You are on page 1of 2

PERJANJIAN BURNEY - 1826

Selepas perjanjian sementara ditandatangani dan mendapat pengesahan kerajaan India,


Burney sekali lagi dihantar ke Siam untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Siam pada
Dis 1825. Ketika berada di Bangkok, Burney telah berjaya tandatangani perjanjian dengan
Siam yang dikenali sebagai Perjanjian Burney. Tujuan-tujuan lain Burney dihantar adalah
untuk:- memberi jaminan British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin kukuhkan lagi
hubungan perdagangan dan persahabatan, memulihkan takhta sultan Kedah [Sultan Ahmad
Tajuddin], dan memastikan kemerdekaan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu
yang lain terpelihara. Antara syarat-syarat perjanjian Burney ialah:- Kedah diiktiraf sebagai
sebuah jajahan Siam. British tidak akan campurtangan di Kedah dan tidak akan tolong Kedah
untuk mendapatkan kembali takhta, Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang,
Seberang Prai, Perak, Selangor dan Burma, Kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin oleh
Siam. Perak boleh tentukan sama ada hendak hantar bunga emas ke Siam atau tidak, Siam
dan British boleh hantar rombongan diplomatik antara 40-50 orang tetapi tidak boleh “cabul,
menyerang atau mengancam” Perak dan Selangor, British bersetuju tidak akan campurtangan
di Perak dan Selangor tetapi akan menghalang Selangor daripada menyerang Perak, dan Siam
tidak akan menganggu perdagangan British di Kelantan dan Trengganu tetapi kedua-dua
kuasa tidak boleh “cabul, menyerang atau mengancam” negeri tersebut. Perjanjian Burney
mempunyai kepentingan tertentu kepada British iaitu dapat menentukan kedudukan negeri-
negeri Melayu Perak dan Kedah iaitu Perak tidak akan diganggu oleh Siam dan Kedah
diiktiraf sebagai jajahan takluk Siam; British telah berjaya menyekat perluasan pengaruh
Siam ke negeri-negeri Melayu dan melindungi kepentingan perdagangan British di negeri
tersebut; dan perjanjian ini telah menjadi asas hubungan British-Siam di masa akan datang.
Perjanjian Burney telah memberi kesan ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Kedah,
Kelantan dan Trengganu.

PERAK

Selepas perjanjian Raja Ligor tidak berpuas hati dan mengambil tindakan yang bertentangan
dengan perjanjian iaitu telah menghantar wakil dan satu angkatan perang kecil ke Perak.
Alasan yang digunakan untuk membantu Sultan Perak dalam bidang pentadbiran tetapi yang
sebenarnya untuk memaksa Perak hantar bunga emas kembali ke Siam. Sultan Perak telah
meminta bantuan daripada British di Pulau Pinang. British telah hantar wakilnya [Kapt.
James Low], 40 orang sepoi dan sebuah kapal perang. Tujuannya adalah menasihati Sultan
tentang haknya dan memberi jaminan akan membantu Perak sekiranya diserang oleh Siam.
Di Perak, James Low berjaya menggulingkan golongan pro-Siam [pegawai-pegawai dan Raja
Muda] dan ini menyebabkan Siam berundur dari Perak. James Low telah melampaui arahan
iaitu telah memberi jaminan untuk melindungi Perak sekiranya diserang melalui Persetian
Low antara J. Low dengan Raja Abdullah pada 18 Okt 1826. Antara syarat-syarat persetian
ialah Perak berjaya tidak menghantar bunga emas ke Siam atau mengadakan hubungan
politik dengan Siam dan negeri-negeri Melayu lain; Perak berjanjian tidak akan benar wakil
lebih 30 orang lelaki negeri lain ke Perak untuk campurtangan urusan Perak; British bersetuju
beri perlindungan dan bantuan tentera kepada Perak; dan Perak bersetuju menyerahkan Pulau
Dinding dan Pulau Pangkor kepada British. Persetiaan Low ini telah membolehkan Gab. R.
Fullerton bertindak ke atas lanun di Perak dengan menghantar Kapt. J. Low untuk
memusnahkan kubu lanun di Kuala Kurau dan berjaya menangkap ketua lanun [Nakhoda
Udin] iaitu seorang ejen Siam di Perak. Kejayaan British ini telah dapat menyelamatkan
Perak dan menghentikan kemaraan Siam.

KEDAH

Jika dikaji syarat-syarat perjanjian Burney adalah suatu pengkhianatan British terhadap
Sultan Kedah. British telah mematuhi syarat perjanjian dengan Siam iaiatu bekerjasama
dengan Siam untuk menghalang cubaan Sultan Kedah untuk mendapatkan kembali takhta.
British bertindak demikian untuk menjaga kepentingan perdagangan di Kedah dan Siam.
Sultan Ahmad Tajuddin tidak berputus asa dan telah berusaha dapatkan kembali takhta
baginda dari Pulau Pinang pada tahun 1831-1841. Baginda mengatur langkah untuk
menghalau Siam dengan mendapat bantuan orang-orang Melayu Kedah, Kelantan dan
Trengganu pada tahun 1831, 1836 dan 1838 tetapi semuanya gagal kerana Kedah sudah
dikepong. Sultan Kedah telah berpindah ke Melaka. Walaubagaimanapun, pada tahun 1840
Sultan Kedah, Siam dan British mula berubah sikap dalam masalah ini. Sultan Kedah sedar
baginda sudah tua dan tidak larat lagi untuk menyerang siam, manakala Siam pula berperang
dengan Kedah telah menjejaskan kemakmuran dan terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Bagi British dibawah pentadbiran Gab. Bonham berpendapat dasar pro-Siam telah
menjejaskan perdagangan British di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1841, Sultan Kedah
telah menggunakan cara diplomasi iaitu dengan menghantar anak baginda Tengku Daik ke
Bangkok. Tg. Daik telah berjaya memujuk Siam menaikkan kembali Sultan Kedah ke takhta
dan menarik balik pegawai-pegawai Siam dari Kedah dengan beberapa syarat. Antaranya
ialah Kedah kekal dibawah Siam dan perlu menghantar bunga emas 3 tahun sekali; dan
Kedah akan diperkecilkan kawasannya iaitu Sentul dan Perlis diasingkan. Jadi pada tahun
1842, Sultan Kedah naik takhta semula dan Perlis diasingkan dengan diperintah oleh Syed
Sapee yang bergelar raja Perlis.

KELANTAN DAN TRENGGANU

Dalam perjanjian Burney tidak menyebut dengan jelas tentang kedudukan Kelantan dan
Trengganu. Siam telah menuntut haknya di negeri tersebut dengan mengambil kesempatan di
atas perang saudara di Pahang (1857-1863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir untuk
meluaskan pengaruhnya di Pahang dan Trengganu. Siam telah menyokong Wan Ahmad yang
berlindung di Trengganu. Campur tangan Siam ini telah menyebabkan timbulnya kekacauan
dan ini telah mengancam kepentingan perdagangan British di Kelantan dan Trengganu.
British meminta Siam menangkap bekas sultan Riau-Lingga (Sultan Mahmud III) dan Wan
Ahmad dari Trengganu tidak diendahkan oleh Siam dan Sultan Trengganu (Sultan Omar).
British juga telah merayu kepada Siam supaya jangan campurtangan dan berundur dari
Trengganu tetapi tidak diendahkan oleh Siam. Maka pada Nov 1862, Gab. Sir Orfeur
Cavenagh telah menghantar kapal perang dan membedil kubu di Kuala Trengganu. Akhirnya
pada tahun 1863, Siam telah menarik diri dari Trengganu.

You might also like