You are on page 1of 24

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

KOD DAN NAMA KURSUS:


AJ21203 SEJARAH MALAYSIA 1900 - 1957

NAMA PENSYARAH: ENCIK EKO PRAYITNO JOKO

TAJUK TUGASAN ESEI:

SOALAN 10 : SEJAUHMANAKAH PENUBUHAN PERSEKUTUAN


MALAYSIA ADALAH DIPENGARUHI OLEH ANCAMAN PENGARUH
KOMUNIS DI ASIA TENGGARA

NAMA AHLI KUMPULAN:


NAMA NO. MATRIK

NORAZLIN SHAHILA BINTI SAHARAN BA16110084

JESSICA BINTI AMAT BA16110440

NUR ARISSHA BINTI YUSOF BA16110273

1.0 Pengenalan

Idea menggabungkan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam sebuah persekutuan

1
yang dikenali sebagai “Malaysia” merupakan impian drastik Tunku Abdul Rahman apabila
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang bertujuan untuk
membebaskan wilayah-wilayah British di Borneo daripada penjajahan kerana perjuangan
beliau bukan sekadar untuk membebaskan Tanah Melayu tetapi juga jajahan British di
Borneo dan Brunei. Memikirkan bahawa wilayah-wilayah tersebut tidak mampu untuk
berdikari dan berkemungkinan akan dituntut oleh negara-negara jiran, maka Tunku Abdul
Rahman mengemukakan cadangan gagasan Melayu Raya atau Super Federation. Rancangan
menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19.
Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British
mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Malahan perkara ini pernah
dibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932. Namun
begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil.
Cadangan penubuhan Malaysia mendapat perhatian serius setelah perkara ini dicetuskan
oleh perdana menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman yang berpendapat bahawa
percantuman antara persekutuan Tanah Melayu dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan
sekali dengan wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei 1.

Hasrat ini telah dimaklumkan oleh Tunku Abdul Rahman kepada Malcolm MacDonald
yang merupakan bekas Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, Geofroy Tory,
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Lord Home iaitu Setiausaha Luar dan Lord
Perth, Menteri Negara. Selain daripada menyumbang kepada pembangunan ekonomi,
mempercepatkan kemerdekaan dan mengimbangi keseimbangan kaum, Tunku juga
berpandangan bahawa gagasan tersebut akan dapat menyelesaikan masalah Singapura
sekali gus mengukuhkan lagi pertahanan rantau Asia Tenggara daripada ancaman dan
pengaruh komunis. Meskipun bersetuju dengan cadangan Tunku Abdul Rahman, pihak
British mempunyai konsepsi yang berbeza iaitu mencadangkan gabungan tersebut
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan mencantumkan wilayah-wilayah British
di Borneo terlebih dahulu sebelum digabungkan dengan Tanah Melayu dan Singapura.
Sebaliknya, British menggalakkan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih
dahulu sebelum bercantum dengan wilayah Borneo dan Brunei atas alasan wilayah-wilayah
di Borneo masih lagi mundur termasuk Brunei. 2 Namun begitu, Tunku menolak cadangan
tersebut kerana mengetahui British tidak mahu kuasa-kuasa Barat kehilangan pangkalan di
Singapura kerana kedudukan Singapura yang strategik dan pangkalan tentera yang canggih
1
Nik Anuar Nik Mahmud, konfrontasi Malaysia -Indonesia, Bangi: Universiti Malaysia, 200, hlm 22-23.

2
Ibid, hlm 24

2
dari segi skema pertahanan British dan sekutu-sekutunya dalam SEATO di Asia Tenggara
dalam konteks perang dingin pada ketika itu. Tunku hanya bersedia untuk berkompromi
sekiranya British membenarkan wilayah-wilayahnya di Borneo menyertai cantuman itu.
Kerajaan British akhirnya bersetuju kerana Fasal 2(1) telah dimasukan dalam perlembagaan
tersebut.3

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam
ucapannya pada kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel
Adelphi Singapura. Antara tokoh yang memberi sambutan baik termasuklah Lee Kuan
Yew Ketua Menteri Singapura dan Harold MacMillan Perdana Menteri Britain. Antara
kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-


rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal
untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai,
namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan
memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa
kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”. 4

(Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan


Malaysia)

Dalam usaha merealisasikan idea pembentukan Persekutuan Malaysia 1963, terdapat


pelbagai reaksi masyarakat dan tuntutan-tuntutan daripada golongan pemimpin yang
menjadi penghalang. Indonesia dan Fillipina memandang serius keputusan kerajaan British
dan Tanah Melayu untuk mewujudkan Gagasan Malaysia. Indonesia menganggap Malaysia
sebagai jelmaan British dan Filipina membantah penyertaan Borneo Utara dalam Malaysia
kerana menganggap Borneo Utara milik mereka. Sebagai usaha untuk menyelesaikan
kemelut berhubung dengan Gagasan Malaysia, satu persidangan peringkat negeri Menteri
dan Ketua-ketua Negara telah berlangsung di Manila bermula pada awal April 1963.
Persidangan itu berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Manila yang mana bersetuju
mematuhi prinsip penentuan sendiri. Malahan, mereka juga bersetuju untuk meminta
Setiuasaha Agung PBB mengesahkan sama ada Gagasan Malaysia adalah satu isu besar
dalam pilihan raya terbaharu di Sabah dan Sarawak. Ekoran persetujuan itu, persekutuan
3
Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2000), Tunku Dan Gagasan Malaysia: Semasa berucap dalam siaran Radia
B.C.C di London Tunku turut merundingkan soal penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu dan beliau menuntut
supaya dimasukkan fasal khas dalam Perlembagaan itu bagi membolehkan negeri-negeri Melayu menyertai
Persekutuan Tanah Melayu. (halaman 22)
4
Ibid, hlm 25

3
Malaysia yang sepatutnya dibentuk pada pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguhkan
sehingga kerja peninjauan selesai dilakukan oleh peninjau PBB. Tanpa menunggu
pengumuman Laporan daripada Setiuasaha Agung PBB, Tunku telah mengumumkan
penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang telah mencetuskan kontroversi yang
berakhir dengan tindakan Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf Penubuhan Malaysia. 5

Sabah dan Sarawak juga pada awalnya tidak menunjukkan minta terhadap idea
berkenaan. Namun, setelah beberapa proses pembentukan Malaysia dijalankan seperti
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) yang ditubuhkan pada 23 Julai
1961, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Hal yang sama
berlaku di Singapura dan Brunei yang juga turut menunjukkan reaksi tidak setuju dengan
idea gagasan Malaysia. Ekoran daripada pengaruh dan ancaman komunis yang kian
menyusup masuk ke kawasan Asia Tenggara, akhirnya Singapura dan Brunei bersetuju
menyertai Malaysia.6

Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysia
ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan Britain,
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perisytiharan ini mengesahkan
peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak. Pengisytihran Malaysia
secara rasminya dibuat pada 16 September 1963 secara serentak di Kuala Lumpur,
Singapura, Jesselton dan Kuching.7

2.0 Penubuhan Persekutuan Malaysia Dipengaruhi oleh Ancaman dan Pengaruh


Komunis di Asia Tenggara.

Gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 telah

5
Abdul Rahman, Tunku Pandang Balik, Kuala Lumpur: Heinemannn Education Book, 1980, hlm 12.
6
Nik Anuar Nik Mahmud, Ke Arah Pembentukan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka, 2000, hlm
56
7
Abdul Ahmad, Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Kuala Lumpur: Berita Publishing,
1987, hlm 65.

4
mencetuskan pelbagai kontroversi apabila Indonesia dan Filipina membantah penubuhannya
atas pelbagai alasan. Pada masa yang sama, Perkembangan pengaruh komunis di Asia
Tenggara turut membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan British kerana
berkemungkinan komunis akan menguasai Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak jika
merdeka bersendirian. Berikutan kebimbangan tersebut, secara tidak langsung Tunku tegas
untuk membentuk persekutuan Malaysia. Ringkasnya Penubuhan Persekutuan Malaysia
sememangnya dipengaruhi oleh ancaman dan pengaruh komunis di Asia Tenggara.

2.1 Ancaman Komunis di Singapura

Matlamat utama Penubuhan Malaysia 1963 ialah untuk menentang kegiatan komunis yang
kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950. Pada tahun tersebut, Ejen-
ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954,
komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak
menjadi rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew menjadi lemah dan membimbangkan akan dikalahkan oleh PAP. 8

People's Action Party (PAP) atau Petir (Parti Tindakan Rakyat)


tahun 1954 di Victoria Hall, Singapura.
Sumber: https://www. google.Image

Idea Grand Design atau cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang


dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di kelab Wartawan di Singapura
tidak termasuk gabungan dengan Singapura. Menerusi rancangan awal ini, Tunku tidak
beranggapan bahawa Singapura perlu digabungkan bersama-sama dalam gagasan Malaysia.
Hal ini demikian kerana, Tunku berpendapat bahawa masalah Singapura dapat diselesaikan

8
Lee Kuan Yew, Memoirs of Lee Kuan Yew: The Singapore Story , Singapore: Singapore Press Holding, 1998, hlm
40

5
dengan Modal Ulster.9 Menerusi modal tersebut, Singapura akan menghantar wakilnya ke
Parlimen Pusat di Kuala Lumpur. Sebaliknya, Tunku tidak berhasrat untuk mewujudkan
konfederasi dengan Singapura. Ucapan Tunku mendapat perhatian serius di London. Reaksi
pertama kerajaan British terhadap cadangan Tunku telah dibuat oleh Setiausaha bagi
Komanwel, Duncan Sandys. Duncan Sandys telah mengirim surat kepada Tunku pada 5 Jun
1961 dengan menyatakan bahawa Britain harus berhati-hati untuk tidak tampil memberi
tekanan terhadap penduduk ketiga-tiga wilayah Borneo dengan harapan cadangan Tunku
dapat merangsang fikiran dan perbincangan. Tunku tidak mahu bercantum dengan
Singapura kerana berpendapat bahawa kepentingan Tanah Melayu akan lebih terjamin
tanpa percantuman dengan Singapura dan Tunku berpendapat bahawa sekiranya
bergabung dengan Singapura kaum Cina akan menjadi kaum Majoriti secara tidak langsung
keadaan ini akan mengakibatkan berlaku ketidakeseimbangan kaum di Tanah Melayu.
Sebaliknya, Singapura dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung
dengan Tanah Melayu kerana masa depannya bergantung dalam pengabungan tersebut.

Pada 26 Jun 1961, Tunku telah mengemukakan satu memorandum kepada Perdana
Menteri British Harold MacMillan tentang cadangan untuk mengintegrasikan wilayah Borneo
Utara dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam mengemukakan
Memorandum tersebut, Tunku membangkitkan fakta sejarah, kebudayaan, ekonomi dan
pentadbiran bagi mengukuhkan hujahnya. Dalam memorandum ini juga, Tunku
,mengemukakan cadangan bagi wilayah-wilayah berkenaan dapat diintegrasikan dalam
gagasan itu. Sebagai langkah awal, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak akan dibawah masuk
ke dalam persekutuan sebagai unit yang mempunyai hak dan keistimewaan yang sama
dengan negeri-negeri lain di Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai sebuah negeri Kesultanan,
Brunei akan mempunyai Sultan sebagai ketua negeri sementara itu Sarawak dan Borneo
Utara mempunyai Gabenor seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Selepas percantuman
wilayah-wilayah ini, langkah seterusnya adalah menerima Singapura sebagai anggota
persekutuan. Malahan Tunku mencadangkan kemasukan Singapura diadakan sebelum
perlembagaan negeri itu dikaji pada pertengahan 1963. 10

Pada 27 Jun 1961, sebuah memorandum telah didraf dan dikirim oleh Lord Selkirk
kepada Menteri Luar Iain Maclead. Memorandum ini dibuat semasa mesyuarat meja bulat di
Singapura antara Pegawai-pegawai kanan British yang mewakili Sarawak, Borneo Utara,

9
Lau A., A Moment of Auguish: Singapore in Malaysia and The Politics of Disengagement, Singapore: Time
Academia Press, 1998, hlm 78.
10
Nik Anuar Nik Mahmud, Ke Arah Pembentukan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001,
hlm 67.

6
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pada 26 Jun 1961. Dalam memorandum ini, Lord
Selkirk menyatakan antara faktor yang menyebabkan Tunku mengubah sikap terhadap
Singapura apabila parti PAP yang memegang pemerintahan pada tahun 1959
mengumumkan hasratnya untuk mencapai kemerdekaan melalui percantuman dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, kepimpinan PAP semakin lemah dan
menghadapi tekanan supaya Singapura mencapai kemerdekaan tanpa percantuman. Selkirk
mengingatkan bahawa sekiranya PAP tewas, berkemungkinan Singapura akan diperintah
oleh sebuah parti yang dipimpin oleh golongan kiri atau prokomunis. Sekiranya hal ini
berlaku, beliau bimbang kepentingan British di Singapura khususnya pangkala tentera akan
terjejas. Keadaan ini membimbangkan Tunku dan akhirnya, Tunku bersetuju untuk
bercantum dengan Singapura dalam Malaysia kerana menerusi gabungan tersebut gerakan
pengaruh dan ancaman komunis dapat disekat.11

Pengaruh komunis telah meresap ke Tanah Melayu lebih awal daripada penubuhan
Parti Komunis China sendiri. 12
Pada awal abad ke-20, gerakan revolusioner iaitu anti-
Manchu di negara China di bawah pimpinan Sun Yat-sen telah mempengaruhi kegiatan
politik orang Cina di Tanah Melayu. Pada tahun 1903 telah muncul sebuah pertubuhan yang
mempunyai cita-cita revolusioner iaitu Chung Ho Tang atau dikenali sebagai Persatuan
Kemuafakatan Pusat di Singapura serta beberapa tempat di Semenanjung. Pada tahun
1905, Sun Yat-sen telah menubuhkan cawangan pertubuhan revolusinya di Tanah Melayu
iaitu Tung Meng Hui juga dikenali sebagai Persatuan Perikatan. Sun Yat-sen telah melawat
Tanah Melayu pada tahun 1906 dan menubuhkan cawangan Tung Meng Hui di Singapura
pada tahun 1909. Seterusnya cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di
beberapa buah bandar di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Ipoh,
Taiping, Kampar dan Kuantan. Cawangan-cawangan pertubuhan ini, membolehkan orang
Cina di Tanah Melayu memberi bantuan kewangan kepada gerakan revolusioner di China.

Terdapat sekumpulan kecil orang Cina iaitu mereka yang lahir di negeri-negeri selat
dan menjadi rakyat British telah melibatkan diri dalam perkembangan kegiatan politik
tempatan. Mereka telah menubuhkan Straits Born Chinese British Association pada 17 Ogos
1900 di Singapura di bawah pimpinan Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan
Seah Liang Seah. Lantaran itu, sebuah cawangan pertubuhan ini telah dibuka di Melaka
pada tahun yang sama. Anggota persatuan ini terdiri daripada orang Cina dari negeri-negeri
selat. Oleh kerana, negeri-negeri selat pada masa itu merupakan tanah jajahan British,

11
Ibid, hlm 99
12
C.F.Yong, The Origins of Malayan Communism, Singapore : South Seas Society, 1997, hlm 81.

7
maka mereka menganggap diri mereka mempunyai hubungan istimewa dengan kerajaan
British. Sebelum perang dunia kedua, kebanyakkan mereka menganggap negeri China
sebagai tanah air mereka dan mereka akan balik ke negeri mereka selepas mendapat
sejumlah wang tertentu.

Pada keseluruhannya orang Cina di Tanah Melayu lebih berminat dengan kegiatan
politik di negara China khususnya selepas Perang China-Jepun 1894-1895. Kekalahan
negara China dalam peperangan ini telah menimbulkan kemarahan orang Cina di seberang
laut. Kemuncak peristiwa ini ialah tertubuhnya Persatuan Lapan Belas Kawan di negeri Johor
oleh 18 orang Cina Melaka pada tahun 1897. Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah
untuk menyelamatkan negara China. Persatuan ini dipimpin oleh seorang pedagang kaya
dari Melaka iaitu Sim Hong Pak. Kegiatan politik dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu
bertambah cergas selepas berlakunya Revolusi China tahun 1911. Selepas penubuhan
Republik China, Tung Meng Hui telah disusun semula sebagai Parti Kebangsaan atau
Kuomintang (KMT) pada tahun 1912.13 Tujuan KMT ditubuhkan adalah untuk menyatukan
semua orang Cina termasuk di seberang laut dengan menjadikan mereka warga negara
China. Oleh yang demikian, gerakan ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan orang
Cina. KMT telah menghantar seorang tokoh Cina iaitu Lu Chin ke negeri-negeri selat pada
tahun 1912 bagi merealisasikan hasrat mereka untuk meluaskan fungsi KMT. Jika
dibandingkan dengan Tung Meng Hui, KMT lebih sederhana, maka kerajaan negeri-negeri
selat kemudiannya telah membenarkan cawangan-cawangannya didaftarkan di bawah
ordinan persatuan-persatuan asalkan KMT tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
subversif terhadap kerajaan British di Tanah Melayu. Cawangan KMT yang pertama telah
ditubuhkan pada 18 Disember 1912 di Singapura dan sepanjang tahun 1918 banyak
cawangan KMT telah ditubuhkan di Tanah Melayu bagi mengembangkan lagi ideologi
mereka.

Pada tahun 1919, Persidangan Antarabangsa Ketiga Republik Soviet pula telah
mengambil ketetapan untuk menyebarkan komunisme di seluruh dunia melalui kegiatan
dakyahnya. Dalam ketetapan ini juga, persidangan ini mengambil keputusan untuk
menggunakan senjata jika perlu. Menjelang tahun 1920, propaganda KMT telah disebarkan
melalui sekolah-sekolah dan juga dalam kalangan kesatuan-kesatuan sekolah telah mula
diresapi oleh anasir-anasir atau ideologi yang dibawa oleh komunis memandangkan terdapat
perikatan antara KMT dengan Parti Komunis China di negara China mulai tahun 1923. Pihak
komunis dalam KMT sering melancarkan pemogokkan dan kegiatan anti-British. Justeru itu,

13
Ibid, hlm 82.

8
KMT telah diharamkan pada tahun 1925. Parti ini ditubuhkan dengan tujuan untuk
melancarkan revolusi komunis oleh kaum pekerja sehingga terbentuknya sebuah negara
komunis. Selepas kematian Sun Yat-sen pada tahun 1925, pemimpin KMT telah digantikan
oleh Jeneral Chiang Kai- shek. KMT telah diharamkan oleh kerajaan British kerana
merupakan ejen kerajaan China untuk menyebarkan propaganda anti-British, anti Kapitalis
dan anti imperialis dalam kalangan orang Cina di Singapura dan Tanah Melayu. Kegiatan
anti-British terbukti pada tahun 1926 apabila mereka melancarkan satu pemberontakan
terhadap kerajaan British di Singapura. Sementara itu, Jeneral Chiang Kai-shek mengambil
tindakan terhadap pengikut komunis di negeri China pada tahun 1927. Beliau telah
membubarkan Perikatan KMT-PKC di China dan tindakan ini menyebabkan hubungan antara
KMT dan komunis di Tanah Melayu dan Singapura turut terjejas.

Pembubaran perikatan KMT-PKC telah mengakibatkan persaingan antara kedua-dua


pihak di Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan orang Cina. Hubungan cawangan-
cawangan KMT dengan komunis terputus dan pihak komunis tidak lagi menggunakan KMT
untuk mengembangkan fahaman komunisme. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 1930,
pihak Comintern yang merupakan sebuah Pertubuhan Komunis Antarabangsa dan ibu
pejabatnya terletak di Moscow, Rusia telah mengambil alih peranan dalam menyebarkan
dan mengembangkan komunisme di Tanah Melayu. PKC telah menubuhkan Parti Komunis
Nanyang di Singapura pada tahun 1927. Sejurus selepas bertapak, mereka terus menyusup
ke dalam sekolah-sekolah persendirian, kelas-kelas malam, pergerakan buruh dan juga
pertubuhan-pertubuhan belia. Sejak awal tahun 1930-an, PKM telah menjalankan
kegiatannya termasuk mengadakan pemogokkan, sabotaj dan tunjuk perasaan secara besar
-besaran untuk melemahkan kerajaan British di Tanah Melayu. Parti Komunis Nanyang yang
bertanggungjawab dalam menyelia kegiatan-kegiatan komunis di rantau Asia Tenggara
hanya dapat mencapai kejayaan yang terhad sahaja. Hal ini telah menyebabkan pihak
Comintern  menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang berpusat di Singapura pada April
1930. Apabila tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM), maka dengan itu Parti Komunis
Nanyang telah dibubarkan.14

PKM telah diasaskan di Tanah Melayu bertujuan untuk menentang penjajahan


British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Semasa zaman kedatangan
Jepun, PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army untuk berperang dengan
mereka. PKM ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk menggulingkan kerajaan British
dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Hampir semua ahli-
14
Lee Kuan Yew, Memoirs of Lee Kuan Yew: The Singapore Story , Singapore: Singapore Press Holding, 1998,
hlm 56.

9
ahli PKM terdiri daripada orang Cina. Penubuhan PKM dianggap sebagai bermulanya
kegiatan politik berparti di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, PKM bukan
merupakan tenaga utama dalam arena politik tempatan. 15 Namun setelah bertapak dengan
kuat, komunis membentuk sebuah parti politik untuk meneruskan hasrat dan cita-cita
mereka untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Semenjak
penubuhannya, PKM telah bergerak aktif dalam gerakan-gerakan bawah tanah secara
haram, terutama di sekolah-sekolah malam, sekolah-sekolah persendirian, dan juga
pertubuhan-pertubuhan pekerja serta belia.

Tambahan lagi, tujuan utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan
komunis yang semakin berkembang dengan pesat dan bertambah jumlah ahlinya di
Singapura dan juga situasi politik pada tahun 1950. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk
ke sekolah-sekolah cina dan kesatuan sekerja bagi menyebarkan ideologi mereka. Pada
tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu pemogokkan di sebuah syarikat bas. Kesan
daripada mogok ini telah merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat atau
People’s Action Party-PAP dibawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura
waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat daripada pihak komunis yang merampas
pucuk kepimpinan PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP telah kalah dalam pilihan
raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura United
People’s Party-UPP pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti
Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew telah bertindak mengusir golongan
berhaluan kiri dari PAP.16

Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura


membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku
Abdul Rahman risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke
tangan komunis dan seterusnya akan menggugat keselamatan dan memberi ancaman yang
bahaya di Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat jika Singapura
bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul
Rahman dapat digambarkankan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.
Pengaruh komunis telah berkembang dengan meluas dan pesat sehingga satu parti
berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan.
Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan
ekonomi sekiranya PAP digulingkan oleh pihak komunis. Malahan, Tunku Abdul Rahman
15
Lau A., A Moment of Auguish: Singapore in Malaysia and The Politics of Disengagement, Singapore: Time
Academia Press, 1998, hlm 78.
16
Ibid, hlm, 89.

10
juga bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berharap
dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat
menyekat pengaruh mereka.17

Ancaman komunis yang berkembang di Singapura merupakan masalah serius kepada


Tanah Melayu. Pengaruh komunis yang meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an
telah membimbangkan ramai pihak. Tambahan lagi, fahaman komunis telah merebak ke
sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis juga telah
menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat yang memerintah Singapura pada masa
tersebut. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Malahan,
Tunku Abdul Rahman juga bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dapat
dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak pula ke Tanah Melayu.
Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada
penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami
perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di
kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini telah menguatkan lagi alasan Singapura untuk
menyertai Gagasan Malaysia.

Pada masa yang sama, Lee Kuan Yew berusaha untuk menghapuskan golongan kiri
dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan
kiri semakin berkembang dan kuat. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu dan ditambah pula dengan
ketidakmampuan Lee Kuan Yew untuk membendung pengaruh komunis yang semakin
berleluasa di Singapura bukan sahaja membimbangkan Tunku Abdul Rahman tetapi
juga membimbangkan pihak Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara
itu menyokong gagasan Malaysia yang telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman.
Jelaslah bahawa penyebaran dan perkembagan fahaman komunis di Singapura telah
mempengaruhi penubuhan Persekutuan Malaysia.

2.2 Ancaman Komunis Di Brunei

Selepas mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan disusuli dengan
pengisytiharan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963, Tunku Abdul Rahman mula
mengambil tindakan mengeratkan hubungan dengan Brunei. Berbeza dengan Sarawak dan
Borneo Utara, Brunei merupakan sebuah negeri di bawah naungan British. Pada tahun 1959,

17
Abdul Rahman, The Story of Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm 12.

11
D.C White, Pesuruhjaya Tinggi British di Brunei memperkenalkan perlembagaan baru
sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan penuh kerajaan itu daripada naungan British.
Namun begitu, Sultan Brunei iaitu Sultan Sultan Omar Ali Saifuddin III tidak berpuas hati
dengan sikap British yang memaksa Baginda merapatkan Brunei dengan Sarawak dan
Borneo dalam rancangan “Closer Association”. Tunku yang menyedari akan konflik dalaman
negeri tersebut dengan British telah mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan
dengan Sultan Omar18. Pada masa yang sama, Sultan Omar menunjukkan reaksi yang positif
terhadap usaha Tunku. Atas kehendak Sultan Omar sendiri, Tunku telah meminta kebenaran
daripada kerajaan British untuk turut serta dalam rundingan perlembagaan antara Brunei
dengan Britain yang akan berlangsung di London pada awal tahun 1959. Sultan Omar
berharap kehadiran Tunku dalam rundingan tersebut akan membantu baginda menghadapi
tekanan daripada pihak Pejabat Kolonial supaya Brunei bercantum dengan Sarawak dan
Borneo Utara. Sebaliknya permohonan Tunku tidak dipersetujui oleh kerajaan British
sepertimana yang dikatakan oleh W.I.J Wallace iaitu seorang Pegawai di Pejabat Tanah
Jajahan :

The effect of Malayan Representation would be, in Sarawak as well


as in North Borneo, and indeed generally, to suggest that HMG had a plan
for uniting Brunei with Malaya. It would be entirely wrong to give such an
impressison and it seems to me that idea ought to be scotched at once.
(Nik Anuar Nik Mahmud,
2000)

Hubungan erat antara Tanah Melayu dengan Brunei telah mendapat perhatian
serius daripada pihak berkuasa British apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan
kepada pihak British agar Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan Persekutuan
Tanah Melayu menjadi Malaysia. British menganggap tindakan Tunku tidak mengikut
sepertimana yang dicadangkan menerusi idea Grand Design iaitu mencantumkan
Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei dengan Tanah Melayu dalam Gagasan
Malaysia sebaliknya Tunku hanya ingin menggabungkan Brunei, Sarawak dan Borneo
Utara tidak termasuk Singapura.19 Oleh sebab tidak berpuas hati dengan tindakan
Tunku, D.C.White Pesuruhjaya Tinggi British di Brunei, memaklumkan bahawa ucapan
Tunku menyebabkan Sultan Brunei tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya pada
tahun 1961. Keadaan dirumitkan lagi apabila Sultan Brunei berubah pandangan dan
menolak cadangan tersebut kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar cukai hasil
18
Hussainmiya, B. A., Sultan Omar Ali Saiffuddin III and Britain, Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press, 1995,
hlm, 12.
19
Ibid, hlm 18.

12
pengeluaran minyak kepada kerajaan pusat dan baginda juga tidak berpuas hati kerana
tidak diberi keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja. Hal ini diperkuatkan lagi
dengan alasan keengganan rakyatnya untuk tidak menyertai Malaysia. 20

Pada tahun 1956, A.M. Azahari telah mengasaskan sebuah parti berhaluan kiri
atau Pro-Komunis dikenali sebagai Parti Rakyat Brunei (PBR) yang bermatlamat untuk
memberi Brunei kemerdekaan penuh daripada United Kingdom (UK). Parti tersebut
berusaha untuk mendemokrasikan negara dengan mengalihkan kepimpinan daripada
istana kepada rakyat. Parti ini menentang hebat kemasukan Brunei dalam Malaysia
dengan alasan Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan
Malaysia. Maka dengan itu, A.M Azahari mencadangkan penubuhan kerajaan
Kalimantan Utara. Pada masa yang sama, konflik antara Tunku dan British tentang
penyertaan Brunei dalam Malaysia menjadi peluang kepada A.M. Azahari untuk menolak
cadangan keahlian Brunei dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan Tunku Abdul
Rahman. Pada 12 Januari 1962, pemimpin PRB iaitu A.M. Azahari telah dilantik ke
dalam Majlis Undangan Brunei kerana parti beliau telah memenangi hampir majoriti
kerusi dalam dewan perundangan. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa
rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia dan dengan pengaruh kuat parti PRB
di dalam Majlis Undangan, A.M. Azahari sebagai seorang ahli politik berhaluan kiri dan
sosialis menentang kuat idea Sultan untuk keahlian dalam Persekutuan Malaysia.
Matlamat beliau adalah kemerdekaan penuh Brunei. Selain itu, Azahari juga merasakan
dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya.

Pada 5 Disember tahun 1962, mesyuarat pertama Majlis Perundangan Brunei


berlangsung dan PRB bercadang untuk mengemukakan resolusi bagi mengembalikan
British, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam Brunei untuk menjadi sebuah negara baru,
bebas dan merdeka yang dikenali sebagai Persekutuan Borneo Utara. Bahagian-
bahagian lain resolusi tersebut termasuklah penolakan kemasukan ke dalam Malaysia
dan kemerdekaan Brunei pada tahun 1963 21. Rentetan resolusi ini, Sultan Omar Ali
Saifuddin III menangguhkan pembukaan Majlis Undangan sehingga 19 Disember tahun
1962. Selepas resolusi yang dicadangkan oleh PRB, Parti Rakyat Brunei melancarkan
pemberontakan kerana usul yang dibawa oelh Azahari di Majlis Undangan Negeri Brunei
ditolak. Pada masa yang sama, Parti Rakyat Brunei tekad untuk mengugurkan kuasa
pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin III.
20
Muhammad Ghazalie Shafie, Malaysia: International Relations, Kuala Lumpur: Creative Enterprise, 1982, hlm
33.
21
Nik Anuarr Nik Mahmud, Gagasan Malaysia: Latar Belakang dan Faktor Penubuhan, Bangi: UKM, 1998, hlm 35.

13
Ancaman daripada Parti Rakyat Brunei ini akhirnya menyebabkan Sultan Brunei
bersetuju untuk menyertai persekutuan Malaysia. Ekoran daripada persetujuan Brunei
untuk menyertai Gagasan Malaysia, British dan Tanah Melayu telah menghantar
bantuan ketenteraan kepada kerajaan Brunei untuk menentang pemberontakan Parti
Rakyat Brunei yang dipimpinan oleh Azahari. Hal ini demikian kerana, Tunku telah
memaklumkan bahawa sekiranya Sultan Brunei berminat untuk menyertai gagasan
Malaysia sebagai sebuah negeri di Tanah Melayu maka Tanah Melayu dan British akan
memberikan perlindungan kepada Brunei mengikut keperluan negeri tersebut.
Pemberontakan PRB akhirnya menemui kegagalan dan Azahari melarikan diri ke
Filipina. Sultan Omar Ali Saifudin dilantik sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo
Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda
telah menarik diri pada Julai 1963.22

Secara ringkasnya, persetujuan awal penyertaan Brunei untuk bergabung


dengan Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan Tanah Melayu dalam persekutuan
Malaysia sememangnya dipengaruhi oleh ancaman dan pengaruh komunis di Asia
Tenggara pada ketika itu.

2.3 Ancaman Komunis Di Sarawak

Cadangan penubuhan Malaysia pada awalnya yang diisytiharkan pada 16 Mei 1961
telah memeranjatkan para pemimpin parti-parti politik di Sarawak. Hal ini demikian
kerana, kesedaran politik yang baru muncul telah mewujudkan keinginan untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi negeri masing-masing secara berasingan atau
membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka dalam kalangan para
pemimpin. Secara tidak langsung, pengumuman Tunku berkenaan Idea Grand Design
tidak doisokong oleh segelintir pemimpin dan parti politik kerana menganggap
rancangan pembentukan Malaysia sebagai satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah
Melayu bagi menggantikan penjajahan British. Oleh sebab kebimbangan itu, para
pemimpin politik seperti Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak di bawah
pimpinan Stephen Kalong Ningkan menentang keras usaha meletakkan Sarawak di
bawah sebarang kuasa asing. Bantahan-bantahan ini timbul kerana mereka tidak
mendapat maklumat lengkap daripada kerajaan Tanah Melayu tentang rancangan

22
Hussainmiya, B. A., Sultan Omar Ali Saiffuddin III and Britain, Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press, 1995,
hlm, 78

14
penubuhan Malaysia sehingga wujud kenyataan yang dibuat secara terburu-buru. 23

Cadangan Tunku tentang Gagasan Malaysia mendapat pandangan dan reaksi


yang serius daripada pegawai British di Sarawak iaitu Sir Alexander Waddle yang
merupakan Gabenor Sarawak pada ketika itu. Malahan beliau telah bertindak
memburuk-burukkan matlamat Tunku berkaitan Gagasan ini menerusi telegram yang
mana beliau mengingatkan Setiausaha Tanah Jajahan supaya berhati-hati dengan
rancangan Tunku kerana ia bertentangan dengan rancangan kerajaan British untuk
menyatukan wilayah Borneo.24

Pada 26 Jun 1961, rundingan meja bulat atau Mesyuarat pegawai-pegawai


British telah diadakan di Singapura. Gabenor-gabenor British di Sarawak turut hadir
dalam rundingan ini. Mesyuarat inidipengerusikan oleh Lord Selkirk. Tujuan mesyuarat
tersebut diadakan adalah untuk mendapat pandangan awal pegawai-pegawai British
tentang idea Grand Design untuk dikemukakan kepada Setiausaha Tanah Jajahan bagi
mesyuarat yang akan berkangsung di London pada 5 Julai 1961.

Setelah perundingan tersebut selesai, akhirnya Sir Alexendar Waddle


menyokong idea Tunku dengan alasan Sarawak tidak berupaya untuk berdiri sendiri.

All political leaders in Sarawak had welcome the Tunku’s statement but
the feeling was general that Sarawak should not be used as a pawn in the
Federation’s ambitions. It will be imprudent to ignore local views in Sarawak. The
presence of Indonesia just across the Sarawak border always had to be
remembered.
(Sumber: Nik Anuar, Ke Arah Pembentukan Malaysia)

Pada masa yang sama, Sir Alexander Waddle telah menerima sepucuk surat
daripada Temenggung Jugah yang menunjukkan bahawa penduduk tempatan bersetuju
dengan cadangan Tunku termasuk beliau sendiri. Namun begitu, Temenggung Jugah
meminta ketiga-tiga wilayah Borneo itu bersatu terlebih dahulu iaitu sementelahan itu
mencadangkan supaya Singapura dan Tanah Melayu bercantum dulu. Berikutan
pandangan yang menginginkan Sarawak perlu mencapai kemerdekaan sebelum
mengambil keputusan untuk menyertai persekutuan baharu tersebut. Atas dasar arahan
tersebut, Waddle telah mengemukakan supaya kerajaan British mengeluarkan
23
Hidayat Mukmin, TNI Dalam Politik Luar Negeri: Studi Kasus Penyelesaian Konfrontasi Indonesia-Malaysia,
Jakarta:Pustaka Sinar Harapan, 1991, hlm 113.
24
Ibid, hlm 231.

15
kenyataan untuk menyokong penyatuan tiga wilayah Borneo terlebih dahulu atas alasan
orang-orang Sarawak bimbang dengan kemungkinan kemasukan orang-orang Cina dari
Singapura apabila terbentuknya Malaysia. Keadaan diburukkan lagi apabila pengaruh
dan ancaman pihak komunis semakin merebak di Sarawak. Keadaan ini
membimbangkan Tunku dan British kerana risau pentadbiran di Sarawak akan diambil
alih oleh Parti Komunis. Malahan ancaman parti ini hanya boleh di sekat sekiranya
Sarawak menyertai Malaysia.

Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang


Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian
apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit
ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut
orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja
dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris.
Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan
Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.25

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti


Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Bagi membendung pengaruh ini, Kerajan British telah
melancarkan “operasi pisang” bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal.
Secara tidak langsung, mendorong kepada pergabungan Sarawak dalam Malaysia.
Selain itu, pihak British juga bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Hal ini
demikian kerana, Parti Komunis Indonesia (PKI) yang telah merebak ke wilayah-
wilayah Borneo mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak.
Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.
Tekanan berterusan dihadapi oleh British di Sarawak apabila, beberapa buah
pertubuhan yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebuah negara komunis semakin
bergiat aktif. Secara sejarahnya, pengaruh komunis telah menyusup ke Sarawak sejak 
pemerintahan Jepun lagi. Pada tahun 1947 komunis Sarawak telah menubuhkan Liga
Belia Demokratik Cina Seberang Laut untuk menyebarkan fahaman komunis tetapi
diharamkan  pada tahun 1949.

     Sehubungan dengan itu, komunis di Sarawak telah mengaktifkan satu persatuan
baru iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak yang menggunakan taktik menghasut pelajar
untuk menentang British dengan alasan pihak British adalah anti-pendidikan Cina.

25
Abdullah Ahmad, Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Kuala Lumpur: Berita Publishing,
1987, hlm 96.

16
Keadaan diburukkan lagi apabila persatuan ini berusaha memperalatkan kesatuan
sekerja bagi menentang pemerintahan British di Sarawak. Pengaruh komunis di
Sarawak semakin kuat sehingga berjaya mempengaruhi Parti Bersatu Rakyat Sarawak
SUPP. Kerajaan Beitish di Sarawak bimbang dengan pengaruh komunis dalam SUPP lalu
melancarkan “Operasi Pisang” untuk menghapuskan ancaman komunis. Namun usaha
British ini gagal. Pengaruh komunis dalam SUPP semakin kuat.

Secara sejarahnya, Pemberontakan Komunis di Sarawak telah berlaku sejak


1962 sehingga 1990 yang melibatkan Parti Komunis Kalimantan Utara dan Kerajaan
Britsh di Tanah Melayu. Malahan pemberontakan ini merupakan salah satu daripada
dua pemberontakan Komunis untuk mencabar bekas jajahan British semasa Perang
Dingin. Pemberontakan ini majoriti dianggotai oleh kaum Cina sepertimana semasa
Darurat Tanah Melayu pada 1948 sehingga 1960 yang berusaha menentang
pemerintahan British ke atas Sarawak dan kemudian menentang penggabungan
kerajaan ke Persekutuan Malaysia yang baru dicadangkan oleh Tunku. Pemberontakan
itu dicetuskan oleh Pemberontakan Brunei 1962, yang telah ditubuhkan oleh Parti
Rakyat Brunei berhaluan kiri bermatlamat menentang pembentukan Malaysia yang
dicadangkan.26

Di samping itu, Pemberontakan Komunis Sarawak juga mendapat sokongan


hebat daripada Indonesia pada tahun 1965 ketika Presiden pro-Barat Suharto
mengambil alih kuasa. Sepanjang pemerintahan itu, tentera utama NKCP telah
diwujudkan iaitu Pasukan Gerakan Rakyat Sarawak atau Pasukan Gerilya Rakyat
Sarawak dan Tentera Rakyat Utara Kalimantan atau juga dikenali sebagai Pasukan
Rakyat Kalimantan Utara. Parti Komunis Kalimantan Utara secara rasmi ditubuhkan
pada Mac 1970 melalui penggabungan beberapa komunis dan kumpulan sayap kiri di
Sarawak termasuk Liga Pembebasan Sarawak, Persatuan Pemuda Lanjutan Sarawak
dan NKPA. Pemberontakan ini semakin memuncak sehingga kerajaan persekutuan
Malaysia bertindak mewujudkan beberapa "kawasan terkawal" di sepanjang jalan
Kuching dan Serian di Bahagian Pertama dan Ketiga Sarawak pada tahun 1965.
Lantaran itu, Ketua Menteri Sarawak Abdul Rahman Ya'kub berusah meyakinkan
pemberontak NKCP untuk menyertai rundingan damai dan meletakkan senjata mereka
pada tahun 1973 dan 1974. Rentetan daripada rundingan satu perjanjian Damai 17
Oktober 1989 telah dimeterai antara rakyat Tanah Melayu dengan kerajaan dan Parti
Komunis Malaya pada tahun 1989, kumpulan pemberontak NKCP yang secara rasmi
26
Saravananmuttu J, The Dilemma of Independence: The Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977 ,
Pulau Pinang: USM, 1983, hlm 45.

17
mengakhiri pemberontakan.27

Oleh itu, bagi menamatkan dan menyekat kemaraan komunis secara terus di
Sarawak Tunku dan kerajaan British semakin yakin untuk menggabungkan Sarawak
dalam Persekutuan kerana status kemerdekaan akan menamatkan ancaman dan
pengaruh komunis.

2.4 Pengaruh Komunis di Indonesia

Pembentukan Parti Komunis Indonesia di Indonesia telah bermula pada 23 Mei 1920. Parti
Komunis Indonesia telah terbentuk kerana terdapatnya kelas buruh di Indonesia. Pada masa
yang sama, ianya tertubuh semasa zaman imperialisme. Penubuhan parti ini turut didorong
oleh penulisan buku “Dasar-Dasar Leninisme”. 28 Parti komunis Indonesia adalah dianggotai
oleh golongan kelas buruh. Ancaman komunis di indonesia ini adalah kerana golongan ini
ingin menentang imperialisme Belanda di Indonesia. Pengaruh komunis di Indonesia yang
telah bermula pada tahun 1920 turut diangotai oleh Alimin. 29

Pada tahun 1925, Parti Komunis Indonesia ini telah melancarkan pemberontakan
terhadap Belanda di Indonesia. Dalam pemberontakan ini, PKI telah melakukan mogok yang
telah melibatkan golongan petani, buruh dan tentera. Kesan daripada pemberontakan
yangberterusan sehingga pada tahun 1926 huru-hara telah berlaku di Betavia kerana pihak
komunis telah menyerang balai polis, merosakkan wayar telefon dan telegraf serta
jambatan.30 Tambahan itu, selepas tahun 1962, telah muncul pemimpin komunis yang
semakin ramai. Malahan, pemimpin komunis Indonesia tersebut telah mula melebarkan
pengaruh komunis dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan Tanah Melayu.

2.5 FAKTOR LAIN PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Cadangan awal pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 yang dikemukakan oleh Tunku
Abdul Rahman juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain yang menjadi sampingan kepada
usaha ke arah matlamat tersebut. Antaranya ialah mempercepatkan kemerdekaan di

27
Nik Anuar Nik Mahmud, Gagasan Malaysia 1963, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm 22.
28
Pramoedya Ananta Toer, Koesalah Soebagyo Toer, Ediati Kamil, Kronik Revolusi Indonesia: 1948,
Jakarta:Kepustakaan Populer Gramedia, 1999, hlm. 874.
29
Harry A. Poeze, Tan Melaka, Gerakan Kiri dan Revolusi Indonesia Jilid 4: September 1948 - Desember 1949,
Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2014, hlm. 379.
30
C. F. Yong, The Origins of Malayan Communism, Singapore: South Sea Society, 1997, hlm. 82.

18
Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura, Kemajuan dan perkongisan faedah ekonomi
dan membaikpulih keseimbangan kaum di negeri-negeri gabungan. 31

2.5.1 Memberi kemerdekan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura masih belum mencapai kemerdekaan daripada
penjajahan British. Hal ini kerana negeri-negeri jajahan British ini masih belum mampu
untuk menubuhkan kerajaan sendiri kerana keadaan ekonomi dan politik yang belum
stabil.32 Semasa cadangan Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan Malaysia, status
Sabah dan Sarawak yang masih dalam gengaman British adalah sebagai negeri jajahan
manakala Brunei dan Singapura merupakan negeri naungan pihak British.

Sekitar tahun 1960, koloni British telah merancang untuk memberi kemerdekaan
kepada tahan kolonial mereka. Namun demikian, rancangan tersebut dilihat mustahil kerana
Sabah dan Sarawak tidak bersedia untuk merdeka. Hal ini kerana jika Sabah, Sarawak,
Singapura dan Brunei merdeka pihak British bimbang negara-negara tersebut akan
dipengaruhi oleh komunis. Keadaan ini turut akan menyebabkan pihak British akan
kehilangan peluang untuk mengaut keuntungan dalam ekonomi dan sosial pada masa akan
datang. Di samping itu, sekiranya wilayah British tersebut tidak diberi kemerdekaan,
pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia akan menguasai Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura.33 Tambahan itu, dengan adanya kemerdekaan dalam negeri-negeri tersebut,
masyarakat yang ada didalamnya juga akan dapat menikmati politik, ekonomi, dan sosial
selaras dengan Persekutuan Tanah Melayu.

2.5.2 Perkongsian Faedah Ekonomi

Melalui Pembentukan Malaysia, negara-negara anggota akan mendapat faedah bersama


melalui kerjasama ekonomi dan perdagangan. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi dapat membantu negara-negara anggota yang
masih mundur.

Menurut Tunku Abdul Rahman, Pembentukan Malaysia ini akan membantu


mempertingkatkan ekonomi. Hal ini kerana Sabah dan sarawak adalah negara yang masih
mundur manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya.
31
Nik Anuar Nik Mahmud, Ke Arah Pembentukan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,
hlm 31.

Mazlan Zulkifly, Pengajian Malaysia, Open University Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2006, hlm. 23.
32

33
Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan, op.cit, hlm. 68.

19
Brunei kaya dengan sumber minyak dan Tanah Melayu pula kaya dengan bahan mentah
seperti bijih timah. Melalui kekayaan negeri-negeri tersebut maka projek pembangunan ke
atas negeri yang mundur dapat ditampung dan dibiayai oleh negeri yang kaya. Di samping
itu, penubuhan Malaysia juga akan dapat memberi manfaat kepada negara anggota kelak.
Hal ini kerana, kekayaan Tanah Melayu dalam bijih timah dan getah serta Sabah dan
Sarawak yang kaya dengan sumber kayu balak dapat dimanfaatkan bersama-sama. 34

Pembentukan Malaysia membolehkan kerjasama ekonomi yang erat dalam kalangan


semua negara anggota. Negeri-negeri tersebut yang kaya dengan hasil bumi masing-masing
akan membawa kemajuan ekonomi yang pesat. Hubungan perdagangan di kalangan negara
anggota akan meningkatkan hasil negara. Penubuhan Persekutuan Malaysia akan membawa
manafaat ekonomi kepada Singapura  yang dapat menjamin bekalan bahan mentah seperti
getah dan bijih timah untuk perkembangan perusahaannya. Singapura pula boleh
memasarkan barangan keluarannya ke Tanah Melayu dan  peranannya sebagai pelabuhan
bebas tidak akan terjejas.35

2.5.3 Keseimbangan Kaum

Pembentukan Malaysia adalah untuk menyeimbangkan jumlah penduduk. Penggabungan


antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum di negara Malaysia. Tunku Abdul Rahman menjangkakan jika
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu maka
akan membawa kepada faedah sosial. Namun, jika hanya Persekutuan Tanah Melayu dan
Singapura sahaja yang bergabung maka berlakunya ketidakseimbangan dari segi kaum. Hal
ini kerana di Singapura penduduknya adalah tiga per empat adalah berbangsa Cina. Jika
Tanah Melayu dan Singapura sahaja yang bercantum maka penduduk Melayu yang majoriti
akan menjadi minoriti. Oleh itu, dengan adanya penggabungan Sabah, Sarawak dan Brunei
masalah ketidakseimbangan kaum dapat dielakkan kerana 70% daripada penduduk Borneo
Utara adalah Bumiputera. Oleh itu, kemasukan Sabah dan Sarawak akan membolehkan
kumpulan orang Melayu dan Bumiputera adalah tetap menjadi yang terbesar.

34
Barbara Watson Andaya & Leonard Y Andaya, A History of Malaysia, United Kingdom: Palgrave, 2017, hlm.
298.
35
Ibid, hlm 299.

20
3.0 Kesimpulan

Idea Grand Design atau cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 yang
diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Kelab
Wartawan, Singapura bukan sekadar ingin membantu Wilayah-wilayah Borneo, Sarawak,
Brunei dan Singapura untuk mencapai kemerdekaan sebaliknya ingin menyekat pengaruh
dan ancaman komunis yang meresap masuk ke kawasan Asia Tenggara. Ancaman dan
Pengaruh Komunis bukan sahaja akan menjejaskan keharmonian dan kedaulatan sesebuah
negara bahkan mampu menjadi penguasa pemerintahan tunggal di dunia jika tidak disekat
pada peringkat awal. Secara dasarnya, Pembentukan Persekutuan Malaysia merupakan
strategi berkesan untuk membantu negeri-negeri yang masih lemah dan tidak mampu
berdikari pada ketika itu untuk bebas daripada ancaman komunis.

Tunku Abdul Rahman memikirkan bahawa Gagasan Malaysia ini mampu menyekat
kemasukan pengaruh dan ancaman komunis kerana status Tanah Melayu pada ketika itu
dengan rasminya telah bebas dan mencapai kemerdekaan. Oleh itu, penggabungan wilayah-
wilayah Grand Design iaitu penubuhan Malaysia akan membantu negeri-negeri tersebut
memperolehi kemerdekaan sepertimana Tanah Melayu dan secara tidak langung komuinis
tidak akan berjaya merealisasikan matlamat mereka untuk terus meluaskan pengaruh serta
kekuasaan mereka.

Meskipun secara konkritnya, penubuhan Malaysia 1963 ini ditentang hebat oleh
masyarakat negeri-negeri gabungan atas alasan yang pelbagai, akhirya mereka bersetuju

21
kerana mereka sedar jika tidak bergabung mereka akan menjadi sebahagian daripada
hamba-hamba komunis bahkan kemerdekaan untuk negeri mereka tidak akan terealisasi
seperti masa kini. Ancaman dan pengaruh Komunis mampu mengubah keadaan asal kepada
fenomena dalam masa yang singkat malahan mampu meninggalkan kesan yang gelap
dalam kalangan masyarakat.

Ringkasnya, pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 adalah dipengaruhi oleh


ancaman dan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana, melihat kepada
sejarah komunis itu sendiri pelbagai keganasan dan kezaliman diluar perikemanusiaan yang
kesannya masih terasa hingga ke hari ini.

RUJUKAN

BUKU
Abdul Ahmad, 1978, Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Kuala
Lumpur: Berita Publishing.
Abdul Rahman, 1980, Tunku Pandang Balik, Kuala Lumpur: Heinemannn Education Book.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y Andaya. 2017. A History of Malaysia. United
Kingdom: Palgrave.
C. F. Yong. 1997.The Origins of Malayan Communism. Singapore: South Sea Society.

Chin Yee Mun, Ira Meilita binti Ibrahim & Wong Khek Seng. 2010. Kenegaraan Malaysia.
(Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Harry A. Poeze. 2014. Tan Melaka, Gerakan Kiri dan Revolusi Indonesia Jilid 4: September
1948 - Desember 1949, Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

Hussainmiya, B. A., 995, Sultan Omar Ali Saiffuddin III and Britain, Kuala Lumpur: Oxford
Universiti Press.

Mazlan Zulkifly. 2006. Pengajian Malaysia. Open University Malaysia: Meteor Doc. Sdn.
Bhd.

Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan. 2010. Malaysia Melangkah ke Hadapan:
Pengajian Malaysia sejak 1945. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pramoedya Ananta Toer, Koesalah Soebagyo Toer, Ediati Kamil. 1999. Kronik Revolusi
Indonesia: 1948. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia.

22
Saravananmuttu J, 1983, The Dilemma of Independence: The Two Decades of Malaysia’s
Foreign Policy 1957-1977, Pulau Pinang: USM

JURNAL
Abdul Rahman, Tunku 1965, ‘Malaysia: Key Area in Southeast Asia”, Foreign Affairs. 41 (4);
Julai.
Nik Anuar Nik Mahmud, “Tuntutan Waris Kesultanan Sulu dan Republik Filipina Terhadap
Borneo Utara dan Reaksi British, 1961-1963’, dlm. Kemaruzaman Yusof, Sejarah
Bahasa dan Sastera dalam Pembinaan Negara Bnagsa, FSKK, ukm. Bangi.
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1980, ‘Confrontation: A Study of Malaysia-Indonesia Relations: ts
Implications’. Nusantara. 5 (julai)

INTERNET
Prince, M., Vigeant, M. & Nottis, M. ketenteraan-menghadapi-ancaman-singapura Diperolehi
pada 20 April 2018 daripada http://www.Malaysia history.com/articles/2018/026.html8.
Kamus Shorter Oxford English dictionary (5th ed.).(2002). New York: Oxford University
Press.

23
https://jijanlaa.wordpress.com/2011/02/24/ketenteraan-menghadapi-ancaman-
singapura/

24

You might also like