You are on page 1of 5

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas, namun beliau lebih dikenali sebagai
Tok Janggut kerana memelihara janggut hingga ke paras dada. Tok Janggut dilahirkan pada
tahun 1853 di Kampung Saring daerah Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau menetap di
Kampung Nering, Kelantan dan bekerja sebagai seorang petani dan peniaga.

Tok Janggut mendapat pendidikan awal di negeri Kelantan dan seterusnya melanjutkan
pengajian di Mekah. Beliau mahir dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu persilatan.
Tok Janggut dikatakan ada pertalian darah dengan Sultan Muhammad IV di mana bonda
baginda adalah adik-beradik kepada ayah atau ibu Tok Janggut dan ada juga yang
mengatakan bahawa Tok Janggut adalah anak murid Tok Ku Paloh

FAKTOR PENENTANGAN
Selepas Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 an, pihak British mengambil alih
pemerintahan negeri Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan
khususnya dari sudut pentadbiran. Perubahan yang dibawa telah menyentuh isu
keistimewaan tradisional negeri Kelantan. Antara isu sensitif yang dibawa oleh penjajah
British adalah:

a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915 an.

b ) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

Rakyat menghadapi masalah kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak jauh
di bandar. Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Tambahan
pula sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk
terhadap British.

Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam
berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh, Kelantan.

TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD


Perjuangan Mat Hassan Panglima Munas telah dinafikan, malah perkataan ‘ jihad ’ yang
dilancarkan oleh Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘ pemberontakan ’ dan ‘
penderhakaan ’. Orang Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang
kebebasan berikutan impak dan pengaruh besar Tok Janggut terhadap rakyat negeri
Kelantan. Bagi pihak Inggeris, jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, kedudukan mereka
sebagai kuasa dunia yang terunggul dan bangsa yang kononnya cerdik akan terjejas. Oleh
yang demikian, keputusan untuk membunuh Tok Janggut telah disepakati sebulat suara
oleh pihak Inggeris.

Apabila tokoh yang juga ulama’ itu meninggal, mereka sedar bahawa ‘ aura perjuangan ’
Tok Janggut juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf untuk memburukkan nama Tok Janggut dan
pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap Tok Janggut dan
pengikutnya sebagai pengkhianat bangsa serta negara. Umpama menutup bangkai gajah
dngan nyiru, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat sudah dapat membezakan mana
kaca dan mana permata. Walaupun usaha beliau untuk menentang dan mengusir penjajah
dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang
tertanam kukuh di dalam jiwa Tok Janggut menyebabkan beliau disanjung sehingga kini.

TOK JANGGUT DAN PERJUANGAN


Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi.
Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850 an.
Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, beliau turut dibesarkan dalam
istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau belajar ilmu agama di Mekah. Ketika berusia 52
tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi
amanat kepada beliau supaya berikhtiar untuk membebaskan tanah air beliau yang dikenali
sebagai ‘ Negeri Serambi Mekah ‘. Pada masa yang sama, Inggeris mula melebarkan
penjajahannya ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya
menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani,
Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui oleh
orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas
penduduk watan. Tok Janggut pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di
Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar
Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Tok Janggut juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu yang lain termasuklah pejuang
Melayu di negeri Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-
Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada bulan Ogos
1914 an. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-
Kelantan pada tahun 1910 an dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England
dalam peperangan itu. Keputusan kerajaan Kelantan pada masa itu memihak kepada British
dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut
kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Syaikh Khayri Effendi, yang mewajibkan
umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang
Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak
berpuas hati. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk
mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung.
Berikutan itu, Tok Janggut memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan. Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok
Janggut dan kesedaran untuk membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog
kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas
di Kampung Tok Akib mengenai strategi untuk menentang Inggeris dan akhirnya bersepakat
untuk mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan seterusnya mengisytiharkan jajahan
tersebut merdeka. Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui oleh Pegawai Jajahan Pasir
Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada
Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut. Sarjan Che
Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April
bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Tok Janggut sedang
berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan
mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul
persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-
olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring
atau di hadapannya. Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Tok Janggut
menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan
antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di
jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan
Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar sebagai Ketua
Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja. Perkembangan di Pasir Puteh
membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini Sultan Muhammad IV
sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku
di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad IV mengarahkan


Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke
Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku
Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap
sebagai penindas.

Dipendekkan cerita, atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia
dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad IV memutuskan untuk menangkap Tok Janggut dan
pengikutnya atas kesalahan menderhaka. Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada
masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 orang pengikut
kanannya akan menerima ganjaran. Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan
menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar
seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Langham-Carter meminta Gabenor menghantar bantuan ketenteraan. Gabenor telah


menghantar 239 askar Inggeris ke Kelantan pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok
Janggut mengambil keputusan bijak dengan cara bersembunyi. Selepas seminggu, tentera
Inggeris terpaksa kembali ke Singapura. Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut
akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk
membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut
dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin


pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah
Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib
Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya
beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh
dari Kampung Merbol dan dengan laungan takbir, Tok Janggut dan pasukannya bertempur
hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut syahid bersama ramai pengikutnya. Mayatnya
kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan
kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,
Tumpat, Kelantan.

IBRAH DARIPADA PERJUANGAN


1. Jadilah manusia yang berilmu kerana orang yang berilmu akan takut kepada Allah
S.W.T. dan membenci kezaliman.
2. Taatlah kepada pemimpin yang adil dan berwaspadalah dengan pemimpin yang
zalim.
3. Sentiasa mendampingi golongan ulama’ kerana kebenaran akan sentiasa berada
dengan ulama’.
4. Contohilah dan teladanilah pejuang-pejuang Islam yang terdahulu walaupun nama
mereka tiada dalam sejarah kemerdekaan negara kerana nama mereka sudah pun
terpahat di syurga.
5. Marilah kita semua bersatu dalam satu fikrah Islam bagi mengekalkan kemerdekaan
yang dikecapi sehingga sekarang.
6. Hidup ini mesti berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
7. Bebaslah diri kamu dari belenggu-belenggu ideolisme yang pelbagai kepada fikrah
yang satu iaitu fikrah Islam, nescaya kamu akan merdeka selama-lamanya.
Jurnal (http://eprints.um.edu.my/17852/1/DR_NORAINI.pdf )

Kelantan Penentangan Tok Janggut bertitik tolak daripada perkembangan yang berlaku dalam
pentadbiran Kelantan selepas Perjanjian Bangkok 1909. Pada 22 Oktober 1910, Yang Dipertuan
Kelantan mengesahkan perjanjian tersebut yang membawa kepada pelantikan seorang pegawai
British sebagai penasihat baginda dan kuasa British untuk campur tangan dalam urusan negeri
sekiranya kerajaan gagal mewujudkan keamanan. Seminar Guru Sejarah, 10-11 Ogos 2017 Deraf
sahaja. Tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam kertas kerja ini 11 Kemerosotan
status Ungku Besar Jeram ekoran pengenalan sistem pentadbiran jajahan pada tahun 1904
menyebabkan Tok Janggut menawarkan diri menubuhkan barisan penentang.

Selepas 1904, Ungku Besar Jeram hanya menjadi Tok Kweng Muda yang perlu bertanggungjawab
kepada Ketua Jajahan Jeram sedangkan beliau merupakan cicit Tengku Perdana Menteri Kelantan
yang mengasaskan kerajaan Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baharu seperti cukai tanah,
tumbuh-tumbuhan dan hasil hutan juga menjadi punca penentangan Tok Janggut. Peraturan-
peraturan ini sangat membebankan rakyat kerana sebelumnya cukai dikenakan berdasarkan jumlah
hasil yang diperolehi. British juga mewujudkan banci tanah bertujuan menyediakan rekod pemilik,
jumlah dan kedudukan tanah, justeru sekiranya rakyat gagal membayar cukai, mereka akan didenda.

Tok Janggut juga sangat terkesan dengan pentadbiran yang dijalankan oleh Pegawai Daerah Pasir
Puteh iaitu Che Abdul Latif. Beliau yang berasal dari Singapura melaksanakan bentuk pentadbiran
yang keras dan bersikap tidak sopan kepada penduduk khususnya mereka yang berurusan di pejabat
daerah. Peristiwa yang berlaku di luar Kelantan turut mempengaruhi perjuangan Tok Janggut iaitu
Perang Dunia Pertama dan pengisytiharan jihad oleh kerajaan Islam Turki ke atas Britain serta
kekacauan di Singapura pada Februari 1915.

You might also like