You are on page 1of 6

Penentangan Tok

Janggut di
 Latar Belakang
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan
kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan
Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan
kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak
kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan
mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali
sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh
seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.
Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang
Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir
dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.
 Peristiwa Penentangan
Pada 28 April 1915
• Pegawai Daerah Pasir Puteh,Encik Latiff telah menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana
dituduh enggan membayar cukai.
• Sarjan Che Wan terbunuh dalam pergaduhan dengan Tok Janggut.
Pada 29 April 1915
• Tok Janggut,Engku Besar Jeram,Penghulu AdamHaji Said dan Che Ishak Merbol telah melancarkan serangan keatas
Pasir Puteh dan berjaya menawannya.
• Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja.Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai pegawai Daerah Pasir Puteh.
Pada 9 Mei 1915
• British telah menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan
orang kanan beliau sama ada hidup atau mati.
Pada 23 Mei 1915
• British bertindak membakar rumah Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya kerana enggan menyerah diri.
• Tok Janggut membalas tindakan tersebut dengan menyerang Pasir Puteh.
Pada 24 Mei 1915
• British telah menyerang Tok Janggut dan berkubu di Kampung Dalam Pupuh,Saring.
• Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut.
• Mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di Padang Balai Besar,Kota Bharu dalam
keadaan kepala ke bawah selama empat jam.
• Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.
 Sebab Penentangan
Di antara faktor-faktor lain yang membawa timbulnya penentangan ini ialah ketidakcekapan dan sikap
tidak bertimbangrasa pihak pentadbiran Tanah Jajahan dan juga pegawai-pegawai tempatannya
terutamanya En. Lattif iaitu Ketua Jajahan yang mentadbirkan daerah Pasir Putih. Beliau yang
didatangkan oleh pihak British dari Singapura terlalu mengikut peraturan tugas dan kurang mengetahui
sikap dan cara berfikir orang-orang tempatan; seorang yang bersikap British dan tidak mahu
bercampur gaul dengan orang-orang tempatan.

Kemunculan Tok Janggut dan beberapa pembesar Melayu seperti Engku Besar (Raja atau pemerintah
Jeram), Encik Ishak dan Hajl Said yang telah mengepalai gerakan ini telah membangkitkan semangat
rakyat untuk turut sama menentang pentadbiran baru kerajaan itu. Setengah daripada pejuang-pejuang
Melayu ini menganggap penentangan ini adalah sebagai perang menentang pihak kafir (perang sabil).

Dengan semangat ini orang-orang Melayu telah menentang pihak British yang dibantu oleh Pasukan
Polis yang kebanyakannya datang dari Singapura. Walaupun pejuang-pejuang Melayu tidak mempunyai
peralatan perang yang moden dan lengkap, tetapi mereka telah menentang dengan beraninya sehingga
ketitisan darah terakhir.

Penentangan ini berlarutan sehingga akhir bulan Jun 1915 apabila pihak British dikatakan berjaya
Peta kawasan kebangkitan Tok Janggut menentang
British di Kelantan
TERIMA KASIH

You might also like