You are on page 1of 10

ANALISAKAN KEPENTINGAN PERJANJIAN ANGLO-BELANDA 1824 KE ATAS ASIA TENGGARA.

BINCANGKAN.

1.0 PENGENALAN
Perjanjian British Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini
ditandatangani untuk mengatasi masalah antara British dan Belanda yang mana hubungan keduanya
sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri.
Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu
dan juga Indonesia. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London dan melibatkan
dua buah pihak iaitu British dan Belanda. Pihak British telah menghantar George Canning untuk
melakukan rundingan manakala wakil daripada pihak Belanda ialah Charles W.Wymn. Kedua-dua
pihak iaitu British dan Belanda telah melakukaan rundingan untuk menyelesaikan masalah
persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal Singapura.[1] Dalam rundingan yang telah
dijalankan akhirnya British dan Belanda bersetuju untuk menamatkan persaingan dan pergeseran
antara mereka demi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing di Kepulauan Melayu dengan
menandatangani Perjanjian London 1824. Tambahan pula, British dan Belanda mendapati
ketegangan di antara mereka selama ini tidak memberi sebarang faedah dan malah merugikan
mereka. Perjanjian British Belanda 1824 ini telah dilakukan dilakukan tanpa merujuk kepada manamana raja-raja Melayu. Antara faktor yang mendorong termeterainya perjanjian ini adalah
disebabkan oleh British yang mengamalkan sistem perdagangan bebas (laissez faire) manakala
Belanda mengamalkan perdagangan monopoli.[2] Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan Perjanjian
British Belanda 1824 memainkan peranan yang penting dalam aspek ekonomi, politik, mahupun
sosial terhadap perkembangan Kepulauan Melayu dan perjanjian ini lebih berpihak kepada British.

2.0 KEPENTINGAN PERJANJIAN ANGLO BELANDA 1824


2.1 POLITIK
2.1.1 Pembahagian Kepulauan Melayu Kepada Dua Lingkungan Pengaruh
Perjanjian London 1824 telah memberi kesan kepada kedua-dua buah Negara baik Belanda
mahupun British. Perjanjian ini telah menetapkan kawasan pengaruh yang menjadi hak mutlak
British dan Belanda. Dalam perjanjian ini, Belanda telah memiliki kepulauan Riau dan Indonesia
manakala Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan British. Perjanjian ini
telah menjadi penentu kepada sempadan Malaysia, Indonesia, Singpura. Melalui perjanjian London
1824, Belanda telah menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura manakala
British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulau Karimon, Bantam, Bintang,
Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. [3]British juga bersetuju tidak
akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. Kemudiannya, British
menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain
kawasan. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahan yang dimiliki oleh Belanda diserahkan
kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di

kawasan tersebut. Kawasan Bangkahulu di Sumatera pula telah diserahkan kepada Belanda dan
pihak British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketuaketua di Sumatera. Dalam perjanjian ini, Belanda telah menyerahkan semua lojinya di India serta hak
istimewa yang dimiliki kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak 100000 kepada
Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya. Kepulauan Melayu meliputi keseluruhan Tanah
Melayu (Malaysia) termasuk Singapura, Pulau Pinang dan Selat Melaka. Manakala Kepulauan
Indonesia meliputi Jawa, Sumatera, Betawi, Madara, Lambok, Sumbawa, Sulawesi dan Flores.[4]
Perjanjian ini dianggap penting sebagai membuka jalan kea rah perluasan kuasa politik dan ekonomi
Belanda dan British di Asia Tenggara. Mengikut perjanjian ini, gugusan kepulauan melayu telah
dipisahkan kepada dua iaitu wilayah jajahan Belanda dan wilayah jajahan British. Selat Melaka telah
menjadi sempadan antara kawasan jajahan British dan Belanda. Wilayah jajahan British berada di
sebelah utara Singapura iaitu meliputi Singapura, Melaka, dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Penentuan kawasan wilayah dapat menghindarkan daripada berlakunya perbalahan mahupun
permusuhan antara British dan Belanda. Kedua-dua kuasa Barat ini dapat meluaskan pengaruh kuasa
dan politik di kawasan masing-masing tanpa sebarang rasa curiga antara satu sama lain. Perjanjian
ini telah membuktikan tamatnya peluang British untuk bertapak dan meluaskan pengaruhnya di
Kepualaun Indonesia.
Pada 1824, berlaku perjanjian antara Yang Mulia Raja British dengan Belanda yang berkuasa ke atas
wilayah dan perdagangan di Hindia Timur telah ditandatangani. Nasib Singapura ditentukan oleh
perkara XII dalam perjanjian ini. Raja Belanda menarik balik semua bantahan yang telah dibuat
terhadap pendudukan rakyat Yang Mulia Raja Inggeris di Singapura. Walau bagaimanapun Yang
Mulia Raja Inggeris berjanji bahawa tidak ada petempatan Inggeris yang akan dibuka di Pulau
Karimon, Bantam, Bintang dan Pulau Linggi atau mana- mana pulau yang terletak di selatan Selat
Singapura, juga pihak British tidak akan tandatangani sebarang perjanjian dengan ketua- ketua
pulau ini.
Perkara XII yang termaktub dalam perjanjian Inggeris Belanda 1824 ialah seperti berikut :
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung
dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada apaapa pertapakan British akan dirikan di Pulau Karimon atau Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di
mana- mana pulau lain di selatan Selat Singapura , dan tiada apa- apa persetiaan akan diikat oleh
pihak berkuasa British dengan para pembesar pulau- pulau itu.
T. J Newbold , seorang ahli sejarah awal mengenai petempatan British di Tanah Melayu, telah
membuat bantahan pada tahun 1839 bahawa berdasarkan ayat , pulau- pulau di Selatan Selat
Singapura, perjanjian itu dari segi politik telah memisahkan mereka ( pihak British ). Dari kawasan
yang terkaya di Borneo, lombong bijih di Bangka, Pulau Belitong, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa,
Pulau Flores dan hampir seluruh Pulau Sulawesi di samping kehilangan Aceh dan seluruh Sumatera.
[5]
Akibat daripada perjanjian 1824, Inggeris tidak boleh membuka petempatan dan tidak boleh
menandatangani sebarang perjanjian dengan sebarang raja di mana- mana pulau yang terletak di
selatan garisan lintang Selat Melaka. H.T. Colenbraner telah menyatakan selepas perjanjian 1824,
hanya terdapat satu tempat Hindia yang membolehkan British menempatkan kuasa politiknya iaitu
utara Borneo. Selain itu juga pihak British telah berjanji untuk tidak campur tangan lagi dengan
Sumatera atau mana- mana pulau di Gugusan Kepulauan Melayu.

Menjelang akhir perundingan di Landon dalam taun 1823-1824, Flack telah menghasilkan satu
rangka projek yang menyediakan cadangan utama Belanda. Lampiran kepada perkara asas ini dalam
dua artikel khas, iaitu yang keduanya mengandungi syor yang terlampau tinggi. Pihak yang berjanji
harus ingat bahawa pemilikan mereka di Timur Jauh telah dibahagikan oleh garisan pembatasan iaitu
perubahan iaitu bermula dari kawasan masuk ke Selat Melaka yang selari dengan Kedah dan
berakhir di hujung Selat Singapura. Dengan itu pulau ini menjadi batas pemisah di utara dan Pulau
Karimon, Bantam, Bintang, dan Kepulauan Riau di Selatan. Gagasan tentang garisan pemisah
sempadan yang wujud secara teori di antara British dan Belanda di Bahagian Timur gugusan
kepulauan ini pertama kalinya telah pun dikemukan oleh Stamford Raffles.[6]
Melalui perkara VIII isi perjanjiannya seperti berikut :
Segala tanah jajahan, petempatan dan pertapakan yang diserahkan melalui perkara terdahulu
hendaklah diserahkan kepada para pegawai Raja masing- masing pada 1 hari bulan Mac 1825,
segala Kubu hendaklah berada dalam keadaan seperti sebelum tempoh pembaharuan persetiaan ini
di India, tetapi tiada apa- apa tuntutan boleh dibuat oleh satu pihak yang satu lagi terhadap
kelengkapan tentera atau bekalan daripada apa jua jenisnya, sama ada yang telah ditinggalkan atau
dipindahkan oleh ketua penyerah , dan tiada juga terhadap apa- apa tunggakan hasil atau bagi apaapa bayaran pentadbiran.
Didapati Netherland telah menyerahkan semula pemilikan mereka di India kepada British dan
sebagai balasan Great Britain akan berundur dari pulau- pulau itu. Untuk menjelaskan maksudnya,
Flack seterusnya melukis satu garisan di atas peta yang bermula dari hujung utara Sumatera melalui
Selat Melaka, mengelilingi Johor dan kemudian terus ke Utara. British juga tidak berhasrat untuk
mengembangkan kawasan pemilikan Syarikat Hindia Timur.
Selain itu, wakil British dan wakil Belanda bersetuju supaya garisan pembatasan yang dicadangkan
tidak seharusnya merangkumi Borneo dan tidak melebihi Selat Singapura. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan dari timbulnya sebarang kekeliruan di dalam perjanjian iaitu yang berkemungkinan
tidak akan disukai oleh kuasa- kuasa lain. Di samping itu, ia membawa makna bahawa pihak Belanda
dan Inggeris sedang membahagikan gugusan kepulauan sesama mereka. Di dalam surat iringan
kepada Kerajaan Belanda, Falck menerangkan bahawa perenggan kedua artikel ini adalah dianggap
perlu untuk mengelakkan pihak British dari menuntut sebarang hak pada masa depan untuk
mengadakan hubungan atau menyebarkan pengaruh mereka di Pulau Pulau Linggi., Riau dan
Karimon. [7]
Melalui perjanjian itu, mengikut kewajipan rasmi, kerajaan Inggeris dilarang dari menjalankan usaha
usaha untuk mendirikan petempatan di Pulau- pulau di selatan Selat Singapura. Sementara
perundingan yang membawa keadaan perjanjian 1824 berlangsung di London , pihak berkuasa
Landon menguatkan hak mereka di Borneo. Residen- residen telah dilantik di Banjarmasin bagi
kawasan Pantai Selatan dan di Puntianak dan Sambas di sebelah Barat. Menjelang tahun 1825,
pegawai- pegawai ini dengan bantuan pesuruhjaya kerajaan yang dihantar dari Jawa, telah berjaya
menarik semua anak - anak raja tempatan yang penting dari kedua- dua kawasan itu untuk
mengiktiraf kerajaan Belanda. Usaha- usaha untuk menindas kebebasan komuniti pelombongpelombong Cina di bahagian barat kurang berjaya tetapi pihak Betawi yakin tidak lama lagi mereka
ini juga akan tunduk kepada pemerintahan Belanda.
Peruntukan-peruntukan dalam perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824 menyebabkan perlunya
disusun semua aturan ini, sebab kedua- dua pihak berhak menuntut wilayah- wilayah yang akhirnya
diletakkan di bawah pengaruh Belanda. [8] Perjanjian Inggeris Belanda adalah salah satu dari usaha-

usaha pihak kerajaan British merapatkan lagi persahabatan dengan kerajaan Netherland Bersekutu
dan hal ehwal Eropah di samping menamatkan sama sekali segala sengketa dan pertikaian antara
kedua- dua buah negara iaitu di Timur. Dengan demikian ini merupakan akibat konvensi tahun 1814
yang sewajarnya, di mana empayar Belanda di Indonesia perlu dikembalikan kepada kerajaan baru
itu.
2.1.2 Persaingan kuasa antara Belanda dan British
Pendudukan British di Singapura telah menjadikan hubungan antara British dengan Belanda semakin
tegang malah Belanda membantah keras pendudukan Raffles di Singapura dan mendakwa bahawa
pulau tersebut milik mereka. Belanda menganggap tindakan British menduduki Singapura sebagai
pencabulan hak mereka dan menuntut supaya pihak British berundur dari pulau tersebut malah
dalam kalangan orang British sendiri terdapat reaksi yang dilihat menyokong pihak Belanda. Walau
bagaimanapun, perkembangan pesat Singapura menyebabkan Britain tidak mahu menyerahkan
semula pulau itu kepada Belanda malah Singapura dilihat mempunyai masa depan yang cerah dari
segi ekonomi dan berpotensi menjadi sebuah pelabuhan, pusat perdagangan dan pangkalan laut
yang penting di Asia Tenggara. Selain itu, penglibatan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Singapura ini
menimbulkan reaksi daripada pihak Belanda malah perselisihan melalui surat-menyurat berlaku
antara kedua-dua pihak itu. Belanda dalam aduannya menimbulkan rasa tidak puas hati kerana
Tengku Husin dilantik sebagai Sultan Johor.[9] Sebaliknya Belanda mengiktiraf Tengku Abdul Rahman
yang bersemayam di Lingga sebagai Sultan Johor malah bagi Stamford Raffles pula, pelantikan
Tengku Abdul Rahman tidak sah kerana tidak disertai dengan alat-alat kebesaran. Walau
bagaimanapun, kerajaan British juga sedar bahawa masa sudah tiba untuk mewujudkan
persefahaman dengan Belanda tentang kepentingan mereka di Timur. Sementara itu, Belanda juga
sedar tuntutan mereka ke atas Singapura tidak akan berjaya setelah Hastings memutuskan untuk
mempertahankan pulau tersebut sebagai milik British. Oleh itu, Belanda berpendapat masalah
Singapura harus diselesaikan secara aman, iaitu melalui rundingan, terutamanya bagi menyekat
pengaruh British daripada merebak ke kawasan lain.
Walau bagaimanapun, selepas Perang Napoleon (1795-1816) berakhir di Eropah, kedua-dua
kerajaan di Britain dan Belanda berhasrat memelihara hubungan baik kerana masing mempunyai
kepentingan di Asia Tenggara malah British berpendapat hubungan baik dengan Belanda amat
penting dari segi keselamatan kerana kedudukan kedua-dua negara yang berdekatan malah negara
Belanda merupakan tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh untuk menyerang
Belanda. Selain itu, Britain juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mula terancam kerana
hubungan Britain dengan negara Barat yang lain semakin merosot malah selepas Perang Napoleon,
hubungan Britain dengan rakan-rakan sekutunya yang menentang Perancis semakin renggang.
Jerman, Austria dan Rusia mengasingkan diri dari England kerana perbezaan pendapat dan mazhab
agama. Oleh itu, Britain memerlukan Belanda sebagai rakan rapat Eropah malah Belanda juga
merasakan perlu untuk menjalinkan hubungan baik dengan Britain kerana negara tersebut telah
membantu Syarikat India Timur Belanda (VOC) menghadapi krisis kewangan akibat kemerosotan
perdagangan di Timur dan amalan rasuah dalam kalangan para pegawainya. Selain itu, ekoran
daripada pinjaman berterusan daripada Britain menyebabkan jumlah hutang Belanda semakin
bertambah malah pada tahun 1781, hutang Belanda berjumlah 25 juta pound dan angka ini
bertambah kepada144 juta pound pada tahun 1799. Hal ini telah menyebabkan Belanda terpaksa
memikul beban hutang itu dengan diatasi dengan tolak ansur dan rundingan dengan pihak British.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini maka telah diadakan beberapa rundingan dan akhirnya satu
persetujuan telah dicapai antara dua pihak bagi menyelesaikan pergaduhan antara British dengan
Belanda di Timur. Pada 17 Mac 1824, satu perjanjian telah ditandatangani di London yang dikenali

sebagai Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London. Britain telah diwakili oleh George Canning
dan Charles Watkin Wynn mewakili Belanda malah perjanjian ini telah dipersetujui dan menamatkan
perbalahan dan hubungan tegang yang berterusan antara dua kuasa Eropah malah demi untuk
menjaga kepentingan politik dan negara masing-masing maka syarat-syarat perjanjian dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu butir-butir perjanjian wilayah, perniagaan dan kewangan.
2.1.3 Pepecahan Empayar Johor-Riau
Melalui perkara XII isi perjanjiannya seperti berikut:
Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Negeri Belanda menarik balik bantahan yang dibuat berhubung
dengan pendudukan Pulau Singapura, oleh rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Walau bagaimanapun, Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain berjanji bahawa tiada apaapa pertapakan British akan dirikan di Pulau Karimon atau Pulau Batam, Bintang, Lingin, atau di
mana- mana pulau lain di selatan Selat Singapura , dan tiada apa- apa persetiaan akan diikat oleh
pihak berkuasa British dengan para pembesar pulau- pulau itu
Empayar Johor-Riau sangat luas meliputi wilayah Riau-Lingga, Singapura dan Pahang Selepas
termerai Perjanjian London 1824, empayar Johor telah berpecah kerana sebahagian wilayahnya
menjadi hak mutlak British manakala sebahagian lagi adalah kepada Belanda. Keadaan ini sewenangwenangnya telah memisahkan kesatuan kebudayaan Pantai Timur Sumatera dan Semananjung
Melayu.[10] Empayar Johor runtuh kerana pembahagian dua kawasan pengaruh iaitu Singapura dan
Tanah Besar Johor serta Pahang berada di bawah kawalan British. Manakala Riau-Lingga pula jatuh
ke bawah pengaruh Belanda.[11] Perjanjian ini juga telah memberi kesempatan kepada Bendahara
Ali di Pahang untuk membebaskan daripada kekuasaan Johor dan secara hak mengukuhkan
kedudukan Sultan Pahang yang baru serta menentukan kedudukan Pahang sebagai unit politik yang
tersendiri.[12] Selain itu, perjanjian ini juga telah berjaya menamatkan masalah perebutan takhta
Johor iaitu antara Sultan Hussian dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini terbukti apabila Sultan Hussain
diiktiraf menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman di Kepulauan RiauLingga.

2.1.3 Perkembangan Negeri Negeri Selat (NNS)


Selepas termeterainya Perjanjian Landon pada 1824, Hal ini bermakna secara rasminya British
mempunyai hak ke atas Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan yang terpenting iaitu, Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka telah digabungkan oleh British pada 1826 bagi menjimatkan kos
pentadbiran. Selain itu, dengan tertubuhnya Negeri-negeri Selat ini, British dapat menyeragamkan
pentadbiran dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang sama dengan Eropah. British telah
memperkenalkan sistem pentadbiran yang merangkumi tiga komponen yang utama iaitu, badan
eksekutif, legislatif, dan judisiari. Keadaan ini telah membawa satu perubahan yang besar terhadap
sistem politik di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19, hal ini demikian kerana sistem ini
telah mewujudkan satu keadaan yang selamat, aman, dan teratur di Negeri-negeri Selat.
Perkembangan politik yang stabil telah membawa kepada perkembangan sistem pembentukan
masyarakat yang bersifat plural dan kemajuan dalam sistem ekonomi. Hal ini juga dapat dilihat di
mana selepas perjanjian Anglo-Belanda 1824 ini telah menyebabkan penguasaan British di Tanah
Melayu bermula dengan penubuhan dua buah petempatan, iaitu Pulau Pinang (1786) dan Singapura
(1819). Setelah Melaka diserahkan oleh Belanda kepada British melalui perjanjian 1824 antara akhir

abad ke-18 dan awal abad ke-19, British telah menguasai tiga buah tanah jajahan dan pelabuhan di
sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai di utara, Melaka di tengah dan
Singapura di Selatan. Pulau Pinang dan Seberang Perai pada mulanya ditadbirkan oleh Francis Light
sebagai Penguasa dan diletakkan di bawah pentadbiran Gabenor British di Calcutt. Di samping itu,
pentadbiran di Singapura pada mulanya diketuai oleh Residen yang bertanggungjawab kepada
Leftenan Gabenor di Bangkahulu malah dua tahun setelah perjanjian tahun 1824, Singapura
diletakkan di bawah pentadbiran Gabenor Jeneral di Calcutta sama seperti Pulau Pinang dan Melaka
juga diberi taraf yang sama.[13] Akhirnya, ketiga-tiga buah petempatan disatukan sebagai satu unit
pentadbiran dan diberi nama Negeri-negeri Selat malah Negeri-negeri Selat yang bertaraf Presidensi
Keempat diletakkan di bawah pentadbiran EIC yang berpusat di India.
2.2 EKONOMI
Melalui perkara XV pula isi perjanjiannya seperti berikut :

Pihak peranji tertinggi bersetuju bahawa tiada mana- mana wilayah atau pertapakan yang disebut
dalam perkara VIII, IX, X, XI, dan XII boleh, pada bila- bila masa di pindahkan keada mana- mana
tanah jajahan tersebut ditinggalkan oleh salah satu pihak peranji, maka hak pendudukannya
hendaklah dengan serta-merta beralih ke Pihak yang satu lagi.

Wilayah- wilayah tersebut tidak boleh bertukar tangan dengan kuasa kuasa lain dan jika mereka
meninggalkan wilayah tersebut perlu diserahkan kembali. Mereka juga bersetuju supaya tidak
menubuhkan sebarang penempatan baru di mana- mana pulau di Laut- laut timur tanpa izin
daripada kerajaan masing - masing di Eropah. Oleh itu, terdapat dua pengaruh yang berasingan, dan
tentang dasar di mana tiap- tiap satu pihak menahan diri dari campur tangan wilayah pihak yang
lain.
Bahagian bahagian wilayah dalam perjanjian itu adalah perkara yang terpenting dalam usaha
menyingkirkan satu daripada sebab- sebab persengketaan. Tahun- tahun seterusnya didapati
terdapat aduan- aduan yang menyatakan bahawa Belanda cuba mengelakkan peruntukanperuntukan perniagaan dan mengganggu perniagaan British dengan Kepulauan Nusantara. Bagi
pihak Belanda mereka lebih menguntungkan kerana dengan perjanjian itu mereka mendapat
Sumatera dan Kepulauan-kepulauan di Nusantara yang belum lagi diduduki oleh mereka. Namun
British lebih waras apabila mereka melepaskan peluang untuk membina empayar yang luas di
Nusantara, dan di samping itu mendapatkan jaminan bahawa Belanda tidak akan mengganggu
mereka di semenanjung.
Semasa perniagaan dijalankan, wakil wakil British dan Belanda mendapati mereka mempunyai
banyak persamaan dari segi dasar. Secara beransur- ansur mereka berupaya untuk menyelesaikan
banyak kesukaran dan salah faham yang telah sekian lama mengganggu kedua- dua belah pihak.
Pada akhir bulan Januari 1824, persetujuan yang kukuh telah dicapai berkenaan dengan semua isu
penting. Tempoh masa dua bulan lagi diperlukan bagi menyelesaikan segala perselisihan sebelum
perbincangan yang perlu dengan jabatan- jabatan kolonial di London dan The Hague diselesaikan.
Melalui perkara I isi perjanjiannya seperti berikut:

Pihak Penjanji Tertinggi berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara tanah
jajahan masing-masing di kepulauan Timur,dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai Negara
bertaraf paling diutamakan;dan rakyat masing-masing perlu mematuhi peraturan tempatan di setiap
petempatan.

Melalui perkara II isi perjanjiannya seperti berikut:

Rakyat dan kapal sebuah Negara tidak perlu membayar,atas pengimportan di pelabuhan pihak yang
satu lagi di Laut Timur, apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti yang dikenakan ke
atas rakyat dan kapal Negara pemilik pelabuhan itu.
Duti yang dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon
oleh kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan
itu melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British.
Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila import atau di
eksport oleh rakyat, atau di atas kapal Negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke
atas rakyat atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam
peratus

Kepentingan Perjanjian London atau Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada 17 Mac
1824 dapat dilihat dari sudut ekonomi khususnya dalam aktiviti perdagangan kedua-dua kuasa barat
tersebut. Dari aspek perdagangan terkandung syarat-syarat bahawa kapal-kapal perdagangan dari
kedua-dua pihak iaitu Belanda dan Inggeris dibenarkan saling memasuki wilayah masing-masing,
tetapi dikenakan bayaran cukai. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak dibenarkan
mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu.[14] Selain itu, kedua-dua
kuasa besar ini bersetuju untuk saling memberikan layanan yang baik antara satu sama lain di India,
Sri Lanka dan Nusantara.
Selepas perjanjian tersebut Singapura telah ditadbir secara sepenuhnya oleh Inggeris.[15] Di bawah
pentadbiran Inggeris, Singapura telah menjadi sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin
berkembang menjelang 1830-an. Jumlah peningkatan dagangan Singapura dapat dilihat pada tahun
1821 ialah 5 juta, meningkat kepada 11 juta pada tahun 1824 dan terus meningkat kepada 18 juta
pada tahun 1833. Kemajuan singapura turut mempengaruhi perkembangan perdagangan di Pulau
Pinang, dan Johor. Johor menjadi pengeksport gambir, lada, balak, dan getah percaya yang
terpenting ke London. Manakala Pulau Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting.
Jelaslah bahawa penyerahan Singapura kepada Inggeris oleh Belanda banyak memberi manfaat
kepada perdagangan Inggeris.
Penyerahan semula Bangkahulu kepada Belanda oleh Inggeris memberi manfaat kepada
perdagangan Belanda. Walau bagaimanapun, Belanda tidak dibenarkan mengenakan cukai lebih dua
kali ganda kepada kapal dagang Inggeris di pelabuhan-pelabuhan Belanda di Indonesia.[16] Ketika
Belanda menguasai seluruh Sumatera, pedagang dari Singapura dan Pulau Pinang menyatakan cukai
yang dikenakan oleh Belanda telah menyekat aktiviti perdagangan mereka dan bertentangan dengan
Perjanjian London. Oleh hal yang demikian Belanda terpaksa beralah kerana tidak mahu

menimbulkan masalah dengan Inggeris. Jelaslah di sini bahawa walaupun Perjanjian London 1824
adalah atas persetujuan bersama, tetapi ia lebih memberi banyak mnfaat kepada pihak Inggeris.

2.3 SOSIAL
2.3.1 Pelanunan
Berikut ialah perkara V :
Duli - Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda, juga berjanji
bersetuju mencecah pelanunan di laut- laut itu, mereka tidak akan memberi perlindungan kepada
kapal yang terlibat dalam pelanunan, dan mereka tidak akan membenarkan dalam mana- mana hal
kapal atau dagangan yang ditawan oleh kapal itu dibawa masuk disimpan, dijual dimana- mana
tanah jajahan mereka.
Kepentingan bagi usaha bersama menentang kejahatan ini dapat disedari dengan melihat sekali
imbas beberapa jilid rekod- rekod Negeri negeri Selat. Perkara ini menjadi pesoalan yang penting
alam perutusan pihak- pihak berkuasa. Di alam Melayu soal pelanunan memang sudah lama
merebak dengan beraneka corak sehingga apabila kuasa barat yang muncul pada abad ke 19 cuba
hendak menghapuskannya.
Francis Light pernah menyebut pada kurun ke 18 pedagang - pedagang yang mahir di pulau- pulau
timur juga terkenal dengan kehandalan mereka di Nusantara sebagai lanun. Setiap tahun angin
lanun membawa mereka ke Selat Melaka mengancam perahu perahu yng menghala ke Singapura.
Gugusan pulau- pula itu semakin kehilangan penduduknya kerana diculik untuk dijadikan hamba
abdi. Mereka juga banyak melakukan bermacam-macam macam kerosakan dan kacau bilau.
Musuh besar bagi kaum - kaum lanun dan Balanini ialah lanun lanun Melayu dari pulau- pulau
Riau- Lingga , iaitu kaum Karimon, dan pulau- pulau lain berdekatan dengan hujung sebelah selat
Melaka.
Pada awal abad ke 19 pantai barat laut Kalimantan sebagai menjadi pusat lanun yang terkecil sekali,
gerakan gerakan lanun sebenarnya dilakukan oleh orang Dayak iaitu lebih terkenal sebagai Orang
Laut mereka berada di bawah kuasa dan arahan pembesar- pembesar Melayu dan orang
perseorangan yang di tinggal bersama -sama mereka. Didapati kerjasama yang dipersetujui dalam
perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak pernah mendatangkan hasil. Belanda yang mempunyai lebih
banyak kapal perang daripada British di gugusan pulau- pulau Melayu, telah banyak mengusahakan
penghapusan lanun- lanun, tetapi mereka mengehadkan usaha- usaha mereka mereka di kawasan
mereka sahaja.

3.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, melalui analisis yang dilakukan oleh kumpulan kami, perjanjian ini
sebenarnya bertujuan untuk menghentikan sentimen permusuhan yang telah lama menghantui
kedua-dua kuasa ini terutamanya dalam dalam kegiatan perdagangan. Perjanjian Inggeris-Belanda

telah ditandatangani adalah berdasarkan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak untuk
dipatuhi. Walaupun pada mulanya mereka mematuhi tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku
kerana perjanjian itu tidak memberikan sebarang makna kepada mereka dan hanya mendatangkan
hubungan yang baik di Eropah sahaja. Perasaan benci pedagang dan pegawai British terhadap
Belanda masih kuat dan menebal dalam diri mereka yang tidak mungkin akan dapat dikikis hanya
kerana sehelai kertas. Bagi mereka perjanjian itu dimeterai hanya demi kepentingan ekonomi
semata-mata. Jika tidak sebelah mata pun mereka tidak mahu pandang apatahlagi berhubungan
baik. Perjanjian ini secara nampaknya sewenang-wenangnya membelakangi pemerintah tempatan
tanpa berunding dahuli dengan Raja-raja Melayu. Hal ini demikian kerana Raja-raja Melayu pada
pandangan British dan Belanda tidak memberikan apa-apa kesan keatas mereka. Ini menunjukkan
bahawa mereka memandang rendah dengan kebolehan Raja-raja Melayu yang dikatakan tidak
berpendidikan, tamak, kejam, bodoh, dan senang dipergunakan. Pada ketika ini, maka bermulalah
detik penguasaan kedua-dua kuasa tersebut di Alam Melayu dan sebagai permulaan juga kepada
penderitaan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat tempatan.

[1] Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 101.
[2] Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan bebas:sejarah dan perkembangan. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 109
[3] Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangan. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 109
[4] Ibid, hlm 25
[5] Graham Irwin terjemahan Mohd, Nor Ghani dan Noraini Ismail. (1986). Borneo Abad ke sembilan
Belas.Kuala. Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 80.
[6] Ibid. hlm. 81.
[7] Ibid.hlm.84
[8] D.G.E. Hall. (1981). .Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd. hlm. 625.
[9]Abdullah Zakaria, (2001), Istana dan Politik Johor, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 21

[10] Barbara.Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya.
Macmillan
Publishers (M) Sdn Bhd., hlm 140
[11] Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963, hlm 25
[12] Barbara.Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya. (1983). Sejarah Malaysia, hlm 143
[13] Mohd.Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. hlm 153.

[14] Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Hlm. 144.


[15]Mohd.Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 24.

[16]Anthony Ried (1963). The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 18581898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm. 12.

You might also like