You are on page 1of 16

KERJA

KURSUS
TOK JANGGUT
NAMA: NURL AINY NATASHA BT
MOHD RAFI
NAMA GURU:PUAN K.SHEELA
DEVI
KELAS: 3AZALEA
PERNYATAAN
MASALAH
Campur tangan British Negeri-negeri
melayu telah mendorong kepada
kebangkitan tokoh - tokoh tempatan
melakukan penentangan.
PERSOALAN KECIL:
PENGETAHUAN:
1. Terangkan latar belakang Tok Janggut?

KEMAHIRAN:
2. Mengapakah Tok Janggut menentang
British?

NILAI:
3. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada
perjuangan Tok Janggut?
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengetahui latar belakang tokoh Tok
Janggut.
2. Mengetahui sebab-sebab penentangan
tokoh Tok Janggut.
3. Menyatakan iktibar yang boleh diambil
daripada perjuangan Tok Janggut.
KAEDAH KAJIAN
KAEDAH AUDIO/AUDIOVISUAL
Saya telah menonton video di YouTube untuk
mengetahui sebab-sebab penentangan Tok
Janggut di Kelantan.

KAEDAH MELAYARI INTERNET


Saya telah melayari laman sesawang
untuk mendapatkan latar belakang dan
iktibar Tok Janggut.
DAPATAN KAJIAN
KAJIAN LITERATUR
Saluran Asmadi Mohammad di
https://youtu.be/bJNoFWCgqqk juga mengatakan bahawa
walaupun Tok Janggut telah terkorban namun peristiwa ini
telah membangkitkan semangat penduduk tempatan untuk
memusir penjajah British dari terus menguasai mereka di
tanah mereka sendiri.
Persoalan kecil

LATAR BELAKANG
TOK JANGGUT

Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas, namun
beliau lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara
janggut hingga ke paras dada. Tok Janggut dilahirkan pada
tahun 1853 di Kampung Saring daerah Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan. Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan dan
berkerja sebagai seorang petani dan peniaga.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran agama hingga ke Tanah


Suci Makkah dan berguru dengan ramai ulama termasuk
ulama Patani terkenal, Sheikh Ahmad al-Fatani dan ulama
Terengganu, Tokku Paloh. Selain dikenali kerana sifat
warakanya, Tok Janggut juga merupakan seorang guru silat
yang hebat.
PENENTANGAN TOK JANGGUT
TERHADAP BRITISH
Selepas perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909 an, pihak British amik
alih pemerintahan negeri Kelantan daripada Siam dan mula membawa
pelbagai perubahan khususnya dari sudut pentadbiran. Perubahan yang
dibawa telah menyentuh isu keistimewaan tradisional negeri Kelantan.
Antara isu sensitif yang dibawa oleh penjajah British adalah mereka
memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar
cukai tanah pada tahun 1915 an.

penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.


Tambahan pula sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British. Sentimen anti-British meningkat
apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat islam berjihad menentang
penjajah British. Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh, Kelantan.
IKTIBAR
Iktibar yang dapat saya peroleh daripada perjuangan Tok
Janggut ini ialah kita mestilah bertindak mempertahankan
diri, agama, keluarga dan negara dari ancaman penjajah
tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Contohnya Tok
Janggut yang berjuang mempertahankan negara dan
agama daripada ancaman British.

Dalam pada itu, kita juga hendaklah melaksanakan


amanah yang diberikan sebaik yang mungkin apatah lagi
jika amanah tersebut diberikan oleh guru atau IbuBapa
seperti Tok Janggut yang melaksanakan amanah
gurunya, Sheikh Ahmad Al-Fatani.
CADANGAN
Terdapat pelbagai cara untuk menghargai
tokoh-tokoh pejuang negara, salah
satunya ialah dengan pembinaan muzium
dan menghimpunkan segala bukti
perjuangan mereka supaya tidak lapuk
ditelan dek zaman. Pihak kerajaan juga
boleh menamakan nama tokoh-tokoh di
bangunan atau jalan raya dan generasi
yang akan datang.
KESIMPULAN
British telah menyebabkan seluruh penduduk di Tanah Melayu
mengalami penderitaan yang amat memeritkan. Segala kekayaan di
Tanah Melayu telah diboloti semuanya oleh pihak penjajah dan
dieksploit ke luar negara untuk kepentingan diri sendiri. Demi
mengembalikan maruah bangsa,agama dan negara Tok Janggut
telah berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir
untuk membebaskan Tanah Melayu daripada ditakluk oleh orang luar.
Namun British telah menggunakan tipu helah mereka untuk menakluk
Tanah Melayu. Tok Janggut dan pengikutnya telah dibunuh oleh
tentera upahan British dan dikenakan hukuman mati.
RUJUKAN
INTERNET
1.scribd.com/document/479888519/LATAR
BELAKANG-Tok-Janggut
2.prezi.com/p/2_dtpocjprce/tok-janggutpejuang
jihad/

AUDIO/AUDIOVISUAL
1. https://youtu.be/bJNoFWCgqqk
2. https://youtu.be/kVQIZ2H5c88
LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN INTERNET
BAHAN
AUDIO/AUDIOVISUAL

You might also like