demi kepentingan ekonomi dan politik
mereka. lnggeris perlu bertindak terlebih dahulu ke atas Negeri-negeri Melayu Utara
sebelum kuasa-kuasa barat lain berbuat demikian. Lagipun, Inggeris sudah pun
bertapak di negeri-negeri Melayu yang lain dan merasakan mereka mempunyai hal. ke
atas Negeri-negeri Melayu Utara.

Sikap pemerintah di Negeri-negeri Melayu Utara turut mempengaruhi minat Inggeris.


Sejak dari awal lagi Raja-Raja Melayu tidak begitu berminat berada di bawah
naungan Siam. Sultan Kelantan dan Terengganu masing masing berusaha
membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Sebagai bukti. pada tahun 1902
Sultan Muhammad dari Kelantan telah berangkat ke Singapura untuk meminta
perlindungan Inggeris. Sekiranya Inggeris enggan memberi perlindungan dan
bantuan. baginda akan cuba mendapatkan bantuan daripada kuasa Eropah yang lain.
Situasi ini menjadikan pihak Inggeris tidak mempunyai pilihan melainkan melibatkan
diri dan campur tangan di negeri tersebut.

Desakan daripada saudagar-saudagar turut mempengaruhi perubahan minat Inggeris.


Sebahagian besar daripada pedagang Eropah yang berada di Negeri-negeri Melayu
Utara ialah berbangsa lnggeris. Mereka mendesak agar pihak Inggeris turut
meluaskan proses campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara. Salah seorang
saudagar Inggeris yang berpengaruh ketika itu iaitu R.W. Duff. Beliau telah berjava
mendapatkan kawasan seluas 2000 batu persegi daripada Sultan Kelantan untuk
dimajukan. tetapi ditentang oleh Siam. Justeru itu. R.W. Duff telah mengemukakan
tuntutan kepada kerajaan Inggeris supaya campur tangan di Negeri-negeri Melayu
Utara terutamanva di Kelantan sebagai langkah penyelesaian kepada masalahnya.
Duff juga mengugut untuk mendapatkan bantuan Perancis dan Jerman sekiranya
Inggeris keberatan membantunya.

Di samping itu. pegawai-pegawai lnggeris di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri


Melayu Bersekutu turut memainkan peranan penting dalam mengubah dasar kerajaan
Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara. Frank Swettenham merupakan antara
tokoh penting yang berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris untuk memulakan
campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara. Sejak dari awal penglibatannya di
Negeri-negeri Melayu, beliau telah berusaha menyedarkan kerajaan lnggeris terhadap
pentingnya campur tangan di negeri-negeri Melayu. Turut sama menyokong minat ini
ialah Sir Fredrick Weld yang menggesa Pejabat Tanah Jajahan supaya mengiktiraf
dasar menegakkan kekuasaan Inggeris dalam erti kata sebenarnya di Tanah Melayu.
Beliau turut menyokong perluasan kuasa Inggeris di utara Tanah Melayu bagi
menyekat peluang kuasa Eropah lain bertindak menguasainya.

Kebetulan, pihak Siam sendiri menghadapi beberapa masalah yang mendorong


pihaknya melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara dan naungannya. Ketika itu.
pendapatan yang diperolehi dari Negeri-negeri Melayu Utara tidak menguntungkan.
Malahan Siam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung masalah
kewangan di negeri-negeri tersebut. Misalnya. negeri Kedah menghadapi krisis
kewangan kerana membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menguruskan
perkahwinan diraja. Siam terpaksa memberi pinjaman berjumlah SP $2 juta kepada
Kedah. Keadaan ini membebankan Siam . Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn
pada tahun 1868-1910, baginda berusaha mengembalikan kedaulatan negara Siam
dengan memansuhkan hak wilayah asingan yang diperolehi oleh Inggeris melalui
Perjanjian Bowring 1855. lnggeris yang pada mulanya keberatan untuk memansuhkan
hak itu. akhirnya telah bersetuju menerimanya. Sebagai balasan. Negeri-negeri
Melayu Utara telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris pada tahun 1909.
Tambahan pula. pihak Siam merasakan bahawa terlalu sukar untuk mengendalikan
Negeri-negeri Melayu Utara memandangkan sultan-sultan di negeri-negeri tersebut
sedang berusaha untuk membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Sebagai
contoh. sultan Terengganu enggan menerima seorang penasihat yang dilantik oleh
kerajaan Siam pada tahun 1902. Justeru itu. Negeri-negeri Melayu Utara perlu
diserahkan kepada Inggeris. Tambahan pula, lnggeris sanggup mengeluarkan modal
yang besar bagi menyiapkan projek landasan kereta api di selatan Siam.
Disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, maka rundingan telah diadakan untuk
menyegerakan proses penyerahan negeri negeri Melayu Utara kepada pihak lnggeris.
Persetujuan dimeterai melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai
1909 Dengan itu. secara rasminya Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan oleh Siam
kepada Inggeris

Kesimpulannya. melalui Perjanjian Bangkok 1909. maka bermulalah era kekuasaan


1nggeris di Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu Utara telah menerima penasihat
Inggeris secara berperingkat-peringkat. lanya didahului oleh negeri Kelantan pada
tahun 1909. diikuti oleh Kedah pada tahun 1910. Terengganu pada tahun 1919 dan
Perlis pada tahun 1932.

2.2 Campur tangan

Johor Negeri Yang Tidak dijajah

Johor merupakan satu-satunya negeri Melayu yang terakhir dikuasai oleh


British.Bincangkan faktor-faktor Johor dapat mengekalkan kemerdekaannya.

Pengenalan
Johor menjadi negeri Melayu yang terakhir menerima penasihat British iaitu Douglas
Campbell pada tahun 1914. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kejayaan Johor
mengekalkan kemerdekaannya

isi penting
faktor-faktor yang mendorong
Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor dalam melaksanakan pentadbiran yang
lebih cekap dan sistematik terutamanya Temenggung Ibrahim dan Sultan Abn Bakar.
Pembaharuan yang dilaksanakan:

i) Tahun 1895 — diperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Undang-


undang Tubuh ini menjamin pemerintah yang teratur dan kuasa sultan diperkukuh.
ii) Pentadbiran Johor mirip pentadbiran Barat yang dilaksanakan di Singapura. Negeri
Johor dibahagi kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan pentadbiran.
iii) Menjadikan Johor Bharu (Tanjung Puteri) sebagai ibu negeri dan tempat semayam
raja/sultan.
iv) Golongan birokrasi Johor terdiri daripada kaum elit Melayu yang taat setia dan
taat. Pembesar-pembesar menggabungkan ciri-ciri moden dan cirri-ciri pemerintahan
Melayu tradisional.
v) Pentadbiran Johor dibahagi kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah dan
Kerja Raya, Sistem Kehakiman, Pasukan Polis, Jabatan Pendidikan Sekular, dan
Jabatan Khazanah.
vi) Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri dan Majlis Negeri. Di samping itu,
baginda telah mengupah beberapa orang penasihat Eropah.

Sistem pentadbiran Johor berbentuk ala Barat. Sultan Abu Bakar tidak memberi
peluang kepada British untuk meluaskan kuasanya.
(b) Kewibawaan dan kebijaksanaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Johor
membantu mengekalkan kemerdekaan Johor seperti
(i) Dato’ Jaafar bin Haji Muhamad mengadakan beberapa pembaharuan:
- Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
— Mengarah bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri
Johor.
- Menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu.

(ii) Dato’Abdul Rahman b. Andak


- Mengawal hal ehwal luar negeri Johor untuk menghalang British menjajah Johor
Contoh: Menghalang pembinaan landasan kereta api merentasi Johor ke Singapura.
- Memastikan hubungan persahabatan terus terjalin dengan pegawai-pegawai British.

(iii) Dato’Muhamad Salleh b. Perang


- Bertanggungjawab membuat perancangan pembangunan negeri Johor. Beliau telah
melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor.

(iv) Dato’Muhamad Ibrahim b. Munsyi.


- Bertanggungjawab memajukan pendidikan moden di Johor.

usaha gigih pemimpin-pemimpin kanan membantu mengekalkan kedaulatan Johor


(c) Perhuhungan baik dengan British.
i) Hubungan baik diwujudkan antara pegawai British di Ncgeri-negeri Selat dengan
kerajaan British di London.
ii) Hubungan baik amat menguntungkan kerana:
- Temenggung Ibrahim mengukuhkan kedudukannnya.
- Gelaran Maharaja dan sultan yang diberi kepada Sultan Ahu Bakar yang diiktiraf
oleh British.
(d) Tidak berlaku kekacauan di Johor.
(i) Mengawal kemasukan penghijrahan orang China ke Johor melalui Sistem Kangco.
Kerajaan Johor hanya membenarkan kongsi gelap Gee Hin sahaja masuk ke Johor.
Dengan cara ini tidak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Cina dengan Johor.
(ii) Tiada masalah perebutan takhta antara pembesar-pembesar Melayu dan perebutan
takhta antara perwarisan takhta Sultan.

Keadaan yang aman tidak memberi sebarang alasan untuk British campur tangan di
Johor.
(e) Kurang potensi ekonomi
(i) Negeri Johor tidak mempunyai bijih timah yang amat diperlukan oleh British.
Kekurangan kepentingan ekonomi mengurangkan minat British untuk menguasai
Johor.
Kesimpulan
Kejayaan British meluaskan kuasanya ke Johor membuktikan kejayaan British
rnelengkapkan proses imperialisme di Tanah Melayu

Mengapakah berlaku kekacauan dengan meluasnya di Perak dan


Selangor pada tahun 1860-an dan 1870-an.

Pengenalan
Perak dan Selangor merupakan dua buah negeri yang kaya dengan bahan
mentahnya iaitu bijih timah. Peningkatan kegiatan ekonomi ini telah
membawa masuk buruh Cina ke Tanah Melayu. Namun menjelang
pertengahan abad ke 19 keadaan politik di kedua-dua buah negeri ini mula
tidak stabil disebabkan berlakunya huru-hara dan kekacauan yang melibatkan
para pembesar, kerabat diraja dan juga masyarakat Cina. Kekacauan ini
berlaku disebabkan oleh factor politik, ekonomi dan social.

Isi

Di Perak, kekacauan berlaku disebabkan berlakunya perebutan kuasa


dikalangan kerabat diraja. Masalah perebutan takhta di Perak berlaku kerana
tidak ada sistem penggantian sultan secara automatik atau warisan. Ini
kerana Perak mengamalkan sistem giliran yang meliputi tiga keluarga diraja.

Menurut sistem ini, seseorang bakal sultan sepatutnya memegang jawatan


Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum menjadi sultan.
Masalah tercetus apabila sistem giliran ini tidak diikuti dengan betul. Terdapat
pembesar yang berpengaruh sering campur tangan dalam soal perlantikan
sultan. Oleh itu terdapat pengganti sultan yang diketepikan tanpa alasan yang
munasabah. Keadaan ini berlaku antara Raja Yusuf, Raja Ismail dan Raja
Abdullah

Kekacauan menjadi semakin rumit apabila melibatkan pula kumpulan kongsi


gelap Hai San dan Ghee Hin. Pergaduhan berpunca daripada sikap tamak
untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah di Kemunting dan
Taiping. Masalah bertambah runcing apabila kedua-dua kongsi gelap ini
terlibat dalam pertelingkahan merebut takhta kerajaan. Puak Hai San
menyebelahi Raja Ismail dan Ngah Ibrahim, sementara puak Ghee Hin
memihak kepada Raja Abdullah. Sesungguhnya persengketaan antara
pembesar dan kongsi gelap ini menjejaskan aktiviti perlombongan dan
menggangu perdagangan di negeri-negeri Selat.

Kekacauan di negeri Selangor pula memperlihatkan trend yang hampir


serupa berlaku di negeri Perak. Perang saudara ini berlaku kerana
perebutan kawasan perlombongan bijih timah antara Raja Mahdi dengan Raja
Abdullah. Sultan Muhammad Syah telah menyerahkan daerah Kelang kepada
putera sulungnya iaitu Raja Sulaiman. Raja Sulaiman tidak memajukan
daerah tersebut. Apabila Raja Sulaiman mangkat pada tahun 1850, Sultan
Muhammad telah menyerahkan kuasa memerintah daerah Klang kepada
menantunya, Raja Abdullah kerana jasanya menolong sultan menyelesaikan
hutang dengan saudagar-saudagar Melaka.

Raja Abdullah telah memajukan Klang dengan menjemput pelombong Cina.


Akhirnya Klang menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang kaya.

Tindakan Sultan Muhammad menimbulkan bantahan dan rasa tidak puas hati
putera Raja Sulaiman iaitu Raja Mahdi. Raja Mahdi berpendapat baginda
lebih berhak mewarisi daerah Klang. Raja Mahdi berjaya mengusir Raja
Abdullah dan menguasai daerah Kelang. Bagaimanapun perjuagan Raja
Abdullah telah diteruskan oleh anaknya Raja Ismail apabila Raja Abdullah
mangkat. Raja Ismail berjaya menguasai kawasan hilir Kelang. Sultan Abdul
Samad yang memerintah ketika itu telah melantik Tengku Kudin bagi
menyelesaikan masalah antara Raja Mahdi dan Raja Ismail. Bagaimanapun
Raja Mahdi enggan enggan mengakui Tengku Kudin sebagai wizurai kerana
Tengku Kudin bukan kerabat diraja Selangor. Kedua-dua pihak mencari
sekutu masing-masing. Bagi Tengku Kudin dan Raja Ismail, mereka
mendapat bantuan dan sokongan daripada Yap Ah Loi dan Fui Chew (Hai
San). Selain itu mereka juga mendapat bantuan kewangan daripada
saudagar Cina di Melaka. Malah Tengku Kudin juga telah meminjam wang
daripada tokoh-tokoh kewangan Singapura.Raja Mahdi pula mendapat
sokongan drp Maharaja Abu Bakar dan kongsi Gelap Ghee Hin.

Perang Klang bertambah rumit dengan adanya pertelingkahan antara dua


kumpulan pelombong Cina di Selangor iaitu puak Kah Yeng Chew
merupakan ahli kongsi gelap Ghee Hin yang berpusat di Kancing dan puak
Fei Chew merupakan ahli kongsi gelap Hai San berpusat di Kuala Lumpur.
Pelombong-pelombong di Kancing diketuai oleh kapitan Ah Sze dan di Kuala
Lumpur diketuai oleh Kapitan Yap Ah Loy

Pertelingkahan bermula pada tahun 1869, apabila wakil Yap Ah Loi di


Kancing dibunuh oleh puak Kah Yew Chew yang diketuai oleh Chong Chong.
Yap Ah Loi berjaya mengusir Chong Chong dari Kancing dgn bantuan
pengikutnya. Chong Chong melarikan diri ke Rawang dan bersatu dengan
Raja Mahdi dalam Perang Klang

Pada tahun 1872, Chong Chong membantu Raja Mahdi dan berjaya
menawan Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Klang dan Petaling. Yap Ah
Loy memihak kepada Tengku Kudin dan mendapat bantuan Inggeris.

Pada tahun 1873, Tengku Kudin berjaya menawan semula Kuala Lumpur
dengan bantuan Yap Ah Loy dan pengikut-pengikutnya. Sebagai membalas
jasa Tengku Kudin telah melantik semula Yap Ah Loy sebagai kapitan Cina di
Kuala Lumpur.

Kesimpulannya kekacauan yang berlaku di Perak dan Selangor menjadi


penyebab utama campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Ini disebabkan
desakan oleh saudagar-saudagar Negeri Selat supaya memulihkan
keamanan agar kegiatan perdagangan dan pelaburan Inggeris tidak terjejas.
Keadaan ini membawa kepada Perjanjian Pangkor yang menandakan
bermulanya campur tangan Inggeris di Negeri Melayu dan memperkenalkan
pula system pentadbiran Barat.

2.3 Kesan terhadap masyarakat dan negara

Bincangkan reaksi orang Melayu di Perak terhadap Sistem Residen


pada tahun 1874 hingga 1875.
Melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874, Sultan Abdullah
telah dilantik oleh British menjadi Sultan Perak. Berdasarkan perjanjian ini jelas
dinyatakan bidang tugas serta peranan sultan dan residen. Baginda juga bersetuju
bahawa seorang Residen British harus ditempatkan di Negeri Perak. Dalam hubungan
ini sultan seharusnya mempunyai bidang kuasa dalam semua segi dan residen hanya
berperanan sebagai penasihat dalam bidang politik sahaja. Hal-hal yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat diberikan sepenuh kuasa ke atas sultan. Residen
pertama di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau telah banyak membawa perubahan yang
bukan sahaja dalam soal politik, malah meliabtkan juga soal adat yang sepatutnya
tidak perlu dilakukan oleh beliau. Atas sebab inilah mengapa beliau ditentang dengan
hebatnya oleh orang Melayu Perak sehingga menyebabkan Birch dibunuh di Pasir
Salak.

Perbezaan sudut pandangan oleh Birch dan orang Melayu telah membawa malapetaka
kepada beliau. Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu Perak. Bagi
British, adat merupakan perkara biasa yang tidak dianggap undang-undang, tetapi
bagi orang Melayu, adat merangkumi keseluruhan cara hidup. Dengan kejahilan ini,
Birch telah melakukan perubahan dalam beberapa perkara yang dianggap sebagai adat
bagi orang Melayu Perak, tetapi sebagai hal-hal pentadbiran dan kenegaraan kepada
British.

Perlantikan Sultan Abdullah oleh British sebenarnya tidak disenangi oleh pembesar-
pembesar Melayu. British telah campur tangan dalam sistem penggantian Sultan di
Perak. Berdasarkan adat Melayu, seseorang Sultan mesti dipilih oleh pembesar-
pembesar Melayu, tetapi Sultan Abdullah telah dilantik oleh British. lni bermakna,
pelantikan Sultan Abdullah adalah tidak sah daripada kaca mata pembesar Melayu
Perak. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa masalah pewarisan takhta Negeri Perak tidak
dapat diselesaikan.

British juga telah campur tangan dalam urusan pungutan cukai dan mewujudkan satu
khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh orang British sendiri. lni secara langsung
telah menghalang Sultan dan pembesar daripada memungut cukai. Mengikut adat
Melayu, mereka berhak ke atas pungutan cukai di daerah mereka sendiri kerana cukai
merupakan sumber pendapatan utama mereka.

Birch juga telah melarang penyimpanan hamba. Bagi masyarakat Melayu tradisonal,
tenaga hamba merupakan sumber ekonomi kepada Sultan dan pembesar. Jumlah
hamba seseorang Sultan dan pembesar mencerminkan kedudukan sosial dan martabat
mereka. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa Birch telah melanggar
syarat-syarat Perjanjian Pangkor.

Sultan dan pembesar juga dilarang menghakimi kes-kes jenayah di kawasan mereka.
Semua ini akan dijalankan oleh British di mahkamah-mahkamah tertentu. ini juga satu
langkah yang telah melanggar syarat Perjanjian Pangkor kerana hak kehakiman
adalah hak Sultan dan pembesar.
Banyak perkara baru telah diperkenalkan oleh British. Hal ini telah membebankan
masyarakat Melayu. Berbagai-bagai jenis cukai dikenakan. Contohnya. cukai ke atas
perahu penumpang dan perahu dagang. Perahu yang boleh memuatkan tiga orang
dikenakan cukai sebanyak 50 sen. Perahu penangkapan ikan sebanyak 50 sen dan
perahu dagang sebanyak seringgit. Orang yang melanggar peraturan ini akan
dikenakan denda sebanyak 20 ringgit dan perahu mereka akan dirampas.

Padi juga dikenakan cukai baru. Hak membawa senjata juga dikenakan bayaran lesen.
Begitu juga dengan aktiviti memotong kayu dan atap, candu, judi, dan arak. Undang-
undang Awam telah diperkenalkan untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan
tensebut.

Birch telah membatalkan pajakan Sultan Abdullah kepada saudagar Lee Cheng Tee.
Kemudiannya, Birch mengenakan cukai ke atas minuman keras dan candu kepada Lee
Cheng Tee dan rakan-rakannya.

Dalam keadaan yang tegang ini, Birch telah bertindak kasar terhadap Sultan Abdullah
dan pembesar-pembesar lain. Birch tidak peka terhadap kehendak dan perasaan
masyarakat Melayu Perak. Beliau tidak menghormati adat Melayu dan ada kalanya
telah bertindak biadap. Sultan Abdullah dipaksa dan diugut supaya menandatangani
surat pengisytiharan penyerahan kuasa kepada Residen pada tahun 1875. Sekiranya
Sultan Abdullah enggan, baginda akan digantikan dengan Raja Yusof. ini jelas telah
mencabar kedaulatan dan kewibawaan Sultan. Selain itu, Sultan Abdullah pernah
dimarahi oleh Birch apabila baginda ke rumah Birch untuk menuntut hamba abdinya
yang telah melarikan diri. Rayuan pembayaran ganti rugi juga telah ditolak oleh
Birch.

Menteri Larut, iaitu Ngah Ibrahim juga berasa kecewa. Beliau tidak boleh bertindak
bebas kerana berada di bawah kawalan Penolong Residen, iaitu Kapten Speedy.

Sistem Residen di Perak gagal dan ditentang dengan hebatnya oleh orang Melayu.
Kedudukan, kewibawaan, dan kebesaran Sultan dan pembesar turut terjejas. Ini
diburukkan lagi oleh sikap Birch yang kasar dan biadap. Kemuncak penentangan
terhadap Sistem Residen ialah pembunuhan Birch di Pasir Salak.

Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah


Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20

Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad
ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai
yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah
telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-
besaran dalam perusahaan ini.

Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan


getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah
menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan
harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan
bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang
memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang
timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman
kopi.
Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang
rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan
kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada
berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah
dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem
torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang
dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati
atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah
menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20

Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-


jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah
sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian
elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada
peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah
meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-
ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh dari
India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British
melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana
penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk
tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan
terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu

Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan


ini. Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah.
Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi
membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok
untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai
untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara
pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka
untuk beralih kepada tanaman getah.

Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh


kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru.
Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti
yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini,
pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai
pengeluar getah asli utama di dunia

Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah.
Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman
getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu
penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan
penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam
memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan


perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an
ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan terhadap
perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat
kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah
yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

You might also like