You are on page 1of 8

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang Pasang Surut Kerajaan Acheh. Pembentukan
kerajaan Acheh mengalami pasang surutnya dalam mencapai sebuah kerajaan yang bersatu di
Indonesia pada abad ke-14. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa objektif kajian
antaranya ialah, menghuraikan tentang bagaimana kerajaan kecil di Acheh yang akhirnya telah
membentuk sebuah kerajaan besar Acheh di Indonesia. Seterusnya, menganalisis faktor
perkembangan Kerajaan Acheh, kemudian, dan memperincikan faktor kemerosotan Kerajaan
Acheh, serta memghuraikan kesan kemerosotan Kerajaan Acheh. Metodologi kajian yang
digunakan oleh penyelidik ialah teknik mengumpul data dan menganalisis maklumat bagi
memenuhi objektif kajian. Penyelidik menggunakan sumber sekunder iaitu merujuk buku-buku di
perpustakaan dan mengakses maklumat yang sesuai daripada internet. Berdasarkan analisis yang
dilakukan, penyelidik mendapati penyatuan kerajan kecil Acheh telah dilakukan oleh sultan
pertama yang memerintah Kerajaan Acheh. Kemudian, hasil analisis mendapati terdapat faktor-
faktor dalaman seperti pemerintah yang berwibawa dan faktor luaran melalui hubungan
diplomatik yang baik dengan kuasa luar telah membawa kepada perkembangan Acheh dari segi
politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan dalam penyebaran agama Islam serta pusat pendidikan
Islam, selain itu faktor-faktor kemerosotan Kerajaan Acheh dikaitkan dengan kelemahan dalam
kepimpinan pemerintah selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda serta pertikaian kuasa oleh
golongan bangsawan yang timbul dan faktor luaran seperti penyerangan kuasa Belanda
membawa kemerosotan dalam politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya, kemerosotan ini
membawa kepada kesan-kesan terhadap keseluruhan pemerintahan Kerajaan Acheh yang pada
mulanya terbentuk dengan gemilang telah mengalamai keadaan surutnya. Kesimpulanya,
pensejarahan kerajaan Acheh dapat dilihat pada titik mulanya telah berkembang dengan baik
melalui penaklukan dan perluasan kuasa yang dilakukan. Namun begitu, kerajaan ini telah
mengalami kemerosotan kerana kepincangn yang berlaku telah membawa kesan-kesan terhadap
hubungan politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial.
1.1 Pengenalan

Aceh merupakan sebuah kerajaan yang terbentuk hasil daripada penyatuan


kerajaan-kerajaan kecil seperti Pidie, Pasai dan kerajaan Daya yang akhirnya membentuk
Kerajaan Aceh yang besar. Kerajaan Aceh terletak di di Indonesia berada di hujung Pulau
Sumatera sebelah Utara dan menghala ke arah Barat dari Kepulauan Nusantara
berbanding dengan sejarah moden Sumatera, Indonesia di bahagian Utara, terdapat tiga
bangsa dan kebudayaan yang telah didominasikan oleh Acheh, Batak, dan Melayu.
Namun, dapat dilihat dengan jelas apabila warisan sejarah Acheh masih menjadi amalan
rakyat tempatan, kerana Acheh telah meninggalkan satu sejarah yang cukup bermakna
sehingga hari ini, terutamanya dari segi kebudayaan yang bercirikan Islam.1 Pada abad
ke-14, Bandar Acheh telah menjadi pusat atau ibu kota bagi Kerajaan Acheh.
Pembentukan Acheh juga tergambar dengan campuran daripada budaya Buddha dan
India sebelum masuknya agama Islam. Wilayah Acheh dikatakan pertama menerima
masuk ajaran agama Islam di Kepulauan Nusantara bahagian Barat. Dalam bahasa
Tionghoa Acheh disebut sebagai A-tsi atau Ache dalam bahasa Tionghoa sendiri.2 Sebelum
kemunculan Kesultanan Acheh, sebuah Kesultanan lebih awal telah pun muncul iaitu
Kesultanan Perlak, merupakan kerajaan pertama di Nusantara sekitar tahun 840-1292M,
namun kini, Perlak telah masuk dalam wilayah Acheh di bahagian Timur, sehingga pada
abad ke-15 Acheh telah dimasuki oleh kuasa Kerajaan Islam Lamuri kerana jalinan politik
yang telah dibuat, menandakan suatu perubahan mulai berlaku dalam perkembangan
politik Acheh yang bercirikan ajaran Islam.3

Pembentukan Kerajaan Acheh diperintah oleh Sultan Ali Mughayat Syah yang
merupakan sultan pertama memerintah dari tahun 1520 sehingga tahun 1530, sebab pada
awalnya Acheh berada dibawah kekuasaan Kerajaan Pidie. Semasa tempoh
pemerintahannya beliau berjaya dengan penaklukan pelabuhan di pesisir pantai Sumatera
seperti Pidie, Pasai dan Daya, kegiatan penaklukan ini bertujuan untuk meluaskan

1 Anthony Reid, Sumatera Revolusi Dan Elite Tradisional, Indonesia: Komunitas Bambu, 2012, hlm. 1
2 Suryadinata, Leo: International Zheng He Society,Admiral He & Southeast Asia, Institute of Southeast
Asian Studies, 2005. Hlm. 167
3
Machfud Syaefudin dkk, Dinamika Peradapan Islam: Prefektif Historis (Yogyakarta: Pustaka Ilmu, 2013), 253
kekuasaannya, pelabuhan-pelabuhan ini terletak bersebelahan dengan perairan Selat
Melaka. Dari segi kehidupan politik Acheh, perkembangannya bercorak pasang surut,
apabila berlaku campur tangan kuasa asing seperti Belanda dalam politik, yang pernah
menyerang Acheh dipimpin oleh Cornelis de Houtman dalam merebut kuasa perdagangan
daripada Kerajaan Acheh, ketika dalam pimpinan Sultan Alaudin Riayat Syah.

Kemudian dari segi ekonomi, masyarakat Aceh abad ke-14 amat bergantung
dengan kegiatan penangkapan ikan, termasuk menjalani pekerjaan sampingan seperti
merompak kapal-kapal Portugis yang datang berdagang di kepulauan itu, kerana
pendapatan penduduk Acheh pada awalnya, bergantung dengan jualan dagangan dan
hasil laut sahaja. Namun seperti yang sudah diketahui, Selat Melaka telah menjadi
tumpuan terpenting sebagai laluan perdagangan, sehingga Selat Melaka ini berjaya
menambat hati para pedagang dari luar untuk berdagang di Melaka seperti dari India,
Arab, dan China. Jadi pelabuhan di Acheh yang masih dalam perkembangan masih kurang
mendapat tumpuan, oleh sebab itu, pemerintah Acheh terus giat dengan misi penaklukan
dalam menguatkan kekuasaanya sehingga kejatuhan Melaka pada abad ke-15 ke tangan
Portugis telah membuka satu peluang besar kepada Acheh menarik pedagang-pedagang
yang keluar dari Melaka untuk masuk berdagang di pelabuhan Acheh, kerana pedagang
Islam tidak mengaku kekuasaan Portugis di Melaka, atas dasar penyebaran agama oleh
Portugis di Nusantara. Kemudian, Kerajaan Acheh ketika ini telah berjaya mengalihkan
pedagang-pedagang dari Melaka untuk datang berdagang ke pelabuhan Acheh kerana
Acheh telah menjadi kuasa baru muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa di
Nusantara. Maka, ‘bagai mengantuk disorong bantal’ pedagang segera beralih ke
pelabuhan Acheh untuk mendapatkan perlindungan terhadap hasil perdagangan.4 Tetapi,
Acheh masih bersaing dengan Kerajaan Johor yang juga berminat terhadap pedagangan
di Selat Melaka.

4
Ahmad Fathoni, Sejarah Kerajaan Aceh, http://www.zonasiswa.com/2015/06/sejarah-kerajaan-
aceh-kehidupan-politik.html diakses pada 10/12/17
Gambar 1: Peta Kekuasaan Kerajaan Acheh

Sumber: http://www.lintasgayo.com/37208/aceh-besar-pernah-dipimpin-putra-
gayo.html

Selepas pemerintahan Sultan Mughayat Syah, beliau digantikan dengan Sultan Salahuddin
yang memerintah sehingga tahun 1537, namun semasa pemerintahan berlaku surut dalam
perjalanan pemerintahannya kerana perwatakan yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin yang tidak
begitu mengambil berat soal kerajaan Aceh, sehingga membawa kepada kemerosotan dalam
perkembangan politik dan ekonominya. Kemudian Sultan Alauddin Riayat Syah Al-Kahar telah
mengantikan Sultan Salahuddin yang memerintah sampai tahun 1568. Pencapaian Sultan
Alauddin Riayat Syah semasa pemerintahan adalah membawa sedikit perubahan dalam sistem
pemerintahannya apabila cuba untuk menakluki Melaka melalui serangan namun gagal.
Kemudian semasa pemerintahannya juga turut berlaku pemberontakan dan perebutan kuasa.
Maka pemerintahannya hanya mampu bertahan sementara sahaja. Selepas itu, Kerajaan Aceh
telah mencapai detik kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang
memerintah dari tahun 1607 sehingga 1636 apabila beliau berjaya mengalahkan Portugis di
Melaka dengan penyerangan menggunakan kekuatan armanda laut yang ramai, berjaya
menguasai Pulau-Pulau Sunda dan Semananjung Malaysia serta menjalinkan hubungan
diplomatik dengan bangsa yang datang berlayar di Lautan Hindia.5

Selain itu, Kesultanan Johor merupakan kuasa politik Melayu yang baru selepas kejatuhan
Melaka turut menjadi sasaran di Semananjung Malaysia oleh kuasa Aceh kerana perebutan Aru
untuk kepentingan ekonomi. Ini jelas digambarkan, sehingga abad ke-17 Sultan Iskandar Muda
berjaya membentuk Aceh menjadi kerajaan Maritim terpenting di Nusantara. Walaupun Kerajaan
Aceh sudah mencapai kegemilangannya, tetapi, kepincangan dalam pemerintahan Acheh mulai
berlaku selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda. Pertikaian kuasa yang berlaku di antara
pemerintah di istana telah membuka peluang kepada pesaing Aceh untuk kembali menyerang
kembali, sepertinya Kerajaan Johor sehingga berjaya mengambil semula kekuasaannya di
Semanjung Malaysia serta kawasan selat di bahagian selatan. Apa yang lebih menarik untuk turut
dikupas ialah perkembangan agama Islam di Aceh, walaupun menerima tentangan hebat
daripada kuasa Perancis dan Belanda serta Sepanyol, kerajaan Aceh masih mampu
memperluaskan agama Islam, keadaan ini jelas dilihat semasa pemerintahan Sultan Iskandar
Thani yang merupakan menantu kepada Sultan Iskandar Muda, hukum syariat Islam telah
ditegakkan serta perkembangan ilmu Islam terus diperluaskan, tambahan dengan kedatangan
Nuruddin Ar-Raniri dari Gujerat seorang pendakwah.6 Dikatakan dari segi politik, Acheh memiliki
pertahanan yang kuat yang diketuai ole uleebalang yang mempunyai semangat patriotisme yang
sangat tinggi, namun, perpecahan yang berlaku dalam kalangan uleebalang serta semangat
patriotisme yang semakin luntur dalam kerajaan Acheh dengan keadaan politik yang tidak stabil,
serta keruntuhan ekonomi jelas membawa kepada kemerosotan Acheh.

Kemudian pembentukan kehidupan sosial di Acheh berkembang dengan baik, apabila


mampu mencapai kebudayaan yang semakin maju kerana kedudukan yang strategik, telah
menjadi tarikan kepada masyarakat luar datang singgah berkunjung disamping dengan tujuaan
berdagangan, tambahan perhubungan yang baik dengan bangsa lain juga menambah bilangan
kedatangan bangsa-bangsa luar lebih ke Acheh. Bahkan Acheh berjaya menyusun hukum adat
yang mendasari ajaran Islam yang digelar sebagai Hukum Adat Makuta Alam, dimana menurut
hukum ini, setiap pertabalan seorang sultan yang memerintah adalah perlu mengikut

5 Kesultanan Kerajaan Aceh, http://www.nafiun.com/2013/02/kesultanan-kerajaan-aceh-sejarah-peninggalan-pendiri-


letak-peta-kemunduran-keruntuhan.html, diakses pada 1 Disember 2017
6 Ibid.
permuafakat berdasarkan hukum ini, bagi mencapi persetujuaan yang jitu. Selepas itu dalam
Hukum Adat Makuta Alam telah diberikan satu gambaran mengenai kuasa seorang sultan di Aceh
iaitu semasa perlantikan baginda, pada saat pengangkatan baginda, panglima sagi dan ulebalang
i mereka perlu mendapat kehormatan dengan bunyi dentuman meriam sebanyak 21 kali sebagai
penghormatan, kerana mereka merupakan antara orang kuat dalam menjaga keamanan
pemerintahan dan negeri Acheh dalam mengetuai angkatan peperangan dalam mempertahankan
kerajaan Acheh daripada ancaman luar.

Kemudian peranan Sultan adalah untuk mengadili perkara yang bersangkut paut dengan
pemerintahan, seterusnya perlu bersedia untuk sentiasa menerima kunjungan kehormatan
termasuk dengan kedatangan para pedagang-pedagang asing ke pelabuhan Acheh, sultan juga
berperanan untuk mengangkat ahli ulama yang amat penting dalam kehidupan sosial di Acheh,
manakala dalam pengurusan kerajaan, orang yang cerdik pandai mesti diangkat oleh kuasa
sultan, dan sultan perlu bertindak dalam melindungi rakyat daripada tindakan para pejabat
kerajaan yang sewenang-wenangnya, dimana sultan berperanan menjadi orang tengah.
Pemilihan sultan adalah berdasarkan kepercayaan kepada sultan untuk memegang satu amanah
dengan baik, perlu dengan nasihat dan pengawasan oleh alim ulama, kadi dan Dewan Negeri
bagi mengelakkan perlanggaran adat oleh seorang sultan. Misalnya, semasa pemerintahan
dibawah Sultan Iskandar Muda Kerajaan Acheh telah berkembang dengan pesat dari segi ilmu
Islam apabila baginda berhasil menanam semangat keagamaan dalam diri rakyat tempatan
dengan semangat kesatuan yang tinggi, jiwa memperoleh kemerdekaan yang membara,
semangat perpaduan tinggi. Keadaan ini, memperjelaskan kepada kita bahawa pengaruh seorang
sultan amat penting dalam mempengaruhi perkembangan dalam soal kestabilan politik membawa
kepada pengukuhan dalam ekonomi seterusnya kepada pembangunan sosial di Acheh ketika itu.
Hubungan diplomatik yang baik dengan kuasa besar di barat seperti Turki turut membantu Acheh
dalam membangunkan kerajaan.
Gambar 2: Masjid Raya Baiturrahman Banda Acheh

Sumber: http://www.zonasiswa.com/2015/06/sejarah-kerajaan-aceh-kehidupan-politik.html

Dengan itu, tidak hairan bahawa Acheh telah berjaya digelar sebagai Serambi Mekah,
kerana pencapaian tinggi, kerajaan Acheh dalam membangun pusat pendidikan disini terutama
ajaran agama Islam, sehingga terdapat ramai ahli ulama yang lahir dari Acheh. Masjid Raya
Baiturrahman telah menjadi bukti peninggalan Acheh dalam pembangunan agama Islam melalui
pembinaan masjid ini sebagai serambi perkongsian ajaran agama dengan pertukaran pelbagai
idea. Maka, disini jelas mengambarkan keadaan pasang surut Kerajaan Acheh, dimana setiap
perubahan tampuk pemerintahan oleh setiap sultan mempunyai coraknya tersendiri, namun
perkembangan kebudayaan Acheh telah membuka mata dunia akan keunikan yang dimiliki oleh
Acheh iaitu dalam perkembangan ilmu Islam dan semangat tinggi dalam mempertahankan agama
Islam.
Rujukan

Laman Sesawang

Ahmad Fathoni, Sejarah Kerajaan Aceh http://www.zonasiswa.com/2015/06/sejarah-kerajaan-aceh-


kehidupan-politik.html diakses pada 10/12/17

Kesultanan Kerajaan Aceh, http://www.nafiun.com/2013/02/kesultanan-kerajaan-aceh-sejarah-peninggalan-pendiri


letak-peta-kemunduran-keruntuhan.html, diakses pada 1 Disember 2017

Acheh Besar Pernah dipimpin oleh Putra Gayo, http://www.lintasgayo.com/37208/aceh-besar-


pernah-dipimpin-putra-gayo.html diakses pada 10/12/17

Buku

Anthony Reid. 2012. Sumatera Revolusi Dan Elite Tradisional. Indonesia: Komunitas Bambu.

Drs. Supartono Widyosiswoyo. 2000. Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbit


Universitas Trisakti.

Suryadinata, Leo: International Zheng He Society, Admiral He & Southeast Asia, Institute of
Southeast Asian Studies, 2005.

Machfud Syaefudin. (2013). Dinamika Peradapan Islam: Prefektif Historis. Yogyakarta: Pustaka
Ilmu.

You might also like