You are on page 1of 6

Keadaan di Pahang

Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain
bertapak di Negeri-Negeri Melayu
kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan Sultan Ahmad berusaha
mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan
Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang
syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di Pahang
contoh;
Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii.Prospecting Co. (Selising)
iv.Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu
Perjanjian Inggeris Dengan Pahang 1887

8 Oktober 1887 – Perjanjian Inggeris dengan Pahang telah ditandatangani oleh Sultan Pahang, Bendahara Wan Ahmad dan
Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Frederick Aloysius Weld pada tahun 1887.
Pahang menarik perhatian Inggeris kerana faktor ekonominya. Pihak Inggeris juga bimbang dengan kedatangan kuasa Eropah
yang lain seperti Perancis dan Jerman ke negeri itu. Sikap murah hati Bendahara Wan Ahmad dalam memberi pajakan juga
tidak menyenangkan Inggeris. Inggeris menganggap negeri Pahang telah tersalah tadbir dan perlu dinaungi.
Ke arah ini beberapa orang pegawai Inggeris telah dihantar ke Pahang untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya
bersetuju menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris. Antara pegawai-pegawai yang dihantar ialah Frank Swettenham
‘kawan lama’ Bendahara Wan Ahmad. Frederick Weld sendiri telah melawat Pahang pada tahun 1886 diikuti dengan Hugh
Clifford. Bagaimanapun semua percubaan untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad ini telah gagal.
Inggeris juga telah menyebelahi Wan Mansor, adik Bendahara Wan Ahmad yang menuntut hak sebagai pengganti Bendahara.
Pengaruh Sultan Johor, Sultan Abu Bakar yang menghantar Dato’ Menteri Johor Saiyid Mohammad Alsagof ke Pahang
dikatakan telah mengubah fikiran Bendahara Wan Ahmad. Ini terbukti dengan surat yang dikirimkan oleh Bendahara kepada
Gabenor Frederick Weld pada 10 April 1887, meminta supaya diadakan satu perjanjian antara kedua-dua pihak seperti
‘Perjanjian Johor’.
Sir Frederick Weld
Bendahara Wan Ahmad memberikan beberapa syarat untuk perjanjian yang bakal ditandatangani itu. Syarat-syarat tersebut
antara lain ialah hak untuk melantik dan memecat wakil Inggeris; wakil Inggeris tidak dibenarkan mencampuri urusan
penduduk tempatan dan Inggeris hendaklah mengakui bahawa puteranya Tengku Mahmud sebagai pengganti beliau dan
bukan adindanya Wan Mansor. Gabenor Weld telah menolak semua cadangan itu, malah Frederick Weld telah mengemukakan
cadangan balas iaitu untuk meluaskan kuasa wakil Inggeris di Pahang.

Akhirnya, pada hari ini dalam tahun 1887, Perjanjian Inggeris dengan Pahang telah ditandatangani. Perjanjian ini antara lain
mengiktiraf Bendahara sebagai Sultan dan Pahang menerima Hugh Clifford sebagai wakil Inggeris di negeri itu.
Perluasan Kuasa British di Pahang

tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad
menerima Residen british tetapi gagal
tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima
pengaruh British
Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan
Ahmad
British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British atas alasan Sultan Ahmad
tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang
akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen British
penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang
NILAI DAN IKTIBAR DARIPADA DASAR BRITISH DAN RUMUSAN

Kita hendaklah mengamalkan semangat patriotik.Selain itu,penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran. Di
samping itu, nilai berani dan berdaya saing.Seterusnya, inovasi dan kreativiti.Tambahan pula,kita mestilah
bergigih usaha. Bukan itu sahaja,rakyat haruslah membudaya amalan penyelidikan.Selanjutnya, kita patutlah
mempelbagai sumber dan aktiviti ekonomi.Sementelahan itu, kita hendaklah menyelaraskan pengurusan
tanah.Nilai susulan ialah kita wajib menggunakan teknologi baru.Dari sudut berlainan,kita perlulah mengekalkan
kemerdekaaan negara. Sebelum kedatangan British,masyarakat Tanah Melayu menjalankan pelbagai aktiviti
ekonomi sara diri.Kedatangan British memperkenalkan ekonomi dagangan dengan penguasaan pelabuhan
utama untuk mewujudkan rantaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat.Oleh itu, penguasaan pelbagai
ilmu dan kemahiran adalah penting.Rakyat mesti mempunyai keupayaan menghasilkan produk berkualiti
tinggi,inovasi,kreatif,berani dan berdaya saing.Maka,harapan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih
cemerlang barulah dapat dicapai.
PERANAN BAGI MENGELAKKAN NEGARA DIJAJAH SEMULA
Peranan anda bagi mengelakkan penjajahan semula berlaku di Negara kita

Mempertahankan perpaduan negara


Melalui kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
Supaya negara sentiasa aman
Menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
Bagi meningkatkan kesedaran kepada generasi muda
Seterusnya meningkatkan rasa bersyukur dan perasaan cinta kepada negara yang menebal
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Terutama ilmu berkaitan sains dan teknologi
Agar kita dapat mengangkat negara sebaris dengan negara maju
Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Pemimpin yang berilmu pengetahuan dapat menerajui negara dengan baik
Dengan kebijaksanaan & ilmu yang tinggi membolehkan kita memilih yang mana baik & mana buruk

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya akan berusaha sepenuh hati dan daya untuk mempertahankan perpaduaan
Negara yang sedia ada dengan mengamalkan kerjsama antara rakyat yang berbilang kaum agar Negara sentiasa aman.
Saya juga akan sentiasa menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu bagi meningkatkan kesedaran dalam diri serta
meningkatkan rasa syukur dan perasaan cinta kepada Negara yang menebal.
Seterusnya sebagai pewaris bangsa, saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama ilmu berkaitan
sains dan teknologi agar dapat mengangkat kedududkan Negara sebaris dengan Negara maju yang lain.
Malahan, saya akan mempelajari ilmu kepimpinan bagi membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu untuk menerajui
Negara dengan baik, dengan kebijaksanaan & ilmu yang tinggi membolehkan kita memilih yang mana baik dan mana buruk
untuk pentadbiran negara.
https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/11/peranan-bagi-mengelakkan-negara-
dijajah.html
https://www.neliti.com/journals/jurnal-sains-dan-teknologi-lingkungan

You might also like