You are on page 1of 13

Bincangkan usaha-usaha James Brooke untuk meluaskan pengaruhnya ke atas negeri Sarawak

Pengenalan

James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.

Peluang untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato Patinggi Ali. Sarawak pada ketika itu berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang tinggi dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato Patinggi Ali menentang dasar yang diperkenalkan itu.

Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor jika berjaya menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan pemberontakan membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim pada September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan Brunei mengiktiraf Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan Brunei telah menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.

James Brooke mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang ditetapkan oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan pengeluaran sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk menjaga keamanan di kawasan itu.

Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James Brooke semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai

Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung Kidurong James Brooke telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan alasan untuk menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur tangan James Brooke di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat telah dibunuh oleh sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas akan berlaku, Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke. James Brooke juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin supaya menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya menguasai Mukah.

Untuk menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini membangkitkan kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah bersedia menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke talah melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861, James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong. Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.

Sebenarnya penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini British akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu Sarawak menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah Sarawak dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.

Penutup Kedatangan James Brooke telah membawa perubahan pentadbiran daripada kesultanan Brunei kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang akhirnya membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke

Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20

Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini. Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalahmasalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi. Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20 Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan ini. Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenisjenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah. Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru. Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli utama di dunia Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu. Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

Bincangkan kemunculan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu antara tahun 1926 hingga 1941. Pengenalan: Semangat nasionalisme abad ke-20 lebih menumpu kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan social Pertubuhan dipimpin oleh golongan berpendidikan Isi: Kesatuan Melayu Singapura (KMS) 1. Ditubuhkan oleh Muhammad Uenos Abdullah 2. Tujuan: a. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi b. mengingatkan kaum Melayu tentang kesan penjajahan British c. menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak-hak serta kebebasan mereka d. memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu 1. Kejayaan e. menawarkan biasiswa kepada anak Melayu f. menuntut sebidang tanah khas g. memperjuangkan penglibatan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat Kelab Putera 1. Ditubuhkan di Kota Bharu oleh Asaad Shukri bin Haji Muda dan Abdul Kadir Abadi 2. Tujuan: h. menyatupadukan masyarakat Melayu Kelantan i. mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan orang Melayu 1. Kegiatan j. menganjurkan ceramah agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikan k. mengundang tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaacob l. terlibat dalam penerbitan Majalah Akhbar Putera m. mendesak supaya tanah Bandar di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok dikecualikan daripada undang-undang penjualan tanah Persekutuan Setiawan Belia 1. Ditubuhkan di Kota Bahru pemimpin-pemimpin Persekutuan Setiawan Belia 2. Tujuan: n. menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penghasilan buku-buku dan penubuhan perpustakaan o. menyatupadukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Ditubuhkan pada 1934 2. Dibuka kepada semua orang Melayu yang berumur 16 tahun dan ke atas 3. Disokong oleh ramai orang Tanah Melayu dan Sabah 4. Diasaskan oleh akhbar Saudara 5. Sebuah pertubuhan sosial dan kebajikan 6. Pemimpin utama Syed Alwi, SM Zainal Abidin, Sheikh Abdullah Al-Maghribi dan Hamidun b. Mohd Hashim 7. Tujuan: p. menyatukan para peserta dari seluruh Tanah Melayu Persatuan Melayu Perak (1937) 1. Ditubuhkan pada bulan September 1937 di Ipoh 2. Pemimpin - Wan Mohd Nur b. Wan Nasir dan Dr S. Kassim 3. Tujuan: q. memelihara nasib orang Melayu Perak r. mengeratkan hubungan kerjasama di kalangan orang Melayu s. meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu t. memajukan kepentingan orang Melayu melalui dasar kerjasama dengan British Persatuan Melayu Pahang (1938) 1. Ditubuhkan di bawah pimpinan Tengku Muhammad dan Datuk Hussein bin Mohd Talib 2. Tujuan: u. memajukan pendidikan dan ekonomi orang Melayu v. menyampaikan masalah-masalah ekonomi dan social orang Melayu kepada pihak British G. Persatuan Melayu Selangor (1938) 1. Pemimpin - Tengku Ismail b. Tengku Mohd Yasin, Raja Bon b. Raja Yahya, Raja Yaacob b. Raja Alang dan Abdul Rahim Kajai 2. Tujuan: w. memajukan kaum Melayu x. meningkatkan taraf pendidikan kaum Melayu y. mendesak kerajaan supaya membenarkan penglibatan orang Melayu yang lebih dalam perkhidmatan awam z. menyeru supaya pihak British menyekat kemasukan secara beramai-ramai kaum asing 1. Perjuangan aa. membantah undang-undang Tanah Simpanan . mendesak pertambahan dalam bilangan askar Melayu dan kewujudan angkatan udara dan laut di Tanah Melayu . membantah cadangan penubuhan sebuah universiti bari di Tanah Melayu dd. menganjurkan Kongres Melayu SeMalaya

bb. menggesa supaya jawatan tinggi diberi kepada orang Melayu Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938) 5. Pemimpin - Tengku Mohammad Nasir Raja Nordin dan Haji Mohd Tahir b. Dato Bandar Abdul Rahman 6. Tujuan: f. memelihara hak orang Melayu 7. Perjuangan: d. memelihara kepentingan adat istiadat dan kebajikan orang Melayu e. menggesa bahawa hak keistimewaan orang Melayu dipelihara Kesatuan Melayu Muda (KMM) 8. Parti politik pertama di Tanah Melayu 9. Pemimpin - Ishak Haji Muhammad, Abdul Karim Rashid, Onan b. Haji Siraj, Hassan b. Manan, Isa Mohammad b. Mahmud, Ahmad Boestamam dan Mustapha Hussein 10. Sebuah parti radikal yang mengamalkan sikap tidak bekerjasama dengan British 11. Perjuangan: i. menentang pihak British di Tanah Melayu j. menghapus rejim British di Tanah Melayu k. melindungi hak-hak orang Melayu l. menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam konsep Melayu Raya Kesimpulan: 1. Pada awal abad ke-20 telah muncul kesedaran nasionalis dikalangan pemimpin-pemimpin 2. Mereka juga memperjuangkan penglibatan orang Melayu dalam ekonomi dan menekankan kepentingan bidang pendidikan

Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru. Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian ( 20 markah) Ciri-ciri PTM:


PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat. Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undangundang.

Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)

Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.

MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu sepertiMalayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades

Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.

AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948. Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA

Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.

Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.

Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJAPUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.

Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan ( 2 M )

Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja

Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Bincangkan faktor-faktor penubuhan dan pencapaian-pencapaian UMNO pada tahun 1948.

Pengenalan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Oleh Dato Onn Bin Jaafar sebagai Presiden. UMNO merupakan gabungan beberapa puluh persatuan Melayu. 1948 UMNO dijadikan sebuah parti politik dan dibahagikan kepada 2 iaitu Pemuda dan Kaum Ibu. UMNO muncul sebagai parti politik teragung dan merupakan tulang belakang kepada pergerakan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

Sebab-sebab Penubuhan UMNO Malayan Union Cadangan British perkenalkan MU bangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu. Kongres Persatuan-persatuan Melayu diadakan pada 1-4 Mac 1946 oleh Persatuan Melayu Selangor dan Dato Onn Bin Jaafar. Kongres ini mengambil keputusan menubuhkan UMNO untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

Persatuan-persatuan Separa Politik Melayu Orang Melayu menubuhkan persatuan separa politik untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Persatuan Melayu Perak 1937, Persatuan Melayu Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan 1938 dan Persatuan Melayu Kelantan 1939. 1939-1940 persatuan Melayu mengadakan Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu. Kongres ini gagal melaksanakan tuntutan dan menubuhkan satu parti kebangsaan kerana perasaan cemburu, permusuhan antara negeri-negeri Melayu dan kedatangan Jepun. Walaupun gagal, ia merupakan asas kepada penubuhan UMNO.

Pendudukan Jepun 1942-1945 Orang Melayu mendapat pengalaman semasa pentadbiran Jepun. Orang Melayu sedar tidak boleh berharap sepenuhnya kepada Inggeris. Kemenangan Jepun menamatkan kepercayaan Inggeris tidak boleh dikalahkan. Anti penjajahan berkembang. Propaganda Jepun Asia untuk Asia. Permusuhan antara Melayu dan Cina membangkitkan semangat nasionalisme Melayu.

Akhbar-akhbar Tempatan Peranan akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang MU. Akhbar Utusan Melayu mencadangkan persatuan-persatuan Melayu bergabung menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan menentang MU. Dato Onn Bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada Januari 1946 untuk pertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. 1-4 Mac 1946 diadakan kongres parti-parti politik Melayu di Kelab Sultan Sulaiman. Matlamat kongres menyeru padu bangsa Melayu dalam satu badan politik yang kuat untuk menentang MU dan pertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Kongres Melayu Se Malaya mengambil ketetapan menubuhkan sebuah parti politik yang kuat. 11 Mei 1946, Kongres Ketiga dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu di Johor Bharu. Piagam UMNO disahkan. UMNO dilahirkan secara rasmi. Pengerusi: Dato Onn Bin Jaafar.

Pencapaian-pencapaian UMNO Pemansuhan Malayan Union UMNO menentang MU mengadakan rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara. Berkabung 7 hari bantahan terhadap MU 1 April 1946. UMNO meminta raja-raja Melayu serta rakyat memulau upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent. UMNO hantar telegram kepada Perdana Menteri Inggeris Clement Atlee supaya ingati Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu bahawa negara ini milik raja-raja dan rakyat Melayu.

MU ditarik dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan merangka perlembagaan baru gantikan MU. Perlembagaan ini memenuhi matlamat UMNO.

Program-program Pendidikan, Ekonomi dan Kebajikan UMNO menubuhkan jabatan ekonomi, politik, pendidikan, hal-ehwal wanita, belia, penerangan, agama, kewangan dan buruh bagi menentukan dan melaksanakan dasar UMNO. Jabatan aktif pendidikan dan ekonomi. Perhimpunan Agung UMNO 1947 meluluskan dasar pendidikan menetapkan pendidikan harus bercorak keislaman. Berjaya mempengaruhi pengarah pendidikan di Kuala Lumpur meningkatkan had umur murid-murid Melayu yang memasuki sekolah-sekolah aliran Inggeris. Jawatankuasa pendidikan UMNO memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu untuk melanjutkan pendidikan menengah dan tinggi di dalam dan luar negara. Dasar ekonomi diluluskan 1946 serta rancangan lima tahun untuk meninggikan taraf ekonomi orang Melayu. Objektif-objektif ekonomi UMNO ialah menambahkan pendapatan dan modal orang Melayu, menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, menubuhkan sekolah-sekolah teknikal dan melantik orang Melayu dalam bidang membuat kasut, jahitan dan pertukangan tangan. UMNO tidak dapat melaksanakan rancangan-rancangan ekonomi kerana kurang sumber kewangan. UMNO juga mengambil berat soal kebajikan orang Melayu iaitu menjaga tanah simpanan khas, membela mereka yang dihukum semasa pergaduhan antara Cina dan Melayu pada tahun 1945-1846, mendesak kerajaan menyekat kemasukan kaum-kaum lain.

Parti Politik Melayu Teragung Kejayaan UMNO memansuhkan MU menyebabkan ianya muncul sebagai parti politik Melayu teragung. 1947 UMNO mempunyai 115000 orang ahli UMNO merupakan tempat pergantungan orang Melayu.

Kesimpulan walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan UMNO tertubuh namun pencapaianpencapaiannya boleh memberi kesinambungan politik di Tanah Melayu.

Untuk memantapkan lagi UMNO, Dato Onn Bin Jaafar memberi cadangan supaya UMNO dibuka keanggotaannya kepada orang bukan Melayu ditentang sehingga Dato Onn meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 27 Ogos 1951 dan pucuk pimpinan bertukar tangan kepada Tunku Abdul Rahman.

UMNO memainkan peranan penting kepada politik negara.

You might also like